TAHUN YANG PALING HEBAT AKU DIUJI
Assalamualaikum and hello guys! So far, dah lama gila aku tak tulis blog or update cerpen baru sebab busy kerja, study, personal life and so on. So memang tak updatelah but on this year tak lama lagi insyaallah karya baru akan menyusul dengan cerita yang aku sure memang baca sampai terus ke hati. Doakan tahun niyh aku dapat siapkan dengan baik and sempurna also dapat publish bagi korang baca karya terbaru aku. Before aku publish cerpen bersiri terbaru, aku nak flashback balik setahun yang lepas tentang apa yang berlaku. So let start...
Okay, first of all korang nampak tajuk dekat atas tu kan? Ya, tahun 2019/2020 (1441 Masihi) adalah tahun yang betul-betul menguji aku dengan sangat hebat. Serius, dari semua aspek tapi paling hebat diuji adalah perasaan sendiri. Pendek kata adalah tahun aku paling banyak gila MENANGIS! Selepas break up untuk relay kali pertama dengan si dia yang almost 4 year, jujur memang susah gila nak move on.Yela kau dah lalui macam-macam susah senang sama-sama end up kena tinggal macam tu je. Aku tahu bukan aku sorang yang susah untuk bangkit tapi untuk dia jugak. I admit it. Nak tak nak aku kena hadap jugaklah sebab takdir dah tertulis macam tu. Sehebat mana kita jaga, sekuat mana kita pegang kalau bukan jodoh, pasti terlerai juga. Aku redha dan aku maafkan dia. Sekarang pun dia dah bahagia dengan orang lain walaupun aku masih solo di sini. Tiber.. Sokay! Sis okay. Haha.
Biasalah bila broken memang semua mood swing keluar, makan tak kenyang, mandi tak basah and bla2. X payah nak cerita panjanglah sebab semua orang tahu bila kita broken kita macam mana. Sendu habis kan. Tapi lama2 kita akan okay dan move on dengan sendirinya selepas kita mula redha, ikhlas dan maafkan tentang kisah lalu dan silap yang lalu. Time broken, tak payah cerita lah berapa banyak kali aku menangis. Beribu-ribu kali kot. Tak habis fasa broken, fasa aku tak dapat sambung degree course pendidikan dekat UPSI Perak pulak berlaku. Kecewa teruk aku bila dapat tahu ujian MEDSI x lepas. Yela, kau dah struggle gila babeng dekat STPM untuk masuk degree pendidikan. Siap buat rayuan nak msuk STPM lagi lepas kau tolak tawaran Matrik, Politeknik masa lepas dapat result SPM. Tup2.. tak dapat nak sambung . First tuhan tarik orang yang kau sayang gila, second tuhan tak kasik kau sambung belajar dekat tempat yang kau nak untuk kejar cita-cita kau pulak. Kau rasa apa? Kecewa teruk betul? Aku sampai rasa dah give up and pasrah habis walaupun time tu aku dah kerja cikgu tadika. Tapi kita kena percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Now, aku dapat sambung belajar course pendidikan dekat UUM Sintok Kedah. Jauh kan merantau? Bawa diri sebenarnya sebab merajuk tak nak duduk JB lagi. JB banyak orang yang menyakitkan dan banyak juga orang yang aku sayang. Haha mengadalah...
Bila kau tahu kau dah nak pergi jauh tinggalkan semua orang yang kau pernah sayang, masih sayang dan tetap sayang walaupun mereka juga yang buat kau patah hati dan broken teruk, kau akan rasa satu feeling yang betul2 buat kau sedih gila. Paling sakit bila last day aku bersama dengan family sebelum aku terbang jauh ke Kedah. Weyh, sakit serius sakit gila dok. Aku tengok muka papa, aunty, mama, uncle, kakak and adik aku sambil aku tahan sakit dalam jiwa. Buat-buat kuat depan dia orang. Bila dah gerak, menangis teruk dok aku. Mana pernah berpisah tapi sebab aku selalu doa supaya tuhan bagilah aku pergi jauh, bagilah aku keluar dari JB nak bawa diri dan hati. Akhirnya tuhan bagi aku pergi jauh, Bukan kaleng-kaleng punya tempat erk. Betul-betul jauh nun di sana dari selatan ke utara tau. Aku tekad, once aku tinggalkan JB aku nak move on sepenuhnya. Sebab apa, aku on relay bukan suka-suka, target memang nak sampai halal. Tapi apakan daya, pelamin anganku musnah. Huhu.
