LATEST POST!

CERPEN SAYANGKU CIKGU HAZWANI

Cerpen Sayangku Cikgu Hazwani Hujan turun dengan renyai pada malam itu. Kelihatan Hazwani dan Hamsyar sedang berada di dalam kereta untu...

Friday, 15 April 2016

CERPEN IMAGINASI

SMK Bandar Seri Alam
Jam di dinding sekolah sudah bergerak ke angka 7.30 pagi. Aina Najihah selaku juruacara pada pagi itu sedang mengarahkan para pelajar beratur ke dalam barisan mengikut staggerd kelas masing-masing. Para pengawas yang bertugas juga membantu para pelajar beratur ke dalam barisan kelas dengan kemas dan teratur. Guru-guru pula sedang mengambil kedatangan para pelajarnya. Suasana pada pagi itu agak tenang dan masih terkawal. Kelihatan di atas pentas, Pengetua, Puan Shamiah Binti Ismail , barisan Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Pendidikan Khas  dan barisan guru cemerlang serta barisan guru yang berkhidmat di sekolah itu.
Erina, Dian, Syauqa dan Hani sedang bertugas di belakang barisan pelajar perempuan. Mereka selaku pengawas sekolah yang berdedikasi sedang menjalankan tugas dengan penuh bertanggungjawab dan amanah. Buku catatan MMBMMBI sudah berada di tangan masing-masing dan bersedia untuk menulis isi penting yang akan disampaikan oleh guru bertugas serta Pengetua sekolah itu.
Kelihatan pada bahagian hadapan barisan lelaki pula, sekelompak pengawas lelaki yang terdiri daripada Muaz, Fuad, Yusoff, Izzat sedang menjalankan tugas mereka. Ketua pengawas pula iaitu Aliff sedang berdiri dengan penuh gah berhampiran mereka. Dia yang segak memakai Blazer menampakkan lagi ciri-ciri sebagai Ketua Pengawas. Juruacara iaitu Aina Najihah merupakan Naib Timbalan Pengawas. Dia juga memakai Blazer untuk menunjukkan auranya sebagai Exco Pengawas.
Usai sahaja Pengetua berucap, kini tibalah masanya untuk sorakan cemerlang SMK Bandar Seri Alam yang sering kali diagungkan oleh seluruh warga sekolah itu kerana sekolah mereka sahaja yang melaungkan sorakan Ultimet bagi pembakar semangat dalam jiwa seluruh warga sekolah.
Farhan Dzakirin pengawas kenit yang mempunyai suara yang nyaring melaungkan sorakan cemerlang dengan penuh bersemangat diikuti juga dengan para guru dan pelajar-pelajar.
Kelihatan Cikgu Zaki menunjukkan isyarat bagus kepada para pelajar kerana menunjukkan semangat yang luar biasa pada hari ini. Tamat sahaja Majlis Perhimpunan Rasmi sekolah semua pelajar bergerak masuk ke dalam kelas masing-masing diiringi dengan guru masa pertama ke kelas mereka.
“ Dian, lepas ni kita masa apa?” soal Erina sewaktu dia, Dian, Syauqa dan Hani sedang bergerak untuk masuk ke kelas masing-masing.
Addmath! Cikgu Salwa mesti bagi banyak kerja. Kerja yang lepas pun aku tak siap lagi sebab tak tahu nak jawab macam mana. Belum master lagi Bab Hukum Linear.”
Syauqa menyentuh bahu Dian dengan reaksi wajah terkejut.
“ Kau pun belum siap? Aku pun sama sebab tak faham.” Sambung Syauqa.
“ Tulah, aku pun ada tak lengkap sebab tak faham jugak. Tak apalah, nanti kita jumpa cikgu untuk ajar kita semula bab tu.” Cadang Erina sambil meneruskan langkahnya untuk ke kelas 5 Sains.
“ Okay korang aku masuk kelas dulu tau. Rehat nanti kita jumpa balik. Bye!” pamit Hani setelah mereka hampir tiba di hadapan kelas 5 Teknikal. Di hujung pintu belakang kelas 5 Teknikal, kelihatan Irfan Danish sedang menunggu kehadiran Hani.
