LATEST POST!

CERPEN SAYANGKU CIKGU HAZWANI

Cerpen Sayangku Cikgu Hazwani Hujan turun dengan renyai pada malam itu. Kelihatan Hazwani dan Hamsyar sedang berada di dalam kereta untu...

Sunday, 2 November 2014

CERPEN VILLA TENGAH MALAM


BAB 1
RAISYA DAN FATWA
Tamat sahaja waktu sesi persekolahan, para pelajar Sekolah Menengah Sri Kembangan hendak pulang ke rumah masing-masing. Seperti biasa, Fatwa, Raisya dan dua lagi rakan mereka bergerak keluar dari pekarangan kawasan sekolah untuk pulang ke rumah masing-masing.
“ Rai! Esok jangan lupa bawak buku latihan matematik aku tau. Nanti Cikgu Diana bising pulak bila aku tak bawa buku dia.” Ujar Syakira yang kebetulan berjalan di sebelah Raisya.
Raisya menggangguk sambil meneruskan langkahnya.
Mereka berempat tidak perasan bahawa diri mereka sedang diperhatikan oleh dua orang lelaki yang sedang menaiki van putih.
“ Kali ini, kita tangkap yang tepi sekali tu.” Ujar Bob pemandu van putih.
Arul menggangguk setelah mendengar arahan dari kawannya.
Tanpa membuang masa, Bob menekan pedal minyak dan bergerak ke arah Raisya. Pintu van dibuka kemudian Arul menarik tangan Raisya.
“ Raisya!!” jerit Fatwa sambil menarik tangan Raisya.
Syakira dan Aina sudah kelihatan panik dengan kejadian di hadapan mata mereka. Selepas bertarung tenaga untuk menarik tangan Raisya akhirnya Fatwa dan Raisya dibawa bersama untuk masuk ke dalam van putih tersebut.
Aina dan Syakira mengejar van tersebut tetapi tidak berjaya. Mereka terduduk seketika di atas jalan raya kerana masih terkejut dengan apa yang berlaku kepada sahabat mereka.
“ Aina, kita kena beritahu Fadz dan Haridz. Mana tahu dia orang boleh tolong kita selamatkan Raisya dan Fatwa. Hah, tu pun dia orang. Cepat!” ujar Syakira sambil menarik tangan Aina untuk berlari mendapatkan Fadz dan Haridz.
“ Fadz! Tolong kita orang.” Ujar Aina sambil melepaskan lelahnya kerana penat berlari.
Fadz, Haridz, Paan dan Amar terkejut dengan kehadiran rakan perempuan mereka.
“ Hah, kenapa? Korang berdua ni berlari-lari apasal?” soal Fadz.
“ Raisya dengan Fatwa kena culik. Ada dua orang lelaki bawa van putih tangkap dia orang masa nak balik tadi.”
“ Apa!!!” jerit mereka berempat serentak.
Dengan pantas, Fadz dan Haridz menaiki motor masing-masing dan bersedia untuk mengejar van putih tersebut.
“ Ridz! Tu hah van putih yang dia orang maksudkan tadi. Apa lagi, kejar dia orang cepat.” Arah Fadz sambil memulas press motornya. Kelajuan motor mereka berdua telah berjaya mengesan jejak van putih tersebut.
Di dalam van tersebut, Raisya dan Fatwa sudah pengsan kerana telah terhidu sesuatu ubat yang diletakkan pada sehelai sapu tangan dan dilekapkan di atas muka mereka berdua. Hampir sepuluh minit mereka mengikuti jejak van tersebut, akhirnya mereka tiba di pekarangan sebuah villa yang agak besar dan terpencil berdekatan dengan sebuah bukit.
Haridz dan Fadz meletakkan motor mereka berdua di suatu kawasan pokok yang agak tersorok dari pemandangan villa . Kelihatan seorang lelaki sedang membuka pintu van dan menarik keluar dua orang gadis yang masih lengkap beruniform sekolah.
“ Fadz, itu Fatwa.” Tunjuk Haridz sewaktu mereka berdua bersembunyi dicelah-celah pokok.
Fadz ingin bergerak ke arah Fatwa tetapi dihalang oleh Haridz.
“ Sabar Fadz, kita kena tengok dulu. Jangan buat tindakan sendiri. Bahaya.” Pesan Haridz.
