LATEST POST!

CERPEN SAYANGKU CIKGU HAZWANI

Cerpen Sayangku Cikgu Hazwani Hujan turun dengan renyai pada malam itu. Kelihatan Hazwani dan Hamsyar sedang berada di dalam kereta untu...

Saturday, 24 May 2014

CERPEN MISTERI BUKIT LUNCHU (BAB 1)

CERPEN MISTERI BUKIT LUNCHU

Pada hari ini, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Kembangan telah menghantar sekumpulan ahli unit beruniform PKBM udara untuk mengadakan unit perkhemahan di Bukit Lunchu. Ahli kumpulan tersebut terdiri daripada sepuluh orang ahli iaitu enam lelaki,empat perempuan serta seorang sarjan dan dua orang koperal PKBM udara.
“ Weyh! Korang dah packing semua barang yang telah disenaraikan? Soal Aina kepada mereka yang sedang meletakkan beg-beg pakaian di anjung perdana sekolah.
Kelihatan semua yang berada di situ menoleh ke arah Aina.
“ Beres. Tapi kita gerak pergi sana pukul berapa?” soal Raisya pula.
“ Koperal Kit cakap pukul lapan pagi. Sekarang kita tengah tunggu bas lah.” Balas Fadz pula
Semua yang ada di situ sudah tidak sabar-sabar untuk memulakan sesi perkhemahan mereka selepas tamat waktu peperiksaan pertengahan tahun.
Kelihatan jarum jam sudah menginjak ke angka lapan pagi. Bas yang telah disewa juga telah sampai di hadapan pagar sekolah. Semua ahli yang terlibat bergerak masuk ke dalam perut bas dan mengambil tempat masing-masing.
“ Fatwa! Duduk dengan aku jom?” soal Fadz selamba sambil tersengih-sengih memandang Fatwa.
“ Amboi! Fadz dalam bas pun jadi.” Ujar Raisya.
“ Eeleh! Biarlah kau ado?” soal Fadz sambil menjelirkan lidahnya.
Fatwa menggelengkan kepalanya sambil menunjukkan isyarat matanya ke arah koperal dan sarjan yang telah masuk ke dalam perut bas.
Fatwa mengambil tempat duduk di sebelah Raisya manakala Aina duduk di sebelah Syakira. Di bahagian belakang bas pula, kelihatan ahli-ahli lelaki sudah mengambil tempat masing-masing. Semua hanya duduk bersendirian memandangkan set kerusi di dalam bas tersebut masih banyak yang kosong. Seketika kemudian, Haridz mengeluarkan earfonenya dan mencucukkan ke dalam lubang telefon. Ammar dan Nazrul masing-masing sudah melelapkan mata mereka kerana suasana di dalam bas yang dingin itu membuatkan mata mereka berasa mengantuk. Cuma Azreen dan Mybaa sahaja yang masih sibuk membelek-belek  telefon masing-masing. Apa lagi yang mereka buat selain berwechatlah.
“ Rai! Kau tak rasa takut ke nak pergi dekat bukit tu.” Soal Fatwa tiba-tiba apabila melihat rakan-rakan mereka yang lain sedang leka membuat aktiviti masing-masing.
“ Nak takut apanya. Inilah peluang kita nak explore bukit tu. Dulukan kau nak sangat pergi camp kan. Sekarang inilah peluang kau.”
“ Ahah! Buat apa nak takut yang penting kita kena enjoy. Lagipun aku rasa hari ni function habis sebab si Azreen ikut sekali. Ujar Syakira selamba sambil mendongakkan sikit kepalanya melihat ke arah Azreen yang duduk di bahagian belakang.
“ Syakira gatal tau.” Ejek Aina kepada Syakira. Kelihatan Syakira menunjukkan penumbuk ke arah Aina.
“ Tapi aku rasa nervous sikit. Maklumlah aku mana pernah pergi camp ni.” Fatwa kerisauan dengan pengalaman yang bakal dia tempuhi selama tiga hari dua malam di Bukit Lunchu.
“ Just releks ok. Fadz kan ada dia boleh jaga kau.” Pujuk Raisya menenangkan hati Fatwa.
“ Yela.” Balas Fatwa sambil tersenyum sinis.
25 minit kemudian……
Mereka semua telah selamat sampai di perkarangan Bukit Lunchu. Sarjan Bob, Koperal Kit dan Koperal Nita telah mengejutkan para ahli PKBM agar bersedia untuk bergerak masuk ke dalam hutan. Kelihatan Nazrul dan Ammar lah orang pertama yang turun dari bas tersebut.
“ Tak reti sabar seyh dia orang ni” ujar Aina kegeraman.
Fatwa dan Raisya turun dari bas sambil menjinjing beg masing-masing. Diikuti oleh Haridz, Fadz, Azreen dan juga Mybaa di belakang.
“ Alhamdulilah! Sampai juga kita di Bukit Lunchu ini. Saya harapkan perkhemahan pada kali ini dapat memberikan pengalaman baru kepada anda semua untuk dijadikan sebagai tauladan dalam kamus hidup kita. Sebelum kita bergerak masuk ke dalam untuk mencari base perkhemahan, saya ingin memastikan semua ahli yang terlibat telah membawa segala kelengkapan yang diperlukan.” Ujar Sarjan Bob selaku ketua rombongan perkhemahan mereka pada hari ini.
 Kelihatan semua ahli PKBM menggangukkan kepala masing-masing apabila barang keperluan mereka sudah sempurna.
“ Baiklah! Kalau begitu saya ingin memberikan sedikit taklimat ringkas kepada anda semua sebelum kita memulakan treasure hunt kita pada hari ini.” Beritahu Koperal Kit pula sambil merenung satu persatu wajah ahli-ahli PKBM bawah pimpinannya.
“ Sebelum kita memulakan camp kita pada hari ini, saya ingin mengingatkan kepada anda semua bahawa kita haruslah berhati-hati dan tidak terlalu berseronok apabila masuk ke dalam hutan. Kita harus sentiasa beringat demi keselamatan kita semua dan jangan bersikap mementingkan diri sendiri. Kerjasama itu penting dalam satu pasukan tidak kira apa pun yang berlaku. Oleh sebab itu, saya harapkan anda semua yang berada di hadapan saya ini, tidak memiliki sikap egosentrik dalam jiwa anda dan sentiasa tolong-menolong dalam apa jua dugaan yang bakal anda tempuhi sepanjang perkhemahan ini.” Akhir kata Koperal Kit dan mengajak ahli-ahli PKBM udara untuk masuk ke dalam hutan bagi mencari base perkhemahan mereka.
Kelihatan tiga belas buah khemah telah didirikan dan dalam setiap khemah hanya memuatkan dua orang ahli sahaja.
Selepas selesai membersihkan diri dan mengemas beg-beg pakaian masing-masing, mereka diarahkan berkumpul di tengah base untuk mendengar taklimat yang seterusnya.
 Koperal Nita telah memberikan taklimat kepada ahli-ahli PKBM tentang aturan semasa masuk ke dalam hutan, tatacara makan, solat dan aktiviti mereka sepanjang perkhemahan ini dilangsungkan.
“ Baiklah! Sekarang saya ingin membahagikan anda kepada dua kumpulan setiap kumpulan terdiri daripada lima orang. Kumpulan A terdiri daripada Azreen, Mybaa, Ammar, Aina Dan Syakira. Manakala Kumpulan B terdiri daripada Fadz, Haridz, Nazrul, Fatwa dan juga Raisya.” Beritahu Koperal Nita
Yes! Aina kita satu geng dengan Azreen. Function boh.” ujar Syakira kegembiraan kerana crush dia satu kumpulan dengannya.
“ Fatwa! Kita satu kumpulan tau. Lepas ni biar aku jaga kau. Haridz dengan Nazrul jaga Raisya. Ingat jangan pergi dengan orang lain. Hanya aku je.” Fadz juga tidak mahu ketinggalan untuk mengusik buah hatinya.
 Kelihatan pipi Fatwa sudah kemerahan dengan usikan Fadz. Kawan-kawan mereka yang lain sudah ada yang mengusik-ngusik Fatwa, tidak ketinggalan juga dengan para koperal yang sekepala dengan mereka semua.
Baiklah sekarang anda semua boleh berehat selama 2 jam untuk mandi, makan, dan juga solat. Selepas 2 jam kita akan mulakan aktiviti kita yang pertama.
 Kelihatan masing-masing laju sahaja bergerak ke khemah masing-masing untuk membersihkan diri, makan dan solat. Mereka semua solat berjemaah di tengah-tengah base menghadap Allah SWT bagi memohon agar aktiviti perkemahan mereka selamat dari sebarang bahaya.
 Tamat sahaja solat zuhur, mereka semua balik ke khemah masing-masing untuk merehatkan badan mereka yang sudah keletihan.
 ………………………………………………………….

