"Wan!!!Emy pegi dulu tau dah lambat dah ni nak pergi amik result." Laung Emisya dari bawah rumah neneknya.
"Hah! Dah nak pegi dah baik-baik naik motor tu. Kang accident nanti siapa nak jawab dengan ayah kamu tu." Nasihat nenek Wan Timah di pintu rumahnya.
"Ok Wan, Emy pegi dulu tau! Wan doakan result Emy dapat straight A tau." Pinta Emy sambil mencium tangan neneknya.
" Fiq result kau berapa hah? Aik ni asal muka monyok semacam je ni. Teringatkan Si Dia kah?" Soal Faris teman rapat Afiq.
"Eh! Tak adalah result aku oklah. Straight A . Kau pulak happy semacam je berapa kau dapat?" Soal Amirul Afiq sewaktu mereka sedang melepak di pondok sekolah.
" Oh! Aku biasalah 9A 1B. Bi aku pulak boleh fail kali ni." Jawab Faris sambil melambai tangannya kepada Aris yang baru tiba di pondok itu.
" Assalamualaikum Papa! Emy nak bagi tahu ni. Result Emy Straight A. Yeah! Lepas ni bolehlah Emy pegi Oversea kan Papa?" Pinta Emisya sewaktu menelefon Papanya Encik Razali di Johor Bahru.
"Lah yeke? Alhamdulilah lah dik! Hah oversea, insyallah kalau ada rezeki adik pergilah nanti kan." Jawab Encik Razali Hah! Betul tu pa.
" Ok pa nanti adik call papa lagi. Adik nak balik tunjuk dekat Wan ni." Sahut Emisya sambil meletakkan telefonnya.
Kelihatan ada sesusuk tubuh yang mengganggu konstresasi Amirul Afiq sewaktu tubuh itu berjalan menuju ke tempat mereka melepak.
" Ris! Kau tengok kawan kita yang sorang ni. Tadi muka dia punyalah masam semacam bagai tertelan buah dadu, tapi sekarang tersenyum-senyum pulak dah." Usik si Faris. "Ahahlah! Tapikan tadi dia main telefon dia. Macam mana dia boleh dah tak main dah? Oh patutlh! rupanya ada buah hati pangeran jantung dia datang sini lah." Jawab Aris sambil memuncungkan bibirnya ke arah Emisya dan Juliana yang sudah menuju ke tempat mereka.
" Hello guys! Result korang macam mana ok ke idak?" Soal Emisya sambil duduk bersebelah dengan Amirul Afiq.
"Hurmm kitaowang pnye result ok aja dong. Kau punya pulak?"Selamba si Faris.
"Aku, hah macam biasalah Straight A bah." Jawab Emisya.
" Wow! Nampaknya loving couple forever kita ni result dia sama lah. Hai jawabnya oversea sama-samalah nantikan Ris?" Soal Faris.
"Betul banget itu bang Faris oi! Honeymoon lah jawabnya nanti." Seloroh Aris Aiman.
"Eh! korang pulak yang lebih-lebih ni apehal hah? Kita owang Bff je ok." Potong Emisya sambil membelek slip Spm Afiq.
"Hah betul tu! Kau tahu tak Emy, tadi teruk aku kena sindir dengan dua ekor mak laun ni masa kau belum sampai tadi. Aku malas je nak layan. Kang tak pasal-pasal hilang kehenseman aku ni." Seloroh Amirul Afiq.
"Ceyh wah! Mengadu siut dekat bini dia ." Usik Faris lagi.
"Eh !kau ni kang aku cakap yang kau selalu rindu Aida semua baru kau tahu." Ugut Afiq sambil menaikkan keningnya.
"Wohoho! Ris dia mengugut aku lah. Eh tak payah lah begang aku nanti depan si singa betina jadian kau ni." Balas Faris sambil tersenyum melihat Emisya.
"Woii! Kau tak habis-habis panggil aku singa betina erk? Dari form 2 sampai sekarang tak hilang-hilang lagi gelaran kau tu." Marah Emy sambil membaling botol mineral yang di bawanya.
"Adui! Sakitlah pentol. Alah gurau je kod. Tu pun nak marah." Ngadu Faris sambil mengosok-gosok dadanya akibat di baling botol mineral.
"Padan muka kau lain kali buat lagi macam tadi, bukan setakat botol mineral, botol kicap semua aku lempar dekat kau nanti." Bidas Emy sambil mengambil botol yang di balingnya tadi.
"Hah! Kan dah kena baling tadi. Tulah kutuk-kutuk aku lagi. Kan bini aku dah marah." Seloroh Afiq sambil mengeyitkan matanya dekat Emy.
"Hai maklumlah aku kan hensem mesti ada orang back up betul tak sayang?" Soal Afiq kepada Emy.
