LATEST POST!

CERPEN SAYANGKU CIKGU HAZWANI

Cerpen Sayangku Cikgu Hazwani Hujan turun dengan renyai pada malam itu. Kelihatan Hazwani dan Hamsyar sedang berada di dalam kereta untu...

Sunday, 6 April 2014

CERPEN MUNGKIN DIA (BAB 1)

“Along! Sekarang dah pukul 7 lah! Cepatlah along ni kan. Abah!!! Along tak nak hantar Ewien pergi sekolah.”
Jerit Ewien sambil bersedia mengambil baldi yang berisi air di dalam bilik mandi.
 “Along! Bangun cepat adik kau dah lambat tu.” Sahut abah dari tingkat bawah.
 “ Along Ewien kira sampai 5 kalau along tak bangun jugak Ewien simbah air dalam baldi ni dekat badan along. Kali ni Ewien serius.”
Amaran Ewien sambil tanganya bersedia untuk mencurah air di dalam baldi itu ke badan Along.
" Along 1! 2! 3! 4! 4.50! 5!!! Bushhhhh!!!!”
 “ Ewien!!!!!!!!!!! Kurang asam punya adik.” Marah along sambil bangun mencari Ewien.
 “ Aik! Mana budak kecik ni? Tak ada pun?” soal along di dalam hati sambil matanya melilau mencari Ewien.
“ Tit! Tit! Tit!” Kedengaran bunyi motor scramble abah di luar rumah. Kelihatan Ewien sudah lengkap berpakaian pengawas berserta kod sudah tersarung rapi di badan kecik moleknya untuk pergi berbahas.
  “   Along! Lain kali bangunlah lambat lagi nanti bukan Ewien yang simbah air, tapi Kak Aira yang tolong mandikan along nanti. Okay along Ewien chauw dulu. Bye!” pamit Ewien sambil mengenyitkan matanya ke arah along yang sedang tercegat di muka pintu. ………………………………………………………........................................................
Kelihatan kawan-kawan sebahas dengan Ewien sedang menunggu di anjung perdana sekolah. Arul, Kimi, Hazlyn dan Shila sudah kebingungan kerana masih tidak melihat kelibat Ewien lagi.            
  “ Arul! Mana buah hati kau ni. Kenapa lambat sangat? Pukul 7.30 kita dah kena gerak pergi sekolah Taman Megah Ria.” Soal Shila sambil duduk di bangku yang tersedia ada di anjung perdana.    
“ Alahai sabarlah sekejap lagi dia sampailah tu mungkin dia tengah ontheway kot.”
 Balas Arul sambil leka menyediakan teks bahasnya. Kelihatan Hazlyn dan Kimi sedang sibuk dengan aktiviti masing-masing tanpa mengambil peduli apa yang dibualkan oleh mereka berdua tadi.
 Kimi dan Arul merupakan pelajar tingkatan 5 yang di pilih oleh Cikgu Haiza manakala Ewien, Shila dan Hazlyn serta Nabila merupakan pelajar tingkatan 3 yang di pilih oleh Cikgu Aina. Tetapi di saat akhir Nabila menarik diri kerana ada masalah kecemasan. Oleh sebab itu mereka berlima sahaja yang akan pergi berbahas. 
  “ Alyn? Kak Nadia mana dia ikut ke tak?” soal Shila sambil mendekati Hazlyn yang duduk bersebelahan dengan Kimi.
 “ Dia baru wechat aku dia cakap dia dekat dalam bilik kesihatan. Kimi kau pergilah panggil dia.” Suruh Hazlyn sambil memandang Kimi.
“ Alah! Kaulah pergi panggil dia. Aku malaslah dahlah kawan kau yang lagi sorang tu lambat.”
 Balas Kimi sambil leka bermain telefon bimbitnya sementara bosan menunggu Ewien.  “   Kau ni memangkan! Minta tolong sikit pun tak boleh lepas ni kau minta bagi idea aku tak nak tolong kau. Muktamad!”
balas Hazlyn sambil merenung tajam ke arah Kimi. Kelihatan Kimi berasa agak bersalah dah bersetuju untuk memanggil Kak Nadia yang merupakan fasikulator bahas mereka.                                            “   Yela!” balas Kimi sambil berlalu meninggalkan mereka bertiga.
 “ Vroom! Vroom! Vroom! Kedengaran motor scramble abah sudah selamat tiba di perkarangan sekolah. Turunnya Ewien daripada motor abah dah bersalam dengan abahnya sebelum beredar ke arah rakan-rakannya.                          
