Cerpen
Terasa Ada Kamu
Prolog
“ Ari…. Ari…. Bangunlah. Iman dah balik ni.” Terdengar suara lembut seorang wanita yang sedang mengejutkan Ari Izzudin yang sedang lena diulit mimpi.
Ari mengeliat sedikit sambil cuba membuka kelopak matanya sedikit demi sedikit untuk melihat gerangan yang mengejutkannya.
“Ari…. Ini Iman ni, datang nak jumpa dengan Ari.” Ujar gadis itu lagi.
Ari berjaya membuka kelopak matanya dengan luas lalu tanpa sedar dia tergamam melihat seorang gadis serba putih dari tudung sehingga ke pakaian baju kurungnya. Nampak berseri-seri dan cantik sekali apabila dipandang.
“ Iman…” balas Ari sepatah dengan nada yang sayu.
“ Ari, Iman balik ni nak jumpa Ari. Iman rindu dekat Ari. Rindu sangat-sangat sampai Iman rasa tersiksa menanggung perasaan ni apabila jauh dengan Ari.”
Ari bangun lalu menghampiri gadis itu. Dia menggengam erat tangan gadis itu sambil menangis.
“ Iman, jangan tinggalkan Ari lagi Iman. Ari sangat tersiksa bila Iman tak ada dekat sisi Ari. Ari percaya Iman belum mati lagi. Iman! Tolong jangan tinggalkan Ari lagi.” Pinta Ari sambil menangis . Dia cuba mencium tangan gadis itu tetapi dia tidak mampu. Tiada rasa antara sentuhannya. Ari memandanng wajah gadis di hadapannya itu. Kelihatan gadis itu mengalirkan air mata jernihnya. Mukanya nampak bercahaya walaupun dia sedang menangis.
Ari cuba mengelap lembut pipi gadis itu yang sedang basah dek air mata. Malangnya tiada rasa sentuhan antara mereka.
“ Iman… Ari rindukan Iman. Ari nak kita halalkan hubungan ni. Ari tak nak tangguh-tangguh lagi. Iman jangan tinggalkan Ari ya?” pinta Ari perlahan sambil menatap wajah gadis itu. Kelihatan Iman menundukkan wajahnya sambil menangis teresak-esak. Selepas beberapa saat dia menoleh ke arah Ari.
“ Iman dah kena pergi ni. Ari jaga diri baik-baik ya. Jangan lupa doakan Iman tenang di sana. Iman sayangkan Ari.” Pesan Iman lalu melepaskan genggaman tangan mereka.
“ Iman.. Iman!” Panggil Ari sambil cuba menarik tangan Iman. Iman memberikan senyuman paling manisnya kepada Ari sebelum dia pergi. Makin lama bayangan putih milik Iman hilang daripada pandangan Ari.
“ Iman! Jangan tinggalkan Ari!” Jerit Ari sambil menangis.
Puan Rozana terdengar suara anak bujangnya menjerit-jerit menyembut nama seseorang di dalam bilik. Dia yang sedang membancuh air the di dapur terus berlari ke bilik anak bujangnya.
“ Ari! Ari! Bangun nak… Kenapa ni Ari?” kejut Puan Rozana sambil menepuk-nepuk pipi anaknya.
Ari membuka matanya lalu dia terlihat wajah lembut ibunya. Dia menoleh ke sekeliling biliknya. Wajah yang dia cari tiada.
“ Ibu! Iman mana?” soal Ari tiba-tiba membuatkan Puan Rozana tersentak seketika. Lalu dia memeluk anak bujangnya sambil menangis.
“ Ari… Ari… mengucap Ari. Iman dah taka da Ari. Iman dah meninggal bulan lepas Ari.” Balas Puan Rozana perlahan sambil mengusap-ngusap belakang badan anaknya.
“ Ibu, Ari mimpikan Iman. Ari rindukan Iman, ibu.”beritahu Ari dengan nada yang suram.
“ Ibu faham nak. Kamu sabar ya, sedekahkah al-fatiha untuk dia ya. Semoga dia tenang di sana.”
Ari memandang ke syiling biliknya sambil menangis. Dia sangat rindukan tunangnya. Dia rindukan gadis bernama Nur Iman Syahirah.