"Hello ! Kau jangan perasan ye Afiq. Kau tu bukan hensem mana pon. Atuk aku lagi hensem kau tahu." Balas Hidayah yang baru sampai bersama Syameer.
"Eleh! Jeleslah tu. Kau dapat berapa Dayah? Soal Afiq. Kau agak-agak berapa? Aku straight A lah sama dengan Girlfriends kau ni." Jawab Hidayah sambil menguit bahu Emisya yang sedang mengetap bibir kerana geram di usik.
"Eh! dah jangan nak merepek bukan-bukan ok. Penat aku melayan korang ni." Jawab Emisya sambil menarik tangan Juliana untuk beredar kerana malu di usik.
"Lah! Dah nak chaw ke? Relek dululah Emy, pakwe kau ni tak puas nak berjumpa lagi ni." Sahut Faris yang dari tadi hanya memerhatikan gelagat kawan-kawannya sahaja bersama Aris.
"Hah! Betul tu relek dulu lah cik adik oii." Sahut Aris Aiman juga.
"Pakwe abah dia! Korang ni memandai jelah. Eh! Dayah jom pegi minum kita Celebrate sama-sama. Tapi ladies only jelah erk?" Soal Emy sambil mengenyitkan matanya kepada Hidayah.
Hidayah yang seakan-akan faham dengan simbol yang ditunjukkan berkata sesuatu kepada Syameer sambil berlalu bersama Emisya dan Juliana.
" Hai! Afiq nampaknya dia tak ajak kau lah nak pegi minum-minum, kesian kawan kita ni." Jawab Faris sambil ketawa.
"Tak apa ! Dia malulah tu sebab korang asik kacau dia je dari tadi. Mana tak begangnya. Eh! aku chaw dululah penat niyh malam nanti kita lepak tempat biasa tau." Pinta Amirul Afiq sambil berlalu meninggalkan mereka berdua.
..............................................................................................................
Bab 2
Seminggu berlalu selepas keputusan Spm dikeluarkan akhirnya Emisya Hazwanie sudah melanjutkan pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Bangi, Selangor.
Dia dan Juliana menyambung pelajaran mereka di Universiti yang sama , manakala Hidayah dan Faris belajar di Utm dan Amirul Afiq , Azharin dan Aris Aiman belajar di Upm. Manakala kawan-kawan mereka yang lain ada yang belajar di oversea dan Universiti Teknologi Mara.
Masing-masing agak sibuk kerana mereka baru sahaja memulakan pengajian mereka bagi tahun satu yang mempunyai 3 semester dalam satu tahun.
"Ju! Kenapalah Dayah tak masuk sinikan kalau tak boleh kita satu geng nanti." Soal Emisya kepada Juliana sewaktu mereka sedang berehat di dalam bilik.
"Tulah pasalkan. Lagipun bukankah kau memang rapat dengan dia dari form 1 lagi? Kita kenal pun masa aq form 3 kan. So mesti kau tak boleh berpisah dengan dia. Bak kata Black Mentor tu apa "takkan terpisah". Hahaha!." Seloroh Juliana.
"Amboi! Pandai kau sekarang erk nak kacau aku bagai. Dulu masa dekat sekolah memanglah aku rapat dengan dia,Aida, Syafiqah semua tapi sekarang kita orang dah berpisah. Yang Aida dia dah pindah masa akhir tahun form 2 sebab mak dia baru meninggal. Tapikan aq peliklah kenapalah dulu bukan main lagi pemalu kau ye? Nampak lelaki je sorok belakang aku. Apa kena macam tu?" Bidas Emisya sambil jarinya lincah menekan-nekan punat laptopnya.
"Yela! aku bukan apa aku cuma malu bila dengan lelaki ni. Kau tahukan aku mana pernah couple-couple ni." Balas Juliana.
"Ya aku tahu sebab tu Rizwan kelas 5 Cempaka tu nak kenal dengan kau jual mahal. Kecewa dia dibuatnye tau. Eh! Afiq onlinelah. Yeah Dayah pun online jugak. Tapi malaslah nak tegur nanti Afiq tahu ni aku. Dahlah aku tak guna nama sebenar dalam fb ni." Beritahu Emisya sambil fokus melihat sesuatu di skrin laptopnya.
"Facebooklah tu. Kau ni aku tengok macam suka je dekat si Afiq tu?" Soal Juliana sambil membelek-belek majalah Wanita yang baru dibelinya. Hurmm suka tu adelah jugak tapi aku tak tahu dia suka aku ke tak. Aku rase maybe dia dah ada aweklah.
Tapi kalau belum ada peluanglah aku kan?" Balas Emisya sambil tersenyum-senyum seperti kerang busuk.