Fadz menoleh ke arah sahabatnya.
“ Kau nak suruh kita tengok aje? Hey, kau tak takut ke kalau dia orang buat apa-apa dekat Rai dan Fatwa. Takkan kita nak diam aje.” Balas Fadz.
“ Ya , aku tahulah. Tapi kita kena tengok dulu. Mana boleh main redah aje. Tak pasal-pasal kita pun kena culik sekali.” Ujar Haridz lagi.
Fadz memerhatikan aje aksi dua orang lelaki yang sedang membawa Raisya dan Fatwa masuk ke dalam villa tersebut.
Fadz mengeluarkan telefon bimbitnya dan mengambil gambar villa tersebut beserta flat nombor van putih tersebut.
……………………………………………………………..
“ Masuk cepat! Lembablah korang berdua ni” marah Bob sambil menolak Raisya dan Fatwa masuk ke dalam.
“ Sakitlah, kau ni apasal nak tolak kita orang. Apasal kita orang ada dekat sini hah!” tengking Fatwa.
“ Hey! Perempuan kau diam boleh tak. Sebelum aku tampar pipi kau. Memekak aje korang ni.” Marah Arul pula.
Kelihatan suasana di dalam villa tersebut agak bersih dan teratur. Mereka berdua jadi hairan. Kalau betul mereka berdua akan dijadikan mangsa penjualan organ takkan mereka duduk di villa sebesar dan selesa ini. Pelik.
Raisya dan Fatwa memandang antara satu sama lain. Kelihatan seorang lelaki yang berumur lingkungan tiga puluh tahun ke atas bergerak ke arah mereka berdua.
“ Selamat datang ke rumah uncle. Nama uncle Tuan Halif. Kamu berdua boleh panggil uncle atau Tuan Halif. Kamu berdua jangan takut. Uncle takkan cederakan kamu berdua melainkan kamu berdua dengar arahan uncle.” Salam perkenalan Tuan Halif kepada Raisya dan Fatwa.
Mereka berdua diam membisu.
“ Yang dekat belakang kamu berdua tu adalah bodyguard uncle. Abang Bob dan Abang Arul. Sekarang uncle nak kamu jadi anak angkat uncle. Kamu boleh lakukan apa sahaja di dalam rumah ini tetapi….” Ujar Tuan Halif.
“ Tapi apa Tuan Halif” soal Raisya.
“ Kamu berdua tidak boleh keluar dari rumah ini. Jika kamu ingkar. Kamu tidak akan dapat melihat dunia ini lagi.” beritahu Tuan Halif lalu beredar meninggalkan mereka berdua.
Raisya dan Fatwa telah ditempatkan di dalam sebuah bilik khas di tingkat bawah villa. Kelihatan ramai pelajar perempuan tinggal di dalam bilik tersebut. Raisya dan Fatwa menjadi semakin pelik.
Pintu bilik itu dikunci semula setelah Raisya dan Fatwa masuk ke dalam.
“ Rai, kenapa ramai pulak dalam bilik ni?” soal Fatwa perlahan.
Raisya melirik ke arah Fatwa lalu bertanya kepada salah seorang gadis yang berada di dalam bilik tersebut.
“ Siapa nama awak? Kenapa korang semua ada dekat sini?” soal Raisya.
“Nama saya, Aliya. Kita orang semua kena culik macam korang berdua jugak. Saya baru sampai sini minggu lepas. Kita orang semua tak dapat keluar jika Tuan Halif tak berikan sebarang arahan.” Beritahu Aliya turut diikuti juga dengan Shima, Lili dan beberapa orang gadis yang lain.
“ Habis tu, korang duduk ajelah dalam bilik ni? Tak cuba lari ke?” soal Fatwa pulak.
“ Ya. Ramai yang dah cuba keluar dari rumah ini tetapi tidak berjaya. Kesemua yang cuba keluar dari rumah ini telah dibunuh oleh Tuan Halif.” Jelas Shima pula.
Raisya dan Fatwa semakin takut setelah mendengar penjelasan mereka berdua.
Fadz dan Haridz sudah tidak keruan untuk mengintip mereka dengan lebih lama. Mereka berdua mengambil keputusan untuk pulang ke rumah dan memberitahu hal sebenar kepada Syakira dan Aina.