BAB 1
Kelihatan kawasan Jalan Suria di Bandar Seri Alam itu sibuk kerana banyak kenderaan mula berpusu-pusu keluar masuk ke jalan itu. Ada yang mahu ke sekolah, mahu ke tempat kerja dan ada juga yang mahu ke tempat destinasi yang hendak dituju. Masing-masing terlalu sibuk untuk bergerak dengan cepat untuk pergi ke tempat yang hendak dituju. Tidak kurang juga dengan gadis bernama Iman yang sedang menunggang motorsikalnya. Motor skuter Ego berwarna biru gelap itulah yang menjadi kenderaannya untuk ke sekolah. Dia pergi ke sekolah bersama teman baiknya iaitu Hamizah. Mereka bersekolah di SMK Dato Penggawa Timur di Masai, Negeri Johor.
Mereka merupakan pelajar STPM untuk tahun 2017 dan merupakan pelajar Tingkatan 6 bawah di sekolah itu. Setiap hari mereka akan melalui Jalan Suria untuk menuju ke sekolah mereka yang berada di sebelah kanan.
Seperti biasa apabila kereta di hadapan mereka mula ‘slow’ bergerak, Iman akan merungut kerana mereka akan lambat masuk ke dalam pagar ke sekolah. Kebiasaannya pagar sekolah akan tutup pada jam 7.10 pagi. Iman memandang sekilas jam coklat jenama Daniel Wallington yang sedang menunjukkan ke angka 7.05 pagi. Lagi 5 minit sahaja pagar sekolah akan ditutup oleh Abang Jaga iaitu pengawal keselematan sekolah.
Usai sahaja kereta yang dilabel ‘lembab’ oleh Iman itu bergerak ke hadapan dengan sedikit laju,Iman terus memecut skuternya untuk masuk ke dalam pagar sekolah. Mujur belum tutup lagi lalu dengan pantas dia menyorong skuternya untuk pergi ke park motor. Sedang dia asyik menolak motornya sambil berbual dengan Hamizah, tanpa sedar dia telah menonjol bumper motorsikal pelajar lain menyebabkan pelajar itu menegurnya.
“ Hoi! Apahal nak tonjol belakang motor orang ni. Buta ke apa?” tegur Ari dengan nada yang sedikit marah.
Iman menoleh ke arah gerangan yang menegurnya.
“ Alamak! Sorry, aku tak sengaja.” Pinta Iman setelah menyedari kesilapannya.
“ Lain kali jangan berbual sambil tolak motor. Harap muka je lawa tapi buta tak nampak orang dekat depan.” Balas Ari dengan ayat sindiran yang tajam membuatkan telinga Iman berdesing seketika. Ini dah lebih!
“ Huh! Orang dah minta maafkan. Tak payah nak sindir bagai. Kau ingat kau handsome sangat ke? Poyo betul mamat ni.” Balas Iman kembali sambil meletakkan skuternya di park motor sekolah. Tak kuasa dia nak melayan mamat senget dekat depan dia ni. Buat sakit hati aje.
Ari pun mula berkata dalam hati tentang gadis itu.
Harap je muka comel tapi adab tak ada.Bila orang tegur sikit pun nak menjawab. Perempuan zaman sekarang.
Iman menghadiahkan jelingan mautnya kepada lelaki itu. Biar dia rasa bahawa Iman tengah panas hati dengan mamat itu.

Masuk sahaja waktu rehat, Iman dan rakannya Nerisyah keluar dari kelas 6Bk3B untuk pergi ke kantin sekolah. Semasa lalu di hadapan kelas 6Bk4A, terdengar suara-suara pelajar lelaki sedang bersiul-siul ke arahnya. “ Woi awek tudung merah! Nak kenal boleh tak?” jerit Dafi salah seorang pelajar lelaki di kelas itu. Kebetulan Ari yang berada di dalam kelas itu memandang ke arah gerangan yang dipanggil. Dia sedikit terkejut dan berfikir sejenak tentang gadis itu.
“ Eh! Budak tu lah yang tonjol motor aku tadi. Siapa nama dia?” beritahu Ari tidak semena-mena kepada rakan-rakannya.
“ Siapa? Budak tudung merah tu ke?” soal Dafi.
“ Ahah.”
“ Entah, aku tak tahu pulak nama dia siapa sebenarnya. Aisyah kot namanya. Aku dengar kawan dia panggil dia Aisyah tadi.” Jelas Izzat pulak sambil memandang ke arah gadis yang sedang menuruni tangga itu.
“ Yeke nama dia Aisyah. Hurmm..”
“ Hah kenapa dengan dia. Kau nak kenal dengan dia ke?” Soal Amir pulak.
“ Eh tak adalah aku tanya aje.” Jawab Ari selamba sambil mengeluarkan beg duitnya.