"Eii! Jangan perasan sangatlah makcik ya. Dahlah aku nak tidor lagi bagus. Ok bye Emy assalamualaikum night." Pamet Juliana sambil menyelubung dirinya dengan selimut tebal. "Yela, waalaikumsalam esok jangan lupa bangun pagi kita ada class tau." Emisya mengingatkan Juliana tapi tiada balasan.
................................................................................................................
Bab 3
"Emy! Emy! Bangunlah solat subuh dulu lepas tu kita sarapan baru pergi kelas. Kejut Juliana sambil mengoyang-goyangkan badan Emisya."
"Hurmm ngantuklah dok. Penat ni." Balas Emisya sambil menarik selimut menutup sebahagian mukanya.
"Eh tak bolehlah macam tu. Kita kena solatlah! Bangun dah pukul 6 dah ni kang terlepas aku tak tahu erk." Ugut Juliana.
"Haish! Ju ni baik sangatlah tak pernah tinggal solat cuma aku je sekejap tenggelam timbul. Kadang-kadanglah." Kata Emisya dalam hati.
"Yela mak! Emy bangun ni." Selamba Emisya.
"Ok! kelas kita tamat pada hari ini. Jangan lupa hantar assingment saya hari khamis ni ye?."
Pinta prof Madiyana selaku lecthure Sastera kami.
Setelah tamat waktu bagi kelas kedua Emisya dan Juliana mengambil keputusan untuk berehat di kafeteria yang di sediakan. Emisya mengambil set hidangan nasi lemak serta milo ais manakala Juliana mengambil set hidangan mee goreng dan teh tarik ais. Berselera betul mereka menikmati sarapan pagi mereka.
"Sedang leka menikmati makanan, tiba-tiba Emisya mendapat mesej dari secret admirer yang tak rasmi baginya.
"Hakimi - hai sayang tengah buat tu? Baru habis kelas ya?" Emisya membaca seketika sambil membalas sesuatu. Juliana perasan yang Emisya kurang menumpukan perhatian pada makananya.
"Kenapa dengan kau ni?" Soal Juliana.
"Ni hah si Hakimi niyh mesej aku tanya tengah buat apa semua." Balas Emisya sambil menghirup air milonya.
"Ouh! Alah dia nak tackle kau lah tukan." Gurau Juliana.
"Euuu! Nanti-nanti jelah ok. Aku tak berminat lah nak couple ni. Nak graduate dululah." Balas Emisya.
..........................................................................................................
Bab 4
"Oitt termenung apa hah? Teringatkan orang jauh ke?" Soal Aris Aiman sewaktu mereka baru tamat kelas akauntan tadi.
"Eh! Tak ada lah aku cuma rindu je dekat dia. Nak contect nombor pulak takda. Facebook pulak aku tak tahu nama dia. Entahlah macam mana nak contectkan?" Soal Amirul Afiq. "Alah apa susah mintak lah nombor dia dekat Hidayah, dia kan satu U dengan Faris. Kau suruh Faris mintakkan." Cadang Aris sambil meneguk minuman tin colanya.
"Ya tak ya jugak. Hurmm nanti aku contect Farislah." Balas Afiq penuh teruja.
.........................................................................................................
Bab 5
3 bulan kemudian....
"Assalamualaikum! Wan ouh wan? Alah mana wan ni."
Laung Emisya ketika baru sampai di rumah Wanya.
"Lah siapa pulak datang rumah aku pepagi buta ni? Nak kata si Suria tu tak ada lah pulak." Teka si Wan timah sambil keluar ke pintu untuk melihat gerangan yang datang. "Astafiruallahalazim budak bertuah ni, nak datang bukan nak bagitahu dulu. Kamu ni kenapa Emy kalau ya pun calllah dulu, Send email ke, wechat ke apa susah sangat. Boleh Wan prepare apa yang patut. Pagi ni wan masak nasi goreng je hai maklumlah wan sorang je. Ni ayah kamu tahu tak kamu dah balik pontian ni? Kang tak pasal-pasal dia carinya kamu dekat u tu kan susah."
Bebel Wan Timah.
"Ish! Wan ni bebel panjang sangatlah cuba lah slow sikit. Orang dengar nanti malu Emy tau." Pinta Emisya sambil mencium tangan Wannya.
"Wan bukannya apa, risau Wan ni nanti kebulur cucu kesayangan Wan ni bila nak balik sini. Kalau bagitahu awal-awal boleh wan masak makanan favourite kamu tu kan." Soal Wan sambil mencedokkan nasi goreng ke pingan Emisya.
"Alah Emy saja nak buat suprise lah. Wan anak cik Hazli tak balik sini ke?" Soal Emisya tiba-tiba.
"Ada sekali hari tu dia balik dengan kawan perempuan dia katanya nak kenalkan dekat mak dia tu." Balas Nenek Wan. Hampir tersedak Emy dibuatnya apabila mendegar berita "hot" hari ni .
