LATEST POST!

CERPEN SAYANGKU CIKGU HAZWANI

Cerpen Sayangku Cikgu Hazwani Hujan turun dengan renyai pada malam itu. Kelihatan Hazwani dan Hamsyar sedang berada di dalam kereta untu...

Saturday, 24 May 2014

CERPEN MISTERI BUKIT LUNCHU (BAB 1)

CERPEN MISTERI BUKIT LUNCHU

Pada hari ini, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Kembangan telah menghantar sekumpulan ahli unit beruniform PKBM udara untuk mengadakan unit perkhemahan di Bukit Lunchu. Ahli kumpulan tersebut terdiri daripada sepuluh orang ahli iaitu enam lelaki,empat perempuan serta seorang sarjan dan dua orang koperal PKBM udara.
“ Weyh! Korang dah packing semua barang yang telah disenaraikan? Soal Aina kepada mereka yang sedang meletakkan beg-beg pakaian di anjung perdana sekolah.
Kelihatan semua yang berada di situ menoleh ke arah Aina.
“ Beres. Tapi kita gerak pergi sana pukul berapa?” soal Raisya pula.
“ Koperal Kit cakap pukul lapan pagi. Sekarang kita tengah tunggu bas lah.” Balas Fadz pula
Semua yang ada di situ sudah tidak sabar-sabar untuk memulakan sesi perkhemahan mereka selepas tamat waktu peperiksaan pertengahan tahun.
Kelihatan jarum jam sudah menginjak ke angka lapan pagi. Bas yang telah disewa juga telah sampai di hadapan pagar sekolah. Semua ahli yang terlibat bergerak masuk ke dalam perut bas dan mengambil tempat masing-masing.
“ Fatwa! Duduk dengan aku jom?” soal Fadz selamba sambil tersengih-sengih memandang Fatwa.
“ Amboi! Fadz dalam bas pun jadi.” Ujar Raisya.
“ Eeleh! Biarlah kau ado?” soal Fadz sambil menjelirkan lidahnya.
Fatwa menggelengkan kepalanya sambil menunjukkan isyarat matanya ke arah koperal dan sarjan yang telah masuk ke dalam perut bas.
Fatwa mengambil tempat duduk di sebelah Raisya manakala Aina duduk di sebelah Syakira. Di bahagian belakang bas pula, kelihatan ahli-ahli lelaki sudah mengambil tempat masing-masing. Semua hanya duduk bersendirian memandangkan set kerusi di dalam bas tersebut masih banyak yang kosong. Seketika kemudian, Haridz mengeluarkan earfonenya dan mencucukkan ke dalam lubang telefon. Ammar dan Nazrul masing-masing sudah melelapkan mata mereka kerana suasana di dalam bas yang dingin itu membuatkan mata mereka berasa mengantuk. Cuma Azreen dan Mybaa sahaja yang masih sibuk membelek-belek  telefon masing-masing. Apa lagi yang mereka buat selain berwechatlah.
“ Rai! Kau tak rasa takut ke nak pergi dekat bukit tu.” Soal Fatwa tiba-tiba apabila melihat rakan-rakan mereka yang lain sedang leka membuat aktiviti masing-masing.
“ Nak takut apanya. Inilah peluang kita nak explore bukit tu. Dulukan kau nak sangat pergi camp kan. Sekarang inilah peluang kau.”
“ Ahah! Buat apa nak takut yang penting kita kena enjoy. Lagipun aku rasa hari ni function habis sebab si Azreen ikut sekali. Ujar Syakira selamba sambil mendongakkan sikit kepalanya melihat ke arah Azreen yang duduk di bahagian belakang.
“ Syakira gatal tau.” Ejek Aina kepada Syakira. Kelihatan Syakira menunjukkan penumbuk ke arah Aina.
“ Tapi aku rasa nervous sikit. Maklumlah aku mana pernah pergi camp ni.” Fatwa kerisauan dengan pengalaman yang bakal dia tempuhi selama tiga hari dua malam di Bukit Lunchu.
“ Just releks ok. Fadz kan ada dia boleh jaga kau.” Pujuk Raisya menenangkan hati Fatwa.
“ Yela.” Balas Fatwa sambil tersenyum sinis.
25 minit kemudian……
Mereka semua telah selamat sampai di perkarangan Bukit Lunchu. Sarjan Bob, Koperal Kit dan Koperal Nita telah mengejutkan para ahli PKBM agar bersedia untuk bergerak masuk ke dalam hutan. Kelihatan Nazrul dan Ammar lah orang pertama yang turun dari bas tersebut.
“ Tak reti sabar seyh dia orang ni” ujar Aina kegeraman.
Fatwa dan Raisya turun dari bas sambil menjinjing beg masing-masing. Diikuti oleh Haridz, Fadz, Azreen dan juga Mybaa di belakang.