BAB 2
JALAN KELUAR
Setelah mereka semua telah diberikan makanan oleh Tuan Halif. Seperti biasa mereka akan dikurung semula di dalam bilik. Di dalam bilik tersebut hanya disediakan tilam lebar, televisyen, almari baju, meja solek dan rak buku sahaja beserta bilik mandi. Gadis-gadis tersebut hanya dibenarkan keluar untuk makan, beriadah atau keluar membeli barang bersama Tuan Halif sahaja. Tiada aktiviti luar rumah yang lain dijalankan kerana struktur villa tersebut yang agak besar dan luas beserta kedudukannya yang agak terpencil dari ibu kota. Menjelang sahaja waktu malam, Raisya dan Fatwa bangun dari tidur mereka. Kelihatan semua gadis di dalam bilik tersebut sudah lena dibuai mimpi tetapi tidak bagi mereka.
“ Wa, macam mana kita nak keluar ni? Pintu tu dah dikunci.” Soal Raisya perlahan.
Fatwa menunjukkan isyarat senyap sambil mengeluarkan sesuatu di dalam poketnya. Kunci.
“ Mana kau dapat?” bisik Raisya di telinga Fatwa.
“ Aku curi dekat belakang pasu bunga masa kita makan tadi.” beritahu Fatwa.
“ Oh, okay. Cepatlah buka pintu tu.” Suruh Raisya.
Fatwa menganggukkan kepalanya sambil bergerak ke arah pintu bilik.
Bilik tersebut mempunyai pemulas pintu dari dalam bilik. Setiap kali mereka dikurung, Bob atau Arul akan mengunci pintu tersebut dari arah luar.
Anak kunci yang pertama dimasukkan ke dalam pemulas pintu. Tidak berjaya dibuka. Anak kunci kedua pula dimasukkan ke dalam pemulas.
Tidak berjaya juga. Sehingga kunci yang ketiga dimasukkan barulah pintu bilik itu terbuka.
Raisya menjengukkan sedikit kepalanya keluar pintu bilik untuk melihat keadaan di luarnya. Sunyi dan sepi sahaja. Hanya terpasang sepasang lampu yang malap di suatu sudut ruang iaitu ruang tamu yang berada di atas. Raisya menutup semula pintu bilik tersebut.
“ Rai, okay tak dekat luar tu?” soal Fatwa.
“ Okay, tapi kita kena buat sesuatu.”
Raisya mengambil sehelai kertas dan sebatang pen dari rak buku. Dia menulis sesuatu kemudian menyelitkan ke dalam poket seluar Aliya.
“ Rai, apa kau tulis tu?” soal Fatwa ingin tahu tetapi masih dalam nada yang perlahan.
Shut!!, dah jom kita keluar.” Ajak Raisya sambil menarik tangan Fatwa untuk keluar dari bilik tersebut. Kunci bilik itu ditinggalkan beserta sekeping surat ke dalam poket seluar Aliya. Hanya dua kunci yang lebih itu sahaja mereka berdua bawa bersama. Setelah mereka berdua menutup pintu bilik tersebut, kedengaran bunyi jam telah berbunyi di ruang tamu.
“ Ding! Ding! Ding!” bunyi jam besar yang menunjukkan ke angka 3.35 a.m. Raisya merasakan badanya seram sejuk sahaja dengan keadaan villa yang sunyi dan gelap gelita itu. Fatwa memandang sekeliling untuk memastikan mereka berdua tidak ‘kantoi’.
Kedengaran bunyi enjin van telah masuk ke dalam pekarangan villa. Raisya dan  Fatwa bersembunyi di sebalik tembok villa. Kelihatan Bob dan Arul sudah masuk ke dalam rumah. Mereka berdua mengambil posisi masing-masing di atas sofa. Ngantuk sungguh agaknya.
Setelah beberapa minit, Raisya dan Fatwa bergerak semula mencari jalan keluar dari dalam villa itu. Ketika Raisya dan Fatwa sedang melangkah untuk ke arah ruang tamu, dia seperti ternampak kelibat seorang wanita sedang berjalan ke arah dapur. Mereka ingin mengikuti langkah kelibat tersebut.