"Lah yeke Wan? Siapa perempuan tu Wan? Lawa tak?" Soal Emy sambil menghirup air sirapnya.
"Dengar ceritanya nama perempuan tu Afisya. Hah Afisyalah nama dia. Cik Hazli kamu cakap dia kawan U Afiq tu. Saja bercuti dekat sini katanya." Tambah Nenek wan.
"Ouh kawan ye Wan! Ingatkan calon isteri tadi lega hati aku ni. Hampir tercabut pun ada jugak tadi." Kata Emy di dalam hati.
"Yang kamu ni tiba-tiba marah semacam ni kenapa, kamu cemburu ke atau kamu ada hati ke dekat si Afiq tu?" Soalan cepumas dari Wan Timah.
"Hah! Eh tak adalah. Emy mana ada apa-apa feeling dekat dia. Kitaorang kawan jelah Wan." Balas acuh tak acuh Emy sambil mencuci pingan di singki.
"Yelatu Wan tengok cara kau tanya tadi wan dah tahu dah kau cemburu erk bila Wan cakap si Afiq tu bawak perempuan datang rumah dia kan?" Soal Wan.
"Mana adalah Wan!" Nafi Emy sambil berlalu meninggalkan Wan di dapur.
" Begang lah tu! Aish budak zaman sekarang ni pelik betul." Bebel Wan sambil berlalu pergi ke ruang tamu. Dengan khabarnya nak tengok cerita korea.
"Hai layan jugak cerita korea ya nenek aku ni." Kata Emy di dalam hati.
"Agak-agaknya siapa Afisya tu erk? Kalau kawan takkanlah sampai bawa datang ke rumah. Haish tak boleh jadi ni." Fikir Emy sewaktu dia sedang baring di atas katil bujangnya yang sudah di tinggalkan sejak sekian lama. Lamalah sangat baru 3 bulan je. Sedang asyik termenung tiba-tiba Emy teringatkan kisah lama...
1 tahun lepas..
"Emy kau dapat tawaran dekat universiti mana?" Soal Amirul Afiq sewaktu mereka melepak di atas jambatan hujung kampung.
"Aku dapat Uiam lah Afiq. Kau pulak? Mesti tak samakan?" Soal Emy kembali.
"Aku dapat Utm sama dengan si Aris. Kenapa kita tak pegi oversea erk?" Soal Afiq sambil merenung sungai di bawah jambatan.
"Aku sebenarnya dapat tapi ayah aku tak kasi pergi. Dia kata jauh sangat lagipun takkan aku sorang je pegi sanakan. Bahaya katanya." Balas Emy sambil merenung wajah Afiq. "Kalau aku dapat dekat London sana. Tapi ayah aku cakap aku boleh pilih nak belajar dekat mana dia tak kisah. Sebab tu aku tanya kau. Mana tahu kita belajar dekat tempat yang sama nanti. Bolehlah kita mesra-mesra dekat sana kan?" Ujar Afiq sambil tersenyum melihat Emy.
"Hahah apelah kau ni nak mesra-mesra erk? Macam sweet jerk.." Balas Emy dengan nada suara yang agak manja.
"Tahu tak apa. Nanti mesti aku rindu kau kan nanti. Kita dah jauh susahlah nak jumpa lagikan?" Soal Afiq dengan nada yang agak kendur dari tadi.
"Tak apalah Allah sentiasa ada untuk aku dengan kau. Kalau rindu aku just contect me je lah. Kau adakan nombor aku. Kalau kau call insyallah aku angkat tu pun kalau aku tak tukar nombor lagilah." Ujar Emy lagi.
"Yela Emy lagi satu bila kau daftar nanti? Mana tahu aku boleh hantarkan guna kereta bapak aku?" Pelawa Afiq.
"Hurmm isnin depan. Hah kau nak hantarkan boleh jugak buat kali terakhirkan. Kau pulak bila daftar?" Soal Emy semula.
"Aku daftar 2 minggu lagi. Ok nanti aku datang rumah kau ya. Ingat jangan lambat nanti kena tinggal." Seloroh Afiq.
"Tuk!tuk!tuk! Adui kacau betollah baru nak sweet-sweet. Hah kenapa Wan?" Soal Emy ketika di dalam bilik.
"Tak da ni hah ada posmen tadi datang hantar surat katanya untuk kamu." Ujar Wan sambil membelek-belek surat yang masih bersampul.
"Kwakk!! Pintu terkuak sedikit. Hah ada surat siapa bagi Wan?" Ujar Emy sambil mengambil surat dari tangan wan.
