LATEST POST!

CERPEN SAYANGKU CIKGU HAZWANI

Cerpen Sayangku Cikgu Hazwani Hujan turun dengan renyai pada malam itu. Kelihatan Hazwani dan Hamsyar sedang berada di dalam kereta untu...

Tuesday, 20 December 2016

CERPEN SAYANGKU CIKGU HAZWANI

Cerpen Sayangku Cikgu Hazwani
Hujan turun dengan renyai pada malam itu. Kelihatan Hazwani dan Hamsyar sedang berada di dalam kereta untuk pulang ke rumah setelah mereka keluar makan malam bersama-sama di salah sebuah restoran berdekatan dengan rumah Hamsyar. Jam sudah menunjukkan ke angka 9.30 malam. Hazwani mula rasa kerisauan kerana mereka sudah lama keluar sejak dari jam 8 malam tadi. Pasti papa Hazwani mula berasa risau dan akan membebel kerana anak perempuannya pulang lewat malam.
“ Hamsyar, hantar aku balik sekarang. Nanti papa aku bising kalau aku balik lambat.” Pinta Hazwani sewaktu dia melihat Hamsyar leka memandu.
“ Rileklah, belum pukul 10 malam lagi.” Balas Hamsyar acuh tak acuh.
“ Kau ni melampau erk. Aku tak kira sekarang ni kau hantar aku balik. Kalau tak aku tak nak teman kau keluar lagi.” Ugut Hazwani sambil menunjukkan muka seriusnya.
“ Yela.” Akur Hamsyar sambil mengeluh.
Beberapa minit kemudian, kelihatan Hamsyar memberhentikan keretanya di tempat yang agak tersorok daripada kedai-kedai berdekatan. Hazwani mula merasa pelik kerana mereka bukan tiba di tempat yang sepatutnya.