“ Alhamdulilah! Sampai juga kita di Bukit Lunchu ini. Saya harapkan perkhemahan pada kali ini dapat memberikan pengalaman baru kepada anda semua untuk dijadikan sebagai tauladan dalam kamus hidup kita. Sebelum kita bergerak masuk ke dalam untuk mencari base perkhemahan, saya ingin memastikan semua ahli yang terlibat telah membawa segala kelengkapan yang diperlukan.” Ujar Sarjan Bob selaku ketua rombongan perkhemahan mereka pada hari ini.
 Kelihatan semua ahli PKBM menggangukkan kepala masing-masing apabila barang keperluan mereka sudah sempurna.
“ Baiklah! Kalau begitu saya ingin memberikan sedikit taklimat ringkas kepada anda semua sebelum kita memulakan treasure hunt kita pada hari ini.” Beritahu Koperal Kit pula sambil merenung satu persatu wajah ahli-ahli PKBM bawah pimpinannya.
“ Sebelum kita memulakan camp kita pada hari ini, saya ingin mengingatkan kepada anda semua bahawa kita haruslah berhati-hati dan tidak terlalu berseronok apabila masuk ke dalam hutan. Kita harus sentiasa beringat demi keselamatan kita semua dan jangan bersikap mementingkan diri sendiri. Kerjasama itu penting dalam satu pasukan tidak kira apa pun yang berlaku. Oleh sebab itu, saya harapkan anda semua yang berada di hadapan saya ini, tidak memiliki sikap egosentrik dalam jiwa anda dan sentiasa tolong-menolong dalam apa jua dugaan yang bakal anda tempuhi sepanjang perkhemahan ini.” Akhir kata Koperal Kit dan mengajak ahli-ahli PKBM udara untuk masuk ke dalam hutan bagi mencari base perkhemahan mereka.
Kelihatan tiga belas buah khemah telah didirikan dan dalam setiap khemah hanya memuatkan dua orang ahli sahaja.
Selepas selesai membersihkan diri dan mengemas beg-beg pakaian masing-masing, mereka diarahkan berkumpul di tengah base untuk mendengar taklimat yang seterusnya.
 Koperal Nita telah memberikan taklimat kepada ahli-ahli PKBM tentang aturan semasa masuk ke dalam hutan, tatacara makan, solat dan aktiviti mereka sepanjang perkhemahan ini dilangsungkan.
“ Baiklah! Sekarang saya ingin membahagikan anda kepada dua kumpulan setiap kumpulan terdiri daripada lima orang. Kumpulan A terdiri daripada Azreen, Mybaa, Ammar, Aina Dan Syakira. Manakala Kumpulan B terdiri daripada Fadz, Haridz, Nazrul, Fatwa dan juga Raisya.” Beritahu Koperal Nita
Yes! Aina kita satu geng dengan Azreen. Function boh.” ujar Syakira kegembiraan kerana crush dia satu kumpulan dengannya.
“ Fatwa! Kita satu kumpulan tau. Lepas ni biar aku jaga kau. Haridz dengan Nazrul jaga Raisya. Ingat jangan pergi dengan orang lain. Hanya aku je.” Fadz juga tidak mahu ketinggalan untuk mengusik buah hatinya.
 Kelihatan pipi Fatwa sudah kemerahan dengan usikan Fadz. Kawan-kawan mereka yang lain sudah ada yang mengusik-ngusik Fatwa, tidak ketinggalan juga dengan para koperal yang sekepala dengan mereka semua.
Baiklah sekarang anda semua boleh berehat selama 2 jam untuk mandi, makan, dan juga solat. Selepas 2 jam kita akan mulakan aktiviti kita yang pertama.
 Kelihatan masing-masing laju sahaja bergerak ke khemah masing-masing untuk membersihkan diri, makan dan solat. Mereka semua solat berjemaah di tengah-tengah base menghadap Allah SWT bagi memohon agar aktiviti perkemahan mereka selamat dari sebarang bahaya.
 Tamat sahaja solat zuhur, mereka semua balik ke khemah masing-masing untuk merehatkan badan mereka yang sudah keletihan.
 ………………………………………………………….

Tepat pukul 3.30 petang, Semua ahli PKBM telah bersedia dengan peralatan masing-masing untuk memulakan aktiviti pertama mereka iaitu mencari kayu api untuk membuat ungun api. Fadz dan Fatwa mencari kayu api di bahagian kanan base manakala Raisya dan Haridz mencari di bahagian kiri base. Mereka semua berpecah seketika mencari barang yang diperlukan.
“ Fadz kita nak cari kayu api berapa banyak ni?” soal Fatwa sambil matanya liar mencari kayu api di celah-celah akar kayu. Kelihatan pokok-pokok di situ banyak yang besar-besar. Dah nama pun hutan belantara, mestilah pokok-pokok pun besar juga.
“ Cari aje lah berapa banyak yang boleh dapat. Tapi kalau kau tak larat biar aku je yang cari.” Beritahu Fadz sambil mengambil beberapa batang kayu api di atas tanah.