Tiba-tiba tangan Raisya dan Fatwa seperti ditarik oleh seseorang lalu mereka termasuk ke dalam sebuah bilik.
“ Macam mana kamu berdua boleh keluar ni?” soal Neng Yani.
“ Urmmm.. siapa cik?” soal Fatwa.
“ Nama ibu Neng Yani. Ibu penjaga rumah ni. Kamu jangan takut. Ibu tak buat apa-apa.” Pujuk Neng Yani.
“ Ya allah, ibu tolong lepaskan kami. Kami nak balik rumah.” Pinta Raisya.
“ Kamu berdua jangan risau. Ibu akan tolong kamu berdua.” Balas Neng Yani sambil tersenyum ke arah mereka berdua.
Kedengaran bunyi seperti suara kanak-kanak sedang ketawa di luar pintu bilik.
Raisya dan Fatwa sudah memandang antara satu sama lain. Neng Yani hanya mendiamkan dirinya.

BAB 3
KELIBAT
Fadz,Haridz,Paan dan Nazrul pergi semula ke villa tersebut untuk menyelamatkan Fatwa dan Raisya. Mereka menaiki dua buah motor. Sampai sahaja di kawasan villa tersebut, enjin motor dimatikan. Fadz dan rakan-rakannya memberhentikan motor mereka di kawasan yang agak tersorok dari villa. Mereka bergerak masuk ke dalam secara senyap dengan membawa sebatang kayu besbol sebagai pelindung dan lampu suluh.
“ Weyh! Besar gila villa ni.” Kagum Nazrul.
“ Hoi, senyaplah sikit. Kang nanti penculik tu dengar pula perbualan kita.” Tegur Haridz.
“ Ouh, okay sorry geng.” Pinta Nazrul sambil meneruskan langkahnya.
Semasa mereka semua bergerak masuk ke dalam villa, Paan seperti terperasan sesuatu kelibat di belakang kawasan villa. Dia melirik ke arah jam tangannya.
“ Hah, dah pukul 3.40 pagi. Ya allah, permudahkan segala urusan kami.” Doa Paan di dalam hati sambil membaca bismilah sebelum melangkah masuk ke dalam villa melalui pintu belakang. Kelibat yang dilihatnya itu hanya dibiarkan berlalu begitu sahaja.
“ Fadz, dawai mana?” soal Haridz.
“ Nah.” Hulur Fadz kepada Haridz sambil menyuluhkan cahaya lampu ke arah pemulas pintu. Haridz menggunakan teknik membuka pintu menggunakan dawai. Akhirnya, pintu belakang tersebut berjaya dibuka.
Fadz menunjukkan isyarat agar lampu suluh mereka dimatikan kerana ada cahaya malap di ruang tamu.
Mereka semua menyelinap masuk ke dalam villa secara perlahan-lahan agar tidak dikesan oleh penculik itu.
“ Fadz, sekarang kita berpecah. Aku dengan kau cari Raisya dan Fatwa. Korang berdua stay sini perhatikan penculik tu.” Arah Haridz sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah penculik yang sedang nyenyak tidur di atas sofa.
“ Okay, cun!” balas Fadz sambil bergerak mengikuti Haridz. Paan dan Nazrul terpaksa tinggal di situ untuk memerhatikan penculik tersebut.
Sewaktu Fadz ingin bangun, dia seperti ternampak kelibat seorang perempuan yang sedang memimpin tangan seorang anak kecil menaiki tangga. Kelihatan baju mereka penuh dengan kesan darah dan berbau busuk.
“ Weyh Fadz, bau apa ni?” soal Haridz sambil menutup hidungnya.
Fadz mengelengkan kepalanya.
Fadz melangkah ke arah tangga untuk naik ke atas sambil berhati-hati agar pergerakan mereka tidak dikesan oleh penculik itu. Sampai sahaja ditingkat atas, Mereka berdua telah dihidangkan dengan pandangan mata yang cukup memukau. Terdapat sebuah bingkai gambar yang agak besar diletakkan di tengah-tengah sudut bertentangan dengan arah tangga yang mereka naiki tadi.
“ Wow! Besar seyh gambar ni.” Kagum Haridz.
“ Kan, tahu tak apa.” Sokong Fadz.