Tepat pukul 3.30 petang, Semua ahli PKBM telah bersedia dengan peralatan masing-masing untuk memulakan aktiviti pertama mereka iaitu mencari kayu api untuk membuat ungun api. Fadz dan Fatwa mencari kayu api di bahagian kanan base manakala Raisya dan Haridz mencari di bahagian kiri base. Mereka semua berpecah seketika mencari barang yang diperlukan.
“ Fadz kita nak cari kayu api berapa banyak ni?” soal Fatwa sambil matanya liar mencari kayu api di celah-celah akar kayu. Kelihatan pokok-pokok di situ banyak yang besar-besar. Dah nama pun hutan belantara, mestilah pokok-pokok pun besar juga.
“ Cari aje lah berapa banyak yang boleh dapat. Tapi kalau kau tak larat biar aku je yang cari.” Beritahu Fadz sambil mengambil beberapa batang kayu api di atas tanah.
“ Mana boleh macam tu, aku dah ikut kau so aku pun kena cari juga. Mana boleh kau sorang je yang cari sedangkan aku ada bersama. Susah senang kita sama-sama tanggunglah.” Balas Fatwa sambil mulutnya tak habis-habis mengomel itu ini.
Fadz tersenyum seketika melihat kesayangannya mengomel itu ini. Comel bebenor. “Alahai! Wake up Fadz ingat sikit korang kat dalam hutan ni. Jangan macam-macam pulak.” Bisik hati kecilnya.
 “ Ridz! Kau pernah masuk hutan ke sebelum ni?” soal Raisya sambil menguis-nguis dedauan yang bertaburan di atas tanah menggunakan sebatang kayu.
Haridz menoleh ke arah Raisya.
 “ Pernah yang masa aku dengan Paan.” Balas Haridz sambil memasukkan beberapa kayu api yang telah dijumpai ke dalam sebuah bakul rotan yang dibawa bersama dari base.
“ Oh! Kau pernah jumpa benda pelik-pelik ke dalam hutan masa tu?” soal Raisya lagi.
“ Rasanya tak ada kot. Kenapa kau tanya macam tu pulak?”
“Tak ada apa.” Raisya mengambil dua batang kayu api lalu memasukkan ke dalam bakul rotan. Masing-masing kembali menyudahkan kerja mereka kerana hari sudah semakin senja.
 “Manalah dia orang ni Ira? Asal lambat sangat cari kayu api. Nyamuk dah dok sedap-sedap hisap darah aku ni.” Bebel Aina sambil mengaru-ngaru kakinya yang gatal digigit oleh nyamuk hutan. Bukan nyamuk yang kecik-kecik tapi yang besar punya. Sekali dia sedut, mahu hilang satu dos darah dalam badan.
“ Ahah! lama sangat dia orang ni. Aku pun dah tak tahan. Tapi aku still boleh sabar sebab hero pujaan hati aku ada dekat sini. Ain! Cuba kau tengok Reen tu. Rajin betul dia tolong Koperal Nita pasang Khemah utama.” Beritahu Syakira sambil memuncungkan bibirnya ke arah Azreen dan Koperal Nita.
 Kelihatan Azreen , Mybaa dan Ammar membantu Koperal Nita dan Sarjan Bob memasang khemah utama.
Beberapa minit kemudian…..
Fadz dan Fatwa telah selamat sampai ke base sambil membawa sebuah bakul rotan yang berisi beberapa batang kayu api. Tidak ketinggalan juga Haridz dan Raisya membawa sebuah bakul rotan yang sama ke tengah base.
Sesi menyalakan unggun api pun dijalankan. Setelah selesai menyalakan unggun api. Koperal Kit mengajak ahli-ahli pimpinannya mengambil wudhuk di sebatang sungai yang berdekatan untuk mengerjakan solat Asar. Imam pada waktu itu diimamkan oleh Azreen. Makin bersinarlah mata Syakira apabila buah hatinya menjadi imam mereka.
Tamat sahaja mengerjakan solat asar. Para wanita ditugaskan untuk memasak makanan bagi jamuan makan malam. Manakala para lelaki ditugaskan untuk memasang ubat nyamuk dan membaca pendinding agar terhindar dari sebarang bahaya mahupun ancaman binatang buas.
“ Fadz! Kau tengok Wawa tu? Rajin siak dia tolong Koperal Nita masak.” Ujar Nazrul kepada Fadz.
“ Eh! Biasalah tu tengoklah awek siapa?” ujar Fadz sambil menaikkan keninggnya.
“ Eleh! Korang bukan couple pun tapi belagak macam couple. Baik terus couple je kan.”
“ Aku on je cuma dia yang tak nak.” Balas Fadz perlahan.
Maybe dia perlukan masa kot. Lain kali kau cubalah lagi.” Ujar Nazrul perlahan sambil menepuk bahu sahabatnya.
Pada malam pertama mereka berada di dalam hutan itu, mereka dihidangkan dengan masakan para wanita yang paling special sekali.
Ayam masak merah, sayur campur dan udang goreng tepung serta teh o panas yang aromanya cukup memukau. Mereka semua berselera sahaja sewaktu menjamu selera terutama sekali Nazrul dan juga Mybaa. Berselera sungguh mereka berdua.
Pada tengah malam itu, mereka semua berkumpul mengelilingi unggun api sambil mengadakan sesi suai kenal. Sarjan Bob menanyakan pelbagai soalan tentang hal PKBM dan hal yang tidak sepatutnya ditanya. Tetapi pada malam itu mereka semua satu kepala dan meluahkan saja apa yang terbuku di dalam hati masing-masing.
“ Ok! sekarang saya nak tanya Fadz Dzrul. Awak memiliki teman istimewa tak dalam hidup awak?” soal Sarjan Bob.
“ Err! Rasanya ada kot.” Jawab Fadz sepatah sambil mengerling ke arah Fatwa.
Kelihatan Fatwa menunjukkan isyarat buku limanya yang menyatakan bahawa jangan pandai-pandai nak bagitahu apa-apa.
“ Jika tidak keberatan, kongsilah kepada kami.” Pancing Sarjan Bob cuba mengorek rahsia anak-anak buah bawah pimpinannya.
“ Errr…..” Fadz sengaja melambatkan-lambatkan masa untuk menjawab.
 “ Dia malulah sarjan.” Jerit Ammar sebagai wakil Fadz.
“ Fuh! Selamat kau ada” bisik Fadz di dalam hati sambil menunjukkan isyarat bagus ke arah Ammar.
Ammar hanya melemparkan senyuman ke arah Fadz.
Hari sudah larut malam, Sarjan Bob mengarahkan ahli-ahli bimbingannya agar bersurai kerana esok pagi mereka akan bergerak masuk ke dalam hutan untuk memulakan sesi explore Bukit Lunchu.
Pada pagi yang cerah itu, semua ahli PKBM sudah bersedia dengan peralatan dan kelengkapan masing-masing untuk memulakan sesi treasure hunt mereka.
Kelihatan Sarjan Bob sudah memberikan taklimat ringkas tentang aturan untuk masuk ke dalam hutan.
“ Baiklah! Kalau semua sudah faham apa yang saya cakap. Kamu boleh memulakan sesi ujian kamu yang pertama ini untuk mencari tiga tanda pangkah yang terdapat dalam hutan itu. Kamu semua diminta kembali di sini dalam masa dua jam. Jika ada antara kumpulan yang masih tidak kembali di sini, mereka di anggap gagal dalam menyelesaikan ujian yang pertama ini.” Beritahu Sarjan Bob.
“ Faham semua!” Laung Sarjan Bob.
“ Faham Sarjan!” balas mereka semua.
Maka aktiviti menjelajahi hutan pun bermula. Kumpulan A dan Kumpulan B berpecah kepada dua bahagian. Satu kumpulan ke bahagian kanan dan satu kumpulan lagi ke bahagian kiri. Hampir 30 minit kemudian, kumpulan B yang diketuai oleh Haridz menjumpai satu tanda pangkah yang berada di sebatang batang pokok. Fatwa mengambil gambar tanda pangkah tersebut dengan menggunakan kamera digital.
Mereka meneruskan mencari tanda pangkah yang lain untuk menamatkan ujian saringan mereka.
 Ketika sedang berjalan naik ke atas bukit, kaki Fatwa seolah-olah terpijak sesuatu yang licin dan menyebabkan imbangan badannya tidak stabil akhirnya Fatwa hampir terjunam ke dalam gaung.
“ Fadz! Tolong aku Fadz!” jerit Fatwa sambil tangannya berpaut pada ranting kayu.
Fadz menoleh seketika ke belakang kerana terdengar seperti seseorang sedang memanggil namanya.
 “Fatwa! Mana kau! Fatwa!” laung Fadz sambil mencari Fatwa di belakang.
Kelihatan Nazrul, Haridz dan Raisya menoleh ke arah belakang dan melihat bahawa Fadz dan Fatwa sudah tiada di bahagian belakang mereka.
“ Fatwa! Pegang tangan aku kuat-kuat!” arah Fadz sambil memaut tangan Fatwa agar dapat ditarik ke atas.
Raisya, Haridz dan Nazrul datang untuk membantu dengan menarik tangan Fatwa yang seolah-olah tersangkut. Fatwa merasakan seperti ada sesuatu sedang menarik kakinya dari bawah.
“ Fadz! Ada benda tarik kaki aku ni. Cepat tarik tangan aku. Aku dah tak tahan ni.” Jerit Fatwa sambil sedaya upaya naik ke atas.
“ Fatwa! Kenapa susah sangat nak tarik ni.” Beritahu Raisya sambil menarik badan kawannya untuk naik ke atas.
“ Ouch! Ahhh! Kaki aku berdarah.” Jerit Raisya kerana kakinya luka tercucuk ranting kayu yang tajam.
Haridz, Nazrul dan Fadz semakin panik dengan kejadian yang berlaku kepada dua orang ahli perempuan mereka. Sebelum keadaan menjadi semakin buruk, Fadz dan Nazrul menarik tangan Fatwa dengan sedaya upaya. Akhirnya, Fatwa dapat diselamatkan.
Haridz mengeluarkan sebotol iodine dan pembalut luka dari kotak First Aid dan memulakan sesi membalut kaki Raisya yang luka.
“ Rai! Tahan sikit, aku nak cabut ranting kayu ni dari kaki kau. Sabar sikit ya.” Beritahu Haridz sambil perlahan-lahan menarik ranting kayu itu keluar dari kaki Raisya.
Kelihatan Raisya sudah mengerutkan dahinya kerana menahan kesakitan. Darah semakin banyak keluar menyebabkan badan Raisya berasa lemah. " Sakitlah!!!!" jerit Raisya kerana kesakitan.
“ Wawa! Kau ok tak? Macam mana boleh jatuh tadi. Aku takut apa-apa jadi pada kau.” Soal Fadz sambil memberikan Fatwa minum air mineral yang dibawa bersama. Bahu Fatwa digenggam bagi menenangkan sedikit kekuatan kerana badan Fatwa kelihatan amat lemah dengan kecelakaan yang menimpannya tadi. Biarpun Fadz tahu tindakkannya salah dengan menyentuh bahu gadis yang bukan muhrimnya tetapi keadaan darurat telah memaksanya berbuat begitu
 Fatwa masih mendiamkan diri dan menangis tidak henti-henti. Dia masih kelihatan trauma atas apa yang berlaku sebentar tadi.
Kelihatan rakan-rakannya yang lain berasa simpati atas apa yang berlaku kepada Fatwa. Raisya juga kelihatan semakin lemah kerana darah dalam badannya semakin berkurang kesan cucukkan ranting kayu di tapak kakinya.
“ Sabar Fatwa! Aku ada untuk kau. Aku akan bawa kau keluar dari hutan ni.” Pujuk Fadz sambil mengusap- ngusap belakang badan Fatwa.
“ Naz! Apa kita nak buat sekarang ni. Nak teruskan juga ke ujian ni?” soal Fadz apabila melihat keadaan Fatwa dan Raisya sudah stabil.
Nazrul menoleh ke arah mereka semua dan memikirkan sesuatu.
“ Aku rasa baik kita chaw je lah dari sini. Kalau kita teruskan juga dia orang berdua ni macam mana takkan nak biarkan je. So better kita balik ke base.” Ujar Nazrul sambil mengalas beg Haridz dan Raisya.
“ Baiklah! Kita bergerak sekarang dekat sana baru kita fikirkan apa nak buat. Raisya biar aku dukung kau. Kau tak larat nak jalan tu.” Arah Haridz
Pada mulanya Raisya agak keberatan tetapi apa kan daya kondisi badannya semakin lemah. Dia turutkan juga.
“ Wawa! Kau larat tak nak jalan. Nak aku dukung jugak ke?” soal Fadz
“ Tak apa lah aku tak nak susahkan kau. Tapi kau jangan tinggalkan aku sorang-sorang aku takut.” Beritahu Fatwa perlahan.

Mereka bergerak pulang ke base walaupun ujian mereka semua masih belum selesai.
Di suatu sudut yang lain pula, kejadian yang sama berlaku terhadap Aina dan Syakira.
Mereka semua terpaksa merentasi sungai untuk menyeberang ke bahagian lain dengan menggunakan tali yang sudah tersedia tersangkut pada pokok berhampiran dengan sungai itu. Kelihatan air sungai itu sangat deras dan mengalir laju.Apabila tiba giliran Syakira merentasi sungai tersebut.  Tangganya terlepas untuk berpaut pada tali yang merentang di atas sungai. Kakinya juga tidak dapat bergerak kerana kakinya seolah-olah ditarik oleh sesuatu di dalam sungai tersebut. Syakira terjatuh ke dalam sungai tersebut tanpa disedari oleh sahabatnya yang lain.
Azreen merasakan seperti ada sesuatu yang berlaku kepada salah seorang ahli kumpulan mereka.
“ Ain! Ira mana?” soal Azreen sambil melihat ke belakang untuk melihat sama ada Syakira ada bersama atau tidak.
Aina menoleh ke belakang dan terkejut kerana Syakira sudah tiada.
“ Korang! Syakira dan tak ada. Mana dia pergi? Cari dia cepat!” beritahu Aina yang berkeadaan cemas berlari mencari Syakira di bahagian sungai yang mereka seberang tadi.
Ammar, Azreen dan Mybaa turut berlari mengejar Aina yang sudah jauh meninggalkan mereka.Sampai sahaja di sungai tersebut, Aina menyelam masuk ke dalam sungai sambil mencari Syakira. Ammar berasa terkejut dengan tindakan drastic Aina.
“ Weyh Aina! Kau jangan pandai-pandai menyelam dalam sungai tu. Air sungai tu deras. Biar aku dengan Azreen tolong kau cari Syakira. Kau tunggu dengan Mybaa.” Arah Ammar sambil menarik tangan Aina untuk naik ke atas batu.
Azreen dan Ammar turun ke dalam sungai untuk mencari Syakira. Mybaa dan Aina tunggu di seberang sungai sambil menunggu kepulangan mereka berdua yang berusaha mencari Syakira.
“ Baa! Aku takut apa-apa jadi pada Iralah. Sarjan Bob,Koperal Nita dengan Koperal Kit mana? Takkan dia orang tak bantu kita?” soal Aina yang sudah mengalirkan air mata kerana takut sesuatu jadi terhadap sahabat karibnya Syakira.
“ Aku tak tahulah. Aku rasa dia orang dapat cari Syakira. Kau doa banyak-banyak semoga mereka bertiga selamat. But kumpulan Haridz kau rasa dia orang dah sampai belum? Entah-entah dia orang dah menang dulu.” Soal Mybaa
Aina menoleh geram ke arah Mybaa kerana berfikiran kolot macam tu. Bukan nak fikir keselamatan kawan mereka tetapi dia fikir pasal kemenangan dalam ujian ini pulak.
“ Kau ni kenapa! Kawan kita masih tak jumpa, benda-benda macam tu pulak yang kau fikir.” Marah Aina sambil mengesat air matanya menggunakan sapu tangan yang dibawa bersama.
“ Aku tanya je kot. Itu pun nak marah.” Balas Mybaa sambil mengeluarkan  dua botol air mineralnya dan memberikan kepada Aina.
Aina mengambil huluran air botol yang diberikan oleh Mybaa dan meneguk air tersebut setelah membaca bismillah.
10 minit kemudian…..