“ Mana boleh macam tu, aku dah ikut kau so aku pun kena cari juga. Mana boleh kau sorang je yang cari sedangkan aku ada bersama. Susah senang kita sama-sama tanggunglah.” Balas Fatwa sambil mulutnya tak habis-habis mengomel itu ini.
Fadz tersenyum seketika melihat kesayangannya mengomel itu ini. Comel bebenor. “Alahai! Wake up Fadz ingat sikit korang kat dalam hutan ni. Jangan macam-macam pulak.” Bisik hati kecilnya.
 “ Ridz! Kau pernah masuk hutan ke sebelum ni?” soal Raisya sambil menguis-nguis dedauan yang bertaburan di atas tanah menggunakan sebatang kayu.
Haridz menoleh ke arah Raisya.
 “ Pernah yang masa aku dengan Paan.” Balas Haridz sambil memasukkan beberapa kayu api yang telah dijumpai ke dalam sebuah bakul rotan yang dibawa bersama dari base.
“ Oh! Kau pernah jumpa benda pelik-pelik ke dalam hutan masa tu?” soal Raisya lagi.
“ Rasanya tak ada kot. Kenapa kau tanya macam tu pulak?”
“Tak ada apa.” Raisya mengambil dua batang kayu api lalu memasukkan ke dalam bakul rotan. Masing-masing kembali menyudahkan kerja mereka kerana hari sudah semakin senja.
 “Manalah dia orang ni Ira? Asal lambat sangat cari kayu api. Nyamuk dah dok sedap-sedap hisap darah aku ni.” Bebel Aina sambil mengaru-ngaru kakinya yang gatal digigit oleh nyamuk hutan. Bukan nyamuk yang kecik-kecik tapi yang besar punya. Sekali dia sedut, mahu hilang satu dos darah dalam badan.
“ Ahah! lama sangat dia orang ni. Aku pun dah tak tahan. Tapi aku still boleh sabar sebab hero pujaan hati aku ada dekat sini. Ain! Cuba kau tengok Reen tu. Rajin betul dia tolong Koperal Nita pasang Khemah utama.” Beritahu Syakira sambil memuncungkan bibirnya ke arah Azreen dan Koperal Nita.
 Kelihatan Azreen , Mybaa dan Ammar membantu Koperal Nita dan Sarjan Bob memasang khemah utama.
Beberapa minit kemudian…..
Fadz dan Fatwa telah selamat sampai ke base sambil membawa sebuah bakul rotan yang berisi beberapa batang kayu api. Tidak ketinggalan juga Haridz dan Raisya membawa sebuah bakul rotan yang sama ke tengah base.
Sesi menyalakan unggun api pun dijalankan. Setelah selesai menyalakan unggun api. Koperal Kit mengajak ahli-ahli pimpinannya mengambil wudhuk di sebatang sungai yang berdekatan untuk mengerjakan solat Asar. Imam pada waktu itu diimamkan oleh Azreen. Makin bersinarlah mata Syakira apabila buah hatinya menjadi imam mereka.
Tamat sahaja mengerjakan solat asar. Para wanita ditugaskan untuk memasak makanan bagi jamuan makan malam. Manakala para lelaki ditugaskan untuk memasang ubat nyamuk dan membaca pendinding agar terhindar dari sebarang bahaya mahupun ancaman binatang buas.
“ Fadz! Kau tengok Wawa tu? Rajin siak dia tolong Koperal Nita masak.” Ujar Nazrul kepada Fadz.
“ Eh! Biasalah tu tengoklah awek siapa?” ujar Fadz sambil menaikkan keninggnya.
“ Eleh! Korang bukan couple pun tapi belagak macam couple. Baik terus couple je kan.”
“ Aku on je cuma dia yang tak nak.” Balas Fadz perlahan.
Maybe dia perlukan masa kot. Lain kali kau cubalah lagi.” Ujar Nazrul perlahan sambil menepuk bahu sahabatnya.
Pada malam pertama mereka berada di dalam hutan itu, mereka dihidangkan dengan masakan para wanita yang paling special sekali.
Ayam masak merah, sayur campur dan udang goreng tepung serta teh o panas yang aromanya cukup memukau. Mereka semua berselera sahaja sewaktu menjamu selera terutama sekali Nazrul dan juga Mybaa. Berselera sungguh mereka berdua.
Pada tengah malam itu, mereka semua berkumpul mengelilingi unggun api sambil mengadakan sesi suai kenal. Sarjan Bob menanyakan pelbagai soalan tentang hal PKBM dan hal yang tidak sepatutnya ditanya. Tetapi pada malam itu mereka semua satu kepala dan meluahkan saja apa yang terbuku di dalam hati masing-masing.
“ Ok! sekarang saya nak tanya Fadz Dzrul. Awak memiliki teman istimewa tak dalam hidup awak?” soal Sarjan Bob.
“ Err! Rasanya ada kot.” Jawab Fadz sepatah sambil mengerling ke arah Fatwa.
Kelihatan Fatwa menunjukkan isyarat buku limanya yang menyatakan bahawa jangan pandai-pandai nak bagitahu apa-apa.
