LATEST POST!

CERPEN SAYANGKU CIKGU HAZWANI

Cerpen Sayangku Cikgu Hazwani Hujan turun dengan renyai pada malam itu. Kelihatan Hazwani dan Hamsyar sedang berada di dalam kereta untu...

Sunday, 3 February 2019

CERPEN JELMAAN QISTINA

JELMAAN QISTINA
by: Erna Nurhazwani Razali

   Iman Amani baru sahaja berhenti bekerja sebagai guru tadika di Tadika Cahaya Al-Taqwa Taman Rinting kerana ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat STPM di SMK Damansara Aliff Tampoi di Johor Bahru. Memandangkan rumah barunya berdekatan dengan kawasan tersebut jadi dia bercadang untuk melanjutkan pelajaran di sekolah tersebut. Setelah seminggu bersekolah, Iman Amani mula berasa sesuatu yang aneh tentang sekolah itu kerana seolah-olah ada sesuatu perkara buruk yang pernah berlaku di sekolah tersebut. Iman Amani dan kawan-kawannya cuba untuk merungkai rahsia di sebalik sekolah tersebut sehingga apa yang terungkai amat mengejutkan mereka termasuk seisi warga sekolah.

PROLOG

   Iman Amani mula mematikan enjin motor skuter Ego Yamahanya di tempat letak motorsikal berdekatan dengan pintu hadapan pagar sekolah. Terpampang papan tanda SMK Damansara Aliff Tampoi, Johor Bahru. Iman mula melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah untuk membuat pendaftaran sebagai pelajar baru. Semasa mendaftar, Iman tertoleh ke arah kanannya dan terlihat seorang lelaki berkaca mata yang turut memandangnya sambil tersenyum. Iman tidak mengambil peduli sangat, dia berlalu pergi untuk mencari kelas baharunya iaitu kelas 6BK3A. Hampir 10 minit mencari kelas baharunya kerana kedudukan bangunan dan kelas yang banyak dan mempunyai banyak ruang, akhirnya dia tiba di hadapan sebuah kelas iaitu 6BK3A.

“ Assalamualaikum…” Iman memberi salam kepada seluruh orang yang ada di dalam kelas tersebut.
“ Waalaikumsalam… Awak nak daftar ya? Sila duduk dulu ya.” Jawab seorang cikgu perempuan yang ketika itu sedang menulis sesuatu pada kertas sambil mempelawanya masuk.

“ Baiklah, terima kasih cikgu…” Balas Iman dengan senyuman sambil mengambil tempat duduk yang masih kosong.

   Iman Amani mula toleh ke sebelah kananya dan ternyata seorang gadis bertudung litup berwarna biru sedang senyum ke arahnya. Mereka mula berkenalan kerana tiada orang lain lagi selain mereka berdua di dalam kelas tersebut. Mungkin ramai lagi yang belum mendaftar.

“ Saya Nerishah Benhar. Awak pula siapa nama?

“ Saya Iman Amani Ar Rashid.”
“ Selamat berkenalan okay. Mungkin kita boleh jadi kawan dalam kelas ni nanti.” Ujar Nerishah dengan ramah.
“ Insyaallah boleh. Tak ada masalah.” Balas Iman sambil melihat keadaan sekeliling lalu matanya mula tertatap pada seorang lelaki berkaca mata yang sedang masuk ke dalam kelas di sebelah kelasnya.
“ Aduh! Dia lagi je yang aku nampak. Tak ada orang lain ke?” bebel Iman sendiri di dalam hati lalu dia mengalihkan pandangannya ke arah telefon bimbitnya.
   Kelihatan satu notifikasi Whatapp mula masuk. Papa Iman mula menanyakan keadaannya di sekolah. Iman mula menaip sesuatu dan kemudian dia menutup telefonnya. Hampir 5 minit menunggu, akhirnya makin ramai pelajar baru yang mula mendaftar. Mereka mula berkenalan sesama sendiri dan ternyata masing-masing tidak asing lagi. Iman mula mengenali rakan baru-barunya seperti Nerishah, Solehah, Fatimah, Ain, Romadafit, Syukri, Hamid dan Amirul. Ternyata masih ramai lagi termasuk pelajar India dan juga Cina. Jumlah pelajar di kelas tersebut adalah seramai 26 orang dan diuruskan oleh seorang guru perempuan iaitu Madam Siti Khairaani.

   Seisi kelas mula berlangsung seperti hari persekolahan biasa iaitu dari hari Ahad hingga Khamis tetapi waktunya sedikit berbeza iaitu bermula dari jam 7.25 pagi sehingga 3.30 petang setiap hari. Pakaian mereka juga sudah berbeza iaitu para pelajar tingkatan 6 atau pra universiti tidak perlu lagi untuk memakai baju sekolah sebaliknya mereka perlu memakai pakaian formal. Jadi, itu merupakan salah satu kelebihan jika masuk ke tingkatan 6.

Seminggu berlalu, Iman Amani mula berasa seronok untuk ke sekolah kerana terdapat kawan-kawan barunya yang sememangnya boleh layan kepala gilanya. Masing-masing otak senget. Tidak kurang juga ada yang cuba nak berkenalan dengan Iman namun dia tak mengambil port sangat. Sebab dia masih malas nak berpacaran kerana penangan cinta monyetnya yang dulu benar-benar membuat hatinya terbelah dua. Aduh! Masalah cinta sekolah betul.

Ketika Iman mahu pergi ke tandas, dia perlu melalui dua buah kelas sebelum tiba di tandas pelajar perempuan yang berada di sudut tepi sekolah di tingkat tiga. Semasa dia melalui kelas yang terakhir iaitu kelas 6BK5A dia mula perasan kelibat seseorang yang dia kenali semenjak awal persekolahan. Dia lagi! Iman mula rasa tak keruan kerana ternyata lelaki berkaca mata tersebut turut memandangnya sambil tersenyum. Iman hanya melirik pandangan mata lalu terus menuju ke tandas. Malas mahu ambil peduli tentang perasaan yang mula menerjah dalam hati. Dia mula berfikir bahawa sekarang umurnya sudah menginjak 18 tahun. Tak lama lagi dah nak masuk 20 tahun dan semakin menginjak dewasa. Takkan perasaan cinta monyet ni mula kembali? Masalah betul.

Ketika di dalam kelas 6BK5A, Rahimi mula tersenyum sendiri setelah melihat gadis yang lalu tadi. Dia yang pada ketika itu sedang menguis-nguis pen di atas kertas mula tersenyum kerana semenjak hari pertama pendaftaran sekolah, gadis itu yang dia lihat. Adakah ini cinta? Eh! Merepek betul. Baru masuk STPM ada hati nak bercinta. Belajar dulu…

Hey bro! Apa yang kau tersenggih-senggih sorang diri ni? Ada apa-apa ke…” Tegur Hakim kawan sekelasnya. Rahimi membuka speck matanya sambil mengosok-gosok kanta yang mula berhabuk. Sebenarnya nak cover malu!
“ Eh! Tak ada apalah…” sangkal Rahimi dan tidak semena-mena Iman lalu lagi di hadapannya kelasnya. Dia mula terpaku sekejap seperti lirik lagu Paku nyanyian Ara Johari.  