Azreen dan Ammar telah menjumpai Syakira yang terapung di celah batu besar. Kepala  Syakira berdarah mungkin kesan hentakan di batu tersebut. Azreen mengeluarkan pembalut luka yang berada dalam kotak First Aid dan membalut luka Syakira kerana darah sudah banyak yang keluar. Ammar dan Azreen membantu mengangkat badan Syakira untuk dibawa ke seberang sungai.
“ Am! Badan dia dah lemah gila ni. Aku tak tahu nak buat macam mana lagi. Janganlah dia mati.” Ujar Azreen kerisauan
Ammar menoleh seketika ke wajah Azreen dan Syakira. Benar! Wajah Syakira sudah kelihatan pucat dan membiru. Cermin mata yang selalu dipakainya pun sudah tak ada. Barangkali sudah pecah terhentak di batu besar tersebut.
“ Kau jangan cakap macam tu. Kita bagi dia rawatan ringan dulu dekat tempat Mybaa dan Aina.” Suruh Ammar sambil menarik tangan Azreen yang sedang mengendong Syakira di belakang badannya.
Sedang leka-leka menanti ketibaan Azreen, Ammar dan Syakira, Aina dan Mybaa tidak menyedari bahawa ada seekor ular tedung sedang menyelusur ke arah mereka. Semakin lama semakin dekat dan ular tedung tersebut sudah bersedia untuk mematuk lengan Mybaa.
Aina yang seolah-olah terperasan ada sesuatu sedang bergerak-gerak di celah daun tersebut terus bangun dan melihat betul-betul apakah benda yang sedang bergerak itu.
Beberapa  detik kemudian Aina sudah dapat menangkap apakah benda yang sedang bergerak itu. Ular!
 Aina menjerit kepada Mybaa bahawa ada ular sedang bergerak ke arahnya.
“ Mybaa! Bangun dari situ! Ada ular nak patuk kau!”
Mybaa seolah-olah yang baru tersedar dengan jeritan Aina tidak sempat untuk bangun dan ular tersebut sudah semakin dekat dengan dirinya. Aina menarik lengan Mybaa agar tidak dipatuk ular tetapi malangnya ular itu lebih pantas mematuk tangan Aina dulu, menyebabkan Aina terduduk sambil memegang tangannya yang dipatuk ular. Selepas ular itu mematuk tangan Aina ular itu ingin mematuk kaki Aina pula. Kali ini Mybaa tidak berdiam diri, dia terus menarik bahu Aina agar beredar dari situ.
“ Ahhhhh! Sakit Baa! Sakit!” jerit Aina sambil memegang tangan kirinya yang dipatuk ular tedung tadi. Jeritan Aina telah didengari oleh Azreen dan Ammar yang kebetulan baru sampai di seberang sungai itu. Mereka mencari arah suara yang menjerit tadi. Ammar menunjukkan kepada Azreen tempat Mybaa dan Aina berada. Mereka berdua bergegas bergerak ke tempat Aina dan Mybaa.
“ Ya allah! Aina! Kenapa dengan tangan kau ni?” Soal Azreen sambil meletakkan tubuh Syakira yang lemah itu di atas tanah beralaskan sebuah beg di bawah kepala Syakira.
“ ahhhh!” hanya itu yang mampu dijawab oleh Aina.
“ Mybaa! Kenapa tangan dia? Kau buat apa hah dengan dia?” soal Ammar kegeraman sambil mencekak kolar baju PKBM Mybaa.
Mybaa sedikit terkejut dengan tindakkan Ammar yang mencekak kolar bajunya.
“Aku tak buat apa pun dekat dia. Dia kena patuk ular. Dia nak selamatkan aku dari kena patuk tadi tak aleh-aleh dia yang yang kena patuk.” Jelas Mybaa tergagap-gagap.
Kelihatan Ammar melepaskan cengkamannya dari kolar baju Mybaa dan membuka zip begnya untuk mengeluarkan kotak First Aid. Ammar mengeluarkan sebotol minyak gamat dan pembalut luka.
“ Aina bak sini tangan kau. Aku nak hilangkan bisa tu.” Pinta Ammar
Aina menggelengkan kepalanya sambil memegang erat lengannya yang baru dipatuk ular itu.
“ Jangan degillah! Bak sini.” Tarik Ammar
“ Auuuu! Sakitlah Ammar!. Slowlah sikit.” Ngadu Aina.
Ammar membuang bisa ular tersebut sebelum menyapu minyak gamat di atas kesan patukkan ular itu. Akhirnya lengan Aina telah selamat dibalut.
Azreen, Ammar, Mybaa dan Aina mula merawat Syakira yang masih tidak sedarkan diri dari tadi. Aina menekan-nekan dada  Aina untuk mengeluarkan air yang sungai yang tersedut oleh Syakira semasa lemas tadi. Beberapa minit kemudian, Syakira menunjukkan reaksi positif dengan memuntahkan air sungai yang disedutnya tadi.
Aina,Ammar, Azreen dan juga Mybaa mengucap syukur kerana Syakira telah menyedarkan dirinya.
 Muka Syakira agak pucat dan kebiruan kerana terlalu banyak terminum air sungai semasa dia lemas tadi.
“ Alhamdulilah! Ira! Kau dah sedar sekarang. Syukur sangat. Kita orang risau gila takut kau tak sedar tadi.” Jelas Aina yang kegembiraan.
Syakira hanya memandang Aina, Ammar, Azreen dan Mybaa secara kebingungan.
“ Apa yang jadi semua ni. Kenapa dengan tangan kau tu Aina?” soal Syakira kebingungan sambil memegang kepalanya yang terasa sakit.
“ Kau lemas tadi dekat sungai, Azreen dan Ammar yang selamatkan kau. Azreen yang gendongkan kau bawa datang sini.” Jelas Aina
Syakira berasa terkejut dengan apa yang dijelaskan oleh Aina. Dia memandang wajah Ammar kemudian wajah Azreen.
“ Terima kasih korang kerana selamatkan aku. Aku terhutang budi sangat dengan korang.” Ucap Syakira sambil mengalirkan air mata kerana hero pujaan hatinya sanggup menyelamatkan dirinya.
“ Errr! Sama-sama tapi yang paling risau tadi si Azreenlah. Dia yang sedar dulu masa ketiadaan kau. Caring betul Azreen ni.” Ujar Ammar dengan nada mengusik jiwa Azreen.
Kelihatan muka Azreen sudah kemerahan dengan usikan Ammar yang selamba badak mengenakan dirinya.
“ Eh! Aku kan ketua yang paling bertanggungjawab so apa yang terjadi dekat korang aku kena bertanggungjawab.” Ucap Azreen menutup kebegangan dirinya.
“ Eleh! Yela tu.” Ucap Mybaa pula.
Kelihatan semua yang ada di situ tergelak dengan perilaku Azreen yang tidak keruan diusik oleh Ammar .
“ Eh! Dah lah kita dah kena gerak balik ke base. Dah hampir dua jam ni.” Jelas Azreen sambil mengangkat beg dia dan beg Syakira.
“ Tapi kita tak dapat satu tanda pangkah lagi?” soal Syakira perlahan.
“ Eh ! kau ni dah sakit-sakit pun still nak ingat benda tu. Aku rasa kita tak boleh teruskan sebab dah lebih dua jam. Mungkin Kumpulan Haridz dan menang dulu. Kita bagi dia orang change menanglah kali ni.” Ucap Aina sambil bangun untuk mengambil begnya.
“ Eh! Apa kau cakap tadi. Mungkin team dia orang akan menang. Habis yang tu sapa?” tunjuk Ammar ke arah sekumpulan yang sedang bergerak ke arah mereka.
Haridz, Raisya, Fadz, Fatwa dan juga Nazrul sedang bergerak ke hadapan tanpa mereka sedar bahawa kedatangan mereka telah disedari oleh kawan-kawan mereka yang lain.
“ Fadz! Aku penatlah nak jalan lagi. Tak larat!.” Ngadu Fatwa manja sambil memberhentikan langkahnya.
“ Alolo kesiannya kesayangan kita ni.” Ucap Fadz sambil duduk bersama dengan Fatwa.
Raisya pula menepuk bahu Haridz supaya menurunkan tubuhnya ke bawah. Kesian dia tengok Haridz bersusah payah membantu mengendong tubuhnya. Kalaulah kakinya tidak luka, dia takkan susahkan Haridz untuk mengendongnya.
Tenggs! Ridz sebab tolong gendong aku. Aku dah susahkan kau je.” Ucap Raisya sambil memberikan senyuman manis kepada Haridz.
“Eh tak ada hal lah. Kau kan member aku merangkap anak buah aku dalam team ni. So aku kena bertanggungjawab terhadap korang semua.” Jelas Haridz sambil meneguk air mineralnya.
 Mereka semua tersenyum ke arah Haridz tanda berterima kasih kerana sudi menjadi sahabat yang bertanggungjawab.
“ Walaweyh! udah-udahlah tu buat drama swasta dekat sini. Aku korang buat macam tak wujud je kan.” Ujar Nazrul seolah-olah merajuk.
Fadz dan Haridz berjalan ke arah Nazrul dan menepuk bahunya.
“ Alahai kita orang sayang kau jugaklah. Janganlah emo sangat.” Ujar Haridz.
“ Betul tu. Walaupun aku sayang gila dekat Wawa tapi kau tetap kawan aku.” Balas Fadz pula sambil mengenyitkan matanya ke arah Fatwa.
Fatwa sudah kebegangan dengan ucapan Fadz.
Raisya sudah memandang Fatwa dengan lirikan senyuman yang sinis.
“ Haha yela! Korang memang sahabat aku.” Ujar Nazrul sambil memeluk bahu kawan-kawannya.
“ Aku rasa hari ni paling function. Kau tahu sebab apa?”soal Raisya
“ Sebab kita still tolong satu sama lain walaupun bermacam-macam dugaan yang kita lalui.” Balas Fatwa
“ Pandai pun kawan aku. Tapi untunglah orang tu ada seseorang yang tak nak lepaskan dia. Dah macam suami isteri.”
“ Errr! Haha kau pun sama je, siap main dukung-dukung lagi. Kalau Syam nampak habis kau.” Balas Fatwa sambil meregang-regangkan kakinya yang lenguh .
“ Err itupun sebab kaki aku luka. Kalau tak, tak ada makna aku nak didukung oleh Haridz tu tau.” Jelas Raisya sambil mencubit manja lengan Fatwa.
“ Auuuu! Yela.” Jerit Fatwa sambil mengosok-gosok lengannya yang perit dicubit Raisya tadi.
Fadz terdengar jeritan Fatwa laju sahaja dia meninggalkan Nazrul dan Haridz.
“ Kenapa Wa?” soal Fadz sambil duduk berhadapan dengan Fatwa.
“ Huii! Dengar awek jerit je terus tinggal kita orang erk?” Laung Haridz.
“ Releks lah bro.” balas Fadz.
“Raisya cubit aku. Sakit tau!” ngadu Fatwa manja.
“ Eii! Ngada-ngadanya kawan aku yang sorang ni.” Ujar Raisya sambil mencubit pipi Fatwa yang tembam tu.
“ Hey! Hanya aku je yang boleh cubit dia tau.”
I don’t care lah Fadz! Siapa cepat dia dapat.” Raisya menunjuk isyarat mengejek kepada Fadz.
“ Ok kita tengoklah nanti siapa yang dapat dulu.” Putus Fadz sambil mengencilkan matanya. Geramlah tu.
“ Hoi! Korang buat apa dekat sini? Kita orang ingat korang dah sampai dulu. Tapi apa cerita kita semua still dekat sini.” Soal Aina.
“Tadi ada masalah sikit. Eh! Kenapa tangan kau tu Aina?”  soal Haridz.
“ Aku kena patuk ular, Syakira tadi dia lemas dalam sungai sana tu.” Beritahu Aina sambil duduk di sebelah Fatwa dan Fadz.
Kelihatan Nazrul, Haridz, Fadz, Fatwa dan Raisya terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Aina.
“ Habis tu korang ok tak? Aku dengan Raisya pun ada masalah tadi. Mula-mula aku tergelincir masa nak naik bukit tu. Lagi sikit nak masuk gaung nasib baik ada seseorang hamba Allah tu tolong tarik tangan aku. Kalau tak waallaualam…” beritahu Fatwa sambil mengerling ke arah Fadz.
“ Alolo how sweet! Untunglah.” Ucap Aina.
“ Rai! Kenapa kaki kau tu?” soal Aina sambil membelek kaki Raisya.
“ Err! Tercucuk ranting masa aku nak tarik Fatwa.” Jelas Raisya
“ Oh! Tapi korang tak rasa pelik ke. Kenapa kita yang perempuan sahaja yang kena sedangkan lelaki sorang pun tak kena apa-apa?” soal Aina secara tiba-tiba dengan nada yang berbeza dari nada tadi.
“ Betul jugak erk. Misteri betul” sokong Fatwa pula.
“ Eh! Dah korang jangan nak mengarut. Untung kita semua masih selamat tau. So janganlah nak cakap benda-benda merepek ni lagi. Dah lah mari kita pulang ke base. Dah lama sangat duduk dalam hutan ni. Badan aku dah melekit.” Arah Haridz kepada kawan-kawannya.
“ Yela! Badan aku pun dah melekit. Wa! Jom lah kita gerak dulu.” Ajak Fadz sambil bersedia untuk bangun.
Kelihatan Fatwa turut bangun.
“ Ceyh! How sweet!” ujar Aina
“ Udah-udahlah tu Fadz! Tak habis-habis.” Kata Azreen pula.
 Mereka semua tergelak dengan tindakan Fadz yang cuba mengorat anak dara orang. Dari sekolah sampailah dalam hutan ni. Mereka semua bergerak pulang ke base masing-masing untuk membersihkn diri dan luka-luka yang terdapat pada tubuh masing-masing.