Kelihatan gambar sepasang suami isteri beserta anak kecil sedang tersenyum gembira di dalam bingkai gambar itu.
Mereka berdua meneruskan langkah ke arah koridor villa yang memiliki tiga tingkat itu. Terdapat banyak bilik khas yang disediakan. Fadz memberhentikan langkahnya kerana dia terdengar suara seperti orang sedang bercakap. Haridz turut terdengar suara yang sama. Kadang-kadang suara itu seperti ketawa, menangis dan marah.
“ Ira, abang sayang Nira. Kenapa Nira buat abang macam ni. Nira tak sayang abang ke?” soal Tuan Halif seolah-olah sedang bercakap dengan arwah isterinya yang telah dibunuh.
“ Memang patut pun kau mati! Kau curang dengan aku. Kau mengatal dengan kawan baik aku sendiri.” Marah Tuan Halif tiba-tiba.
Fadz dan Haridz mendengar dengan teliti setiap percakapan Tuan Halif. Tidak semena-mena kaki Haridz seperti terlanggar meja yang berada di koridor tersebut. Tuan Halif seperti terdengar bunyi tersebut. Beliau keluar dari biliknya.
Haridz dan Fadz turun semula ke tingkat paling bawah bagi menyelamatkan diri mereka.
 BAB 4
CERITA NENG YANI
“ Ibu, saya nak tanya sesuatu dengan ibu boleh?” soal Raisya sambil duduk di atas lantai. Fatwa turut duduk di sebelah Raisya berhadapan dengan Neng Yani.
Neng Yani menggangukkan kepalanya.
“ Apa yang berlaku semua ni? Kenapa Tuan Halif buat semua ni kepada kami berdua termasuk gadis-gadis di dalam bilik itu.” Soal Raisya penuh tertib.
“ Sebenarnya…” tidak sempat Neng Yani ingin menceritakan hal sebenar kepada mereka berdua kerana terdengar seperti suara orang sedang menjerit di luar bilik Neng Yani.
Fadz dan Haridz terkejut kerana terdengar suara jeritan Nazrul.
“ Aduh, Fadz macam mana ni?” soal Haridz kerisauan. Mereka berdua masih bersembunyi di tingkat bawah.
Bob dan Arul tersedar setelah mendengar jeritan tersebut dan bergerak ke arah dapur. Nazrul dan Paan berjaya ditangkap oleh mereka. Tuan Halif turut turun ke bawah untuk melihat apa yang berlaku.
“ Tuan, budak-budak ni pecah masuk villa ni.” Beritahu Bob.
“ Hah, bagus korang ya. Berani sampai sini. Mari uncle tunjukkan sesuatu untuk korang.” Ajak Tuan Halif kepada Paan dan Nazrul.
Mereka berdua dikurung di dalam sebuah bilik kosong yang penuh dengan barang-barang lama berdekatan dengan kawasan dapur.
Neng Yani membuka pintu biliknya dan melihat keluar pintu. Kelihatan dua orang budak lelaki sedang bersembunyi di sebalik tembok. Raisya dan Fatwa turut keluar.
Mereka berdua terkejut dengan kehadiran Fadz dan Haridz. Neng Yani mengarahkan Raisya dan Fatwa untuk menarik Fadz dan Haridz supaya masuk ke dalam biliknya. Dia tidak mahu mereka berdua jadi mangsa kurungan Tuan Halif.
“ Fadz, bangun cepat.” Tarik Fatwa menyebabkan Fadz kelihatan terkejut. Haridz juga menunjukkan reaksi yang sama setelah Raisya menarik tangannya.
Mereka berempat sudah selamat berada di dalam bilik Neng Yani.
“ Fuh, nasib baik korang tolong sembunyikan kita orang . Kalau tak pasti kita orang kena tangkap sekali.” Ujar Haridz.
“ Wa, Raisya, korang okay tak? Ini siapa?” Soal Fadz sambil memandang wajah mereka bertiga.
“ Ini Neng Yani. Penjaga villa ni. Dia yang tolong sembunyikan kita orang dekat sini.” Beritahu Fatwa.
“ Sudah, siapa yang kena tangkap tu. Kawan kamu berdua ke?” soal Neng Yani kepada Fadz dan Haridz.
Mereka berdua menganggukkan kepala.
“ Siapa?” soal Raisya pula.