“ Pandangan matamu membuatku terjatuh…
Tersungkur di dalam hatimu…
Ku terpaku, ku kaku di depanmu…
Degup kencang fikiran melayang…
Sudah terkena panahan rasa cinta…”

“ Hah! Mengelamun lagi! Kau tengok budak tudung maroon tu kan?” Tembak Hakim sambil tersenyum sinis memandang Rahimi.

“ Eh! Mana ada. Merepeklah kau… Dah fokus belajar!” Sangkal Rahimi sambil pura-pura fokus pada buku teks Ekonominya padahal apa yang dia belajar pun satu pun tak masuk kepala. Parah!

 Ku sudah terkena cinta… ku sudah terkena cinta…”

….…………………………………………………………………..

Kring! Kring! Kring! Loceng sekolah sudah berbunyi menandakan waktu rehat bagi pelajar tingkatan 6 sudah bermula. Iman, Nerishah, Ain dan juga Amirul mula bergerak keluar kelas untuk pergi berehat. Dalam masa yang sama Rahimi dan rakan sekelasnya turut keluar menuju ke tangga untuk turun ke bawah. Iman mula sedar bahawa dompetnya tertinggal di dalam kelas lalu dia menyuruh rakan-rakannya turun dahulu.

“ Weyh! Korang turun dulu aku punya dompet Gucci aku tertinggal. Mahal tu!” Ujar Iman sambil tersenggih sinis.

“ Eleh! Gucci ciplak bolehlah cerita. Hah! Cepatlah.” Balas Amirul sinis.

“ Hahaha… jahatlah kau Mirul.” Ujar Nerishah pula.

Ketika Iman sedang menuju ke kelas, dia seperti terlihat kelibat seorang anak kecil perempuan berlari menuju ke tandas perempuan bersebelahan dengan kelas 6BK5A. Dia mula berasa pelik kerana setahu dia tak ada budak kecil dekat sekolah ni.
“ Ah! Mungkin anak mak cik kantin atau anak cikgu kot.”

Iman mula membuka zip beg sekolahnya untuk mengambil dompet yang tertinggal. Hah! Jumpa pun. Tanpa membuang masa Iman terus bergerak keluar dari kelas untuk menuju ke kantin bersama gengnya. Perut dah lapar ni!
Ketika di kantin mereka sedang enak menjamu selera dengan hidangan masing-masing sambil berbual-bual. Tiba-tiba…

 Kau telah roadblock hatiku sayang…
Kau telah roadblock hatiku sayang…
Hatiku rasa bergetar, bagaikan petir penyambar…
Saat engkau menghampiri…
Kaku kaki terkunci bagai disumpah jampi…
Hingga perlahan-lahanku mendekatinya…
Dia memandangku…
Terasa panahan percikan api cinta…”

“ Weyh ini lagu baru kumpulan Floor 88 tajuk dia Roadblock Hatiku! Korang dah dengar?” beritahu Iman kepada rakan-rakannya sambil memandang Amirul di sebelah.

“ Dah! Tak best sangatlah. Biasa aje gitu…” balas Amirul dengan nada selamba.

“ Oh! Lagu baru dia erk. Belum lagi tapi macam best aje…” Balas Nerishah pula sambil menyuap mee hoon gorengnya ke dalam mulut.

“ Pernah… bestkan Iman!” sokong Ain pula sambil tersenyum.

Bestkan… Kau ni apalah mok, lagu ni bestlah. Kau ni tak sokong langsung. Ish!” bebel Iman sambil menjengkelkan matanya ke arah Amirul yang sedang menyuap mee goreng Ramen ke mulutnya.

“ Ish! Yela.. yela best. Sembah ratu… Ratu betul…” Sindir Amirul pula sambil menghabiskan suapan terakhirnya.

Kelihatan Nerishah dan Ain mula gelak setelah melihat gelagat mereka berdua. Bagai beruang kutub dengan kucing tak boleh bersama. Ada aje nak digaduhnya. Hai rakan-rakanku… Banyak kerenah.
 Keesokannya, Iman mula menjalani aktiviti persekolahannya seperti biasa tetapi tanda-tanda sesuatu yang pelik sudah mula muncul. Kelibat seorang anak kecil perempuan masih berlari-lari masuk ke tandas perempuan setiap kali Iman ingin menuju ke kelasnya. Kali ini dia cuba memberanikan diri untuk pergi ke tandas tersebut setelah tamat waktu mengajar Cikgu Sahida iaitu waktu subjek Sejarah.

“ Iman! Kau nak pergi mana? Nak ikut!” Soal Nerishah sambil melihat ke arah Iman.

“ Jom!” sahut Iman sambil bergerak ke pintu belakang kelas untuk keluar.

Ketika Iman sedang menjenguk keluar pintu kelas, dia terlihat kelibat gadis kecil itu lagi yang mula masuk ke dalam tandas. Tanpa membuang masa, dia menarik tangan Nerishah untuk menuju ke tandas. Nerishah yang pada ketika itu mula blur-blur hanya menurut sahaja.

“ Weyh! Kenapa ni?” Soal Nerishah ingin tahu setelah melihat tindakan Iman yang mula mencari sesuatu di dalam tandas tersebut. Pencariannya tidak menemui apa-apa kerana kelibat gadis kecil itu sudah hilang.

“ Tak ada apalah.” Balas Iman sambil mengeluh.

“ Hoi! Cakaplah, apa kau cari. Kau nampak apa?” desak Nerishah ingin tahu.
Iman mula memandang Nerishah dengan pandangan sinis. Mereka berdua terdengar bunyi seperti hentakan pada pintu di tandas nombor tiga. Masing-masing mula rasa tak keruan. Jantung mula berdegup kencang, kaki mereka sudah mula bersedia untuk berlari keluar dari tandas tersebut. Akhirnya… keluar seorang pelajar perempuan dari tandas tersebut iaitu Fatimah!

“ Hoi! Apa korang borak ni. Kau nampak apa Iman?” tegur Fatimah sambil mencuci tangannya.

Mereka berdua mula menghembus nafas lega dan akhirnya ketawa mereka pecah.

“ Hahaha.. tak ada apalah. Dah jom masuk kelas!” Balas Iman sambil mengajak kawan-kawannya keluar dari tandas. Ketika kaki kanannya sudah melangkah keluar dari tandas, Iman seperti terdengar bunyi suara seseorang kanak-kanak sedang menangis. Tanpa ambil pusing, dia terus berlari meninggalkan kawannya di belakang. Nerishah dan Fatimah turut berlari seperti dikejar sesuatu setelah melihat gelagat Iman.

Pada masa yang sama, Rahimi yang kebetulan mahu keluar dari kelasnya terkejut dengan tindakan seseorang gadis melanggar bahu kirinya.

“ Adui! Sakitlah…” Marah Rahimi sambil mengosok bahunya.
Sorry-sorry tak sengaja…” Balas Iman yang turut memegang bahunya. Tanpa sedar nametag Iman yang berada pada baju tertanggal kerana pelanggaran tadi. Iman mula sedar bahawa dia terlanggar bahu lelaki yang dia kenal itu. Dia terus berlalu masuk ke dalam kelas tanpa menoleh ke belakang. Bengang weyh!

“ Hah! Kan dan terlanggar orang.” Jerit Fatimah perlahan sambil memperlahankan jalannya bersama Nerishah untuk menuju ke kelas mereka.