“ Jika tidak keberatan, kongsilah kepada kami.” Pancing Sarjan Bob cuba mengorek rahsia anak-anak buah bawah pimpinannya.
“ Errr…..” Fadz sengaja melambatkan-lambatkan masa untuk menjawab.
 “ Dia malulah sarjan.” Jerit Ammar sebagai wakil Fadz.
“ Fuh! Selamat kau ada” bisik Fadz di dalam hati sambil menunjukkan isyarat bagus ke arah Ammar.
Ammar hanya melemparkan senyuman ke arah Fadz.
Hari sudah larut malam, Sarjan Bob mengarahkan ahli-ahli bimbingannya agar bersurai kerana esok pagi mereka akan bergerak masuk ke dalam hutan untuk memulakan sesi explore Bukit Lunchu.
Pada pagi yang cerah itu, semua ahli PKBM sudah bersedia dengan peralatan dan kelengkapan masing-masing untuk memulakan sesi treasure hunt mereka.
Kelihatan Sarjan Bob sudah memberikan taklimat ringkas tentang aturan untuk masuk ke dalam hutan.
“ Baiklah! Kalau semua sudah faham apa yang saya cakap. Kamu boleh memulakan sesi ujian kamu yang pertama ini untuk mencari tiga tanda pangkah yang terdapat dalam hutan itu. Kamu semua diminta kembali di sini dalam masa dua jam. Jika ada antara kumpulan yang masih tidak kembali di sini, mereka di anggap gagal dalam menyelesaikan ujian yang pertama ini.” Beritahu Sarjan Bob.
“ Faham semua!” Laung Sarjan Bob.
“ Faham Sarjan!” balas mereka semua.
Maka aktiviti menjelajahi hutan pun bermula. Kumpulan A dan Kumpulan B berpecah kepada dua bahagian. Satu kumpulan ke bahagian kanan dan satu kumpulan lagi ke bahagian kiri. Hampir 30 minit kemudian, kumpulan B yang diketuai oleh Haridz menjumpai satu tanda pangkah yang berada di sebatang batang pokok. Fatwa mengambil gambar tanda pangkah tersebut dengan menggunakan kamera digital.
Mereka meneruskan mencari tanda pangkah yang lain untuk menamatkan ujian saringan mereka.
 Ketika sedang berjalan naik ke atas bukit, kaki Fatwa seolah-olah terpijak sesuatu yang licin dan menyebabkan imbangan badannya tidak stabil akhirnya Fatwa hampir terjunam ke dalam gaung.
“ Fadz! Tolong aku Fadz!” jerit Fatwa sambil tangannya berpaut pada ranting kayu.
Fadz menoleh seketika ke belakang kerana terdengar seperti seseorang sedang memanggil namanya.
 “Fatwa! Mana kau! Fatwa!” laung Fadz sambil mencari Fatwa di belakang.
Kelihatan Nazrul, Haridz dan Raisya menoleh ke arah belakang dan melihat bahawa Fadz dan Fatwa sudah tiada di bahagian belakang mereka.
“ Fatwa! Pegang tangan aku kuat-kuat!” arah Fadz sambil memaut tangan Fatwa agar dapat ditarik ke atas.
Raisya, Haridz dan Nazrul datang untuk membantu dengan menarik tangan Fatwa yang seolah-olah tersangkut. Fatwa merasakan seperti ada sesuatu sedang menarik kakinya dari bawah.
“ Fadz! Ada benda tarik kaki aku ni. Cepat tarik tangan aku. Aku dah tak tahan ni.” Jerit Fatwa sambil sedaya upaya naik ke atas.
“ Fatwa! Kenapa susah sangat nak tarik ni.” Beritahu Raisya sambil menarik badan kawannya untuk naik ke atas.
“ Ouch! Ahhh! Kaki aku berdarah.” Jerit Raisya kerana kakinya luka tercucuk ranting kayu yang tajam.
Haridz, Nazrul dan Fadz semakin panik dengan kejadian yang berlaku kepada dua orang ahli perempuan mereka. Sebelum keadaan menjadi semakin buruk, Fadz dan Nazrul menarik tangan Fatwa dengan sedaya upaya. Akhirnya, Fatwa dapat diselamatkan.
Haridz mengeluarkan sebotol iodine dan pembalut luka dari kotak First Aid dan memulakan sesi membalut kaki Raisya yang luka.
“ Rai! Tahan sikit, aku nak cabut ranting kayu ni dari kaki kau. Sabar sikit ya.” Beritahu Haridz sambil perlahan-lahan menarik ranting kayu itu keluar dari kaki Raisya.
Kelihatan Raisya sudah mengerutkan dahinya kerana menahan kesakitan. Darah semakin banyak keluar menyebabkan badan Raisya berasa lemah. " Sakitlah!!!!" jerit Raisya kerana kesakitan.
