LATEST POST!

CERPEN SAYANGKU CIKGU HAZWANI

Cerpen Sayangku Cikgu Hazwani Hujan turun dengan renyai pada malam itu. Kelihatan Hazwani dan Hamsyar sedang berada di dalam kereta untu...

Thursday, 1 May 2014

CERPEN IMPIANKU SEORANG NOVELIS


Alangkah bahagianya kalau impian yang kita impikan menjadi realiti. Begitulah perasaan yang aku alami selepas aku terbaca satu blog yang menyatakan “ Adakah anda ingin menjadi seorang penulis novel”. Sesungguhnya agak sukar untuk aku tempuhi liku-liku kehidupan untuk menjadi seorang penulis novel seperti Acik Lana, Fatin Nabila dan ramai lagi penulis novel di luar sana. Biarpun begitu, aku akan tetap cuba untuk berjaya seperti mereka untuk menjadi seorang penulis novel.
“ Dian! Usahlah hampa dok pikiak nak jadi novelis.  Hang pun Spm belum lepas lagi udah berangan nak jadi novelis. Lupakan jelah.” Ujar Khadijah teman persekolahan Dian yang berasal dari Kedah.
“ pasai apa pulak? Suka hati aku lah. Dah itu impian aku dari kecil hang tahu apa?” balas Dian yang sedang leka membaca majalah Dara.com edisi bulan April.
“ Cik tahulah itu impian hang tapi kita ni kena ingat, Spm pun kita belum lepas lagi. So focus untuk Spm dululah Cik Dian oi!”
“ Kau ni mengalahkan mama aku tau. Tak habis-habis dok berleter je. Ya! Aku tahu kita nak Spm tapi impian tu aku tak boleh nak kuburkan sampai bila-bila.” Ujar Dian lagi.
“ Cik ni bukan apa, hang tu bestfriend cik. Jadi cik kena ingatkan hang supaya jangan terlalu leka. Dahlah cik nak pi tidur dulu. Esok nak bangun pagi.” Putus Khadijah sambil menadah tangan untuk membaca doa sebelum tidur.
“ Baiklah mak!” balas Ardiana anak kepada Encik Razlan yang berusia 17 tahun. Kakaknya Adlina sudah tamat pengajian dalam bidang Teknologi Maklumat di Universiti Teknologi Petronas. Manakala abangya pula Irfan Hanif bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Kuala Lumpur.
Dian merupakan anak bongsu dalam keluarga Encik Razlan. Impiannya hanya satu iaitu ingin menjadi seorang novelis biarpun papanya berhajat untuk menjadikanya seorang guru.
……………………………………………………..
Di Sekolah Menengah Berasrama Penuh Johor Bahru, Dian memiliki beberapa sahabat karibnya iaitu Khadijah, Yaya, Naini, Azad dan juga Haidi. Mereka merupakan kawan rapat sejak dari tingkatan 3 tetapi masing-masing mempunyai cita-cita dan impian termasuk Dian yang ingin menjadi seorang novelis.
Pada waktu pagi, Dian seperti biasa bangun untuk menunaikan solat subuh dan bersiap untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar.
“ Yaya! Bangunlah pergi mandi sana and solat subuh sekali. Nanti kita boleh masuk awal dalam kelas. Aku ada kerja nak siapkan ni.”
kejut Dian sambil mengoyang-goyangkan badan Yaya yang terbaring di atas katil.
“ sekarang dah pukul berapa? Ngantuk pulak aku pagi ni” jawab Yaya sambil menggosok-gosok kelopak matanya sebelum masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri.
“ pukul 6.15. Cepat sikit mandi tu nanti lambat pulak nak bersarapan.” Balas Dian sambil mengenakan uniform sekolahnya. Begitulah rutin harian bagi seorang pelajar yang menetap di sekolah berasrama penuh.
Terlalu banyak tugas yang perlu di lakukan tanpa pangkuan keluarga di sisinya.
Tepat jam 7.00 pagi, loceng asrama telah di bunyikan menandakan sesi pembelajaran akan bermula.
“ Azad! Kerja sekolah yang Cikgu Fazillah bagi semalam kau dah siap?” soal aku sewaktu Azad baru melabuhkan punggungnya.
“ Ya allah! Kalau ya pun bagilah aku duduk dulu Cik Dian. Mengah aku pun belum hilang lagi tau. Kerja sekolah semalam? Oh dah! Eh kejap, kerja sekolah yang mana erk?” balas Azad Izzudin yang kebingungan.
“ Astagfirullahalzim! Encik Azad aku tanya kau, kau tanya aku balik. Memang nak kena dia ni.” Balas Dian sambil membuat muka cemberutnya.
“ Alah sorylah Puan Dian, Saya lupalah. Malam tadi banyak sangat kena buat homework. Subjek Addmath, Bio pun saya belum siap lagi tau. Awak apa tahu?”
“ Yela Encik Azad. Sorrylah kalau aku tak faham kau.” Balas Dian sambil memberikan senyuman kepada Azad. Mereka memang selalu begitu. Caring macam abang adik walaupaun Dian lahir awal 5 bulan dari Azad.
“ Tak apa. Hal kecik je tu. Udahlah ya!” Ujar Azad sambil membalas senyuman yang diberikan oleh Dian.