Seperti dipaku sekali lagi Rahimi mula leka melihat gadis itu sehingga kelibat gadis itu hilang dari pandangan matanya. Dia mula sedar bahawa gadis yang mula mencuit hatinya itu yang telah melanggarnya tadi. Dia melihat ke bawah dan terlihat sekeping nametag milik seseorang. Dia mengambilnya lalu melihat nama yang tertera.

“Iman Amani”
“ Oh! Nama dia Iman Amani…” detik hati Rahimi sambil menyimpan nametag tersebut ke dalam poket seluarnya. Dia meneruskan perjalanan untuk pergi ke tandas lelaki yang berada di tingkat dua.

“ Weyh! Kenapa muka kau merah padam ni. Bengang erk terlanggar bahu budak tadi.” Soal Nerishah setelah mereka berdua mula tenang di dalam kelas.

“ Benganglah juga sebab setiap kali aku nak pergi tandas ke apa ke mesti ternampak dia. Kau rasa kenapa?” Balas Iman pula sambil meneguk sebotol air mineral. Penat berlari jadi hauslah. Padahal sekangkang kera aje jarak dia berlari tadi. Macam jauh noh!

“ Jodoh kot…” jawab Nerishah selamba.

“ Merepek… Weyh! Aku ada benda nak cerita ni pasal dekat tandas tadi.” Ujar Iman perlahan sambil memandang keadaan sekeliling.

“ Apa dia?”

“ Aku sebenarnya dah dua kali nampak kelibat budak kecil perempuan berlari-lari masuk tandas. Bila aku nak cari dia tak jumpa pula. Aku ingat dia anak cikgu atau anak mak cik kantin. Tapi takkanlah kerap kali dia suka berlari-lari masuk tandas. Lagipun, aras kelas kita ni paling atas. Takkan anak cikgu atau mak cik kantin nak pergi tandas dekat tingkat paling atas sedangkan tingkat bawah ada juga tandas perempuan. Itu yang aku pelik dan nak tahu.” Cerita Iman serba ringkas sambil memandang wajah Nerishah yang sudah mula pelik.
“ Betul juga apa kau cakap. Pelik… entah-entah…” duga Nerishah sambil memandang wajah Iman. Mereka mula rasa meremang dan masing-masing diam terpaku.

Ketika di rumah, Iman sudah mula mengantuk kerana jam di dinding terus berdetak ahh! Eh! Lagu Ayda Jebat pulak yang keluar. Jam di dinding biliknya sudah menunjukkan ke angka 11 malam. Jadi Iman sudah bersedia untuk tidur kerana esok dia perlu pergi ke sekolah.

“ Kak Iman…. tolong Qistina kak. Qistina takut, pakcik tu nak apa-apakan Qistina. Qistina nak mama! Kak Iman, tolong Qistina!” Jerit Qistina sambil menangis meminta tolong di sudut tandas perempuan yang paling belakang.

Iman mula tersedar dari lenanya, wajahnya mula berpeluh dan dia mula beristigfar kerana dia baru sahaja mengalami mimpi yang pelik. Apakah semua ini? Iman mula berasa risau.

Usai sahaja sampai di dalam kelas, Iman membuka beg sekolahnya dan dia terlihat sebuah anak patung kecil beruang yang mempunyai bintik bewarna merah pada bahagian mukanya. Iman mula berasa pelik dengan kewujudan patung tersebut. Dia melihat patung kecil tersebut sambil membeleknya.
“ Weyh! Kau main anak patung dekat kelas ke?” Sergah Amirul yang mulutnya memang tak ada insurans.
“ Banyaklah kau, mana aku tahu ni siapa punya.” Balas Iman sambil membuang anak patung tersebut ke dalam tong sampah kelas di belakang.
Iman mula berasa tak sedap badan dan pening kepala. Dia duduk kembali ke tempat asalnya sambil meletakkan kepala ke atas meja. Pening sangat! Tanpa sedar dia terlelap seketika.
“ Iman… Iman… bangun…” Kejut Nerishah perlahan sambil memanggil Iman.
“ Hah! Neri… sorry aku tertidur. Sakit kepala tadi. Aku rasa macam nak demam pun ada.” balas Iman sambil mengosok matanya.

“ Kau okay tak ni. Balik jelah. Kesian kau…” cadang Nerishah sambil menghulurkan minyak angin kepada Iman.
“ Tak apalah, aku okay lagi. Tengss bagi minyak.”
Ketika Iman Amani dan Nerishah sudah bersedia untuk pulang, Iman merasakan sesuatu pada bajunya yang telah hilang. Nametag!

“ Weyh! Mana nametag aku… Hilang pulak!” soal Iman sambil mencari-cari nametagnya di dalam kocek, beg dan kawasan sekeliling. Nerishah turut membantu mencari nametagnya yang hilang. Puas mencari di dalam kelas tetapi tidak jumpa juga.

“ Tak adalah, kau tercicir dekat mana-mana ke?”

Iman mula berfikir sambil matanya tidak henti mencari nametagnya yang hilang. Lalu dia teringat sesuatu. Tandas!
“ Tandas mungkin!”
Mereka mula melangkah keluar kelas untuk ke tandas. Pada masa yang sama di dalam kelas 6BK5A terdapat Rahimi, Hakim dan juga Rahman yang sedang bersedia untuk pulang. Ketika bersedia untuk keluar, Rahimi terlihat kelibat Iman yang melintas di hadapan kelasnya. Dia mula terberhenti sejenak dan meraba kocek seluarnya. Dia mengeluarkan nametag milik Iman Amani. Dia bercadang untuk pulangkan kepada tuannya semula semalam tetapi tidak sempat. Jadi sudah terjumpa lebih baik pulang aje sekarang.
“ Eh! Iman Amani…” Panggil Rahimi sambil keluar dari kelas.
Iman terberhenti seketika bersama Nerishah kerana terdengar seperti seseorang sedang memanggilnya. Iman menoleh ke belakang dan ternyata seorang lelaki berkaca mata yang memakai baju hitam itu sedang memandangnya. Aduh! Dia lagi.

“ Awak Iman kan?” Soal Rahimi perlahan sambil melihat gadis itu bergerak ke arahnya.
Iman mula memandang Nerishah lalu berdiri di hadapan Rahimi. Aduh! Dahlah tinggi, handsome, bau wangi pulak. Cair sekejap…
“ Ahah, kenapa?” Soal Iman pula selepas tersedar dia memuji lelaki itu secara berlebihan.

“ Saya nak pulangkan awak punya…” balas Rahimi perlahan sambil tangannya meraba kocek seluarnya. Aduh mana pulak ni! Bebel hati Rahimi sekejap.
“ Dia nak pulangkan awak punya hati yang dia dah curi!” Balas Hakim selamba setelah melihat kawannya kalut mencari sesuatu sedangkan apa yang dia cari itu dia sudah pegang di tangan kirinya.
“ Hah!” Iman buat muka pelik sekejap sambil tersenyum sinis.
“ Eh! Tak, jangan dengar cakap dia. Saya nak pulangkan awak punya nametag ni.” Balas Rahimi sambil menghulurkan nametag milik Iman.
“ Oh! Awak yang curi ke? Berani kau…” balas Iman sambil mula mencekak kolar baju Rahimi.
Rahimi, Nerishah, Hakim dan Rahman mula terkejut dengan tindakan Iman yang ganas itu. Rahimi memandang wajah Iman yang cuba digarangkan itu serta tangan kecil gadis itu yang sedang melekat di kolar baju kemejanya. Dia menelan air liur seketika.
“ Urmmm… Tak adalah. Awak yang langgar saya hari tu. Tak ingat ke yang awak berlari macam kena kejar hantu?” Ujar Rahimi perlahan sambil menurunkan tangan gadis itu ke bawah.
“ Mana dia tahu yang aku kena kejar hantu..”