“ Lambatnya awak ni nak masuk ke kelas. Lama saya tunggu tau.” Tegur Irfan dengan nada yang lembut.
“ Sorry…..” Hani memohon maaf sambil tersenyum.
“ Maaf anda diterima.” Balas Irfan sambil mengukirkan senyuman buat si dia.
 5 SAINS
Kelihatan Cikgu Salwa sudah berada di dalam kelas untuk memulakan sesi pengajarannya.
Sebelum memulakan sesi Pdp seisi kelas 5 Sains membaca doa sebelum belajar supaya ilmu yang bakal mereka pelajari diberkati dan mudah difahami. Insyaallah…
“ Baiklah kelas, macam mana dengan homework yang saya bagi bab Hukum Linear. Kamu semua boleh buat tak?” soal Cikgu Salwa prihatin terhadap masalah anak-anak muridnya.
“ Tak fahamlah cikgu sebab tu tak dapat siapkan semua.” Beritahu Suraya dengan suaranya yang kuat.
“ Kurang faham!” sahut Fuad.
“ Apalah korang ni soalan senang pun takkan tak dapat jawab?” soal Amir dengan mimik mukanya yang agak menjengkelkan.
“ Kau budak pandai bolehlah!” Marah Suraya sambil mencebikkan bibirnya.
“ Entah! Budak pandai memanglah pandai jawab. Tak macam kita orang, tak berapa nak pandai.” Sampuk Batrisyia pula.
“ Eleh! Aku mana ada pandai. Haidah dengan Dinesh lagi pandai.” Balas Amir tidak mahu kalah.
Haidah dan Dinesh yang merupakan pelajar cemerlang di dalam kelas itu menoleh ke arah Amir setelah nama mereka disebut.
“ Hey, Amir, saya mana ada pandai. Biasa ajelah.” Balas Dinesh merendah diri.
“ Aku pun!” sambung Haidah.
kelihatan Cikgu Salwa menunjukkan reaksi wajah dengan senyuman sinisnya. Macam ni rupanya gelagat warga 5 Sains.
“ Kelas, minta perhatian semua! Sudah-sudah, jangan bergaduh lagi. Cikgu akan mengajar semula bab tu dan bincang soalan mana yang kamu tak dapat jawab okay?” Kali ini Cikgu Salwa bersuara bagi menghentikan suasana yang mula bising di dalam kelas itu.
“ Baiklah Cikgu!” sahut seisi kelas.
Mereka mengeluarkan soalan dan buku Addmath di atas meja masing-masing. Mereka menumpukan perhatian kepada pengajaran Cikgu Salwa yang berada di hadapan. Tangannya lincah menulis formula serta jalan kerja bagi soalan yang sedang dibincangkan bersama anak-anak muridnya.
Hampir 2 jam mereka menelaah subjek Addmath yang merupakan salah satu subjek sukar seperti Biologi, Fizik dan juga Kimia. Kini, mereka menghembuskan nafas lega kerana masa Addmath sudah tamat. Otak mereka sudah boleh berehat seketika sebelum meneruskan pembelajaran bagi subjek seterusnya.
“ Terima kasih kelas!” ucap Cikgu Salwa sambil memerhati wajah calon-calon cemerlang bagi SPM tahun ini.
“ Terima Kasih Cikgu Salwa!” balas seisi pelajar 5 Sains.

Pelajar Baru
Beberapa minit kemudian, masuk pula Cikgu Aidah selaku guru kelas dan guru subjek Bahasa Melayu mereka. Di sebelah Cikgu Aidah pula terdapat seorang pelajar perempuan yang mukanya ala-ala orang korea.  Wajahnya yang putih melepak membuatkan pelajar 5 Sains bersuara.
“ Fuhyoo! Ada awek macam korealah!” ujar Yussof.
“ Putih melepak siak!” sahut Muaz dengan senyuman sinis.
“ Boleh usyalah macam gini…” sambung Amir pula.
Manakala reaksi pelajar perempuan pula berlainan dengan reaksi pelajar lelaki.
“ Budak barulah weyh!” ujar Suraya dengan nada yang sinis.