“ Wawa! Kau ok tak? Macam mana boleh jatuh tadi. Aku takut apa-apa jadi pada kau.” Soal Fadz sambil memberikan Fatwa minum air mineral yang dibawa bersama. Bahu Fatwa digenggam bagi menenangkan sedikit kekuatan kerana badan Fatwa kelihatan amat lemah dengan kecelakaan yang menimpannya tadi. Biarpun Fadz tahu tindakkannya salah dengan menyentuh bahu gadis yang bukan muhrimnya tetapi keadaan darurat telah memaksanya berbuat begitu
 Fatwa masih mendiamkan diri dan menangis tidak henti-henti. Dia masih kelihatan trauma atas apa yang berlaku sebentar tadi.
Kelihatan rakan-rakannya yang lain berasa simpati atas apa yang berlaku kepada Fatwa. Raisya juga kelihatan semakin lemah kerana darah dalam badannya semakin berkurang kesan cucukkan ranting kayu di tapak kakinya.
“ Sabar Fatwa! Aku ada untuk kau. Aku akan bawa kau keluar dari hutan ni.” Pujuk Fadz sambil mengusap- ngusap belakang badan Fatwa.
“ Naz! Apa kita nak buat sekarang ni. Nak teruskan juga ke ujian ni?” soal Fadz apabila melihat keadaan Fatwa dan Raisya sudah stabil.
Nazrul menoleh ke arah mereka semua dan memikirkan sesuatu.
“ Aku rasa baik kita chaw je lah dari sini. Kalau kita teruskan juga dia orang berdua ni macam mana takkan nak biarkan je. So better kita balik ke base.” Ujar Nazrul sambil mengalas beg Haridz dan Raisya.
“ Baiklah! Kita bergerak sekarang dekat sana baru kita fikirkan apa nak buat. Raisya biar aku dukung kau. Kau tak larat nak jalan tu.” Arah Haridz
Pada mulanya Raisya agak keberatan tetapi apa kan daya kondisi badannya semakin lemah. Dia turutkan juga.
“ Wawa! Kau larat tak nak jalan. Nak aku dukung jugak ke?” soal Fadz
“ Tak apa lah aku tak nak susahkan kau. Tapi kau jangan tinggalkan aku sorang-sorang aku takut.” Beritahu Fatwa perlahan.

Mereka bergerak pulang ke base walaupun ujian mereka semua masih belum selesai.
Di suatu sudut yang lain pula, kejadian yang sama berlaku terhadap Aina dan Syakira.
Mereka semua terpaksa merentasi sungai untuk menyeberang ke bahagian lain dengan menggunakan tali yang sudah tersedia tersangkut pada pokok berhampiran dengan sungai itu. Kelihatan air sungai itu sangat deras dan mengalir laju.Apabila tiba giliran Syakira merentasi sungai tersebut.  Tangganya terlepas untuk berpaut pada tali yang merentang di atas sungai. Kakinya juga tidak dapat bergerak kerana kakinya seolah-olah ditarik oleh sesuatu di dalam sungai tersebut. Syakira terjatuh ke dalam sungai tersebut tanpa disedari oleh sahabatnya yang lain.
Azreen merasakan seperti ada sesuatu yang berlaku kepada salah seorang ahli kumpulan mereka.
“ Ain! Ira mana?” soal Azreen sambil melihat ke belakang untuk melihat sama ada Syakira ada bersama atau tidak.
Aina menoleh ke belakang dan terkejut kerana Syakira sudah tiada.
“ Korang! Syakira dan tak ada. Mana dia pergi? Cari dia cepat!” beritahu Aina yang berkeadaan cemas berlari mencari Syakira di bahagian sungai yang mereka seberang tadi.
Ammar, Azreen dan Mybaa turut berlari mengejar Aina yang sudah jauh meninggalkan mereka.Sampai sahaja di sungai tersebut, Aina menyelam masuk ke dalam sungai sambil mencari Syakira. Ammar berasa terkejut dengan tindakan drastic Aina.
“ Weyh Aina! Kau jangan pandai-pandai menyelam dalam sungai tu. Air sungai tu deras. Biar aku dengan Azreen tolong kau cari Syakira. Kau tunggu dengan Mybaa.” Arah Ammar sambil menarik tangan Aina untuk naik ke atas batu.
Azreen dan Ammar turun ke dalam sungai untuk mencari Syakira. Mybaa dan Aina tunggu di seberang sungai sambil menunggu kepulangan mereka berdua yang berusaha mencari Syakira.
“ Baa! Aku takut apa-apa jadi pada Iralah. Sarjan Bob,Koperal Nita dengan Koperal Kit mana? Takkan dia orang tak bantu kita?” soal Aina yang sudah mengalirkan air mata kerana takut sesuatu jadi terhadap sahabat karibnya Syakira.
“ Aku tak tahulah. Aku rasa dia orang dapat cari Syakira. Kau doa banyak-banyak semoga mereka bertiga selamat. But kumpulan Haridz kau rasa dia orang dah sampai belum? Entah-entah dia orang dah menang dulu.” Soal Mybaa
Aina menoleh geram ke arah Mybaa kerana berfikiran kolot macam tu. Bukan nak fikir keselamatan kawan mereka tetapi dia fikir pasal kemenangan dalam ujian ini pulak.