“ Yela tu…” balas Dafi pula.
“ Betullah, aku tak nak kenal dengan dia pun. Aku bukan macam kau, dah ada awek pun masih nak usha perempuan lain. Cubalah setia sikit Dafi.” Bebel Ari pula.
“ Alah aku saja aje. Aku memang setia pun dengan Hazirah tu. Takkan aku nak curang pulak.” Balas Dafi yang cuba untuk back up diri sendiri.
“ Hah baguslah tu. Eh! Jomlah pergi makan. Aku dah lapar siak.” Pelawa Ari terhadap rakan-rakannya.
Selepas kejadian tempoh hari, Ari asyik terfikir sahaja tentang gadis yang bernama ‘Aisyah’ itu. Setiap kali dia duduk seorang diri atau termenung, wajah dan tingkah laku gadis itu kembali mengusik kotak memorinya.
“ Apahal ni! Asal muka dia asyik bermain je dalam otak aku ni. Dah angau ke aku ni.”bebel Ari sendirian. Tanpa dia sedar Puan Rozana telah terdengar bebelannya itu sewaktu dia melintasi bilik Ari.
“ Eh! Terfikirkan siapa pulak tu. Wajah siapa yang terbayang dalam fikiran kamu tu Ari?” tegur Puan Rozana ingin tahu.
“ Eh! Ibu, tak ada siapalah. Abang Cuma terfikirkan wajah ibu yang cantik dan mulus ni aje.” Balas Ari yang cuba menyembunyikan hal sebenar.
“ Eleh! Tak payahlah kamu nak tipu dan puji ibu pulak. Selama ni tak pernah pun kamu nak puji ibu.”
“ Betullah ibu, abang tak fikirkan siapa pun. Abang fikirkan ibu aje.” Ari menjawab sambil melemparkan senyuman kambingnya.
“ Eleh, yela Ari. Dah jom makan dekat ruang tamu. Ayah kamu pun dah ada sekali dengan Aiman.”
“ Aisyah mana ibu tak dengar pun suara dia?”
Puan Rozana mengerutkan dahinya.
“ Siapa Aisyah?”
Ari tersentak seketika sambil menelan air liurnya kerana telah salah sebut nama adik perempuannya iaitu Anisah.
“ Aik! Nama adik sendiri pun lupa ya. Aisyah tu siapa pulak. Hah! Baik beritahu ibu hal sebenar kalau tak ibu beritahu ayah.” Ugut Puan Rozana sambil tersenyum sinis.
“ Erggg.. nanti Ari cerita lepas makan nanti. Jangan beritahu ayah, tak pasal-pasal kena bebel nanti. Dah jom kita makan dulu.” Ujar Ari sambil terus melangkah ke ruang tamu. Ibunya sudah tergelak kecil melihat telatah anaknya itu. Dah ada buah hati memang begitulah jadinya. Angau.
BAB
2
Ketika Ari sedang menaiki tangga untuk pergi kelasnya yang berada di tingkat 3, dia terlihat seorang perempuan sedang menuruni tangga di sebelahnya. Gadis itu ialah Iman yang disangka Aisyah oleh Ari.
Iman menoleh ke arah lelaki di hadapannya.
“ Mamat ni pulak yang aku nampak. Suwei betul.” Ngomel Iman di dalam hati lalu terus menuruni tangga tanpa bertegur sapa dengan lelaki itu.
Ari hanya memandang sahaja kelibat Iman yang sedang menuruni tangga tanpa berkelip. Bagai dijampi seketika apabila terjumpa gadis itu. Amir dan Dafi yang kebetulan berada di dalam kelas terus keluar untuk pergi ke arah rakan mereka yang bagai patung cendana tidak bergerak.
“ Woii kena jampi ke bila ternampak budak tu!” tegur Dafi sambil tergelak kecil.
“ Bermula pandang pertama, terlihat kamu di depan mata. Terasa debar di dada. Menahan rasa bila kau ada. Kau buatku terpaku sepertinya diriku yang mahu diri kamu. Dan bila kau hadir bagai satu misteri, ternyata diriku bagai sudah dijampi. Dan bila kau hambakan hatiku kembali, ternyata hanya kau harus aku cintai.” Tidak semena-mena Amir mula menyanyi lagu Jampi daripada penyanyi yang bernama Hael Huzaini setelah melihat keadaan Ari yang bagai terpukau lagi dijampi setelah terserempak dengan gadis itu.
Ari yang seakan tersedar dari ‘dijampi’ oleh gadis itu terus menoleh ke arah rakan-rakannya.