Sunday, 18 May 2014

CERPEN TERIMA KASIH SAYANG

        
 CERPEN TERIMA KASIH SAYANG 
Hari ini merupakan hari cabaran yang perlu dilalui oleh Fadz Amirul anjuran daripada pihak Innershine. Amirul perlu melaksanakan tiga cabaran pada hari tersebut bagi membuat kejutan untuk isteri kesayangannya iaitu Dian Syazwanie.
 “ Tuk! Tuk! Tuk! Kedengaran ada sesuatu bunyi seperti seseorang sedang mengetuk pintu rumah banglo dua tingkat milik Amirul, memandangkan isterinya, Dian tiada di rumah.
 Apabila pintu utama dibuka tiada sesiapa yang berada di luar, melainkan di suatu sudut terdapat sebuah bakul yang berisi beberapa helai kain dan sehelai sampul surat berwarna ungu.
 Amirul membuka sampul surat tersebut dan membaca isi kandungannya.
“ Anda dikehendaki menjahit sehelai tudung dengan menggunakan tiga kombinasi warna yang berbeza mengikut kreativiti anda.” Baca Amirul sambil membelek-belek kain tudung yang pelbagai warna itu.
What! Aku nak kena jahit tudunglah ni. Alamak! Habislah aku hari ni.” Keluh Amirul sambil membawa masuk bakul berisi kain tudung tersebut ke dalam rumah.
“ Ini mesti untuk Dian. Tak apa demi isteri tercinta aku akan cuba buat.” Ujar Amirul sambil mengambil sebuah mesin jahit dan meletakkannya di atas meja.
 Hampir 10 minit kemudian….
 Pihak jurukamera merakam segala tingkah laku Amirul yang tidak keruan untuk menggunakan mesin jahit tersebut.
“ Hai! Kenapalah susah sangat nak masukkan jarum ni. Macam mana nak tekan ni. Ahh! So stress!!” bebel Amirul sambil cuba memasukkan jarum ke dalam tempatnya.
“ Ok! Now ada warna kelabu, biru, ungu, pink dengan coklat. Dia kata nak kena guna tiga kombinasi warna yang berbeza. Dian suka warna yang agak matang tetapi sweet. So kita guna warna kelabu, pink dengan biru cair. Conform cun punyalah” bebel Amirul sambil tangannya ligat membuat itu ini. Sehabis daya Amirul menjahit tudung tersebut, akhirnya siap juga sehelai tudung hasil jahitannya sendiri.
“ Nampak! Sudah siap pun tudung ni. Now! Saya nak bagi nama tudung ni Setulus kasih Seindah senyummu. Cewah! Panjang bebenor nama tudung ni.” Beritahu Amirul sambil menunjukkan tudung tersebut ke hadapan kamera.
Akhirnya, selesai juga cabaran pertama. Kemudian Amirul berjalan ke arah kabinet yang bertentangan untuk mengambil sampul surat yang kedua.
“ Hah! Ada lagi rupanya. Apa dia nak ni?” soal Amirul sambil membaca isi kandunggan tersebut.
“ Anda dikehendaki membuat cupcake untuk Dian sempena hari lahirnya yang ke 25 tahun.”
Cupcake! Hah lagilah payah. Sempena hari jadi Dian pulak tu.” Keluh Amirul sambil berjalan masuk ke dalam dapur dan mengambil segala bahan-bahan yang dikehendaki.
 Baking powder, pewarna, tepung dan pelbagai bahan yang lain sudah tersedia di atas meja. Sekarang bermulalah cabaran kedua Amirul.
Cupcake ni saya nak buat warna pink sebab nak ikut tema tudung tadi. So biar matchinglah nantikan.” Beritahu Amirul sambil tangannya lincah memasukkan acuan cupcake ke dalam cup. Kemudian dulang cupcake tersebut dimasukkan ke dalam oven.
“ Ok! now tinggal nak buat krim je. Krim kita guna pewarna merah campur Pink. Nanti jadilah warna ungu. So sweet mesti Dian suka ni.” Ujar Amirul panjang lebar.
20 minit kemudian……..
Cupcake sudah tersedia di atas meja dan bersedia untuk dikrimkan dengan krim berwarna ungu yang telah dibuat.
Kelihatan jurukamera mengfokuskan ke arah hiasan cupcake yang pelbagai corak dan menarik.
“ D I A N  L O V E  A M I R U L”
Tulisan yang terhias di atas cupcake yang comel telah menarik perhatian Amirul.
“ Wah! Pandai pulak aku buat ye. Kena amik gambar ni.” Kata Amirul sambil mengambil gambar cupcake tersebut.
Selesai sahaja cabaran yang kedua, kini tiba lah masanya untuk Amirul melaksanakan cabaran terakhirnya.
“ Anda dikehendaki mendekorasi ruang tamu rumah untuk menyambut ulang tahun hari lahir Dian”
“Dekorasi? Hurmm rasanya boleh kot.” Ujar Amirul sambil memerhati segenap ruang tamu tersebut.
30 minit kemudiann….
“ Ok! settle. Tudung dah buat, cupcake dah buat, dekorasi pun dah buat. So tunggu Dian balik dan sambut birthday dia.”
Kek, minuman, makanan, cupcake serta hadiah untuk Dian juga telah tersedia turut dihadiri oleh para tetamu jemputan. Mereka semua terdiri daripada kawan-kawan rapat Dian.
Tepat pukul 5 petang, loceng rumah telah berbunyi menandakan Cik Dian sudah balik. Apabila Dian melangkah ke dalam rumah banglonya….
“ Taraaaaaa!!! Surprise Dian!” Jerit kawan-kawannya menyambut kedatangannya.
Kelihatan Dian sedikit terpinga-pinga dan terkejut dengan kejutan yang mereka lakukan.
“ Masyaallah! Apa semua ni? Bila korang sampai? Cantiknya dekorasi ruang tamu ni.” Ujar Dian panjang lebar.
“ Kalau nak tahu tutup mata dulu.” Pinta salah seorang kawan-kawannya iaitu Effa.
Tanpa membuang masa, Dian telah ditutupkan matanya dengan sehelai kain hitam oleh Effa.
Kelihatan sang suami sudah tersedia dengan sebiji kek di tangannya.
“ Happy birthday to you.. Happy birthday to you.. Happy birthday to you.. Happy birthday Dian Syazwanie my true love, my sweetheart, my solemate..” nyanyi Fadz Amirul dengan romantisnya sambil meletakkan kek tersebut di atas meja makan.
Kedengaran semua para tetamu menepuk tangan dengan nyanyian yang dipersembahkan oleh Fadz Amirul.
“ So sweet!” jerit Syafrul kawan Fadz Amirul sambil mengambil gambar mereka.
Jurukamera dan kru-kru Innershine juga tidak ingin ketinggalan untuk merakam aksi mereka.
“ Terima kasih abang. Tak sangka abang yang decorate semua ni. Pandai laki Dian ni.” Ujar Dian sambil mencuit hidung suaminya.
Walaupun malu tapi Dian bersyukur sangat sebab memiliki Sang Adam yang paling awesome dalam hidupnya.
“Terima kasih Allah”  ucap Dian di dalam hati.
“Mestilah pandai, tengoklah suami siapa kan? All of this it just for you my dear. Thank sebab sudi jadi permaisuri dalam life abang. Walaupun payah abang nak kena buat semua ni tapi ini semua untuk awak. Just for you”. Ucap Amirul sambil mencium dahi isterinya.
Kelihatan muka Dian sudah merah akibat aksi romantis suaminya di hadapan semua tetamu mereka. Kelihatan seseorang daripada pihak Innershine memberi sebuah bungkusan hadiah kepada Amirul untuk isterinya.
“ Ini untuk awak my dear. Hasil buatan abang sendiri. Abang berikan nama tudung ni sebagai Setulus kasih seindah senyummu.” Beritahu Amirul sambil mengenyitkan matanya.
 Kelihatan para tetamu menepuk tangan sekali lagi dengan aksi romantis mereka dan mengucapkan selamat ulang tahun kepada Dian.
 Selepas Dian melayan para tetamu yang hadir, Dian mencari kelibat suaminya yang hilang entah kemana.
 Dian naik ke atas, ke dapur, ke ruang pejabat suaminya masih kosong tanpa kelibat suaminya.
 Akhirnya Dian melangkah ke suatu sudut terpencil dan tergamam seketika apabila melihat skrin televisyen terpapar wajah rakan dan juga suaminya.
Kedengaran lagu Najwa Latiff Adamu terpasang sebagai sound background ruang tersebut.
Dian duduk seketika di atas kerusi sambil menonton paparan di televisyen.
“ Abang tak tahu nak luahkan macam mana dekat Dian. Abang tahu selama ni abang kurang berikan perhatian kepada Dian. Dulu abang tak cinta dekat Dian. Tapi sekarang abang cinta sangat dekat Dian. Actually I love you Dian.” Ucap Fadz Amirul di skrin televisyen tersebut.
“ Dian ni orangnya baik. Dia seorang kawan yang memahami dan setia. Aku happy bila berkawan dengan kau Dian . You are my bestie forever and ever until Jannah. Semoga bahagia selalu bersama suami tercinta.” Ucap sahabatnya pula iaitu Effa di skrin televisyen tersebut.
Kelihatan mata Dian sudah berkaca dan rasa terharu dengan ucapan yang diberikan oleh suami dan sahabatnya.
Tamat sahaja paparan di skrin tersebut, Fadz Amirul kembali duduk semula di sebelah Dian dan memberikan sebuah novel yang bertajuk You Are My Wife Forever dan sejambak bunga ros merah.
 Dian berasa betul-betul terharu dan ingin menangis. Akhirnya gugur juga mutiara jernih di pipinya.
“ Jangan menangis lagi sayang. Awak akan jadi isteri abang sampai hujung nyawa dan sejauh mana kita berpisah abang masih mencintainya walau tuhan sudah memanggil abang.” Ucap Amirul sambil mengelap air mata yang mengalir di pipi isterinya sambil memberikan senyuman paling manis buat isterinya.
 Ya allah tak tergambar perasaan aku hari ni. Aku terasa dihargai dan di cintai oleh seorang suami yang dulunya membenci diri ini,akhirnya kau telah membuka pintu hatinya untuk menerima aku. Terima kasih Allah. Doa Dian di dalam hati sambil memeluk erat suaminya sambil mengalirkan air mata kegembiraan.