“ Kau ni kenapa! Kawan kita masih tak jumpa, benda-benda macam tu pulak yang kau fikir.” Marah Aina sambil mengesat air matanya menggunakan sapu tangan yang dibawa bersama.
“ Aku tanya je kot. Itu pun nak marah.” Balas Mybaa sambil mengeluarkan  dua botol air mineralnya dan memberikan kepada Aina.
Aina mengambil huluran air botol yang diberikan oleh Mybaa dan meneguk air tersebut setelah membaca bismillah.
10 minit kemudian…..

Azreen dan Ammar telah menjumpai Syakira yang terapung di celah batu besar. Kepala  Syakira berdarah mungkin kesan hentakan di batu tersebut. Azreen mengeluarkan pembalut luka yang berada dalam kotak First Aid dan membalut luka Syakira kerana darah sudah banyak yang keluar. Ammar dan Azreen membantu mengangkat badan Syakira untuk dibawa ke seberang sungai.
“ Am! Badan dia dah lemah gila ni. Aku tak tahu nak buat macam mana lagi. Janganlah dia mati.” Ujar Azreen kerisauan
Ammar menoleh seketika ke wajah Azreen dan Syakira. Benar! Wajah Syakira sudah kelihatan pucat dan membiru. Cermin mata yang selalu dipakainya pun sudah tak ada. Barangkali sudah pecah terhentak di batu besar tersebut.
“ Kau jangan cakap macam tu. Kita bagi dia rawatan ringan dulu dekat tempat Mybaa dan Aina.” Suruh Ammar sambil menarik tangan Azreen yang sedang mengendong Syakira di belakang badannya.
Sedang leka-leka menanti ketibaan Azreen, Ammar dan Syakira, Aina dan Mybaa tidak menyedari bahawa ada seekor ular tedung sedang menyelusur ke arah mereka. Semakin lama semakin dekat dan ular tedung tersebut sudah bersedia untuk mematuk lengan Mybaa.
Aina yang seolah-olah terperasan ada sesuatu sedang bergerak-gerak di celah daun tersebut terus bangun dan melihat betul-betul apakah benda yang sedang bergerak itu.
Beberapa  detik kemudian Aina sudah dapat menangkap apakah benda yang sedang bergerak itu. Ular!
 Aina menjerit kepada Mybaa bahawa ada ular sedang bergerak ke arahnya.
“ Mybaa! Bangun dari situ! Ada ular nak patuk kau!”
Mybaa seolah-olah yang baru tersedar dengan jeritan Aina tidak sempat untuk bangun dan ular tersebut sudah semakin dekat dengan dirinya. Aina menarik lengan Mybaa agar tidak dipatuk ular tetapi malangnya ular itu lebih pantas mematuk tangan Aina dulu, menyebabkan Aina terduduk sambil memegang tangannya yang dipatuk ular. Selepas ular itu mematuk tangan Aina ular itu ingin mematuk kaki Aina pula. Kali ini Mybaa tidak berdiam diri, dia terus menarik bahu Aina agar beredar dari situ.
“ Ahhhhh! Sakit Baa! Sakit!” jerit Aina sambil memegang tangan kirinya yang dipatuk ular tedung tadi. Jeritan Aina telah didengari oleh Azreen dan Ammar yang kebetulan baru sampai di seberang sungai itu. Mereka mencari arah suara yang menjerit tadi. Ammar menunjukkan kepada Azreen tempat Mybaa dan Aina berada. Mereka berdua bergegas bergerak ke tempat Aina dan Mybaa.
“ Ya allah! Aina! Kenapa dengan tangan kau ni?” Soal Azreen sambil meletakkan tubuh Syakira yang lemah itu di atas tanah beralaskan sebuah beg di bawah kepala Syakira.
“ ahhhh!” hanya itu yang mampu dijawab oleh Aina.
“ Mybaa! Kenapa tangan dia? Kau buat apa hah dengan dia?” soal Ammar kegeraman sambil mencekak kolar baju PKBM Mybaa.
Mybaa sedikit terkejut dengan tindakkan Ammar yang mencekak kolar bajunya.
“Aku tak buat apa pun dekat dia. Dia kena patuk ular. Dia nak selamatkan aku dari kena patuk tadi tak aleh-aleh dia yang yang kena patuk.” Jelas Mybaa tergagap-gagap.
Kelihatan Ammar melepaskan cengkamannya dari kolar baju Mybaa dan membuka zip begnya untuk mengeluarkan kotak First Aid. Ammar mengeluarkan sebotol minyak gamat dan pembalut luka.
“ Aina bak sini tangan kau. Aku nak hilangkan bisa tu.” Pinta Ammar
Aina menggelengkan kepalanya sambil memegang erat lengannya yang baru dipatuk ular itu.