“ Lawa pulak tu. Jeles aku!” sahut Batrisyia.
“ Klon Park Chorong Zahin sudah sampai…” sambung Erina sambil melirik ke arah Zahin. Tersenyum malu dia dibuatnya.
“ Wuuuu! Habislah Syauqa punya buah hati kena rembat.” Ujar Dian sebagai penambah perisi.
“ Ngeh! Tak adanya. Aku suka dekat Shaheizy Sam aku je!” Sangkal Syauqa.
“ Wuuuu! Tak nak kalah.” Sahut Huda pula diikuti gelak tawa seisi kelas tersebut.
Seisi kelas 5 Sains kedengaran agak riuh sedikit setelah munculnya pelajar baru yang tidak tahu asal-usulnya.
“ Sudah-sudah. Jangan bising sangat kelas. Apalah kamu ni ada pelajar baru pun nak kecoh sangat. Haih…. Bawa bertenang kelas!” tegur Cikgu Aidah tentang sikap para pelajarnya.
Excited sangat sebab nak dapat kawan baru. Muka cun pula tu!” balas Muaz dengan sengihannya.
“ Amboi!” sergah Cikgu Aidah.
“ Okay kelas ini rakan baru kelas kita. Dia baru pindah dari luar negara dan bersekolah dekat sini sebab ayah dia kerja dekat sini. Kamu semua jangan risau sebab dia fasih berbahasa Melayu. Awak boleh kenalkan diri.” Beritahu Cikgu Aidah sambil mengarahkan pelajar baru itu untuk memperkenalkan dirinya.
“ Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua…” pelajar baru itu mula memberi salam sebelum meneruskan sesi perkenalannya.
“ Nama saya Aireen Najwa Binti Melvin. Saya dulu tinggal dekat korea dan kini berpindah ke Malaysia sebab ayah saya kerja dekat sini. Rumah saya pula berdekatan dengan sekolah ini. Saya masih fasih berbahasa Melayu sebab saya pernah duduk di Malaysia sewaktu dahulu sebelum berpindah ke Korea. Kamu semua boleh panggil saya Aireen. Selamat berkenalan!”
“ Walaweyh! Duduk korealah. Best tak duduk sana?” soal Yussof ingin tahu.
Best jugak.” Balas Aireen dengan senyuman.
“ Kenal Park Chorong tak?” soal Hakim pula dengan niat untuk mengusik Zahin.
“ Ahli kumpulan Apink tu?” soal Aireen ingin kepastian.
Hakim mengangguk manakala Zahin pula sudah menumbuk bahunya.
“ Kenal. Dah pernah jumpa dah pun.”
Kelihatan seisi kelas bersuara tanda kagum. Cikgu Aidah menggelengkan kepalanya setelah melihat telatah anak-anak muridnya.
So, Zahin kau boleh rapat dengan dia untuk tanya lebih lanjut pasal Park Chorong.” Cadang Hakim sambil menepuk lembut bahu rakannya.
Kelihatan Syauqa sudah menunjukkan reaksi wajah kurang senang dengan cadangan Hakim. Melampau pula!
“ Sudah kelas. Aireen awak boleh duduk sebelah Erina kerana masih ada kosong. Sesuaikan diri dengan pelajar dalam kelas ini okay?” arah Cikgu Aidah sambil mendapatkan kepastian.
“ Baiklah Cikgu Aidah. Terima kasih.” Ucap Aireen lalu duduk di sebelah meja Erina yang masih kosong. Untungnya, Aireen sekumpulan dengan Zahin. Jadi, ada peluang Zahin untuk mengenalinya dengan lebih dekat bagi bertanyakan tentang diri Park Chorong iaitu artis kegemarannya.
Hubungan Yang Baru Terjalin
“ Aireen, awak memang minat korea ke?” soal Zahin sewaktu gadis itu sedang menulis sesuatu atas buku catatan.
“ Minat juga. Kenapa, awak pun minat jugak?” soal Aireen pula.
“ Memang minat pun. Dia minat gila dekat Park Chorong.” Sampuk Hakim membuatkan Zahin memandang sinis ke arahnya.
“ Memang fanatik ke? Mesti awak teringin nak jumpa dia kan?”