"Manalah wan tahu. Kamu bacalah sendiri ya. Ni wan nak pergi rumah cik Eton kamu sekejap. Anak dia baru lepas bersalin jadi dia panggil wan mengurut dan membidan. Kamu tu duduk rumah jangan merayap pulak tengahari ni." Pesan wan sambil berlalu meninggalkan cucunya.
"Ok wan!" Sahut Emy sambil masuk semula ke dalam biliknya.
"Lahai! Surat apa niyh? Wangi semacam je." Teka Emy.
"Walaweyh! Surat cinta rupanya. Ingatkan surat amaran ke surat gantungkan. Eh apa aku melalut ni." Fikir Emisya.
Assalammualaikum buat Nur Emisya Hazwanie Binti Razali yang kini berada di kampungnya di Pontian. Saya Muhamad Amirul Afiq yang kini berada di selangor sedang merindui awak di sana. Sihatkah awak apabila di universiti? Saya ingin mintak maaf jika mungkin terlambat sudah saya mengirimkan surat kepada awak. Bukan apa saya nak contect awak nombor pulak tak ada. Facebook pulak lagilah tak ada. Saya nak mintak Dayah tapi dia bagi lambat sebab dia sibuk. Jadi apa boleh saya buat. Saya kirimkan sahaja surat di kampung mana tahu awak balik kampung nanti. Jika awak baca surat ni mungkin awak rasa kelakar sebab saya tak pernah2 nak hantar surat ni. Ini first time.. So harap awak baca ya. Saya perlu pergi sekarang mungkin kita akan berutus surat lagi. Wasalam.
Yang benar Amirul afiq
"Lahai! Mamat ni rupanya yang bagi surat ni. Aku ingatkan si Hakimi tadi.
Wuu! Ingat jugak kau dekat aku erk." Spontan Emisya sambil menyimpan semula surat itu ke dalam sampul surat.
..............................
Bab 6 Faris! Kau dekat mana,kau dah balik sini kan? Soal Afiq sewaktu dia menelefon Si Faris. Hah! Kalau ya pun bagilah salam dulu. Aku dah balik dah, kenapa? Ada projekkah? Soal Faris pula. Hurmm aku bukannya apa bosanlah tak ada member dekat sini. Jom kita lepak tempat biasa. Aku belanja kau minum. Ajak Amirul Afiq sambil melihat di jendela rumah arwah datuknya. Ok jugak tu, kalau macam tu lagi setengah jam aku sampai. Kau tunggu aku tau? Minta Faris sambil bersedia untuk membersihkan dirinya di bilik mandi. Assalamualaikum! Hah kau apa khabar, sehat ke idak? Amacam kau punya study dekat sana best? Soal Faris yang kebetulan baru sampai di kedai mamak tempat mereka melepak sejak dulu. Waalaikumsalam! Aku alhamdulilah sehat je. Study aku pun ok jugak. Kau pulak apa cerita makin hensem aku nampak? Soal Afiq pula sambil memanggil pelayan restoran untuk mengambil order. Aku macam biasa aja. Hah kau cuti berapa lama ni? Aku Seminggu je dekat sini sebab lepas tu aku terus balik Kl nak amik adik aku yang baru sampai dari Jb. Cerita Faris sambil memesan teh tarik panas kepada pelayan restoran itu. Aku cuti semester ni aku balik sini dulu. Family aku semua balik Johor sebab ada kenduri. Aku saja ja malas nak ikut. Balas Afiq sambil menekan2 punat telefonnya. Alahai! Konon tak nak ikut. Ingat aku tak tahu kau balik sini pasal apa. Kau nak jumpa dia kan? Kalau tak,tak adanya kau nak duduk sini lagi?Soal Faris pula. Kau ni tahu2 je. Aku sebenarnya dah lama tak jumpa dia, contect pun tak. Hah! Kau kata nak bagi nombor dia. Mana? Minta Afiq sambil menghulurkan tangannya. Alah kau ni kan aku dah cakap Dayah tak nak bagi. Dia kata Emisya sibuk malas nak di oleh ganggu sesiapa. Balas Faris sambil menghirup teh tariknya. Adui! Kenapa macam tu pulak. Eh kau bagi nombor Dayah aku nak tanya sesuatu. Lagipun aku ada benda nak cerita dengan Emisya ni. Jelas Afiq lagi.