“ Jangan degillah! Bak sini.” Tarik Ammar
“ Auuuu! Sakitlah Ammar!. Slowlah sikit.” Ngadu Aina.
Ammar membuang bisa ular tersebut sebelum menyapu minyak gamat di atas kesan patukkan ular itu. Akhirnya lengan Aina telah selamat dibalut.
Azreen, Ammar, Mybaa dan Aina mula merawat Syakira yang masih tidak sedarkan diri dari tadi. Aina menekan-nekan dada  Aina untuk mengeluarkan air yang sungai yang tersedut oleh Syakira semasa lemas tadi. Beberapa minit kemudian, Syakira menunjukkan reaksi positif dengan memuntahkan air sungai yang disedutnya tadi.
Aina,Ammar, Azreen dan juga Mybaa mengucap syukur kerana Syakira telah menyedarkan dirinya.
 Muka Syakira agak pucat dan kebiruan kerana terlalu banyak terminum air sungai semasa dia lemas tadi.
“ Alhamdulilah! Ira! Kau dah sedar sekarang. Syukur sangat. Kita orang risau gila takut kau tak sedar tadi.” Jelas Aina yang kegembiraan.
Syakira hanya memandang Aina, Ammar, Azreen dan Mybaa secara kebingungan.
“ Apa yang jadi semua ni. Kenapa dengan tangan kau tu Aina?” soal Syakira kebingungan sambil memegang kepalanya yang terasa sakit.
“ Kau lemas tadi dekat sungai, Azreen dan Ammar yang selamatkan kau. Azreen yang gendongkan kau bawa datang sini.” Jelas Aina
Syakira berasa terkejut dengan apa yang dijelaskan oleh Aina. Dia memandang wajah Ammar kemudian wajah Azreen.
“ Terima kasih korang kerana selamatkan aku. Aku terhutang budi sangat dengan korang.” Ucap Syakira sambil mengalirkan air mata kerana hero pujaan hatinya sanggup menyelamatkan dirinya.
“ Errr! Sama-sama tapi yang paling risau tadi si Azreenlah. Dia yang sedar dulu masa ketiadaan kau. Caring betul Azreen ni.” Ujar Ammar dengan nada mengusik jiwa Azreen.
Kelihatan muka Azreen sudah kemerahan dengan usikan Ammar yang selamba badak mengenakan dirinya.
“ Eh! Aku kan ketua yang paling bertanggungjawab so apa yang terjadi dekat korang aku kena bertanggungjawab.” Ucap Azreen menutup kebegangan dirinya.
“ Eleh! Yela tu.” Ucap Mybaa pula.
Kelihatan semua yang ada di situ tergelak dengan perilaku Azreen yang tidak keruan diusik oleh Ammar .
“ Eh! Dah lah kita dah kena gerak balik ke base. Dah hampir dua jam ni.” Jelas Azreen sambil mengangkat beg dia dan beg Syakira.
“ Tapi kita tak dapat satu tanda pangkah lagi?” soal Syakira perlahan.
“ Eh ! kau ni dah sakit-sakit pun still nak ingat benda tu. Aku rasa kita tak boleh teruskan sebab dah lebih dua jam. Mungkin Kumpulan Haridz dan menang dulu. Kita bagi dia orang change menanglah kali ni.” Ucap Aina sambil bangun untuk mengambil begnya.
“ Eh! Apa kau cakap tadi. Mungkin team dia orang akan menang. Habis yang tu sapa?” tunjuk Ammar ke arah sekumpulan yang sedang bergerak ke arah mereka.
Haridz, Raisya, Fadz, Fatwa dan juga Nazrul sedang bergerak ke hadapan tanpa mereka sedar bahawa kedatangan mereka telah disedari oleh kawan-kawan mereka yang lain.
“ Fadz! Aku penatlah nak jalan lagi. Tak larat!.” Ngadu Fatwa manja sambil memberhentikan langkahnya.
“ Alolo kesiannya kesayangan kita ni.” Ucap Fadz sambil duduk bersama dengan Fatwa.
Raisya pula menepuk bahu Haridz supaya menurunkan tubuhnya ke bawah. Kesian dia tengok Haridz bersusah payah membantu mengendong tubuhnya. Kalaulah kakinya tidak luka, dia takkan susahkan Haridz untuk mengendongnya.
Tenggs! Ridz sebab tolong gendong aku. Aku dah susahkan kau je.” Ucap Raisya sambil memberikan senyuman manis kepada Haridz.
“Eh tak ada hal lah. Kau kan member aku merangkap anak buah aku dalam team ni. So aku kena bertanggungjawab terhadap korang semua.” Jelas Haridz sambil meneguk air mineralnya.
 Mereka semua tersenyum ke arah Haridz tanda berterima kasih kerana sudi menjadi sahabat yang bertanggungjawab.
“ Walaweyh! udah-udahlah tu buat drama swasta dekat sini. Aku korang buat macam tak wujud je kan.” Ujar Nazrul seolah-olah merajuk.