Zahin tersenyum nipis setelah mendengar soalan Aireen. Mana mungkin dia tak mahu jumpa dengan artis kegemarannya. Apa kan daya, terasa macam tiada peluang sahaja untuk berjumpa.
“ Tak ada peluang nak jumpa.” Balas Zahin dengan nada yang sayu.
“ Tak apalah, satu hari nanti saya pasti awak akan dapat jumpa jugak dia. Doa jelah banyak-banyak kepada Allah.” Balas Aireen sebagai penyalur semangat.
“ Terima kasih Aireen atas nasihat awak.” Ucap Zahin dengan senyuman. Alangkah indahnya kalau dia dapat mengenali gadis ini dengan lebih rapat. Pasti hubungan persahabatan yang baru terjalin ini menjadi lebih erat dan bermakna.
Usai sahaja subjek BahasaMelayu tamat, kelihatan Faizal mendekati Aireen.
“ Hai Aireen! Hari ini awak rehat dengan siapa?” tegur Faizal membuatkan kumpulan Force yang dianggotai oleh Erina, Batrisyia, Zahin dan juga Hakim tergamam memandang ke arah Faizal.
“ Sejak bila Faizal menjadi peramah pula ni. Dengan budak baru pulak tu.” Tegur Batrisyia dengan nada yang pelik.
“ Hehehe, aku saja aje nak berkenalan dengan dia sebab muka dia macam sepupu yang rapat dengan aku dulu.” Alasan Faizal.
“ Ceyh, cakap ajelah nak try dia.” Sambung Erina membuatkan Faizal tersenggih. Zahin sudah memandang pelik ke arah sahabatnya itu.
“ Macam nak potong line aku aje si Faizal ni.” Desis Zahin di dalam hati.
“ Saya rehat dengan sepupu saya nama dia Asyhari. Budak kelas akaun.” Beritahu Aireen membuatkan mereka semua tercengang.
“ Sepupu ke pakwe awak?” soal Erina ingin kepastian.
“ Sepupu sayalah.” Balas Aireen dengan penuh yakin.
“ Nasib baik sepupu kalau pakwe, melepas aku.” Ujar Faizal direct membuatkan Zahin sudah memandang sinis ke arahnya.
“ Amboi kau Faizal, lebih-lebih pulak. Dah pergi balik tempat kau sana. Sibuk aje dekat sini.” Halau Zahin dengan nada sedikit geram. Kacau daun betul.
“ Eleh kau Zahin. Biarlah aku nak stay sini, Aku nak berkenalan dengan si Aireen ni.” Balas Faizal tidak mahu kalah.
“ Kacau daun tau kau ni. Aku baru nak masuk jarum kau dah kacau line.” Jelas Zahin dengan nada tidak puas hati.
Selfishnya kau ni. Macamlah si Aireen tu nak dekat kau.”
Mereka berdua saling bertekak membuatkan Erina, Batrisyia , Hakim dan Aireen menutup telinga. Pelajar-pelajar yang lain sedang sibuk melakukan kerja masing-masing. Mereka tidak perasan perang mulut yang sedang berlaku antara Zahin dan juga Faizal. Kesemuanya berpunca tentang Aireen Najwa. Masing-masing mahu mendekati Aireen Najwa sehinggakan hubungan persahabatan mereka pun boleh goyah.
 Pilihan Hati Aireen
Semakin hari Zahin dan Faizal asyik berbalah antara satu sama lain membuatkan seisi kelas mula risau tentang diri mereka berdua. Maklumlah, kedua-duanya dahulu tidak begitu menonjol dalam kelas dari segi pergaulan tetapi sejak munculnya pelajar baru, mereka berdua semakin menonjol dari ke hari. Cikgu Aidah semakin pelik dengan sikap anak-anak muridnya itu.
“ Aireen,saya nak cakap yang saya dah mula sukakan awak.” Jujur Faizal ketika dia terlihat Aireen duduk keseorangan di meja bulat depan bilik Gapura Kasih.
Aireen yang pada ketika itu sedang menenguk air tersembur tanpa sengaja ke arah Faizal.