Friday, 2 May 2014

CERPEN HELAIAN TERAKHIR


"Wan!!!Emy pegi dulu tau dah lambat dah ni nak pergi amik result." Laung Emisya dari bawah rumah neneknya.

 "Hah! Dah nak pegi dah baik-baik naik motor tu. Kang accident nanti siapa nak jawab dengan ayah kamu tu." Nasihat nenek Wan Timah di pintu rumahnya.
 "Ok Wan, Emy pegi dulu tau! Wan doakan result Emy dapat straight A tau." Pinta Emy sambil mencium tangan neneknya.
" Fiq result kau berapa hah? Aik ni asal muka monyok semacam je ni. Teringatkan Si Dia kah?" Soal Faris teman rapat Afiq. 
"Eh! Tak adalah result aku oklah. Straight A . Kau pulak happy semacam je berapa kau dapat?" Soal Amirul Afiq sewaktu mereka sedang melepak di pondok sekolah.
" Oh! Aku biasalah 9A 1B. Bi aku pulak boleh fail kali ni." Jawab Faris sambil melambai tangannya kepada Aris yang baru tiba di pondok itu.
" Assalamualaikum Papa! Emy nak bagi tahu ni. Result Emy Straight A. Yeah! Lepas ni bolehlah Emy pegi Oversea kan Papa?" Pinta Emisya sewaktu menelefon Papanya Encik Razali di Johor Bahru. 
"Lah yeke? Alhamdulilah lah dik! Hah oversea, insyallah kalau ada rezeki adik pergilah nanti kan." Jawab Encik Razali Hah! Betul tu pa.
" Ok pa nanti adik call papa lagi. Adik nak balik tunjuk dekat Wan ni." Sahut Emisya sambil meletakkan telefonnya.
 Kelihatan ada sesusuk tubuh yang mengganggu konstresasi Amirul Afiq sewaktu tubuh itu berjalan menuju ke tempat mereka melepak.
" Ris! Kau tengok kawan kita yang sorang ni. Tadi muka dia punyalah masam semacam bagai tertelan buah dadu, tapi sekarang tersenyum-senyum pulak dah." Usik si Faris. "Ahahlah! Tapikan tadi dia main telefon dia. Macam mana dia boleh dah tak main dah? Oh patutlh! rupanya ada buah hati pangeran jantung dia datang sini lah." Jawab Aris sambil memuncungkan bibirnya ke arah Emisya dan Juliana yang sudah menuju ke tempat mereka.
" Hello guys! Result korang macam mana ok ke idak?" Soal Emisya sambil duduk bersebelah dengan Amirul Afiq. 
"Hurmm kitaowang pnye result ok aja dong. Kau punya pulak?"Selamba si Faris.
 "Aku, hah macam biasalah Straight A bah." Jawab Emisya.
" Wow! Nampaknya loving couple forever kita ni result dia sama lah. Hai jawabnya oversea sama-samalah nantikan Ris?" Soal Faris. 
"Betul banget itu bang Faris oi! Honeymoon lah jawabnya nanti." Seloroh Aris Aiman.
 "Eh! korang pulak yang lebih-lebih ni apehal hah? Kita owang Bff je ok." Potong Emisya sambil membelek slip Spm Afiq. 
"Hah betul tu! Kau tahu tak Emy, tadi teruk aku kena sindir dengan dua ekor mak laun ni masa kau belum sampai tadi. Aku malas je nak layan. Kang tak pasal-pasal hilang kehenseman aku ni." Seloroh Amirul Afiq. 
"Ceyh wah! Mengadu siut dekat bini dia ." Usik Faris lagi. 
"Eh !kau ni kang aku cakap yang kau selalu rindu Aida semua baru kau tahu." Ugut Afiq sambil menaikkan keningnya. 
"Wohoho! Ris dia mengugut aku lah. Eh tak payah lah begang aku nanti depan si singa betina jadian kau ni." Balas Faris sambil tersenyum melihat Emisya. 
"Woii! Kau tak habis-habis panggil aku singa betina erk? Dari form 2 sampai sekarang tak hilang-hilang lagi gelaran kau tu." Marah Emy sambil membaling botol mineral yang di bawanya. 
"Adui! Sakitlah pentol. Alah gurau je kod. Tu pun nak marah." Ngadu Faris sambil mengosok-gosok dadanya akibat di baling botol mineral. 
"Padan muka kau lain kali buat lagi macam tadi, bukan setakat botol mineral, botol kicap semua aku lempar dekat kau nanti." Bidas Emy sambil mengambil botol yang di balingnya tadi. 
"Hah! Kan dah kena baling tadi. Tulah kutuk-kutuk aku lagi. Kan bini aku dah marah." Seloroh Afiq sambil mengeyitkan matanya dekat Emy. 
"Hai maklumlah aku kan hensem mesti ada orang back up betul tak sayang?" Soal Afiq kepada Emy. 
"Hello ! Kau jangan perasan ye Afiq. Kau tu bukan hensem mana pon. Atuk aku lagi hensem kau tahu." Balas Hidayah yang baru sampai bersama Syameer. 
"Eleh! Jeleslah tu. Kau dapat berapa Dayah? Soal Afiq. Kau agak-agak berapa? Aku straight A lah sama dengan Girlfriends kau ni." Jawab Hidayah sambil menguit bahu Emisya yang sedang mengetap bibir kerana geram di usik. 
"Eh! dah jangan nak merepek bukan-bukan ok. Penat aku melayan korang ni." Jawab Emisya sambil menarik tangan Juliana untuk beredar kerana malu di usik. 
"Lah! Dah nak chaw ke? Relek dululah Emy, pakwe kau ni tak puas nak berjumpa lagi ni." Sahut Faris yang dari tadi hanya memerhatikan gelagat kawan-kawannya sahaja bersama Aris. 
"Hah! Betul tu relek dulu lah cik adik oii." Sahut Aris Aiman juga. 
"Pakwe abah dia! Korang ni memandai jelah. Eh! Dayah jom pegi minum kita Celebrate sama-sama. Tapi ladies only jelah erk?" Soal Emy sambil mengenyitkan matanya kepada Hidayah. 
Hidayah yang seakan-akan faham dengan simbol yang ditunjukkan berkata sesuatu kepada Syameer sambil berlalu bersama Emisya dan Juliana.
" Hai! Afiq nampaknya dia tak ajak kau lah nak pegi minum-minum, kesian kawan kita ni." Jawab Faris sambil ketawa. 
"Tak apa ! Dia malulah tu sebab korang asik kacau dia je dari tadi. Mana tak begangnya. Eh! aku chaw dululah penat niyh malam nanti kita lepak tempat biasa tau." Pinta Amirul Afiq sambil berlalu meninggalkan mereka berdua. 
..............................................................................................................
Bab 2
Seminggu berlalu selepas keputusan Spm dikeluarkan akhirnya Emisya Hazwanie sudah melanjutkan pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Bangi, Selangor. 
Dia dan Juliana menyambung pelajaran mereka di Universiti yang sama , manakala Hidayah dan Faris belajar di Utm dan Amirul Afiq , Azharin dan Aris Aiman belajar di Upm. Manakala kawan-kawan mereka yang lain ada yang belajar di oversea dan Universiti Teknologi Mara.
 Masing-masing agak sibuk kerana mereka baru sahaja memulakan pengajian mereka bagi tahun satu yang mempunyai 3 semester dalam satu tahun. 
"Ju! Kenapalah Dayah tak masuk sinikan kalau tak boleh kita satu geng nanti." Soal Emisya kepada Juliana sewaktu mereka sedang berehat di dalam bilik.
 "Tulah pasalkan. Lagipun bukankah kau memang rapat dengan dia dari form 1 lagi? Kita kenal pun masa aq form 3 kan. So mesti kau tak boleh berpisah dengan dia. Bak kata Black Mentor tu apa "takkan terpisah". Hahaha!." Seloroh Juliana. 
"Amboi! Pandai kau sekarang erk nak kacau aku bagai. Dulu masa dekat sekolah memanglah aku rapat dengan dia,Aida, Syafiqah semua tapi sekarang kita orang dah berpisah. Yang Aida dia dah pindah masa akhir tahun form 2 sebab mak dia baru meninggal. Tapikan aq peliklah kenapalah dulu bukan main lagi pemalu kau ye? Nampak lelaki je sorok belakang aku. Apa kena macam tu?" Bidas Emisya sambil jarinya lincah menekan-nekan punat laptopnya. 
"Yela! aku bukan apa aku cuma malu bila dengan lelaki ni. Kau tahukan aku mana pernah couple-couple ni." Balas Juliana.
 "Ya aku tahu sebab tu Rizwan kelas 5 Cempaka tu nak kenal dengan kau jual mahal. Kecewa dia dibuatnye tau. Eh! Afiq onlinelah. Yeah Dayah pun online jugak. Tapi malaslah nak tegur nanti Afiq tahu ni aku. Dahlah aku tak guna nama sebenar dalam fb ni." Beritahu Emisya sambil fokus melihat sesuatu di skrin laptopnya.
 "Facebooklah tu. Kau ni aku tengok macam suka je dekat si Afiq tu?" Soal Juliana sambil membelek-belek majalah Wanita yang baru dibelinya. Hurmm suka tu adelah jugak tapi aku tak tahu dia suka aku ke tak. Aku rase maybe dia dah ada aweklah. 
Tapi kalau belum ada peluanglah aku kan?" Balas Emisya sambil tersenyum-senyum seperti kerang busuk.
 "Eii! Jangan perasan sangatlah makcik ya. Dahlah aku nak tidor lagi bagus. Ok bye Emy assalamualaikum night." Pamet Juliana sambil menyelubung dirinya dengan selimut tebal. "Yela, waalaikumsalam esok jangan lupa bangun pagi kita ada class tau." Emisya mengingatkan Juliana tapi tiada balasan.
................................................................................................................
Bab 3
"Emy! Emy! Bangunlah solat subuh dulu lepas tu kita sarapan baru pergi kelas. Kejut Juliana sambil mengoyang-goyangkan badan Emisya."
 "Hurmm ngantuklah dok. Penat ni." Balas Emisya sambil menarik selimut menutup sebahagian mukanya.