Fadz dan Haridz berjalan ke arah Nazrul dan menepuk bahunya.
“ Alahai kita orang sayang kau jugaklah. Janganlah emo sangat.” Ujar Haridz.
“ Betul tu. Walaupun aku sayang gila dekat Wawa tapi kau tetap kawan aku.” Balas Fadz pula sambil mengenyitkan matanya ke arah Fatwa.
Fatwa sudah kebegangan dengan ucapan Fadz.
Raisya sudah memandang Fatwa dengan lirikan senyuman yang sinis.
“ Haha yela! Korang memang sahabat aku.” Ujar Nazrul sambil memeluk bahu kawan-kawannya.
“ Aku rasa hari ni paling function. Kau tahu sebab apa?”soal Raisya
“ Sebab kita still tolong satu sama lain walaupun bermacam-macam dugaan yang kita lalui.” Balas Fatwa
“ Pandai pun kawan aku. Tapi untunglah orang tu ada seseorang yang tak nak lepaskan dia. Dah macam suami isteri.”
“ Errr! Haha kau pun sama je, siap main dukung-dukung lagi. Kalau Syam nampak habis kau.” Balas Fatwa sambil meregang-regangkan kakinya yang lenguh .
“ Err itupun sebab kaki aku luka. Kalau tak, tak ada makna aku nak didukung oleh Haridz tu tau.” Jelas Raisya sambil mencubit manja lengan Fatwa.
“ Auuuu! Yela.” Jerit Fatwa sambil mengosok-gosok lengannya yang perit dicubit Raisya tadi.
Fadz terdengar jeritan Fatwa laju sahaja dia meninggalkan Nazrul dan Haridz.
“ Kenapa Wa?” soal Fadz sambil duduk berhadapan dengan Fatwa.
“ Huii! Dengar awek jerit je terus tinggal kita orang erk?” Laung Haridz.
“ Releks lah bro.” balas Fadz.
“Raisya cubit aku. Sakit tau!” ngadu Fatwa manja.
“ Eii! Ngada-ngadanya kawan aku yang sorang ni.” Ujar Raisya sambil mencubit pipi Fatwa yang tembam tu.
“ Hey! Hanya aku je yang boleh cubit dia tau.”
I don’t care lah Fadz! Siapa cepat dia dapat.” Raisya menunjuk isyarat mengejek kepada Fadz.
“ Ok kita tengoklah nanti siapa yang dapat dulu.” Putus Fadz sambil mengencilkan matanya. Geramlah tu.
“ Hoi! Korang buat apa dekat sini? Kita orang ingat korang dah sampai dulu. Tapi apa cerita kita semua still dekat sini.” Soal Aina.
“Tadi ada masalah sikit. Eh! Kenapa tangan kau tu Aina?”  soal Haridz.
“ Aku kena patuk ular, Syakira tadi dia lemas dalam sungai sana tu.” Beritahu Aina sambil duduk di sebelah Fatwa dan Fadz.
Kelihatan Nazrul, Haridz, Fadz, Fatwa dan Raisya terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Aina.
“ Habis tu korang ok tak? Aku dengan Raisya pun ada masalah tadi. Mula-mula aku tergelincir masa nak naik bukit tu. Lagi sikit nak masuk gaung nasib baik ada seseorang hamba Allah tu tolong tarik tangan aku. Kalau tak waallaualam…” beritahu Fatwa sambil mengerling ke arah Fadz.
“ Alolo how sweet! Untunglah.” Ucap Aina.
“ Rai! Kenapa kaki kau tu?” soal Aina sambil membelek kaki Raisya.
“ Err! Tercucuk ranting masa aku nak tarik Fatwa.” Jelas Raisya
“ Oh! Tapi korang tak rasa pelik ke. Kenapa kita yang perempuan sahaja yang kena sedangkan lelaki sorang pun tak kena apa-apa?” soal Aina secara tiba-tiba dengan nada yang berbeza dari nada tadi.
“ Betul jugak erk. Misteri betul” sokong Fatwa pula.
“ Eh! Dah korang jangan nak mengarut. Untung kita semua masih selamat tau. So janganlah nak cakap benda-benda merepek ni lagi. Dah lah mari kita pulang ke base. Dah lama sangat duduk dalam hutan ni. Badan aku dah melekit.” Arah Haridz kepada kawan-kawannya.
“ Yela! Badan aku pun dah melekit. Wa! Jom lah kita gerak dulu.” Ajak Fadz sambil bersedia untuk bangun.
Kelihatan Fatwa turut bangun.
“ Ceyh! How sweet!” ujar Aina
“ Udah-udahlah tu Fadz! Tak habis-habis.” Kata Azreen pula.
 Mereka semua tergelak dengan tindakan Fadz yang cuba mengorat anak dara orang. Dari sekolah sampailah dalam hutan ni. Mereka semua bergerak pulang ke base masing-masing untuk membersihkn diri dan luka-luka yang terdapat pada tubuh masing-masing.

No comments:

Post a Comment