“ Ya allah! Sorry, saya tak sengaja tersembur tadi.” Pinta Aireen dengan nada yang cuak.
Faizal menoleh ke arah seluarnya yang basah terkena semburan air dari mulut Aireen itu. Dia menelan air liur tanda tidak menyangka bahawa gadis ini akan memberi reaksi sebegitu.
“ Urmmm, tak apalah sikit aje ni.”
Sorry tau! Apa awak cakap tadi?” soal Aireen memohon kepastian.
“ Saya cakap yang saya dah mula sukakan awak.” Jujur Faizal membuatkan Aireen tertelan air liur seketika. 
Dari sudut lain Erina dan Idris sedang bertugas di anjung perdana berdekatan dengan Gapura Kasih. Tanpa sedar, Erina baru terperasan kelibat Faizal yang sedang duduk berborak dengan Aireen.
“ Apa awak tengok tu? Soal Idris kepada buah hatinya.
“ Tu hah! Si Faizal sekarang dah mula nak usya budak baru kelas saya tu. Sejak bila hormon dia naik pun saya tak tahulah. Dulu dia tak macam ni.” Beritahu Erina dengan nada yang ragu-ragu tentang sikap Faizal.
“ Biasalah tu, kawan baru awak tu lawa , putih dan cantik mesti ramai budak lelaki minat dekat dia.” Puji Idris tanpa sedar membuatkan Erina memandang sinis ke arahnya.
“ Amboi, puji melambung nampak. Awak dah minat dia ke?” sergah Erina dengan nada yang geram. Idris menelan air liur kerana telah membuat Erina terasa sedikit.
Sorry sayang, saya tak bermaksud nak buat awak terasa atau cemburu. Saya hanya bagi pendapat aje. Hati saya tetap minat dekat awak.” Pujuk Idris dengan nada memujuk.
“ Eleh! Yela tu, entah-entah awak pun dah terminat dekat dia.” Balas Erina dengan nada cemburu.
“ Alololo, comel aje dia merajuk. Saya setialah, saya hanya nak dekat awak aje.” Jelas Idris lagi dengan harapan bahawa Erina percaya terhadap kata-katanya.
Erina mula hendak tersenyum tetapi cepat-cepat dia kawal kerana sengaja mahu mengusik Idris.
“ Faizal! Apa kau buat tu hah!?” jerkah Zahin dengan nada yang geram.
“ Apa masalah kau? Aku tengah berbual dengan Aireenlah.” Balas Faizal dengan nada sedikit tinggi. Pengacau betul si Zahin ni.
“ Berbual konon, aku dah cakap jangan nak rapat sangat dengan dia. Nanti Asyhari marah.” Jelas Zahin dengan nada yang dikendurkan.
“ Asyhari marah atau kau yang jeles sebab aku nak rapat dengan dia?” Tembak Faizal membuatkan Zahin memandang tepat ke arah bebola matanya.
“ Kalau ya kenapa? Dulu kau tak macam ni sekarang apesal kau nak try dia? Kalau kau dah tahu aku suka dekat dia tak payahlah kacau!” marah Zahin membuatkan tangannya sudah dikepalkan. Bersedia untuk menumbuk muka Faizal.
“ Ya allah apa korang berdua ni. Saya tak sukalah macam ni. Gaduh pasal perempuan buat apa? Untuk pengetahuan awak berdua saya tak ada minat dekat sesiapa pun termasuk awak berdua. Tolonglah jangan gaduh macam ni.” Tegur Aireen dengan nada sedikit tinggi membuatkan kedua-duanya terdiam seketika. Di dalam hati masing-masing sudah menyumpah antara satu sama lain.
“ Korang berduakan sahabat tetapi kenapa perlu bergaduh pasal perempuan? Hanya sebab cinta monyet semata-mata. Be a mature bro! SPM lagi penting!” nasihat Aireen sebelum berlalu meninggalkan mereka berdua yang tercengang seketika. Kan dah kena ceramah!
“ Yang lagi sorang tu siapa pula?” ternyata Erina dan Idris masih memerhatikan drama sebabak itu hingga ke penghujungnya.