 "Eh tak bolehlah macam tu. Kita kena solatlah! Bangun dah pukul 6 dah ni kang terlepas aku tak tahu erk." Ugut Juliana. 
"Haish! Ju ni baik sangatlah tak pernah tinggal solat cuma aku je sekejap tenggelam timbul. Kadang-kadanglah." Kata Emisya dalam hati.
 "Yela mak! Emy bangun ni." Selamba Emisya. 
"Ok! kelas kita tamat pada hari ini. Jangan lupa hantar assingment saya hari khamis ni ye?."
 Pinta prof Madiyana selaku lecthure Sastera kami. 
Setelah tamat waktu bagi kelas kedua Emisya dan Juliana mengambil keputusan untuk berehat di kafeteria yang di sediakan. Emisya mengambil set hidangan nasi lemak serta milo ais manakala Juliana mengambil set hidangan mee goreng dan teh tarik ais. Berselera betul mereka menikmati sarapan pagi mereka.
 "Sedang leka menikmati makanan, tiba-tiba Emisya mendapat mesej dari secret admirer yang tak rasmi baginya.
 "Hakimi - hai sayang tengah buat tu? Baru habis kelas ya?" Emisya membaca seketika sambil membalas sesuatu. Juliana perasan yang Emisya kurang menumpukan perhatian pada makananya.
 "Kenapa dengan kau ni?" Soal Juliana. 
"Ni hah si Hakimi niyh mesej aku tanya tengah buat apa semua." Balas Emisya sambil menghirup air milonya.
 "Ouh! Alah dia nak tackle kau lah tukan." Gurau Juliana. 
"Euuu! Nanti-nanti jelah ok. Aku tak berminat lah nak couple ni. Nak graduate dululah." Balas Emisya.
..........................................................................................................
Bab 4
"Oitt termenung apa hah? Teringatkan orang jauh ke?" Soal Aris Aiman sewaktu mereka baru tamat kelas akauntan tadi. 
"Eh! Tak ada lah aku cuma rindu je dekat dia. Nak contect nombor pulak takda. Facebook pulak aku tak tahu nama dia. Entahlah macam mana nak contectkan?" Soal Amirul Afiq. "Alah apa susah mintak lah nombor dia dekat Hidayah, dia kan satu U dengan Faris. Kau suruh Faris mintakkan." Cadang Aris sambil meneguk minuman tin colanya.
 "Ya tak ya jugak. Hurmm nanti aku contect Farislah." Balas Afiq penuh teruja.
.........................................................................................................
Bab 5
3 bulan kemudian.... 
"Assalamualaikum! Wan ouh wan? Alah mana wan ni." 
Laung Emisya ketika baru sampai di rumah Wanya.
 "Lah siapa pulak datang rumah aku pepagi buta ni? Nak kata si Suria tu tak ada lah pulak." Teka si Wan timah sambil keluar ke pintu untuk melihat gerangan yang datang. "Astafiruallahalazim budak bertuah ni, nak datang bukan nak bagitahu dulu. Kamu ni kenapa Emy kalau ya pun calllah dulu, Send email ke, wechat ke apa susah sangat. Boleh Wan prepare apa yang patut. Pagi ni wan masak nasi goreng je hai maklumlah wan sorang je. Ni ayah kamu tahu tak kamu dah balik pontian ni? Kang tak pasal-pasal dia carinya kamu dekat u tu kan susah."
 Bebel Wan Timah. 
"Ish! Wan ni bebel panjang sangatlah cuba lah slow sikit. Orang dengar nanti malu Emy tau." Pinta Emisya sambil mencium tangan Wannya. 
"Wan bukannya apa, risau Wan ni nanti kebulur cucu kesayangan Wan ni bila nak balik sini. Kalau bagitahu awal-awal boleh wan masak makanan favourite kamu tu kan." Soal Wan sambil mencedokkan nasi goreng ke pingan Emisya. 
"Alah Emy saja nak buat suprise lah. Wan anak cik Hazli tak balik sini ke?" Soal Emisya tiba-tiba. 
"Ada sekali hari tu dia balik dengan kawan perempuan dia katanya nak kenalkan dekat mak dia tu." Balas Nenek Wan. Hampir tersedak Emy dibuatnya apabila mendegar berita "hot" hari ni .
 "Lah yeke Wan? Siapa perempuan tu Wan? Lawa tak?" Soal Emy sambil menghirup air sirapnya. 
"Dengar ceritanya nama perempuan tu Afisya. Hah Afisyalah nama dia. Cik Hazli kamu cakap dia kawan U Afiq tu. Saja bercuti dekat sini katanya." Tambah Nenek wan. 
"Ouh kawan ye Wan! Ingatkan calon isteri tadi lega hati aku ni. Hampir tercabut pun ada jugak tadi." Kata Emy di dalam hati. 
"Yang kamu ni tiba-tiba marah semacam ni kenapa, kamu cemburu ke atau kamu ada hati ke dekat si Afiq tu?" Soalan cepumas dari Wan Timah. 
"Hah! Eh tak adalah. Emy mana ada apa-apa feeling dekat dia. Kitaorang kawan jelah Wan." Balas acuh tak acuh Emy sambil mencuci pingan di singki. 
"Yelatu Wan tengok cara kau tanya tadi wan dah tahu dah kau cemburu erk bila Wan cakap si Afiq tu bawak perempuan datang rumah dia kan?" Soal Wan.
 "Mana adalah Wan!" Nafi Emy sambil berlalu meninggalkan Wan di dapur.
" Begang lah tu! Aish budak zaman sekarang ni pelik betul." Bebel Wan sambil berlalu pergi ke ruang tamu. Dengan khabarnya nak tengok cerita korea.
 "Hai layan jugak cerita korea ya nenek aku ni." Kata Emy di dalam hati. 
"Agak-agaknya siapa Afisya tu erk? Kalau kawan takkanlah sampai bawa datang ke rumah. Haish tak boleh jadi ni." Fikir Emy sewaktu dia sedang baring di atas katil bujangnya yang sudah di tinggalkan sejak sekian lama. Lamalah sangat baru 3 bulan je. Sedang asyik termenung tiba-tiba Emy teringatkan kisah lama...
 1 tahun lepas.. 
"Emy kau dapat tawaran dekat universiti mana?" Soal Amirul Afiq sewaktu mereka melepak di atas jambatan hujung kampung. 
"Aku dapat Uiam lah Afiq. Kau pulak? Mesti tak samakan?" Soal Emy kembali. 
"Aku dapat Utm sama dengan si Aris. Kenapa kita tak pegi oversea erk?" Soal Afiq sambil merenung sungai di bawah jambatan. 
"Aku sebenarnya dapat tapi ayah aku tak kasi pergi. Dia kata jauh sangat lagipun takkan aku sorang je pegi sanakan. Bahaya katanya." Balas Emy sambil merenung wajah Afiq. "Kalau aku dapat dekat London sana. Tapi ayah aku cakap aku boleh pilih nak belajar dekat mana dia tak kisah. Sebab tu aku tanya kau. Mana tahu kita belajar dekat tempat yang sama nanti. Bolehlah kita mesra-mesra dekat sana kan?" Ujar Afiq sambil tersenyum melihat Emy. 
"Hahah apelah kau ni nak mesra-mesra erk? Macam sweet jerk.." Balas Emy dengan nada suara yang agak manja.
 "Tahu tak apa. Nanti mesti aku rindu kau kan nanti. Kita dah jauh susahlah nak jumpa lagikan?" Soal Afiq dengan nada yang agak kendur dari tadi. 
"Tak apalah Allah sentiasa ada untuk aku dengan kau. Kalau rindu aku just contect me je lah. Kau adakan nombor aku. Kalau kau call insyallah aku angkat tu pun kalau aku tak tukar nombor lagilah." Ujar Emy lagi. 
"Yela Emy lagi satu bila kau daftar nanti? Mana tahu aku boleh hantarkan guna kereta bapak aku?" Pelawa Afiq. 
"Hurmm isnin depan. Hah kau nak hantarkan boleh jugak buat kali terakhirkan. Kau pulak bila daftar?" Soal Emy semula. 
"Aku daftar 2 minggu lagi. Ok nanti aku datang rumah kau ya. Ingat jangan lambat nanti kena tinggal." Seloroh Afiq. 
"Tuk!tuk!tuk! Adui kacau betollah baru nak sweet-sweet. Hah kenapa Wan?" Soal Emy ketika di dalam bilik. 
"Tak da ni hah ada posmen tadi datang hantar surat katanya untuk kamu." Ujar Wan sambil membelek-belek surat yang masih bersampul. 
"Kwakk!! Pintu terkuak sedikit. Hah ada surat siapa bagi Wan?" Ujar Emy sambil mengambil surat dari tangan wan. 
"Manalah wan tahu. Kamu bacalah sendiri ya. Ni wan nak pergi rumah cik Eton kamu sekejap. Anak dia baru lepas bersalin jadi dia panggil wan mengurut dan membidan. Kamu tu duduk rumah jangan merayap pulak tengahari ni." Pesan wan sambil berlalu meninggalkan cucunya. 
"Ok wan!" Sahut Emy sambil masuk semula ke dalam biliknya. 
"Lahai! Surat apa niyh? Wangi semacam je." Teka Emy. 
"Walaweyh! Surat cinta rupanya. Ingatkan surat amaran ke surat gantungkan. Eh apa aku melalut ni." Fikir Emisya.
Assalammualaikum buat Nur Emisya Hazwanie Binti Razali yang kini berada di kampungnya di Pontian. Saya Muhamad Amirul Afiq yang kini berada di selangor sedang merindui awak di sana. Sihatkah awak apabila di universiti? Saya ingin mintak maaf jika mungkin terlambat sudah saya mengirimkan surat kepada awak. Bukan apa saya nak contect awak nombor pulak tak ada. Facebook pulak lagilah tak ada. Saya nak mintak Dayah tapi dia bagi lambat sebab dia sibuk. Jadi apa boleh saya buat. Saya kirimkan sahaja surat di kampung mana tahu awak balik kampung nanti. Jika awak baca surat ni mungkin awak rasa kelakar sebab saya tak pernah2 nak hantar surat ni. Ini first time.. So harap awak baca ya. Saya perlu pergi sekarang mungkin kita akan berutus surat lagi. Wasalam.
                   