Iman mula tersedar bahawa tindakannya sudah terlanjur kerana mencekak kolar baju lelaki tersebut dan mendengar alasan lelaki tersebut akhirnya dia berhenti. Tergamam sebab tangannya sendiri dijatuhnya oleh lelaki tersebut. Mukanya sudah merah kerana bengang dan malu.

“ Eh! Sorry terkasar pulak. Urmm… terima kasih.” Balas Iman sambil mengambil huluran tersebut. Dia mula menarik tangan Nerishah untuk beredar dari situ.
“ Ahhh! Bengang!!!!!!!” jerit hati Iman sambil menuju ke kelas dan mengambil begnya semula. Kalau boleh nak balik cepat! Tak nak tengok muka dia! Malu!
Nerishah hanya melihat reaksi wajah Iman yang sudah malu setelah melihat lelaki tersebut dengan tindakan spontan gadis itu mencekak kolar baju kemeja lelaki tersebut. Mereka berdua bergerak pulang keluar dari kelas tanpa menoleh ke arah sekumpulan lelaki tadi.

Rahimi juga tersedar bahawa dia sudah mengelamun jauh setelah kejadian yang berlaku tadi. Tak sangka Iman sanggup bertindak begitu terhadapnya tetapi dia tidak pula marah atau rasa nak berkasar dengan gadis itu. Kerana apa? Kerana kau telah berjaya Roadblock Hatiku.

“ Kau telah roadblock hatiku sayang..
Dengan pandangan cinta yang pertama…
Pabila kau melihatku, jatuh gugur imanku…
Terdiam ku terpaku…
Ku koyak, yak, yakkan saman cinta…
Ku tak kesah kau nak samanku berjuta…”

Usai sahaja membersihkan diri dan menunaikan solat Isyak, Iman duduk sebentar di meja belajarnya. Dia terlihat sekeping nametag miliknya dan secara tak langsung dia terimbas kembali kejadian yang berlaku di sekolah petang tadi. Secara tak semena-mena dia tersenyum dan menyimpan semula nametag tersebut dan bersedia untuk masuk tidur. Usai sahaja kepala dilentokkan pada bantal, matanya sudah mula terkatup.

“ Kak Iman! Kak Iman! Tolong Qistina… Qistina Takut… Pak cik tu nak bunuh mama. Tolong kak!”
Iman mula tersedar dari mimpi dan dia beristigfar seketika. Dia melihat jam dinding biliknya dan jam menunjukkan ke angka 6 pagi. Iman mula bangkit dari katil dan bersedia untuk bersiap-siap untuk menunaikan solat Subuh dan pergi ke sekolah.

Sampai sahaja di sekolah, perhimpunan khas mula berlangsung. Kelihatan pengetua sekolah Encik Jasni Mohamed sedang berucap sesuatu. Nampak macam perkara penting sahaja.
“ Saya ingin mengingatkan kepada semua pelajar dan warga sekolah supaya menjaga keselamatan diri anda masing-masing kerana terdapat kes yang berlaku di sekolah ini iaitu berkaitan dengan seorang pelajar perempuan tingkatan 1 hilang. Saya harap kamu semua dapat berwaspada dan sama-sama bagi maklumat yang kamu tahu berkaitan kes ini. Sekian terima kasih.”
Iman mula menoleh ke arah Nerishah. Mereka berdua mula berasa pelik tentang apa yang dikatakan oleh pengetua. Mereka mula ingin tahu dan mencari tahu apakah yang berlaku sebenarnya di sekolah ini.
Ketika di kantin, Iman, Nerishah, Amirul dan Ain sedang enak menjamu selera sambil berbual-bual kosong.
“ Korang dengar kan apa yang pengetua berucap pagi tadi. Ada budak perempuan form 1 hilang. Hilang dekat sekolah kita ke macam mana?” Ujar Iman kepada rakan-rakannya.
“ Tulah, aku pun pelik. Aku ada dengar juga kes ni tapi tak pasti apa punca sebenarnya.” Balas Nerishah.
“ Abis tu kita nak buat apa?” soal Ain buntu.
“ Buat bodoh ajelah… Korang ada apa-apa maklumat ke pasal kes ni. Kalau ada beritahu pihak sekolah, kalau tak ada duduk diam aje. Biar pihak polis dengan pihak sekolah selesaikan.” Ujar Amirul sambil meneguk sebotol air mineral.
Iman dan Nerishah mula memandang sesama sendiri dan berfikir sejenak.
“ Sebenarnyakan… Aku nak beritahu sesuatu dekat korang.” Ujar Iman perlahan.
“ Apa dia?” Soal Ain ingin tahu.
Iman Amani mula bercerita apa yang berlaku pasal budak kecil yang bernama Qistina dan mimpi yang dia lalui kepada mereka. Ada yang mula berkerut dan membuat muka pelik dan ada juga yang tenang tetapi sedang cuba untuk fikirkan cara penyelesaiannya.
“ Apa Qistina tu kata lagi dalam mimpi kau?” Soal Amirul ingin tahu maklumat selanjutnya.
“ Dia suruh aku tolong dia dengan mama dia. Dia kata ada seorang pakcik nak apa-apakan dia dengan mama dia. Tapi yang aku pelik kenapa setiap kali aku nampak dia mesti dia berlari-lari masuk tandas.”
“ Mungkin itu satu petanda tentang dia yang dia nak kau tahu.” Balas Nerishah secara rasional.

“ Mungkin dalam tandas tu ada apa-apa kot.” Iman mula berfikir sejenak dan akhirnya satu idea baru muncul.
“ Kita cuba siasat nak kes ni. Korang tolong aku boleh?” Pinta Iman perlahan sambil mengemas bungkusan makanannya untuk dibuang ke dalam tong sampah.
“ Tolong apa? Cari hantu? Hantu Qistina tu…” Balas Amirul yang sudah mula tidak keruan.
“ Mana kau tahu dia hantu. Aku pun tak tahu dia hidup atau mati. Jangan celupar sangat mulut. Ish! Kau ni…” marah Iman seketika setelah mendengar balasan Amirul.
“ Wow! hebatnya kamu, yakinnya kamu… Abis tu kalau bukan hantu, Qistina tu apa? Kenapa suka sangat masuk dalam mimpi kau.” Balas Amirul lagi.
“ Mungkin itu roh Qistina yang tak aman. Dia nak minta tolong Iman kot untuk selesaikan masalah dia. Mungkin dia kena bunuh tapi roh dia tak aman. Biasanya roh yang tak aman ni dia akan minta tolong dekat sesiapa yang dekat dengan dia masa dia hidup untuk tolong dia.” Ujar Ain serba ringkas.
Kelihatan Iman, Nerishah dan juga Amirul sudah mula cuak dengan apa yang dikatakan oleh Ain tadi. Iman mula terdiam dan seolah-olah berfikir sejenak tentang apa yang dikatakan oleh Ain. Ada betulnya juga tapi kenapa aku! Kenapa aku!
….………………………………………………………………….