“ Yang lagi sorang tu Zahin. Dia pun minat dekat Aireen jugak.”
“ Oh! No wonderlah kalau dia ramai peminat.” Balas Idris sambil memerhatikan drama sebabak itu lagi.
Perpisahan Kali Pertama
Kelihatan suasana kelas 5 Sains agak suram dan tidak riuh seperti sedia kala kerana pada hari ini Aireen Najwa akan berpindah semula ke Korea kerana sesi khidmat ayahnya di Malaysia sudah tamat. Hampir 3 bulan Aireen bersekolah di situ kini dia akan pulang ke tempat asalnya.
“ Saya mohon maaf atas segala kesilapan yang pernah saya lakukan sepanjang saya berada di sini. Mungkin kehadiran saya membuatkan hubungan persahabatan sesetengah daripada awak semua agak goyah. Saya minta maaf kepada pihak yang terlibat dalam masalah ini. Saya tidak mahu menjadi penyebab putusnya hubungan persahabatan antara kalian. Selama 3 bulan saya berada di sini, macam-macam saya lalui. Saya akan jadikan pengalaman ini sebagai satu coretan dalam diari hidup saya. Di sini, ada sedikit buah tangan untuk kamu semua termasuk Cikgu Aidah sekali. Diharapkan agar kalian sudi menerimanya. Saya ingin menyampaikan sesuatu pesanan kepada awak semua. Tidak kira apa jua keadaan, perubahan masa atau tempat, jangan putuskan hubungan persahabatan antara kalian. Hubungan persahabatan yang sudah lama terjalin itu lebih bermakna daripada cinta monyet yang baru dilalui. ” Ucap Aireen sebelum bersedia untuk melangkah meninggalkan sekolah itu. Dia bersalaman dan berpelukan dengan rakan-rakannya serta Cikgu Aidah buat kali terakhir. Pelajar lelaki turut merasa sayu atas pemergian Aireen. Zahin dan Faizal juga kelihatan agak sayu dan tidak bermaya.
“ Selamat tinggal kawan-kawan.” Pamit Aireen lalu melangkah keluar dari kelas 5 Sains.
“ Jaga diri Aireen!” ujar Suraya sambil melambaikan tangannya.
“ Jangan lupakan kita orang tau!” Pesan Muaz dan Fuad.
Reunion 5 Sains
Kelihatan masing-masing sudah menginjak ke alam dewasa. Hampir 6 tahun mereka meninggalkan zaman sekolah kini mereka sudah bekerjaya dalam bidang masing-masing. Ada yang sudah bertunang, sudah berkahwin, sudah menjadi doktor, sudah menjadi jurutera dan macam-macam lagi.
“ Hakim siapa aje yang belum datang?” soal Azharin  ingin tahu. Ketika itu dia dan rakan-rakannya yang lain sedang duduk di meja makan Hotel Renaissance. Mereka bersetuju untuk menyertai reunion  ini di Hotel Renaissance tempat di mana ayah Hakim bekerja. Atur cara majlis reunion ini dianjurkan atas idea Hakim sendiri lalu dipersetujui oleh rakan-rakannya yang lain. Sudah ramai yang tiba di majlis itu cuma yang tinggal hanyalah Aireen Najwa.
“ Sayang, kawan-kawan awak tunggu siapa lagi? Kenapa tak mula?” soal Idris iaitu suami Erina.
“ Tunggu Aireen Najwa budak baru yang dulu tu.” Jelas Erina kepada suaminya.
“ Oh! Budak tu.. saya ingatkan tunggu siapalah tadi.”
“ Erina cuba kau pandang belakang.” Beritahu Dian sambil menunjukkan ke arah seorang gadis yang sedang jalan beriringan dengan seorang wanita yang berkulit putih.
“ Siapa tu? Putih gila.” Soal Erina dengan nada yang teruja.
“ Entahlah… aku macam kenal yang kulit putih tu.” Sambung Syauqa sambil memerhatikan wanita yang dimaksudkan itu.