        Yang benar Amirul afiq
"Lahai! Mamat ni rupanya yang bagi surat ni. Aku ingatkan si Hakimi tadi. 
Wuu! Ingat jugak kau dekat aku erk." Spontan Emisya sambil menyimpan semula surat itu ke dalam sampul surat.
..............................
Bab 6
Faris! Kau dekat mana,kau dah balik sini kan? Soal Afiq sewaktu dia menelefon Si Faris. Hah! Kalau ya pun bagilah salam dulu. Aku dah balik dah, kenapa? Ada projekkah? Soal Faris pula. Hurmm aku bukannya apa bosanlah tak ada member dekat sini. Jom kita lepak tempat biasa. Aku belanja kau minum. Ajak Amirul Afiq sambil melihat di jendela rumah arwah datuknya. Ok jugak tu, kalau macam tu lagi setengah jam aku sampai. Kau tunggu aku tau? Minta Faris sambil bersedia untuk membersihkan dirinya di bilik mandi. Assalamualaikum! Hah kau apa khabar, sehat ke idak? Amacam kau punya study dekat sana best? Soal Faris yang kebetulan baru sampai di kedai mamak tempat mereka melepak sejak dulu. Waalaikumsalam! Aku alhamdulilah sehat je. Study aku pun ok jugak. Kau pulak apa cerita makin hensem aku nampak? Soal Afiq pula sambil memanggil pelayan restoran untuk mengambil order. Aku macam biasa aja. Hah kau cuti berapa lama ni? Aku Seminggu je dekat sini sebab lepas tu aku terus balik Kl nak amik adik aku yang baru sampai dari Jb. Cerita Faris sambil memesan teh tarik panas kepada pelayan restoran itu. Aku cuti semester ni aku balik sini dulu. Family aku semua balik Johor sebab ada kenduri. Aku saja ja malas nak ikut. Balas Afiq sambil menekan2 punat telefonnya. Alahai! Konon tak nak ikut. Ingat aku tak tahu kau balik sini pasal apa. Kau nak jumpa dia kan? Kalau tak,tak adanya kau nak duduk sini lagi?Soal Faris pula. Kau ni tahu2 je. Aku sebenarnya dah lama tak jumpa dia, contect pun tak. Hah! Kau kata nak bagi nombor dia. Mana? Minta Afiq sambil menghulurkan tangannya. Alah kau ni kan aku dah cakap Dayah tak nak bagi. Dia kata Emisya sibuk malas nak di oleh ganggu sesiapa. Balas Faris sambil menghirup teh tariknya. Adui! Kenapa macam tu pulak. Eh kau bagi nombor Dayah aku nak tanya sesuatu. Lagipun aku ada benda nak cerita dengan Emisya ni. Jelas Afiq lagi.
Bab 7
Wan! Emy nak keluar sekejap tau. Emy nak pergi melepak dekat kedai Uncle Muthu. Pinta Emy sambil membetul-betulkan tudung bawalnya. Yela! Hati2 bawak motor tu. Jangan balik lewat sangat. Pesan Wan Timah dari dapur. Ok Wan! Emy pergi dulu tau assalamualaikum. Putus Emisya sambil menghidupkan motor skuternya. Waalaikumsalam, ish2 Emy2 ada2 aja gelagatnya. Keluh Wan Timah sambil memotong bawang merah untuk di tumis. Wan Timah terjeda seketika apabila terkenangkan sesuatu. Mak! Aishah nak minta sesuatu dengan mak boleh sebelum Aishah terlambat. Pinta Puan Aishah arwah ibu Emisya . Apa dia Syah? Soal Wan Timah. Aishah minta tolong dengan mak, kalau Aishah dah tak ada mak tolong jagakan Emisya ya? Sebab doktor kata kemungkinan Syah dah tak ada harapan dah. Kanser tu dah merebak ke anggota badan yang lain. Minta Puan Aisyah yang sedang terlantar di katil hospital Sultanah Aminah Johor bahru. Sabar Syah! Emy masih perlukan mak dia. Mak tanak dia sedih nanti. Jelas Wan Timah sambil mengusap-ngusap lembut tangan anak perempuanya yang sudah semakin lesu. Syah dah tak sanggup mak nak tanggung semua ni. Abang Zali pun kata dia perlukan Syah tapi Syah tak boleh mak. Syah dan nak mati . Jelas Puan Aisyah sambil teresak-esak di sisi ibunya. Ya allah! Mengucap nak. Mengucap. Ajal maut semua di tangan Allah. Pujuk Wan Timah. Mak! Syah minta mak tolong jagakan Emy ya? Mak tolong bahagiakan dia. Jangan buat dia sedih ya mak. Minta Puan Aisyah lagi sambil mengetap giginya kerana kesakitan. Tit!tit!titttttttt! Syah!!!!!! Jerit Wan Timah . Kring!kring!kring! Telefon rumah Wan Timah berbunyi dengan serta merta ingatannya pada arwah anaknya lenyap seketika. Mak janji mak akan bahagiakan Emy Syah. Kata Wan Timah perlahan sambil berlalu ke ruang tamu untuk mengangkat telefon. Hello, assalamualaikum siapa yang bercakap ni? Ya saya Wan Timah nenek kepada Emisya. Kenapa ya? Soal Wan kepada pemanggil telefon tersebut. Apa? Ya allah Emy!!!! Spontan genggaman Wan Timah terlepas. Emy! Ya allah kenapa boleh jadi macam ni? Apa yang berlaku sebenarnya doktor? Soal Wan Timah kepada Doktor yang sedang merawat Emisya. Mintak maaf nek. Cucu nenek perlu kami rawat seketika. Insyallah dia tidak ada apa2. Nenek boleh tunggu di luar sebentar. Minta Doktor muda itu. 1jam berlalu... Kwakk!! Pintu bilik operation di buka. Kelihatan Doktor Farhan sedang keluar bersama fail di tangan untuk memberikan keterangan kepada Wan Timah. Ya doktor macam mana dengan cucu saya? Dia ok ke? Boleh saya tengok dia sekarang? Soal Wan. Bawa bertenang dulu nek ye. Cucu nenek sekarang sudah stabil. Dia perlukan rehat yang cukup. Cuma yang saya ingin katakan cucu nenek ada mengalami pendarahan yang teruk di kepala akibat hentakkan yang kuat sewaktu dia kemalangan tadi. Tapi kami dah cuba membuat pembedahan dan dia selamat. Tetapi ada sesuatu yang baru kami telah menjumpai tentang cucu nenek. Sewaktu kami melakukan pembedahan, kami menemui sesuatu ketumbuhan di bahagian hati mangsa. Ia adalah kanser hati. Terang doktor Farhan. Ya allah! Emy kenapa jadi macam ni? Keluh Wan Timah sambil menangis teresak- esak. Bawa bersabar dulu ya nek. Dia disahkan menghidap kanser hati tahap 2 tetapi masih boleh di bedah untuk mengeluarkan ketumbuhan tersebut tetapi saya kurang pasti sama ada pembedahan ini boleh membawa maut atau tidak. Jadi kalau tak ada apa2 saya minta diri dulu. Harap nenek bersabar banyak2 ya. Terang doktor Farhan lagi sambil berlalu meninggalkan nenek Wan.
Bab 8
3 Minggu berlalu... Emy! Emy anak mama dengar sini ya mama nak cakap ni. Sahut Puan Aisyah sewaktu Emisya sedang leka bermain dengan anak patungnya. Ada apa mama? Soal Emy sambil duduk di atas riba ibunya. Dia pada waktu itu baru berumur 7 tahun. Mama cuma nak nasihatkan Emy je. Bila mama dah tak ada lagi nanti Emy duduk dengan Wan ya. Jadi cucu yang baik. Jangan nakal2 tau. Jangan risaukan hati papa dengan Wan. Pinta Puan Aisyah sambil mencium2 umbun2 anaknya. Alah mama nak pergi mana? Jangan tinggal Emy nanti Emy tak ada kawan macam mana? Soal Emy sambil leka bermain2 anak patungnya. Mama dah tak boleh lama lagi nak hidup dekat dunia ni. Balas Puan Aisyah sambil memeluk erat tubuh kecil anaknya. Mama!!!!!!! Jerit Emy yang baru tersedar dari komanya. Kebetulan Wan Timah baru masuk di bilik wad itu terkejut kerana cucunya sudah tersedar dari koma. Emy! Alhamdulilah kamu dah sedar cu? Soal Wan Timah sambil memeluk tubuh cucunya. Wan!!! Kenapa Emy dekat sini wan? Kenapa Emy berbalut sana sini? Soal Emy yang seolah2 kebingungan. Cu! Kamu tak ingatkah? Kamu kemalangan 3 minggu lepas. Balas Wan Timah. Kemalangan? Biar betul Wan? Emy tak ingat apa2 pun. Wan Emy rindu mama. Tadi dia datang dalam mimpi Emy Wan. Emy rindu dia Wan. Beritahu Emisya sambil menangis teresak2 di sisi Wannya. Sudah2 kamu tu baru tersedar dari koma. Kamu rehat dulu. Wan pergi panggil Doktor sekejap. Beritahu Wan Timah sambil berlalu meninggalkan Emy seketika. Nampaknya cucu nenek dah tersedar dari komanya. Agak lama jugak dia koma. Kami mendapati mungkin kesan hentakkan yang kuat dia bahagian kepalanya akan membuat ia lupa seketika tentang sesuatu benda. Jadi jangan biarkan dia fikir terlalu banyak. Dia perlukan rehat yang secukupnya. Terang Doktor Farhan. Oh! Baiklah terima kasih doktor. Ujar Wan Timah pula. Emy! Ni Wan masakkan bubur untuk kamu makan sikit ya. Hulur Wan Timah kepada Emisya. Wan! Papa mana? Dia tak datang bawa Emy balik ke? Emy tak selesalah tinggal dekat sini lama2. Soal Emisya sambil menghirup bubur pemberian Wan Timah. Papa kamu ada dia datang sini petang nanti nak bawa kamu pulang. Hari tu Juliana dengan kawan2 kamu ada melawat kamu dekat sini. Diaorang terkejut jugak bila dapat tahu yang kamu accidents. Tapi macam mana kamu boleh accident? Kamu ingat lagi tak? Soal Wan Timah sambil menyuap bubur ke mulut Emy. Ntahlah Wan! Emy tak ingat yang Emy tahu masa tu Emy nak balik dari kedai mamak tu, Emy terperasan ada kawab Emy berjalan berdua dengan seorang perempuan. Wan tahu siapa? Afiq Wan! Emy nampak dia berjalan dengan perempuan lain. Emy kecewa Wan masa tu. Emy bawa laju2 untuk lari dari melihat semua tu. Tiba2 Emy terasa ada sesuatu langgar Emy dari suatu sudut. Terang Emisya dengan nada suara yang agak suram. Lah! Emy kenapa kamu jadi macam ni. Kamu dah bahayakan diri kamu sendiri. Keluh Wan Timah sambil menghulurkan air kosong kepada Emisya. Biarlah Wan! Emy tak sanggup nak lihat dia dengan orang lain. Emy tak sanggup Wan. Ujar Emy sambil mula mengesat air mata yang mula mengalir di pipinya. Sudahlah Emy! Jangan fikirkan sangat. Sudah! Sudah! Kamu rehat dulu. Pujuk Wan Timah sambil menyelimutkan Emisya.
Bab 9
Assalamualaikum! Wan ni Ju ni. Wan Emy dah balik dah? Soal Juliana ketika menghubungi telefon rumah Wan Timah. Waalaikumsalam! Hah Ju Emisya belum balik lagi. Lusa baru dia keluar. Doktor nak buat pemeriksaan dekat dia lagi. Balas Wan Timah. Oh yeke Wan? Tak apalah kalau macam tu. Nanti kalau dia dah balik Wan bagitahu ok. Pinta Juliana. Yela Ju! Tapi Ju Wan nak bagitahu kamu sesuatulah. Balas Wan Timah sambil leka menceritakan satu persatu kepada Juliana. Ya allah! Wan pasal tu kah Emy kemalangan. Tak apalah Wan. Nanti Ju cuba bagitahu Dayah ya. Ok lah Ju pergi dulu ya Wan. Assalamualaikum. Putus Juliana. Emisya termenung seketika sebelum dia di benarkan pulang ke rumah. Sambil menunggu Encik Razali mengambilnya Emisya duduk di atas katil sambil merenung jendela bilik wadnya. Vroom! Vroom! Enjin motor skuternya di matikan sewaktu ia telah selamat sampai di hadapan kedai Uncle Muthu. Ane! Sirap limau satu ya! Pesan Emisya sewaktu dia baru duduk di atas kerusi kedai itu. Sambil menunggu air minumanya sampai, Emisya terdengar telefon bimbitnya berbunyi. Lagu Adele set fire to the rain sedang berkumandang di corong radio di kedai itu. Emisya menakan screen lock Galaxy Ace plusnya untuk melihat siapa yang memanggilnya.
Hakimi
Accept Ignore
Alah dia call lah pulak dah. Nak apa lah dia ni? Keluh Emy sambil membiarkan telefonnya berbunyi lagi. Sewaktu sedang leka menikmati sirap limaunya. Emisya terdengar suara2 yang dia cukup kenal sekali. Apabila Emisya menoleh kebelakang dia melihat seorang lelaki yang cukup dia kenali. Afiq! Lafaz Emisya dengan perlahan. Tetapi apa yang menyebabkan dia tergamam seketika ialah Afiq berpegang tangan dengan perempuan lain di hadapanya. Siapa perempuan tu? Adakah dia Afisya yang Wan cakapkan tu. Fikir Emisya sambil ligat memerhatikan mereka yang baru lalu di hadapan kedai tu. You! Sekejap tali kasut i tercabut pulak. Kata Afisya sambil membetulkan tali kasutnya. Hai! Macam2 tunang kesayangan aku ni. Balas Afiq spontan meraih tangan Afisya. What! Tunang dia? Ya allah betulkah apa yang aku nampak ni? Soal Afisya sambil mengosok2 kedua2 belah matanya. Tetapi ya! Itulah Amirul Afiq yang dia rindui selama ini. Masakan dia lupa sama lelaki itu. Tidak! Dia tidak pernah lupa walau sesaat. Tapi kenapa dia buat aku macam ni. Dia dah bertunang tanpa pengetahuan aku. Keluh Emisya sambil berlalu meninggalkan sketsa drama swasta di kedai mamak itu. Ane! Amik itu duit atas meja. Jerit Emisya sambil berlalu dengan hati yang kecewa dan cemburu. Agak laju Emisya membawa motornya sehinggakan dia tidak sedar pada waktu itu ada sebuah kereta Myvi sedang menuju ke arahnya. Tak guna punya Afiq! Aku tak sangka kau dah bertunang. Ahh tak guna!!!! Jerit Emisya Tanpa dia sedari kereta itu sudah berlanggar dengannya. Wan!!!!!! Jerit Emisya... Tuk! Tuk!Tuk! Pintu bilik wadnya di ketuk oleh seseorang. Kelihatan Encik Razali sedang menuju ke katil Emisya untuk mengambil beg2 pakaian anaknya untuk di bawa pulang. Sudah siap dik? Kalau dah jom kita balik sekarang. Pinta Encik Razali. Ok dah! Jomlah ujar Emisya berlalu meninggalakan papanya di belakang.
Bab 10
Hello! Hah Aida lama tak call aku? Kau dekat mana sekarang? Soal Emy sewaktu dia sedang berehat di anjung rumah Wannya. Aku ada dekat Kota ni. Aku masuk maktab sains dekat sana. Eh! Dayah bagitahu aku haritu dia kata kau accidents erk? Hampir 3 minggu aku call kau tak dapat? Macam mana boleh accidents ni? Soal Aida Najihah yang kini berada di Kota Tinggi. Selepas arwah ibunya meninggal dia sudah berpindah ke rumah neneknya di Kota Tinggi. Ahah! Ni pun aku baru balik. Doktor kata 3 minggu aku koma. Teruk juga lah. Kepala aku masih sakit2 sikit. Ada kereta hari tu langgar aku. Eh! Kau tak call Faris kah? Soal Emisya pula. Lah yeke? Sabar jelah. Aku hari tu ada melawat kau tapi masa tu kau belum sedar lagi. Faris? Hah nanti2 lah.. Dia kan sibuk belajar aku tak nak ganggu dia. Ujar Aida. Cewah! Lah yeke. Ramai tak yang datang masa kau lawat aku tu? Balas Emy sambil masuk kembali ke dalam biliknya. Ramai juga! Diaorang sedih tengok keadaan kau masa tu. Tapikan masa haritu. Ju dengan Afiq perang mulut sikit. Dia kata Afiqlah penyebab kau accidents. Beritahu Aida kepada Emisya. Hah! Diaorang gaduh? Kenapa Ju cakap macam tu? Soal Emy kebingungan. Ntah2 dia tahu hal sebenar. Hah tak kan Wan bagitahu?. Fikir Emisya. Hampir 1 jam Emisya berbual dengan Aida di telefon. Akhirnya talian di putuskan dan waktu Asar pun sudah masuk.