“ Apa korang ni menyanyi lagu jampi pulak. Aku tengok orang lainlah, bukannya tengok dia.” Kalis Ari sambil menaiki tangga untuk ke kelasnya. Dalam diam tersenyum sendiri. Memang betul dirinya bagai Dijampi.
“ Eleh! Kalau dah suka apa salahnya. Jodoh dah sampai kot.” Balas spontan si Dafi sambil tergelak dengan Amir.
Semasa Cikgu Zaleha sedang menaip sesuatu pada laptopnya, Dafi, Ari, Amir dan rakan-rakannya yang lain mula membuat kerja sendiri apabila cikgu mereka tidak mengajar. Sedang asyik berbual di dalam kelas, tiba-tiba Iman dan rakannya Keeshalini lalu di hadapan kelas Ari.
“ Aisyah! Jangan ragu-ragu dengan cinta ini. Jangan kau ragu-raguku jadi kekasihmu, percaya padaku ku akan jadi yang terbaik untuk cintamu. Aisyah, aku sayang kamu aku rindu kamu. Tidur malam ke sentiasa ku mimpikan kamu. Kau hanya miliku untuk selamanya. Aku sayang, aku rindu, aku cintamu. Lalalala….” Tidak semena-mena Amir mula menyanyi lagu Aisyah nyanyian daripada kumpulan Projector Band apabila terlihat kelibat gadis yang dianggap nama Aisyah itu. Ari, Dafi, Izzat dan rakan-rakannya yang lain mula menoleh ke arah luar kelas apabila terlihat kelibat Iman. Iman dan Keeshalini mula berasa pelik kerana hampir semua pelajar lelaki di kelas itu melihat ke arah mereka. Pelik tahap gaban apabila mereka menyanyi lagu Aisyah sambil menunjukkan ke arahnya.
Dalam hati dia berkata..
“ Sejak bila pula nama aku Aisyah?”
Ari mula terpukau dan dijampi sekali lagi apabila melihat wajah gadis itu. Iman terperasan bahawa mamat senget tempoh hari terus –menerus memandangnya tanpa berkelip. Dia menghadiahkan jelingan biasa buat Ari.
Cikgu Zaleha terperasan anak-anak muridnya mula miang apabila ada adik junior lalu di hadapan kelas mereka.
“ Amboii Amir, kamu ni asik nyanyi lagu untuk orang lain aje ya. Lagu untuk cikgu tak ada ke?” usik Cikgu Zaleha pula sambil tergelak kecil. Amir merupakan pelajar yang sangat sporting dan suka menyanyi kerana suaranya sedap didengar. Bagi sahaja apa jenis tajuk lagu dia boleh sahaja nyanyi dengan baik. Dialah hiburan di dalam kelas itu.
“ Eh! Mestilah ada lagu untuk cikgu. Ini saya baru cipta memang khas untuk cikgu. Okay cikgu dengar ya.”
“ Zaleha.. Zaleha.. Zaleha.. Kau lah gadis jelita, bilaku berjalan sebelah terasa rusuk bergetar. Zaleha.. Zaleha.. Zaleha.. kau lah yang mempesona, bilaku terdengar suaranya hatiku terpaut jadi gila. Adakah dia sudah berpunya…”
“ Wow!!! Gila lah Amir…. Baik punya lagu….” Ujar Izzat sambil menepuk tangan dengan kuat diikuti dengan semua rakan sekelasnya. Cikgu Zaleha mula tergelak malu kerana anak muridnya telah menyanyikan lagu untuknya.
“ Hehehe… terima kasih..” ujar Amir dengan sengihan .
Ari turut tergelak dengan telatah rakannya itu.Setelah apa yang berlaku hatinya mula tercuit untuk mengenali gadis itu. Hampir setiap hari dia mengingati gadis itu walaupun baru pertama kali berjumpa ketika di park motor tempoh hari.
“ Babe… asal dia orang semua pandang kau tadi? Yang aku pelik kenapa dia sebut nama kau Aisyah? Bukan nama kau Iman ke?” soal Keeshalini ingin tahu.
“ Urmmm.. entahlah dok. Aku pun tahu.” Balas Iman dengan nada kebingungan.

3
Suatu hari Ari ingin meluahkan perasaannya terhadap Iman kerana dia sudah tidak tahan menanggung rasa dan usikan rakan-rakannya. Dia perlu berterus terang. Mungkin dia sudah suka pada gadis itu. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia boleh suka terhadap gadis itu.