Bab 7
Wan! Emy nak keluar sekejap tau. Emy nak pergi melepak dekat kedai Uncle Muthu. Pinta Emy sambil membetul-betulkan tudung bawalnya. Yela! Hati2 bawak motor tu. Jangan balik lewat sangat. Pesan Wan Timah dari dapur. Ok Wan! Emy pergi dulu tau assalamualaikum. Putus Emisya sambil menghidupkan motor skuternya. Waalaikumsalam, ish2 Emy2 ada2 aja gelagatnya. Keluh Wan Timah sambil memotong bawang merah untuk di tumis. Wan Timah terjeda seketika apabila terkenangkan sesuatu. Mak! Aishah nak minta sesuatu dengan mak boleh sebelum Aishah terlambat. Pinta Puan Aishah arwah ibu Emisya . Apa dia Syah? Soal Wan Timah. Aishah minta tolong dengan mak, kalau Aishah dah tak ada mak tolong jagakan Emisya ya? Sebab doktor kata kemungkinan Syah dah tak ada harapan dah. Kanser tu dah merebak ke anggota badan yang lain. Minta Puan Aisyah yang sedang terlantar di katil hospital Sultanah Aminah Johor bahru. Sabar Syah! Emy masih perlukan mak dia. Mak tanak dia sedih nanti. Jelas Wan Timah sambil mengusap-ngusap lembut tangan anak perempuanya yang sudah semakin lesu. Syah dah tak sanggup mak nak tanggung semua ni. Abang Zali pun kata dia perlukan Syah tapi Syah tak boleh mak. Syah dan nak mati . Jelas Puan Aisyah sambil teresak-esak di sisi ibunya. Ya allah! Mengucap nak. Mengucap. Ajal maut semua di tangan Allah. Pujuk Wan Timah. Mak! Syah minta mak tolong jagakan Emy ya? Mak tolong bahagiakan dia. Jangan buat dia sedih ya mak. Minta Puan Aisyah lagi sambil mengetap giginya kerana kesakitan. Tit!tit!titttttttt! Syah!!!!!! Jerit Wan Timah . Kring!kring!kring! Telefon rumah Wan Timah berbunyi dengan serta merta ingatannya pada arwah anaknya lenyap seketika. Mak janji mak akan bahagiakan Emy Syah. Kata Wan Timah perlahan sambil berlalu ke ruang tamu untuk mengangkat telefon. Hello, assalamualaikum siapa yang bercakap ni? Ya saya Wan Timah nenek kepada Emisya. Kenapa ya? Soal Wan kepada pemanggil telefon tersebut. Apa? Ya allah Emy!!!! Spontan genggaman Wan Timah terlepas. Emy! Ya allah kenapa boleh jadi macam ni? Apa yang berlaku sebenarnya doktor? Soal Wan Timah kepada Doktor yang sedang merawat Emisya. Mintak maaf nek. Cucu nenek perlu kami rawat seketika. Insyallah dia tidak ada apa2. Nenek boleh tunggu di luar sebentar. Minta Doktor muda itu. 1jam berlalu... Kwakk!! Pintu bilik operation di buka. Kelihatan Doktor Farhan sedang keluar bersama fail di tangan untuk memberikan keterangan kepada Wan Timah. Ya doktor macam mana dengan cucu saya? Dia ok ke? Boleh saya tengok dia sekarang? Soal Wan. Bawa bertenang dulu nek ye. Cucu nenek sekarang sudah stabil. Dia perlukan rehat yang cukup. Cuma yang saya ingin katakan cucu nenek ada mengalami pendarahan yang teruk di kepala akibat hentakkan yang kuat sewaktu dia kemalangan tadi. Tapi kami dah cuba membuat pembedahan dan dia selamat. Tetapi ada sesuatu yang baru kami telah menjumpai tentang cucu nenek. Sewaktu kami melakukan pembedahan, kami menemui sesuatu ketumbuhan di bahagian hati mangsa. Ia adalah kanser hati. Terang doktor Farhan. Ya allah! Emy kenapa jadi macam ni? Keluh Wan Timah sambil menangis teresak- esak. Bawa bersabar dulu ya nek. Dia disahkan menghidap kanser hati tahap 2 tetapi masih boleh di bedah untuk mengeluarkan ketumbuhan tersebut tetapi saya kurang pasti sama ada pembedahan ini boleh membawa maut atau tidak. Jadi kalau tak ada apa2 saya minta diri dulu. Harap nenek bersabar banyak2 ya. Terang doktor Farhan lagi sambil berlalu meninggalkan nenek Wan.