Seterusnya, bila kau dah duduk dekat Universiti semua jadi lebih okay and aku bahagia dekat sana. Bahagia single, bahagia dengan kawan-kawan, bahagia dengan makanan also happy je belajar. Tapi tuhan nak tengok aku kuat lagi tak untuk aku hadap ujian yang dia beri. Time Virus Covid-19 dan PKP berlaku, aku memang susah gila nak hadap. Aku struggle gila nak balik JB sampai aku kena hadap macam mana susahnya nak keluar dari UUM, tiket bas burn, bas tak dapat bawak balik kami ke JB. Aku terpaksa merantau dari Kedah ke Perak lepas tu JB. Barang berharga aku pun hilang macam tu aje. Terpaksa bawa beg yang banyak sorang-sorang weyh sampai rumah terus menangis aku, Serius, aku kena hadap dalam masa 3 hari semua benda tu hanya untuk pulang ke JB semula.
Bila dah sampai JB, aku diuji sekali lagi dengan relay kedua yang aku target memang sampai jadi halal even lama lagi nak kahwin. Setahun lebih jaga hati sebelum bersedia untuk mulakan relay baru. Tapi tak lama 3 bulan sahaja praktikal then cikgu praktikal saya lari. Haha faham2 ajelah. Tuhan sahaja tahu betapa strugglenya aku jaga hati, mulakan relay baru, pretend hubungan supaya tidak break up macam dulu. Struggle pujuk, mengalah, berubah jadi lebih better sebab aku tak nak jadi macam dulu, rendahkan ego dan selfish dalam diri aku tapi sekali lagi tuhan kata he is not the one. Berpisah jua guys... Paling banyak menangis sebab kau kena hadap sekali lagi mood swing broken, nak buat diri kau move on balik, berperang dengan diri sendiri dan macam2 lagi. Serius sakit sangat sebab dua kali kau hadap situasi yang agak sama tetapi lebih mencabar. Betul, broken bukan sesuatu yang menyeronokkan dan move on bukan sesuatu yang menyenangkan. Tapi aku tetap percaya ini semua ada hikmah dan tuhan nak aku belajar sesuatu. Aku terima dengan hati yang terbuka, aku dah redha also aku dah maafkan dia walaupun dia paling banyak menyakitkan hati aku sejak dari kawan sampai sekarang. Aku dah maafkan dia dan aku doakan dia lebih bahagia selepas ni dengan pengganti baru dia. Sokay, sis redha dan sis okay haha. No more ex, no more next. Hope beberapa tahun akan datang tuhan bagi betul2 the right one and kahwin terus bila sampai masa. Insyaallah amin...
Tak tahulah nak amik masa berapa lama nak healing betul-betul kali niyh sebab previous relay I took 1 year and half for healing. For this latest relay, maybe 2 or 3 years to healing sebab tak nak lah on relay lagi. Takoddddd terciduk lagi arh hahah cincahra... But rezeki, jodoh dan ajal semua di tangan tuhan. Aku kena hadap jugak sekali lagi , kena banyak sabar dan redha, Aku percaya tak lama lagi semua akan okay. I trust on my self . Kali ini pun aku tak dapat balik Kedah lagi even dalam hati nak lari ke Kedah terus dan tak nak balik JB lagi tapi tuhan kata nanti dulu. Belum sampai masa nak bawak diri sebab masih ramai orang perlukan aku dekat sini dan mungkin tuhan nak tunjuk sesuatu yang aku tak tahu. I donnolah. Masih ada yang sayang dan masih hargai aku. I guesss. Tapi xpelah, nak tak nak aku stay dulu dekat sini bersama family, bestie, anak murid, crush, fans n so on. Kerja dan habiskan sem 3 before aku balik Kedah. Tutup buka lama, buka buku baru, Doakan aku lebih kuat semangat, bahagia, happy dan berjaya ya guys!
Thanks sebab sudi baca luahan hati cikgu muda yang paling dalam ini, Tiberrr. Jumpa next post!
SELAMAT TAHUN BARU BAGI KALENDAR ISLAM <3