Apabila terlihat kelibat Iman di hadapan kelasnya dia terus menegur gadis itu.
“ Eh Aisyah!”
Iman berhenti seketika sambil melihat ke belakang. Mana tahu ada orang lain.
“ Nama kau Aisyah kan?” soal Ari dengan nada yang cuba dikawal.
“ Siapa Aisyah? Nama aku Imanlah bukannya Aisyah.” Balas Iman dengan nada yang pelik.
“ Oh yeke, sorry aku tak tahu. Nice to meet you Iman.” Ujar Ari dengan senyuman. Sebenarnya dia tidak tahu mahu berbual apa dengan gadis itu. Malu, bengang, segan semuanya ada.
Iman masih berasa pelik tetapi dia tidak mahu panjangkan perbualan, Iman meneruskan perjalanan sambil menghadiakan senyuman manisnya kepada Ari.
Ari membalas senyuman itu dan dalam masa yang sama hatinya mula timbul rasa bahagia. Adakah ini cinta?
Hari demi hari mereka mula berkenalan dan bermesra sehingga wujud keserasian antara mereka. Rakan-rakan mereka juga sudah tahu tentang hubungan mereka yang saling membantu di sekolah dari segi pelajaran atau pun tidak serta menyayanggi antara satu sama lain. Beberapa minggu sahaja Ari akan graduate sebagai pelajar lepasan STPM dan Iman pula akan meneruskan perjuangannya untuk setahun lagi. Tempoh STPM adalah setahun setengah yang mempunyai 3 penggal. Ari telah berada di penggal yang ketiga manakala Iman pula berada di penggal 1. Jadi Ari akan graduate dan masuk universiti dahulu sementara menunggu Iman habis belajar.

Tanpa di sangka Ari
dan keluarganya telah membuat perancangan untuk hubungannya dengan Iman kelak.
Setahun sudah berlalu akhirnya Iman tamat belajar juga. Dia akan bekerja sementara menunggu tawaran untuk masuk ke universiti bersama Ari. Ari sudah selamat menyambungkan pelajaran ke UIAM di Shah Alam. Dia menunggu kehadiran kekasih hati yang akan menyambungkan pelajaran di universiti yang sama dengannya. Pada masa yang sama dia akan melamar Iman untuk menjadi tunang dan isterinya yang sah kelak. Ibu bapanya sudah merestui hubungan mereka dan tidak lama lagi Ari akan menghantar rombongan merisik dan meminang ke rumah Iman. Bagi menunjukkan bahawa dia serius dalam hubungan ini dia rela berterus –terang walaupun mereka masih muda iaitu berumur 21 dan 20 tahun.
“ Iman, saya nak beritahu sesuatu dekat awak ni. Dah lama saya simpan dan saya rasa inilah masanya yang sesuai.” Ujar Ari perlahan ketika mereka sedang makan malam di sebuah restoran mewah di Shah Alam.
“ Apa dia?”
“ Awak tahu saya serius dengan awak, serius dengan hubungan ni dan kedua-dua ibu bapa kita pun tahu pasal kitakan. Jadi saya nak bertindak untuk menghalalkan hubungan kita ini. Saya tahu ini masih awal tetapi saya mahu mengikat awak sebagai tunangan saya dahulu. Sudikah awak menjadi tunang dan isteri saya yang sah wahai Nur Iman Syahirah Binti Ramli? Kelihatan Ari sudah meluahkan apa yang dia rasa dan melamar Iman untuk menjadi isterinya kelak. Dia mahukan jawapan Iman sahaja. Dia setia menunggu jawapan daripada mulut gadis itu.
“ Ari… betul ke apa yang saya dengar ni?” soal Iman untuk kepastian. Dia berasa sebak, terharu dan gembira kerana Ari serius dengan hubungan merekadan mahu menjadikannya isteri. Iman betul-betul terharu dan gembira.
“ Betul sayang…”
“ Jadi awak terima tak sayang?” soal Ari lagi untuk mendapatkan jawapan.
“ Ya sayang. Saya setuju.” Balas Iman dengan nada yang sedikit sebak dan gembira. Tak lama lagi aku kahwin!
Majlis merisik dan pertunangan pun sudah dijalankan dengan sempurna. Iman dan Ari sudah selamat menjadi tunangan. Lagi 3 tahun mereka akan diijabkabulkan kerana mereka mahu menghabiskan pengajian dan bekerja dahulu sebelum mendirikan rumah tangga.
Bersambung....
Copyright by :
Erna Nurhazwani Razali

No comments:
Post a Comment