“ Park Choronglah!” jerit Syauqa tanpa sedar membuatkan rakan-rakannya yang lain memandang ke arah wanita yang dimaksudkan itu. Semakin lama, mereka berdua semakin menghampiri kelompok manusia itu. Aireen Najwa mengucap dengan penuh rasa syukur kerana dapat bertemu dengan rakan lamanya dahulu. Banyak perubahan yang telah berlaku. Masing-masing sudah semakin kacak dan jelita cuma hatinya memberontak untuk bertemu dengan seseorang.
“ Assalamualaikum! Hai korang ingat saya lagi tak?”  ucap Aireen kepada rakan-rakannya.
“ Waalaikumsalam… Aireen Najwakan?” soal Hakim memohon kepastian. Kelihatan Aireen mengangguk sambil tersenyum.
“ Apa khabar?” soal Aireen ingin tahu sambil matanya melirik ke arah seseorang yang dirinduinya. Dia masih macam dulu, masih berkaca mata,masih dengan raut wajahnya yang tenang.
“ Kami semua sihat. Awak macam mana pula?”
“ Saya sihat aje. Kenalkan ini Park Chorong ahli kumpulan Apink.” Kenal Aireen dengan sengihan dibibirnya.
“ Hah! Park Chorong?” Soal Zahin tidak percaya lalu mendekati wanita itu.
“ Saya pernah cakapkan dulu, satu hari awak akan dapat jumpa juga dengan artis kegemaran awak.” Ujar Aireen sambil bertentangn dengan Zahin.
“ Terima kasih Aireen sebab sudi tunaikan impian saya walaupun kita hanya kenal dalam tempoh yang singkat. Saya bersyukur sangat dengan apa yang saya dapat sekarang cuma saya rasa saya perlukan awak dalam hidup saya.” Ujar Zahin dengan nada yang disederhanakan. Bukan Aireen sahaja yang berasa rindu malah Zahin juga merasai benda yang sama apabila mereka berjauhan. Perkenalan yang singkat membuatkan hati masing-masing sudah tertarik. Cuma, penghujungnya bagaimana?
“ Apa maksud awak?” soal Aireen ingin kepastian.
“ Sebelum saya jelaskan, kenapa awak buat semua benda ni untuk saya?”
“ Sebab saya suka dekat awak dulu.” Balas Aireen tentang isi hatinya.
“ Sekarang suka saya lagi tak?” soal Zahin dengan kenyitan mata.
“ Errrrrr…” terkaku Aireen seketika.
Kelihatan rakan-rakan mereka sudah mula menumpukan perhatian terhadap drama sebabak yang sedang berlangsung itu. Ada yang teruja menantikan pengakhiran drama ini.
“ Saya masih suka awak macam dulu. Macam zaman sekolah dulu, macam cinta monyet dahulu.” Jujur Aireen sambil tersipu malu.
“ Walaweyh! Sweetnya korang……” ujar Amir yang pada ketika itu sedang duduk bersebelahan dengan tunangnya.
“ Itulah! Jeles saya tengok.” Sambung Dinesh pula.
“ Syauqa, sejak bila Zahin jadi sweet ni?”soal Erina cuba memancing reaksi sahabatnya.
“ Itu aku tak tahulah serius aku jeles!” balas Syauqa dengan nada yang geram lalu tersenyum sinis dengan drama itu tadi. Benarlah kata orang, tak semestinya cinta monyet itu tak bisa jadi cinta sejati walaupun hati masih setia menunggu biarpun beribu batu. Begitu juga dengan hubungan persahabatan, tidak semestinya bersahabat sudah sekian lama, hubungan itu tidak akan goyah melainkan ada pihak yang mengeratkan ikatannya sampai bila-bila.
TAMAT                                       
Dalam ingatan, rakan-rakan 5 Sains dan rakan di SMKBSA ini. Guru-guru yang disayanggi lagi dihormati. Seluruh warga SMKBSA dan keluarga tersayang. Nama anda dalam ingatan.
Penulis: Erna Nurhazwani Binti Razali – ENH
5 Sains             

2 comments:

  1. Semua orang akan melalui hari perpisahan apabila tamat persekolahan,dan kenangan sahaja yang ade..People will grow up and I'm always be on your side and support you syg!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah betul tu... anyway tengss because always support me idris 😉. Me also too ♡

      Delete