Bab 8
3 Minggu berlalu... Emy! Emy anak mama dengar sini ya mama nak cakap ni. Sahut Puan Aisyah sewaktu Emisya sedang leka bermain dengan anak patungnya. Ada apa mama? Soal Emy sambil duduk di atas riba ibunya. Dia pada waktu itu baru berumur 7 tahun. Mama cuma nak nasihatkan Emy je. Bila mama dah tak ada lagi nanti Emy duduk dengan Wan ya. Jadi cucu yang baik. Jangan nakal2 tau. Jangan risaukan hati papa dengan Wan. Pinta Puan Aisyah sambil mencium2 umbun2 anaknya. Alah mama nak pergi mana? Jangan tinggal Emy nanti Emy tak ada kawan macam mana? Soal Emy sambil leka bermain2 anak patungnya. Mama dah tak boleh lama lagi nak hidup dekat dunia ni. Balas Puan Aisyah sambil memeluk erat tubuh kecil anaknya. Mama!!!!!!! Jerit Emy yang baru tersedar dari komanya. Kebetulan Wan Timah baru masuk di bilik wad itu terkejut kerana cucunya sudah tersedar dari koma. Emy! Alhamdulilah kamu dah sedar cu? Soal Wan Timah sambil memeluk tubuh cucunya. Wan!!! Kenapa Emy dekat sini wan? Kenapa Emy berbalut sana sini? Soal Emy yang seolah2 kebingungan. Cu! Kamu tak ingatkah? Kamu kemalangan 3 minggu lepas. Balas Wan Timah. Kemalangan? Biar betul Wan? Emy tak ingat apa2 pun. Wan Emy rindu mama. Tadi dia datang dalam mimpi Emy Wan. Emy rindu dia Wan. Beritahu Emisya sambil menangis teresak2 di sisi Wannya. Sudah2 kamu tu baru tersedar dari koma. Kamu rehat dulu. Wan pergi panggil Doktor sekejap. Beritahu Wan Timah sambil berlalu meninggalkan Emy seketika. Nampaknya cucu nenek dah tersedar dari komanya. Agak lama jugak dia koma. Kami mendapati mungkin kesan hentakkan yang kuat dia bahagian kepalanya akan membuat ia lupa seketika tentang sesuatu benda. Jadi jangan biarkan dia fikir terlalu banyak. Dia perlukan rehat yang secukupnya. Terang Doktor Farhan. Oh! Baiklah terima kasih doktor. Ujar Wan Timah pula. Emy! Ni Wan masakkan bubur untuk kamu makan sikit ya. Hulur Wan Timah kepada Emisya. Wan! Papa mana? Dia tak datang bawa Emy balik ke? Emy tak selesalah tinggal dekat sini lama2. Soal Emisya sambil menghirup bubur pemberian Wan Timah. Papa kamu ada dia datang sini petang nanti nak bawa kamu pulang. Hari tu Juliana dengan kawan2 kamu ada melawat kamu dekat sini. Diaorang terkejut jugak bila dapat tahu yang kamu accidents. Tapi macam mana kamu boleh accident? Kamu ingat lagi tak? Soal Wan Timah sambil menyuap bubur ke mulut Emy. Ntahlah Wan! Emy tak ingat yang Emy tahu masa tu Emy nak balik dari kedai mamak tu, Emy terperasan ada kawab Emy berjalan berdua dengan seorang perempuan. Wan tahu siapa? Afiq Wan! Emy nampak dia berjalan dengan perempuan lain. Emy kecewa Wan masa tu. Emy bawa laju2 untuk lari dari melihat semua tu. Tiba2 Emy terasa ada sesuatu langgar Emy dari suatu sudut. Terang Emisya dengan nada suara yang agak suram. Lah! Emy kenapa kamu jadi macam ni. Kamu dah bahayakan diri kamu sendiri. Keluh Wan Timah sambil menghulurkan air kosong kepada Emisya. Biarlah Wan! Emy tak sanggup nak lihat dia dengan orang lain. Emy tak sanggup Wan. Ujar Emy sambil mula mengesat air mata yang mula mengalir di pipinya. Sudahlah Emy! Jangan fikirkan sangat. Sudah! Sudah! Kamu rehat dulu. Pujuk Wan Timah sambil menyelimutkan Emisya.
Bab 9
Assalamualaikum! Wan ni Ju ni. Wan Emy dah balik dah? Soal Juliana ketika menghubungi telefon rumah Wan Timah. Waalaikumsalam! Hah Ju Emisya belum balik lagi. Lusa baru dia keluar. Doktor nak buat pemeriksaan dekat dia lagi. Balas Wan Timah. Oh yeke Wan? Tak apalah kalau macam tu. Nanti kalau dia dah balik Wan bagitahu ok. Pinta Juliana. Yela Ju! Tapi Ju Wan nak bagitahu kamu sesuatulah. Balas Wan Timah sambil leka menceritakan satu persatu kepada Juliana. Ya allah! Wan pasal tu kah Emy kemalangan. Tak apalah Wan. Nanti Ju cuba bagitahu Dayah ya. Ok lah Ju pergi dulu ya Wan. Assalamualaikum. Putus Juliana. Emisya termenung seketika sebelum dia di benarkan pulang ke rumah. Sambil menunggu Encik Razali mengambilnya Emisya duduk di atas katil sambil merenung jendela bilik wadnya. Vroom! Vroom! Enjin motor skuternya di matikan sewaktu ia telah selamat sampai di hadapan kedai Uncle Muthu. Ane! Sirap limau satu ya! Pesan Emisya sewaktu dia baru duduk di atas kerusi kedai itu. Sambil menunggu air minumanya sampai, Emisya terdengar telefon bimbitnya berbunyi. Lagu Adele set fire to the rain sedang berkumandang di corong radio di kedai itu. Emisya menakan screen lock Galaxy Ace plusnya untuk melihat siapa yang memanggilnya.