“ Assalamualaikum! Hai sahabat-sahabat ana yang dikasihi sekalian. Adakah ente semua sihat hari ni?” Ujar Haidi Mirza yang kebetulan baru sampai di dalam kelas 5 Bakti. Kelihatan dia agak ceria hari ini. Selalunya ceria juga tetapi hari ni ada kelainan sikit. Mungkin ibunya Hajah Aini dapat bakal menantu baru kot. Waallahuallam….
“ Waalaikumsalam” jawab mereka serentak.
“ Masyallah! Serentak nampak korang jawab. Hah! Ada ….”
“ Hey! Jangan fikir bukan-bukan ya Encik Haidi. Buang sangkaan negatif kau tu” potong Dian untuk menutup perasaan malunya akibat kejadian tadi.
“ Astagfirullahalazim! Tak baiklah kau ni Dian fikir aku macam tu. Jangan buruk sangka dekat orang lain tentang sesuatu perkara. Berdosa tau. Kau tak ingat lagi ke Ustaz Hafiz ajar hari tu. Kalau tak ingat aku minta dia ajar kita sekali lagi. Eh! Bukan kita but kau sahaja.” Ujar Haidi sambil tersenyum sinis kepada Dian. Akhirnya dapat juga dia mengenakan Dian pagi ni. Selalunya Dian sahaja yang mengenakan dia tetapi hari ni memang hari untuk Dian. Kosong-kosonglah jawabnya.
“ Yela! Balas dendam nampak. Hah panjang umur abang kesayangan kau tu” balas Dian sambil menunjukkan isyarat matanya ke arah Ustaz Hafiz Nazwan abang kepada Haidi dan juga guru subjek Agama Islam di kelas aku.
“ bangun! Assalamualaikum semua?” Ustaz Hafiz memberi salam kepada pelajar-pelajar kelas 5 Bakti.
“ Waalaikumsalam Ustaz.” Jawab mereka serentak
“ Baiklah kamu semua boleh duduk. Sekarang buka buku teks muka surat 115 . Hari ni kita akan belajar bab Ibadat di bawah tajuk Adab bekerja.” Beritahu Ustaz Hafiz memulakan sesi pengajarannya.
“ sebelum saya mulakan sesi pembelajaran kita pada hari ini, saya ingin bertanyakan kepada kamu semua. Apakah kerjaya kamu semua pada masa akan datang ataupun ada di antara kamu semua yang sedang bekerja?” soal Ustaz Hafiz sambil melihat ke arah para pelajarnya.
“ Nurardiana! Apakah kerjaya awak pada masa akan datang?” soal Ustaz Hafiz kepada Dian.
“ Kerjaya yang saya impikan sejak dari kecil ialah saya ingin menjadi seorang guru. Di samping itu juga saya ingin menjadi seorang novelis.” Balas Dian dengan penuh yakin.
“ Wah! Agak menarik impian awak tetapi berikan saya sebab kenapa awak memilih kerjaya tersebut.” Soal Ustaz Hafiz.
“ Antara sebabnya ialah saya amat meminati kedua-dua kerjaya tersebut dan saya yakin saya boleh mencapai impian itu. Sekian terima kasih” ujar Dian sambil tersenyum sinis kepada Ustaz Hafiz yang leka memerhatikannya.
“ Baiklah terima kasih Dian. Syabas atas respon awak itu tadi.  Saya doakan semoga awak berjaya dan dapat berbakti kepada masyarakat. Seterusnya, Azad Izzudin. Apakah kerjaya awak pula?” soal Ustaz Hafiz kepada Azad.
“ Kerjaya saya pula ialah saya ingin menjadi seorang tentera udara dan ingin menjadi suami yang baik kepada Dian.” Seloroh Azad sambil mengenyitkan matanya ke arah Dian yang duduk di belakangnya diikuti juga oleh Yaya.
“ Azad! Apa kau merepek” balas Dian sambil menendang kaki Azad.
“ Wah! Agak menarik kerjaya dan impian awak. Terangkan kepada kami semua sebab kerjaya yang awak pilih dan impian awak untuk menjadi seorang suami yang baik kepada Dian. Balas Ustaz Hafiz yang cuba melayan gurauan Azad.
“ Wuuuuuu” kedengaran seisi kelas 5 Bakti bersuara dengan gurauan yang di mainkan oleh Azad.
“ Antara sebab saya memilih kerjaya untuk menjadi seseorang tentera udara adalah kerana saya amat meminati dalam bidang tersebut dan berkebolehan untuk mencapainya. Sebab saya ingin menjadi seorang suami yang baik kepada Dian adalah kerana saya ingin selalu menyokong impian Dian untuk menjadi seorang novelis dan ingin nama saya selalu dijadikan sebagai watak dalam karyanya nanti.” Balas Azad dengan penuh keyakinan. Kelihatan semua orang menepuk tangan dengan ucapan ikhlas daripada Azad.
“ Masyallah! Sweetnya! Nak jugak boleh?” ujar Haidi kepada Azad.
“ Amboi! Haidi kamu dah pandai ya sekarang ni.” Tegur Ustaz Hafiz sambil menjengkilkan matanya.
“ hehehe. Sorry Ustaz. Gurau je tadi.” Balas Haidi sambil tersengih-sengih
“ Ya allah! Malunya aku pada hari ini. Kenapalah si Azad boleh cakap macam tu. Nasib baiklah Ustaz sporting kalau tak habislah kau Azad. Geramnya aku!” protes Dian di dalam hati sambil memandang badi ke arah  Azad yang sedang tesengih-sengih melihatnya.


No comments:

Post a Comment