“ Kak Iman, tolong Qistina dengan mama ya. Pak cik tu dah bunuh kami. Kak Iman … Tolong kami kak…” Ujar Qistina sambil memandang wajah Iman. Kelihatan wajah gadis kecil itu pucat lesi sambil kepalanya ada kesan darah. Iman mula berasa pelik dan takut setelah melihat jelmaan gadis itu.
“ Tapi kenapa aku?” Soal Iman perlahan.
“ Kak Iman baik. Kak Iman sayang Qistina.”
“ Apa kau cakap ni?” soal Iman tidak faham. Dia mula berfikir siapa Qistina ini. Jelmaan Qistina itu mula mendekati Iman Amani sambil menangis. Air matanya merupakan air mata darah. Dia menangis sambil memeluk Iman. Iman mula berasa takut dan dia melepaskan pelukan tersebut.
“ Jangan ganggu aku!” Halau Iman sambil mula menjauh dari gadis itu.

“ Kak Iman tolong Qistina dengan mama ya.” Pinta gadis itu perlahan sebelum meninggalkan Iman yang terpinga-pinga.

Kring! Kring! Jam loceng milik Iman Amani mula berbunyi yang menandakan bahawa dia perlu bangun untuk ke sekolah. Iman mula berasa takut dengan apa yang dimimpikannya tadi. Dia terus bangun daripada katil dan bersedia untuk membersihkan dirinya.

Sampai sahaja di sekolah, dia terus menceritakan apa yang dilaluinya malam tadi kepada Nerishah, Amirul dan Ain. Mereka mula berfikir sejenak bagaimana untuk membantu Iman dan kes Qistina ini.

“ Cikgu, izinkan saya pergi ke tandas sekejap.” pinta Iman bersama Nerishah daripada Cikgu Zaleha yang pada ketika itu sedang mengajar subjek Pengajian Am.

Selesai sahaja mendapat keizinan, mereka berdua keluar daripada kelas untuk pergi ke tandas. Ketika melalui koridor kelas, Iman terserempak dengan lelaki berkaca mata itu lagi ketika lelaki itu sedang bergerak ke arahnya untuk masuk ke kelas. Lelaki itu melemparkan senyuman kepada Iman.

Iman mula malu dengan tindakan lelaki itu tetapi dia hadiahkan juga balasan senyumannya. Usai sahaja membalas senyuman, Iman dan Nerishah terus menuju ke tandas untuk melepaskan hajat mereka.

“ Aku rasa esok nak datang sekolahlah. Aku rasa budak Qistina tu nak tunjukkan aku sesuatu.” Ujar Iman perlahan ketika menunggu Nerishah di luar tandas. Sambil dia berkata begitu dia sepeti terlihat sesusuk tubuh gadis kecil di tepi pokok berhadapan dengan tandas sekolah tersebut. Gadis itu melemparkan senyuman sinisnya. Iman mula tersentak seketika kerana kali ini gadis Qistina tersebut memunculkan dirinya di hadapan Iman. Selalunya Iman hanya melihat kelibatnya yang berlari- lari memasuki tandas tetapi kali ini gadis itu sudah berani memunculkan dirinya. Mungkin dia betul-betul mahukan Iman menolongnya.

“ Esokkan cuti. Buat apa nak datang sekolah.” Balas Nerishah yang pada ketika itu baru sahaja keluar dari tandas. Dia melihat Iman terpaku seketika sambil memandang ke arah sebuah pokok.
“ Iman.. Iman..” tegur Nerishah perlahan sambil melihat ke arah pokok tersebut. Tiada apa-apa yang mencurigakan. Mungkin Iman nampak sesuatu! Desis hati Nerishah.

“ Esok kau teman aku datang sekolah. Kau kena teman aku kalau betul kau kawan aku.” Pinta Iman dengan nada yang keras lalu bergerak menuju ke kelasnya. Nerishah yang masih lagi pelik dengan permintaan Iman tetapi dia turuti sahaja. Ketika dia ingin pusing ke kanan untuk pergi balik ke kelas dia seperti terlihat kelibat seorang gadis kecil yang memakai baju putih sedang memandangnya. Tanpa menoleh ke arah gadis itu, Nerishah mempercepatkan langkahnya untuk pulang ke kelas. Dia sudah mula rasa seram sejuk. Maknanya betullah apa yang Iman cakap selama ini. Jelmaan Qistina itu ada!

Keesokkannya… Iman Amani dan Nerishah datang ke sekolah tersebut pada jam 6.30 petang. Mereka berdua memakai baju serba gelap untuk mengelakkan diri mereka daripada dikesan oleh pengawal keselamatan iaitu Pak cik Daud! Malam ini Pak cik Daud bertugas seorang diri dan memang menjadi rutin hariannya untuk berkawal pada waktu malam. Memang peraturan sekolah tidak akan membenarkan sesiapa sahaja masuk ke kawasan sekolah selepas jam 6 petang atas tujuan keselamatan tetapi Iman degil kerana dia merasakan bahawa jelmaan Qistina tersebut akan menunjukkan sesuatu kepadanya pada jam sebegitu. Dia dan Nerishah tidak mahu datang pada waktu pagi atau petang kerana mereka tidak mahu disoal oleh Pak cik Daud atas tujuan apa mereka datang sekolah ini. Sekiranya tiada urusan rasmi, Pak cik Daud tidak akan membenarkan mereka masuk ke sekolah lebih-lebih lagi apabila tiada guru yang bertugas. Jadi, mereka bertindak untuk masuk ke sekolah tersebut sebelum waktu maghrib bagi merungkai kes jelmaan Qistina ini.

Ketika Iman Amani dan Nerishah sedang menyelinap masuk ke dalam kawasan sekolah melalui pintu belakang, Rahimi seperti terlihat kelibat mereka berdua. Dia yang pada ketika itu sedang berjalan di koridor luar kawasan sekolah kerana ingin berjumpa dengan Pak cik Daud atas tujuan mengambil barang yang tertinggal di pondok pengawal keselamatan, mula memperlahankan langkahnya. Dia melihat Iman Amani dan Nerishah berjaya masuk ke dalam kawasan sekolah tanpa dikesan oleh sesiapa. Dia mula berfikir sesuatu atas apa tujuan gadis-gadis itu masuk ke dalam kawasan sekolah tanpa masuk melalui pintu hadapan. Dia melihat keadaan sekeliling sebelum dia pula yang menyelinap masuk ke dalam kawasan sekolah tersebut.

Rahimi mula mengekori mereka berdua yang ketika itu sedang menuju ke blok tingkatan 6 iaitu blok mereka bertiga belajar. Ketika Rahimi sedang mengekori mereka dari belakang, dia terlihat kelibat Pak cik Daud yang sedang berjalan menuju ke blok tingkatan 6. Mungkin ingin membuat pemeriksaan. Rahimi menyorok seketika di sebalik rumah-rumah kecil yang merupakan bilik sejarah dan stor untuk barang-barang sekolah yang tidak digunakan.

“ Alamak! Pak cik Daud! Weyh sorok dulu…” Ujar Iman sambil menarik tangan Nerishah untuk menyorok di sebalik pintu kelas di tingkat paling bawah.