   “ Assalamualaikum! Sorry guys! I’m late.” Ucap Ewien kepada Arul,Shila dan Hazlyn.                             “ Waalaikumsalam! Hah lambat lagi tak pasal-pasal crush kau yang sorang ni dah tak senang duduk bila kau tak sampai lagi.” Selamba Shila sambil melirik ke arah Arul.
 “Erk! Crush? Siapa pulak?” soal Ewien kebingungan sambil menatap wajah Arul yang sedang melihat ke arah mereka berdua.
“ Hey! Kenapa korang pandang aku macam tu hah?” soal Arul kebegangan kerana di pandang oleh dua orang gadis yang masih asing dalam hidupnya. Tetapi hanya seorang gadis yang sudah mencuit tangkai hatinya dengan perwatakan gadis itu yang agak selamba, comel dan jugak manja. 
  “ Urmm! Tak ada apalah Arul. Eh! Mana Kimi?” soal Ewien cuba mengalih topik perbincangannya dengan Shila sebentar tadi. Gulp! Kelu lidah Arul ketika Ewien sedang berhadapan dengannya.   
“ Arul! Control perasaan kau Arul. Jangan sampai kantoi.” Bisik hati kecilnya.
 “ Hah! Apa kau tanya tadi?” soal Arul sambil cuba beralih matanya daripada bertembung dengan sepasang mata milik Ewien.
 “ Arul! Kau berangan eh? Amboi! Orang nak pergi bahaslah bukan nak pergi honeymoon. Sempat lagi kau berangan ya? Aku tanya kau tadi mana si Kimi yang suka buat muka annoying tu?.” Balas Ewien sambil tersenyum melihat telatah Arul yang serba tidak kena apabila berhadapan dengan dirinya.    
     “ garang sangat ke aku ni sampai dia tak senang duduk bila aku berdepan dengan dia macam cacing kepanasan yang di bakar dengan kayu api berbara”. Bisik hati kecil Ewien.
 “ Alamak dia senyum pulak! Habis aku kali ni conform melting di buatnya. Cool! Arul! Cool!” Bisik hati kecil Arul lagi.
“   Walaweyh! Alyn untung kita pagi ni dapat tengok drama sebabak cinta monyet.” Seloroh Shila sambil berlari ke arah Hazlyn. Dia tahu mesti si Ewien yang ganas ni akan sepak kaki dia. Sebab tu Shila mengambil langkah pencengahan awal daripada kena sepak dengan Ewien.
“ Ahah dok! How sweet…” sokong Hazlyn yang tidak kurang hebatnya menyakat Ewien dengan Arul. Mereka tahu apa yang Arul pendam apabila berhadapan dengan Ewien tetapi biarlah Arul berterus terang sendiri dengan Ewien.                    
     Bak kata dia orang “ Kami tidak masuk campur tapi hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk korang”. Apa ke sengalnya take line dia orang berdua ni.
 “ Oh! Kimi dia pergi panggil Cikgu Asyraf. Erk! Bukan! Bukan! Dia panggil Kak Nadia.” Balas Arul gugup.
“ Hai Abang Arul! Sejak bila boleh gagap ni….” Hazlyn bersuara
“ Ya tak ya jugak! Tadi elok bebenor je bercakap dengan kita. Datang Ewien je terus gagap semacam. Apahal kau Arul?” soal Shila pula.
   “ Eh! Mana ada aku gagap. Aku steady je ni dah lah tu si Kimi dengan Kak Nadia dan sampai. Cepat masuk kereta Cikgu Asyraf sekarang!!!” arah Arul kepada mereka bertiga.   Sebenarnya dia begang di sakat begitu. Buat masa ni mungkin dia yang Arul cari. Tetapi bukan sekarang untuk di miliki.
Kelihatan Ewien sudah menunjukkan reaksi muka yang agak segan di usik oleh dua orang sahabatnya. Mana tidaknya, tak pasal-pasal sudah di ghosip yang si Arul suka dia. Mahu tak segan dibuatnya.                                     
  “ Wien! Mungkin itu perasaan kau sahaja dia tak ada feeling apa-apa dekat kau. Jangan jatuhkan air muka abah dengan benda yang remeh-temeh ni. Belum masanya lagi Ewien” Muhasabah dirinya sambil berlalu masuk ke dalam perut kereta Cikgu Asyraf.

No comments:

Post a Comment