Thursday, 1 May 2014

CERPEN IMPIANKU SEORANG NOVELIS


Alangkah bahagianya kalau impian yang kita impikan menjadi realiti. Begitulah perasaan yang aku alami selepas aku terbaca satu blog yang menyatakan “ Adakah anda ingin menjadi seorang penulis novel”. Sesungguhnya agak sukar untuk aku tempuhi liku-liku kehidupan untuk menjadi seorang penulis novel seperti Acik Lana, Fatin Nabila dan ramai lagi penulis novel di luar sana. Biarpun begitu, aku akan tetap cuba untuk berjaya seperti mereka untuk menjadi seorang penulis novel.
“ Dian! Usahlah hampa dok pikiak nak jadi novelis.  Hang pun Spm belum lepas lagi udah berangan nak jadi novelis. Lupakan jelah.” Ujar Khadijah teman persekolahan Dian yang berasal dari Kedah.
“ pasai apa pulak? Suka hati aku lah. Dah itu impian aku dari kecil hang tahu apa?” balas Dian yang sedang leka membaca majalah Dara.com edisi bulan April.
“ Cik tahulah itu impian hang tapi kita ni kena ingat, Spm pun kita belum lepas lagi. So focus untuk Spm dululah Cik Dian oi!”
“ Kau ni mengalahkan mama aku tau. Tak habis-habis dok berleter je. Ya! Aku tahu kita nak Spm tapi impian tu aku tak boleh nak kuburkan sampai bila-bila.” Ujar Dian lagi.
“ Cik ni bukan apa, hang tu bestfriend cik. Jadi cik kena ingatkan hang supaya jangan terlalu leka. Dahlah cik nak pi tidur dulu. Esok nak bangun pagi.” Putus Khadijah sambil menadah tangan untuk membaca doa sebelum tidur.
“ Baiklah mak!” balas Ardiana anak kepada Encik Razlan yang berusia 17 tahun. Kakaknya Adlina sudah tamat pengajian dalam bidang Teknologi Maklumat di Universiti Teknologi Petronas. Manakala abangya pula Irfan Hanif bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Kuala Lumpur.
Dian merupakan anak bongsu dalam keluarga Encik Razlan. Impiannya hanya satu iaitu ingin menjadi seorang novelis biarpun papanya berhajat untuk menjadikanya seorang guru.
……………………………………………………..
Di Sekolah Menengah Berasrama Penuh Johor Bahru, Dian memiliki beberapa sahabat karibnya iaitu Khadijah, Yaya, Naini, Azad dan juga Haidi. Mereka merupakan kawan rapat sejak dari tingkatan 3 tetapi masing-masing mempunyai cita-cita dan impian termasuk Dian yang ingin menjadi seorang novelis.
Pada waktu pagi, Dian seperti biasa bangun untuk menunaikan solat subuh dan bersiap untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar.
“ Yaya! Bangunlah pergi mandi sana and solat subuh sekali. Nanti kita boleh masuk awal dalam kelas. Aku ada kerja nak siapkan ni.”
kejut Dian sambil mengoyang-goyangkan badan Yaya yang terbaring di atas katil.
“ sekarang dah pukul berapa? Ngantuk pulak aku pagi ni” jawab Yaya sambil menggosok-gosok kelopak matanya sebelum masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri.
“ pukul 6.15. Cepat sikit mandi tu nanti lambat pulak nak bersarapan.” Balas Dian sambil mengenakan uniform sekolahnya. Begitulah rutin harian bagi seorang pelajar yang menetap di sekolah berasrama penuh.
Terlalu banyak tugas yang perlu di lakukan tanpa pangkuan keluarga di sisinya.
Tepat jam 7.00 pagi, loceng asrama telah di bunyikan menandakan sesi pembelajaran akan bermula.
“ Azad! Kerja sekolah yang Cikgu Fazillah bagi semalam kau dah siap?” soal aku sewaktu Azad baru melabuhkan punggungnya.
“ Ya allah! Kalau ya pun bagilah aku duduk dulu Cik Dian. Mengah aku pun belum hilang lagi tau. Kerja sekolah semalam? Oh dah! Eh kejap, kerja sekolah yang mana erk?” balas Azad Izzudin yang kebingungan.
“ Astagfirullahalzim! Encik Azad aku tanya kau, kau tanya aku balik. Memang nak kena dia ni.” Balas Dian sambil membuat muka cemberutnya.
“ Alah sorylah Puan Dian, Saya lupalah. Malam tadi banyak sangat kena buat homework. Subjek Addmath, Bio pun saya belum siap lagi tau. Awak apa tahu?”
“ Yela Encik Azad. Sorrylah kalau aku tak faham kau.” Balas Dian sambil memberikan senyuman kepada Azad. Mereka memang selalu begitu. Caring macam abang adik walaupaun Dian lahir awal 5 bulan dari Azad.
“ Tak apa. Hal kecik je tu. Udahlah ya!” Ujar Azad sambil membalas senyuman yang diberikan oleh Dian.
“ Assalamualaikum! Hai sahabat-sahabat ana yang dikasihi sekalian. Adakah ente semua sihat hari ni?” Ujar Haidi Mirza yang kebetulan baru sampai di dalam kelas 5 Bakti. Kelihatan dia agak ceria hari ini. Selalunya ceria juga tetapi hari ni ada kelainan sikit. Mungkin ibunya Hajah Aini dapat bakal menantu baru kot. Waallahuallam….
“ Waalaikumsalam” jawab mereka serentak.
“ Masyallah! Serentak nampak korang jawab. Hah! Ada ….”
“ Hey! Jangan fikir bukan-bukan ya Encik Haidi. Buang sangkaan negatif kau tu” potong Dian untuk menutup perasaan malunya akibat kejadian tadi.
“ Astagfirullahalazim! Tak baiklah kau ni Dian fikir aku macam tu. Jangan buruk sangka dekat orang lain tentang sesuatu perkara. Berdosa tau. Kau tak ingat lagi ke Ustaz Hafiz ajar hari tu. Kalau tak ingat aku minta dia ajar kita sekali lagi. Eh! Bukan kita but kau sahaja.” Ujar Haidi sambil tersenyum sinis kepada Dian. Akhirnya dapat juga dia mengenakan Dian pagi ni. Selalunya Dian sahaja yang mengenakan dia tetapi hari ni memang hari untuk Dian. Kosong-kosonglah jawabnya.
“ Yela! Balas dendam nampak. Hah panjang umur abang kesayangan kau tu” balas Dian sambil menunjukkan isyarat matanya ke arah Ustaz Hafiz Nazwan abang kepada Haidi dan juga guru subjek Agama Islam di kelas aku.
“ bangun! Assalamualaikum semua?” Ustaz Hafiz memberi salam kepada pelajar-pelajar kelas 5 Bakti.
“ Waalaikumsalam Ustaz.” Jawab mereka serentak
“ Baiklah kamu semua boleh duduk. Sekarang buka buku teks muka surat 115 . Hari ni kita akan belajar bab Ibadat di bawah tajuk Adab bekerja.” Beritahu Ustaz Hafiz memulakan sesi pengajarannya.
“ sebelum saya mulakan sesi pembelajaran kita pada hari ini, saya ingin bertanyakan kepada kamu semua. Apakah kerjaya kamu semua pada masa akan datang ataupun ada di antara kamu semua yang sedang bekerja?” soal Ustaz Hafiz sambil melihat ke arah para pelajarnya.
“ Nurardiana! Apakah kerjaya awak pada masa akan datang?” soal Ustaz Hafiz kepada Dian.
“ Kerjaya yang saya impikan sejak dari kecil ialah saya ingin menjadi seorang guru. Di samping itu juga saya ingin menjadi seorang novelis.” Balas Dian dengan penuh yakin.
“ Wah! Agak menarik impian awak tetapi berikan saya sebab kenapa awak memilih kerjaya tersebut.” Soal Ustaz Hafiz.
“ Antara sebabnya ialah saya amat meminati kedua-dua kerjaya tersebut dan saya yakin saya boleh mencapai impian itu. Sekian terima kasih” ujar Dian sambil tersenyum sinis kepada Ustaz Hafiz yang leka memerhatikannya.
“ Baiklah terima kasih Dian. Syabas atas respon awak itu tadi.  Saya doakan semoga awak berjaya dan dapat berbakti kepada masyarakat. Seterusnya, Azad Izzudin. Apakah kerjaya awak pula?” soal Ustaz Hafiz kepada Azad.
“ Kerjaya saya pula ialah saya ingin menjadi seorang tentera udara dan ingin menjadi suami yang baik kepada Dian.” Seloroh Azad sambil mengenyitkan matanya ke arah Dian yang duduk di belakangnya diikuti juga oleh Yaya.
“ Azad! Apa kau merepek” balas Dian sambil menendang kaki Azad.
“ Wah! Agak menarik kerjaya dan impian awak. Terangkan kepada kami semua sebab kerjaya yang awak pilih dan impian awak untuk menjadi seorang suami yang baik kepada Dian. Balas Ustaz Hafiz yang cuba melayan gurauan Azad.
“ Wuuuuuu” kedengaran seisi kelas 5 Bakti bersuara dengan gurauan yang di mainkan oleh Azad.
“ Antara sebab saya memilih kerjaya untuk menjadi seseorang tentera udara adalah kerana saya amat meminati dalam bidang tersebut dan berkebolehan untuk mencapainya. Sebab saya ingin menjadi seorang suami yang baik kepada Dian adalah kerana saya ingin selalu menyokong impian Dian untuk menjadi seorang novelis dan ingin nama saya selalu dijadikan sebagai watak dalam karyanya nanti.” Balas Azad dengan penuh keyakinan. Kelihatan semua orang menepuk tangan dengan ucapan ikhlas daripada Azad.
“ Masyallah! Sweetnya! Nak jugak boleh?” ujar Haidi kepada Azad.
“ Amboi! Haidi kamu dah pandai ya sekarang ni.” Tegur Ustaz Hafiz sambil menjengkilkan matanya.
“ hehehe. Sorry Ustaz. Gurau je tadi.” Balas Haidi sambil tersengih-sengih
“ Ya allah! Malunya aku pada hari ini. Kenapalah si Azad boleh cakap macam tu. Nasib baiklah Ustaz sporting kalau tak habislah kau Azad. Geramnya aku!” protes Dian di dalam hati sambil memandang badi ke arah  Azad yang sedang tesengih-sengih melihatnya.