 Tumpuan mereka adalah mereka ingin ke tingkat tiga yang berdekatan dengan tandas perempuan dan kelas mereka. Iman percaya bahawa di dalam tandas tersebut mungkin ada sesuatu yang berkaitan dengan Qistina. Mungkin mayat dia dan juga mamanya. Jadi, mereka berdua terpaksa menyorok di sebalik pintu kelas yang terbuka kerana Pak cik Daud sedang menuju ke arah mereka. Mujur Pak cik Daud tidak nampak.

Rahimi yang pada ketika itu sedang melihat tindakan gadis-gadis itu menyorok di sebalik pintu di dalam kelas kosong tersebut terus memerhatikan tindakan mereka dan juga Pak cik Daud. Kelihatan Pak cik Daud sedang menuju ke kelas tersebut untuk mengunci pintu kelas tersebut kerana tugas Pak cik Daud bukan sahaja mengawal kawasan sekolah tetapi beliau juga perlu memastikan bahawa setiap pintu kelas, bilik guru dan makmal dikunci dan dipalang bagi memastikan tiada sebarang kes kecurian atau pencerobohan berlaku.

“ Alamak! Pak cik Daud datang dekat kelas tu mesti dia nak palang pintu kelas tu.” desis Rahimi seketika sambil melihat tindakan Pak cik Daud yang sedang memalang pintu kelas tersebut. Mujur beliau tidak memangganya sekali kerana jika beliau berbuat demikian, Iman dan Nerishah tidak dapat keluar.

“ Iman… Kita dah kena lock weyh!” Ujar Nerishah perlahan sambil peluh kerisauan mula menitik daripada dahinya.

“ Aku pun rasa macam tulah. Abis tu macam mana ni!” balas Iman yang sudah mula kebuntuan. Jika mereka terus terperangkap di dalam kelas ini mesti mereka tidak dapat menjumpai mayat Qistina dan mamanya.

“ Kak Iman…” panggil seseorang dari satu sudut di dalam kelas tersebut.

Iman dan Nerishah mula tersentak kerana terdengar suara seseorang yang memanggil Iman. Kedengaran suara seperti suara seorang kanak-kanak perempuan memanggilnya.

“ Kak Iman… tolong Qistina. Pak cik tu bunuh kami. Sakit kak…” Ujar Qistina di suatu sudut gelap dalam kelas tersebut.

“ Pak cik mana…” balas Iman sambil memegang tangan Nerishah. Mereka sudah mula cuak dan sedikit seram kerana mereka kini berhadapan dengan roh gadis Qistina.

“ Pak cik tu pukul Qistina. Dia pukul mama pakai besi. Qistina sakit kak…” Ujar Qistina sambil sudah mula menangis. Nadanya makin mendayu dan membuatkan suasana di dalam kelas tersebut makin bertambah seram.

“ Iman… aku takutlah weyh! Aku nak balik.” ujar Nerishah yang sudah mula gelisah sambil memeluk Iman. Iman cuba menenangkan Nerishah kerana dia takut Pak cik Daud mendengar suara mereka.

Rahimi mula melangkah ke arah kelas tersebut bagi menyuruh mereka keluar kerana Pak cik Daud sudah tiada. Dia melangkah perlahan-lahan sambil membuka palang pintu kelas tersebut. Iman dan Nerishah sudah mula cuak kerana seperti terdengar bunyi seseorang sedang membuka pintu kelas tersebut. Mungkin Pak cik Daud kot!

“ Weyh! Sembunyi…” arah Iman lalu menyorok di sebalik kerusi dan meja kelas tersebut. Mereka masih di tingkat bawah dan mereka tidak bisa naik ke atas kerana mereka terperangkap di dalam kelas tersebut.

Usai membuka pintu kelas tersebut, Rahimi mula mencari kelibat mereka berdua di dalam gelap.

“ Iman… keluar! Ini saya Rahimi. Pak cik Daud dah tak ada.” Ujar Rahimi perlahan sambil mencari Iman dan Nerishah.

“ Iman keluar cepat… nanti Pak cik Daud dapat jumpa awak semula.”

Iman menjenguk sedikit keluar dari meja tersebut dan ternyata betul ada seorang pelajar lelaki berkaca mata sedang mencari-cari sesuatu.

“ Alamak! Dia ke yang datang selamatkan aku? Seriuslah…” sempat lagi hati Iman berdetik.

“ Awak… kami dekat sini.” Ujar Iman sambil melambai-lambaikan tangannya.

“ Hah! Keluar cepat.” arah Rahimi sambil memandang ke arah pondok keselamatan untuk melihat kelibat Pak cik Daud.

“ Nerishah jom!” ujar Iman sambil menarik tangan Nerishah keluar.

Mereka bertiga mula keluar dari kelas dan ketika Rahimi sedang ingin menutup pintu Pak cik Daud mula perasan kelibat mereka bertiga.

“ Woii! Korang buat apa!” pekik Pak Cik Daud sambil berlari ke arah mereka.

Mereka bertiga mula berlari untuk naik ke tingkat atas. Iman dan Rahimi mula berlari menuju ke tingkat atas manakala Nerishah pula berlari ke arah stor sukan berdekatan dengan kantin sekolah. Kelihatan Pak cik Daud sedang naik ke atas untuk mengejar Rahimi dan Iman. Pak cik Daud seperti mengetahui niat sebenar budak-budak itu datang ke sekolah tersebut. Dia takkan lepaskan mereka!

“ Alamak! Aku rasa Iman dengan Rahimi mesti kena tangkap dengan Pak cik Daud. Habislah mereka.” bebel Nerishah sambil memerhatikan keadaan sekeliling yang sunyi sepi dan gelap.

Iman mula lari sepantas mungkin untuk tiba ke tingkat paling atas. Fokusnya hanya satu iaitu dia ingin sampai ke dalam tandas perempuan kerana tempat itu mungkin terletaknya mayat Qistina dan mamanya. Sampai sahaja di tingkat paling atas, Iman terus pecut masuk ke dalam tandas tersebut.

“ Mana korang nak lari hah!” Jerit Pak cik Daud sambil tangannya memegang sebatang cota berwarna hitam.

Rahimi mula tercari-cari kelibat Iman yang sudah mula lesap. Iman keluar semula untuk memanggil Rahimi, ketika dia nampak kelibat Rahimi di hadapan tandas, tangan lelaki tersebut terus ditariknya untuk masuk ke dalam lalu pintu tandas tersebut ditutup. Iman menunjukkan isyarat senyap kepada Rahimi supaya Pak cik Daud tidak dengar suara mereka. Rahimi memandang Iman dengan wajah yang pelik.
“ Dah kenapa menyorok dalam tandas. Tak ada tempat lain ke?” Soal Rahimi perlahan sambil menutup hidungnya dengan kolar baju untuk mengelakkan bau yang tidak menyenangkan singgah ke hidungnya.

“ Diamlah… Saya nak cari Qistina.” balas Iman sambil mengeluarkan sebuah lampu suluh kecil daripada poketnya.

“ Kenapa pakai lampu suluh sedangkan lampu tandas ni boleh buka?” soal Rahimi sambil berura-ura untuk pergi menekan suis lampu tandas yang berada di luar.
“ Woii! Kau gila ke nak buka suis lampu tandas ni. Kau nak Pak cik Daud tangkap kita?” marah Iman sambil menunjukkan muka bengisnya.