“ Nazrul dan Paan. Aku suruh dia orang stay dekat dapur . Kita orang naik tingkat atas nak cari korang. Tapi tak sampai beberapa minit, dah terdengar Nazrul menjerit.” Jelas Haridz.
“ Oh, macam tu ya. Ibu, habis sekarang macam mana ni?” soal Fatwa yang jelas kerisauan dengan keadaan mereka.
Kelihatan Neng Yani terdiam seketika dan menarik nafas sebelum memulakan ceritanya.
 Begini ceritanya, Tuan Halif ni merupakan seorang majikan yang baik tetapi dia agak panas baran. Dulu, dia ada seorang isteri dan seorang anak lelaki. Puan Nira dan Haikal. Tapi sekarang mereka dan tak ada.” Cerita Neng Yani.
Kelihatan mereka berempat khusyuk mendengar cerita Neng Yani.
 “ Mereka…. Mereka mati dibunuh..” tambah Neng Yani yang sudah mula sebak kerana mengingati kejadian setahun yang lalu.
“ Siapa yang bunuh dia orang ibu?” soal Raisya sambil mendekati Neng Yani.
“ Tuan Halif. Tuan bunuh Puan dan Haikal hanya kerana suatu salah faham. Puan dituduh oleh Tuan Halif yang menyatakan Puan mempunyai hubungan sulit dengan teman baiknya. Tuan Halif menjadi terlalu marah lalu dia bertindak untuk menikam Puan dengan pisau.” Cerita Neng Lagi.
“ Kemudian, sebelum Tuan Halif menikam Puan, Haikal datang menghalang ayahnya. Malangnya, Haikal pula yang ditikam. Puan menjadi terlalu marah lalu mendekati tubuh Tuan. Tuan dengan lebih pantas menikam perut Puan pula. Akhirnya mereka berdua mati di ruang tamu .” jelas Neng Yani.
Fatwa dan Raisya turut sebak dengan cerita Neng.
“ Jadi, mana kubur dia orang sekarang. Maknanya, kelibat yang saya nampak tadi tu kelibat arwah Puan dengan Haikal ya?” soal Raisya meminta kepastian.
“ Ya, arwah Puan dengan Haikal ditanam di belakang villa ini setelah badan mereka dikerat-kerat oleh Tuan Halif. Tepat jam 3.35 pagi roh Puan dan Haikal akan merayau-rayau dan menganggu kami.” Tambah Neng Yani menyebabkan air matanya mengalir.
“ Ya allah, betul ke Neng?” soal Fadz tidak percaya. Haridz, Fatwa dan Raisya turut terkejut dengan penjelasan Neng Yani.
“ Ibu.. ibu rasa sangat bersalah kerana  bersubahat dengan Tuan Halif. Ibu dipaksa menanam mayat Puan dengan Haikal. Ibu juga dipaksa menjaga gadis-gadis yang diculik ini. Tuan Halif sudah tidak waras. Ibu sudah cuba untuk tinggalkan villa ini tetapi tidak berjaya.” Ngaku Neng Yani di hadapan mereka berempat.
“ Ibu rasa sangat bersalah dan menyesal.” Tambah Neng Yani.
Fatwa dan Raisya memeluk tubuh Neng Yani kerana turut rasa sedih setelah mendengar ceritanya.
“ Jadi sekarang macam mana ibu?” soal Haridz selepas dia melihat keadaan Neng Yani kembali stabil.
Neng menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu.
BAB 5
RAHSIA TERBONGKAR
Aina dan Syakira beserta keluarga dan pihak polis sudah bersedia untuk bergerak ke villa tersebut. Aina menceritaka hal sebenar kepada ibu bapa mereka dan keluarga Fatwa serta Raisya tentang apa yang terjadi. Hasil maklumat daripada Fadz, mereka semua sudah dapat mengesan kedudukan villa tersebut.
Tuan Halif naik ke tingkat atas untuk ke biliknya. Sampai sahaja di tingkat atas, Tuan Halif terkejut kerana terlihat kelibat arwah isteri dan anaknya sedang merenung tajam ke arahnya.
“ Nira, apa awak buat dekat sini. Haikal?” soal Tuan Halif.
Kelibat arwah isteri dan anaknya semakin lama semakin mendekati dirinya.