Hakimi
Accept Ignore
Alah dia call lah pulak dah. Nak apa lah dia ni? Keluh Emy sambil membiarkan telefonnya berbunyi lagi. Sewaktu sedang leka menikmati sirap limaunya. Emisya terdengar suara2 yang dia cukup kenal sekali. Apabila Emisya menoleh kebelakang dia melihat seorang lelaki yang cukup dia kenali. Afiq! Lafaz Emisya dengan perlahan. Tetapi apa yang menyebabkan dia tergamam seketika ialah Afiq berpegang tangan dengan perempuan lain di hadapanya. Siapa perempuan tu? Adakah dia Afisya yang Wan cakapkan tu. Fikir Emisya sambil ligat memerhatikan mereka yang baru lalu di hadapan kedai tu. You! Sekejap tali kasut i tercabut pulak. Kata Afisya sambil membetulkan tali kasutnya. Hai! Macam2 tunang kesayangan aku ni. Balas Afiq spontan meraih tangan Afisya. What! Tunang dia? Ya allah betulkah apa yang aku nampak ni? Soal Afisya sambil mengosok2 kedua2 belah matanya. Tetapi ya! Itulah Amirul Afiq yang dia rindui selama ini. Masakan dia lupa sama lelaki itu. Tidak! Dia tidak pernah lupa walau sesaat. Tapi kenapa dia buat aku macam ni. Dia dah bertunang tanpa pengetahuan aku. Keluh Emisya sambil berlalu meninggalkan sketsa drama swasta di kedai mamak itu. Ane! Amik itu duit atas meja. Jerit Emisya sambil berlalu dengan hati yang kecewa dan cemburu. Agak laju Emisya membawa motornya sehinggakan dia tidak sedar pada waktu itu ada sebuah kereta Myvi sedang menuju ke arahnya. Tak guna punya Afiq! Aku tak sangka kau dah bertunang. Ahh tak guna!!!! Jerit Emisya Tanpa dia sedari kereta itu sudah berlanggar dengannya. Wan!!!!!! Jerit Emisya... Tuk! Tuk!Tuk! Pintu bilik wadnya di ketuk oleh seseorang. Kelihatan Encik Razali sedang menuju ke katil Emisya untuk mengambil beg2 pakaian anaknya untuk di bawa pulang. Sudah siap dik? Kalau dah jom kita balik sekarang. Pinta Encik Razali. Ok dah! Jomlah ujar Emisya berlalu meninggalakan papanya di belakang.
Bab 10
Hello! Hah Aida lama tak call aku? Kau dekat mana sekarang? Soal Emy sewaktu dia sedang berehat di anjung rumah Wannya. Aku ada dekat Kota ni. Aku masuk maktab sains dekat sana. Eh! Dayah bagitahu aku haritu dia kata kau accidents erk? Hampir 3 minggu aku call kau tak dapat? Macam mana boleh accidents ni? Soal Aida Najihah yang kini berada di Kota Tinggi. Selepas arwah ibunya meninggal dia sudah berpindah ke rumah neneknya di Kota Tinggi. Ahah! Ni pun aku baru balik. Doktor kata 3 minggu aku koma. Teruk juga lah. Kepala aku masih sakit2 sikit. Ada kereta hari tu langgar aku. Eh! Kau tak call Faris kah? Soal Emisya pula. Lah yeke? Sabar jelah. Aku hari tu ada melawat kau tapi masa tu kau belum sedar lagi. Faris? Hah nanti2 lah.. Dia kan sibuk belajar aku tak nak ganggu dia. Ujar Aida. Cewah! Lah yeke. Ramai tak yang datang masa kau lawat aku tu? Balas Emy sambil masuk kembali ke dalam biliknya. Ramai juga! Diaorang sedih tengok keadaan kau masa tu. Tapikan masa haritu. Ju dengan Afiq perang mulut sikit. Dia kata Afiqlah penyebab kau accidents. Beritahu Aida kepada Emisya. Hah! Diaorang gaduh? Kenapa Ju cakap macam tu? Soal Emy kebingungan. Ntah2 dia tahu hal sebenar. Hah tak kan Wan bagitahu?. Fikir Emisya. Hampir 1 jam Emisya berbual dengan Aida di telefon. Akhirnya talian di putuskan dan waktu Asar pun sudah masuk.
No comments:
Post a Comment