“ Awak nak cari Qistina… Siapa Qistina?” Soal Rahimi lagi yang sudah semakin pelik.

Dahlah kena duduk dalam tandas dengan bau yang harum mewangi. Lepas tu kena cari Qistina. Qistina mana pun dia tak tahu. Pelik-pelik…
“ Diamlah… jangan banyak tanya. Balas Iman sambil cuba mencari di mana mayat Qistina. Di dam tandas tersebut mempunyai lima buah bilik tandas. Salah satunya telah berkunci sejak awal persekolahan lagi. Pihak sekolah tidak membenarkan pelajar-pelajar perempuan menggunakan tandas yang terakhir itu atas alasan mangkuk tandasnya yang pecah dan sukar dibaiki. Oleh sebab itu, hanya empat buah bilik tandas sahaja yang boleh digunakan.

Pak cik Daud tiba di hadapan tandas perempuan tersebut dan dia terdengar perbualan mereka berdua. Tanpa membuang masa beliau terus mengunci pintu tandas tersebut dan membiarkan Iman dan Rahimi terus terperangkap dalam tandas tersebut.

“ Iman! Kita dah kena kunci dari luar…” beritahu Rahimi sambil cuba mengetuk-ngetuk pintu tersebut dan memanggil Pak cik Daud. Iman turut mengetuk-ngetuk pintu tersebut dan menendang supaya Pak cik Daud membukanya. Malangnya usaha mereka tidak berjaya.

Pak cik Daud terus menuruni tangga bangunan kelas tersebut untuk mencari seorang lagi pelajar perempuan di bawah. Dia ingin mencari Nerishah pula kerana mungkin gadis itu mempunyai tujuan yang sama dengan Iman dan Rahimi. Nerishah yang telah melihat adegan kekecohan antara Iman dengan Pak cik Daud terus menelefon pihak polis untuk mendapatkan bantuan dengan segera.

Dia berjaya meloloskan diri dan keluar dari kawasan sekolah terus pergi ke stesen minyak berhadapan dengan sekolah mereka. Dia ingin melihat kelibat pihak polis yang akan tiba tidak lama lagi.

Ketika di dalam tandas, Iman dan Rahimi cuba untuk buka pintu tandas tersebut. Setelah usaha mereka gagal tiba-tiba mereka terdengar suara seseorang memanggil Iman.

“ Kak Iman… pak cik tu bunuh Qistina dan mama. Dia buang kami dalam tandas ni.” beritahu Qistina di hujung penjuru tandas sambil menunjukkan jarinya ke arah tandas paling hujung.

Iman dan Rahimi terkejut seketika setelah melihat jelmaan seorang gadis kecil yang sudah lusuh pakaiannya dan kepalanya berdarah. Gadis kecil itu turut memegang sebuah anak patung kecil berbintik merah pada bahagian kepala. Rahimi mula terkedu dan tidak dapat bersuara kerana ketakutan. Dia mula memegang tangan Iman untuk menyuruh gadis itu keluar dari tandas ini secepat mungkin.

“ Pak cik mana… Kenapa dia bunuh kau!” Soal Iman sambil menyandarkan badannya ke pintu utama tandas tersebut. Rahimi turut membuat perkara yang sama.

“ Pak cik jaga tu bunuh Qistina dengan mama.” beritahu Qistina lagi sambil menangis.

Iman terus memandang ke arah Rahimi di sebelahnya. Mereka berdua terkejut dengan penjelasan Qistina. Ketika Iman menoleh ke arah Qistina semula, jelmaan gadis itu telah hilang. Iman cuba bergerak perlahan-lahan untuk ke bilik tandas paling hujung bagi melihat apa yang ada di dalamnya. Rahimi menarik tangan Iman supaya melarang gadis itu pergi ke situ.

“ Kita kena pergi check! Tak boleh biarkan..” Ujar Iman sambil menarik tangannya semula.

“ Bahayalah…”

Iman tidak peduli dengan kata-kata Rahimi, dia terus melangkah untuk ke bilik tandas paling hujung. Pintu bilik tandas tersebut tertutup rapat seperti tidak pernah dibuka sebelum ini. Iman memandang ke arah Rahimi dan menunjukkan isyarat untuk cuba membuka pintu tersebut. Rahimi seperti faham apa yang diisyaratkan oleh Iman dan tanpa berlengah, dia menendang pintu tandas tersebut sehingga terkuak sedikit.

Iman juga turut menendang pintu tersebut supaya terus terbuka. Setelah pintu itu berjaya dibuka, Rahimi menolak pintu tersebut perlahan-lahan dan apa yang dilihat oleh mereka sangat mengejutkan. Terdapat kesan tompokan darah di atas lantai tersebut dan kesan simen yang belum siap pada dinding bahagian sisi tandas. Tidak semena-mena bau busuk mula menerjah ke dalam hidung mereka berdua.

“ Iyeks! Busuknya…” Ujar Rahimi sambil menutup mulutnya dengan kolar bajunya.

“ Aku rasa mayat dia kena tanam kot dalam dinding ni.” ujar Iman sambil melihat keadaan dinding yang simennya tidak siap.

Di luar kawasan sekolah, kelihatan sebuah kereta polis tiba dan memasuki ke dalam kawasan sekolah. Kelihatan Pak cik Daud sudah mula cuak setelah melihat kehadiran pihak polis. Dia cuba berlagak tenang supaya pihak polis tidak berasa curiga. Nerishah terus bergerak menuju ke dalam kawasan sekolah untuk memberitahu pihak polis tentang apa yang berlaku. Tiba sahaja di dalam kawasan sekolah, Pak cik Daud terkejut dengan kehadiran gadis yang dicarinya dari tadi.

“ Encik, tolong tangkap dia. Dia culik kawan-kawan saya.” beritahu Nerishah tanpa berlengah lagi.

“ Eh! Apa ni tuduh-tuduh pula padahal saya tak buat apa-apa.” sangkal Pak cik Daud sambil membuat muka tidak bersalah.
“ Izinkan kami membuat pemeriksaan dalam kawasan sekolah ini. Adik, di mana kawan-kawan awak?” soal salah seorang pegawai polis kepada Nerishah.

“ Merek dekat atas kena kurung dalam tandas. Encik kena tolong kawan-kawan saya.”
Pihak polis tersebut terus bergegas ke blok tingkatan 6 yang ditunjukkan oleh Nerishah setelah Pak cik Daud digari oleh pihak polis. Seketika kemudian, mereka semua tiba di hadapan tandas perempuan.

“ Iman!… Ini aku Nerishah. Kau ada dekat dalam tak?” jerit Nerishah sambil mengetuk pintu tandas tersebut.

Iman memandang wajah Rahimi dan mereka berdua terus berlari menuju ke pintu utama tandas.
“ Neri! Ini aku ada dekat dalam. Tolong buka!”

“ Tuan, tolong selamatkan kawan-kawan saya.”

“ Encik Daud tolong berikan kunci tandas ini.” Pinta Inspektor Hazli sambil meminta salah seorang pegawainya untuk mengambil kunci tersebut di dalam poket seluar Pak cik Daud.