“ Sanggup abang buat saya macam ni ya?” soal kelibat Puan Nira.
“ Papa, kenapa papa bunuh Haikal… Papa tak sayang Haikal lagi ke?” kini suara Haikal pula bertanya.
Tuan Halif menjadi tidak keruan kerana segala perlakuannya dahulu terhadap mereka kembali menerjah ke dalam lubuk memori fikirannya.
“ Kau memang patut mati kerana kau curang dengan aku.” Marah Tuan Halif.
Bayangan arwah isterinya menghampiri dengan lebih dekat sambil merenung tajam menyebabkan Tuan Halif melangkah ke belakang. Semakin lama Tuan Halif sudah menghampiri anak tangga. Tidak semena-mena kakinya tergelincir dan akhirnya Tuan Halif terjatuh dari tangga.
“ Aduh! Nira! Maafkan abang.” Ujar Tuan Halif perlahan sambil darah tersembur daripada mulutnya.
 Bob dan Arul terdengar seperti sesuatu terjatuh dari tingkat atas terus bergerak ke arah tersebut. Mereka berdua terkejut dengan apa yang berlaku. Tuan Halif mati kerana terjatuh dari tangga.
Mata beliau terbeliak memandang ke atas. Kelihatan kelibat isteri dan anaknya tersenyum memandang wajah beliau.
Tepat jam 6:30 pagi, pihak polis telah sampai ke tempat kejadian. Neng Yani keluar daripada biliknya diikuti juga dengan Fadz dan rakan-rakannya. Aliya serta gadis-gadis lain yang berada dalam bilik kurungan turut keluar daripada bilik itu selepas Aliya membuka pintu bilik tersebut. Mereka semua terkejut dengan apa yang berlaku.
Tuan Halif sudah menemui ajalnya. Bob dan Arul ditangkap kerana bersubahat menculik pelajar sekolah.
Neng Yani menunjukkan lokasi mayat Puan Nira dan Haikal yang ditanam olehnya.
Sayu sahaja apabila cebisan-cebisan tulang dikeluarkan dari lokasi penanaman tersebut. Neng Yani tidak dapat menahan sebak lalu dia terduduk setelah melihat tulang -temulang  arwah majikan dan anaknya yang dibunuh dengan kejam oleh Tuan Halif.
Mayat Tuan Halif dibawa keluar dari rumah. Gadis-gadis yang diculik beserta kawan-kawan Raisya telah selamat keluar dari villa tersebut. Neng Yani ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan.
Kelihatan Aina dan Syakira sudah menunggu kepulangan mereka di luar pekarangan villa.
“ Ya allah, syukur korang semua dah selamat.” Ucap Syakira.
“ Tulah.. Alhamdulilah. Fadz, Haridz terima kasih sebab tolong selamatkan kita orang berdua. Terima kasih sangat-sangat.” Ucap Fatwa.
Fadz memandang wajah Fatwa lalu tersenyum.
“ Tak adahal lah. Inilah salah satu tanda sayang aku untuk kau.” Balas Fadz.
“ Amboi.. sempat lagi erk kau.” Tegur Raisya lalu tersenyum melihat rakan-rakannya.
Kelihatan Neng Yani sudah digari dan sedang bergerak ke arah mereka semua.
“ Terima kasih sebab tolong bebaskan ibu dari villa ini. Ibu terima apa sahaja hukuman yang akan dijatuhkan oleh pihak mahkamah ke atas ibu.” Ujar Neng Yani.
“ Kami pun ingin mengucapkan terima kasih kerana tolong selamatkan kami daripada dikurung dengan lebih lama. Kami percaya ibu akan selamat nanti.” Ujar Raisya sebagai wakil mereka semua.
Neng Yani tersenyum melihat mereka semua lalu dia menoleh seketika ke belakang. Villa yang sekian lama dipenuhi dengan penuh tragedi ngeri akhirnya bebas untuk selama-lamanya. Kelihatan bayangan roh Puan Nira dan anaknya yang berbaju putih tersenyum memandang Neng Yani.
“ Maafkan saya puan. Puan sudah tenang sekarang.” Ujar Neng Yani di dalam hati lalu meneruskan langkahnya untuk masuk ke dalam kereta polis.

No comments:

Post a Comment