Beberapa minit kemudian, pintu tandas tersebut berjaya dibuka. Iman dan Rahimi berjaya keluar dari tandas tersebut.
Iman menunjukkan sesuatu kepada Nerishah dan pihak polis tentang apa yang terdapat di dalam tandas tersebut. Pihak polis serta pakar forensik mula membuat pemeriksaan dan mereka berjaya memecahkan semula simen dinding tandas yang belum siap itu. Ternyata mereka menemui dua orang mayat yang sudah tertanam di dalam simen tersebut. Seorang mayat kanak-kanak kecil dan seorang wanita.

Iman, Nerishah dan Rahimi terkejut dengan apa yang mereka lihat. Ternyata benarlah Qistina sudah mati bersama ibunya. Pihak polis mengeluarkan mayat tersebut dan membungkusnya dengan plastik hitam. Iman, Nerishah dan Rahimi diarahkan untuk keluar manakala Pak cik Daud dibawa ke balas polis untuk siasatan lanjut. Iman, Nerishah dan Rahimi turut diminta untuk ke balas polis bagi memberikan keterangan.


Keesokkannya, Pak cik Daud disabitkan dengan hukuman gantung sampai mati kerana membunuh dengan sengaja dan mencabuli kanak-kanak di bawah umur.

“ Qistina merupakan anak kepada Puan Saleha yang pada ketika itu sedang datang ke sekolah untuk mendaftarkan kakaknya sebagai pelajar baru di sekolah tersebut. Ketika ibunya sedang mendaftarkan kakaknya yang berada di tingkatan 1, Qistina bermain-main di kawasan blok tingkatan 6 iaitu bersebelahan dengan tempat mendaftar. Secara tidak langsung, Qistina terserempak dengan Pak cik Daud yang sedang meronda. Qistina mula didekati oleh Pak cik Daud dan beliau mengajak gadis kecil itu ke tingkat atas. Dia membawa Qistina tersebut ke dalam tandas perempuan untuk mencabuli kanak-kanak tersebut. Pada masa yang sama, ibu Qistina dan kakaknya turut mencari Qistina yang hilang. Mereka terdengar suara Qistina menjerit di tingkat atas dan mereka terus bergegas naik ke atas. Pada ketika itu blok tingkatan 6 masih kosong dan kebanyakkan guru-guru yang ditugaskan untuk mendaftar terus pulang ke rumah usai sahaja tugas mereka selesai. Ketika itu yang tinggal hanya ibu Qistina, kakaknya, Qistina dan juga Pak cik Daud. Ibu Qistina melihat bahawa Qistina telah dicabuli oleh Pak cik Daud dan kepala gadis itu sudah berdarah. Mereka mula bergelut dan Pak cik Daud tekad  menumbuk muka Ibu Qistina sehingga rebah. Usai sahaja Ibu Qistina dan Qistina dibunuh, Pak cik Daud menanam mereka di dalam tandas kosong yang paling hujung. Kebetulan pada ketika itu terdapat bacuhan simen yang masih belum digunakan jadi Pak cik Daud menyimen mereka.” beritahu Madam Siti Khairaani panjang lebar kepada Nerishah dan juga Iman ketika mereka bertiga di kedai makan berhampiran dengan sekolah.

“ Oh! Begitu rupanya cerita dia. Habis tu kakak dia mana?” Soal Iman ingin tahu.

“ Ingat tak pengetua ada cakap seorang budak perempuan form 1 hilang. Itulah kakak Qistina. Pak cik Daud culik dan kurung dia dalam stor barang-barang lama dekat tingkat bawah. Sekarang kakak dia dah meninggal kerana tidak diberikan makan dan minum ketika dikurung selama seminggu ni. Selama ni semua orang tak tahu kerja terkutuk Pak cik Daud. Bapa Qistina cuba cari anak isteri dia pun tak jumpa sebab Pak cik Daud kata anak-anak dan isteri dia sudah pulang dan tak berada di sekolah. Jadi, sebab tu kes dia tak selesai sehingga kamu masuk ke dalam kawasan sekolah semalam.”

“ Ya allah, kesiannya Qistina dan mak dia. Kejamnya Pak cik Daud. Semoga mendapat pembalasan yang setimpal.” ujar Nerishah pula yang sudah mula sebak.

“ Betul tu madam. Saya rasa roh Qistina dan ibu dia dah tenang sekarang.” ujar Iman pula sambil menyedekahkan surah al- fatihah kepada keluarga arwah Qistina.
….………………………………………………………………….

Seminggu kemudian……

Iman dan rakan-rakannya bersekolah seperti biasa dan kini suasana di sekolah tersebut kembali aman. Pak cik Daud sudah mendapat balasan yang setimpal dan roh Qistina, ibu dan kakaknya juga sudah tenang di alam sana.

“ Iman… nak tanya sikit boleh?” Ujar Nerishah ketika dia, Iman, Amirul dan Ain sedang menjamu selera di kantin sekolah.

“ Apa dia?” Balas Iman sambil menaikkan keningnya.

“ Kau buat apa aje dengan Rahimi masa dalam tandas hari tu?” soal Nerishah ingin tahu yang membuatkan Amirul dan Ain membeliakkan mata mereka.

Kelihatan Iman tersedak air setelah mendengar persoalan Nerishah. Bunyi sedakan air tersebut hampir membuatkan satu kantin sekolah dengar. Rahimi dan kawan-kawannya turut memandang ke arah Iman yang sudah terbatuk-batuk.

“ Woii! Apasal kuat sangat kau batuk ni. Semua orang tengok sini. Malu woi!” Ujar Amirul sambil memandang keadaan sekeliling. Hampir semua pelajar di kantin tersebut memandang ke arah kumpulan mereka.
“ Perempuan ni hah tanya soalan merepek!” Marah Iman sambil menunjukkan ke arah Nerishah. Dia masih terbatuk-batuk dan cuba mengurut-ngurut lehernya. Aduh! Hebat gila penangan soalan Nerishah. Boleh mati tersedak tau!

“ Aku tanya aje…”
“ Sabar Iman.. sabar. Nah! Minum air ni dulu. Jangan tersedak lagi.” hulur Ain kepada Iman.

“ Terima kasih Ain…”

Seketika kemudian, Iman kembali tenang dan memandang wajah rakan-rakannya. Nerishah, Amirul dan Ain memandang wajah Iman bagi mendengar penjelasan terhadap apa yang berlaku ketika dia dan Rahimi terkurung di dalam tandas.

“ Apa pandang-pandang…”
“ Ceritalah…”

“ Aku tolong cebuk dia, dia tolong cebuk aku. Puas hati?” balas Iman selamba sambil melirikkan matanya ke arah belakang Amirul di mana Rahimi dan rakan-rakannya berada.

Rahimi tersenyum memandang Iman dan Iman hanya senyum sambil menaikkan keningnya ke arah Rahimi.

“ Betul-betullah…” Marah Nerishah seketika.

“ Betullah. Tak percaya sudah.” Balas Iman sambil ketawa.

Iman hanya membiarkan kawan-kawannya tertanya-tanya tentang apa yang berlaku antara dia dan Rahimi. Biar dia dan Rahimi sahaja yang tahu dan yang pasti orang lain takkan tahu. Sebab tak perlu! Jelmaan Qistina pula sudah hilang dan tidak menganggu Iman lagi. Semuanya sudah selesai. Semoga roh Qistina, ibu dan kakaknya tenang di alam sana.            
                                            -Tamat-