“Hamsyar, yang kau berhentikan kereta dekat sini kenapa?” soal Hazwani dengan muka yang pelik. Hatinya mula rasa tidak sedap. Macam sesuatu perkara buruk akan berlaku kepada dirinya malam ini.
Kelihatan jari jemari Hamsyar sudah menyentuh tangan Hazwani membuatkan gadis 18 tahun itu terkejut dan menjauhkan dirinya daripada Hamsyar.
“Kenapa dengan kau ni. Hantar aku baliklah!” bentak Hazwani dengan nada suara yang tinggi. Hamsyar terus menarik tangan Hazwani untuk dekat dengan dirinya. Nafsunya semakin membuak-buak sehingga dia tekad untuk melakukan sesuatu yang tidak patut dilakukan terhadap Hazwani.
“ Layan aku malam ni Hazwani.” Pinta Hamsyar sambil bibirnya mula dekat ke bibir Hazwani.
“ Kau ni gila ke?!” marah Hazwani sambil menghadiahkan sebuah penumbuk sulung ke muka Hamsyar. Dengan pantas Hazwani keluar daripada kereta dan terus berlari meredah hujan yang semakin lebat daripada menjadi mangsa rogol Hamsyar. Hazwani berlari sambil menangis kerana temannya itu tergamak untuk merogolnya kerana terikut dengan hawa nafsu sendiri. Hazwani merasa menyesal kerana menemani Hamsyar keluar makan pada malam itu. Dia sangat menyesal! Hamsyar masih tidak putus asa untuk menuruti keinginannya, dia terus memecut keretanya untuk mengejar Hazwani. Gadis itu perlu menjadi miliknya malam ini. Hazwani sedaya upaya berlari jauh agar tidak dapat ditangkap oleh Hamsyar. Tanpa dia sedar, sebuah kereta dari arah kirinya sedang menuju ke arahnya. Hazwani tidak sempat untuk berhenti membuatkan dirinya dilanggar oleh kereta tersebut.
Pang!!!! Hazwani terpelanting ke depan setelah dilanggar oleh sebuah kereta M6. Hamsyar yang menyaksikan kejadian itu terus memecut laju meninggalkan Hazwani yang terlentang di tengah jalan.
“ Astagfiruallahalazim apa yang aku langgar tadi.” Soal Idris Hafiz sambil keluar daripada kereta. Dalam keadaan samar cahaya pada malam itu dia baru sedar bahawa dia terlanggar seorang gadis yang sudah terbaring di atas jalan. Dengan pantas Idris mendekati gadis itu dan mengejutkannya. Kelihatan darah sudah banyak mengalir keluar daripada dahi gadis itu.
“ Ya allah! Selamatkanlah gadis ini.” Idris mula merasa takut dengan keadaan gadis itu lalu dia mengangkat Hazwani untuk masuk ke dalam kereta. Dia perlu menghantar Hazwani ke hospital dengan segera kerana dia bimbang jika keadaan gadis itu semakin parah.
Sampai sahaja di tempat kecemasan, Hazwani terus dirawat dengan segera oleh pihak hospital. Idris berdoa agar gadis itu tidak mati kerana dia tidak mahu jadi pembunuh walaupun dia tidak sengaja melanggar gadis itu. Kelihatan doktor dan jururawat sedang bertungkus-lumus merawat Hazwani supaya gadis itu berada dalam keadaan stabil. Tekanan darah gadis itu mula rendah dan degupan jantungnya semakin perlahan. Doktor Syazni dan jururawatnya mula berasa cuak dengan keadaan Hazwani.
Hati Idris semakin tidak keruan dan tidak sedap hati ketika menunggu Hazwani. Dia berasa sangat takut dengan apa yang telah berlaku malam itu.
Hampir 1 jam kemudian…
“Siapa waris kepada Shila Hazwani?” soal Doktor Syazni setelah keluar daripada wad kecemasan. Idris terus bergerak ke arah Doktor Syazni untuk mengetahui keadaan Hazwani.
“ Awak siapa?” soal Doktor Syazni ingin tahu.
“ Saya Idris kawan kepada gadis itu.” Balas Idris dengan nada yang agak mendatar.
“ Maksud awak Shila Hazwani?” soal Doktor Syazni untuk kepastian.
Oh! Nama dia Shila Hazwani rupanya. Detik hati Idris seketika.
“ Bagaimana keadaan dia sekarang ni doktor? Adakah dia okay?” soal Idris dengan pantas. Kerisauan di hatinya harus dilenyapkan sebelum menjadi lebih parah.
“ Alhamdulilah dia selamat dan stabil. Awak boleh tengok dia dekat wad A312.” Beritahu Doktor Syazni sambil tersenyum.
Gadis itu mampu diselamatkan kerana usianya masih muda. Kehidupannya baru sahaja bermula.
Tanpa membuang masa Idris terus bergerak ke wad yang disebutkan itu untuk melihat keadaan Hazwani. Dia berasa lega kerana gadis itu selamat dan masih berpeluang untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini.
Tuk! Tuk! Tuk! Idris mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam wad tersebut. Kelihatan seorang gadis bertudung hitam dan berbaju pesakit sedang terbaring di atas katil. Wajahnya nampak sedikit pucat dan kepalanya berbalut dengan pembalut kerana dahinya luka ketika terhentak pada jalan raya sewaktu kemalangan tadi.
Hazwani masih tidak sedarkan diri dan dirinya kelihatan tenang sahaja. Idris duduk di atas kerusi berdekatan dengan katil Hazwani. Dia memerhatikan gadis itu dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan. Dia dapat merasakan sesuatu perasaan yang aneh apabila bersama dengan gadis itu. Idris berfikir sejenak terhadap ucapan ibunya tempoh hari.
“ Idris, kalau kamu ada rasa sesuatu yang lain terhadap seorang perempuan yang Idris kenal atau Idris berkawan kemungkinan Idris sudah berjumpa dengan jodoh Idris. Ibu tak kata betul cuma menurut pengalaman ibu, perasaan aneh itu akan muncul apabila kita berjumpa atau bersama dengan jodoh sendiri.”
Idris kembali ke alam nyata sambil menatap wajah Hazwani
“ Adakah dia jodoh aku? Kenapa aku tiba-tiba rasa aneh apabila bersama gadis ini? Soal Idris sendirian sambil terus memerhatikan Hazwani. Tiba-tiba kedengaran telefon seseorang berbunyi di dalam laci sebelah katil Hazwani.
Idris bergerak ke arah laci  itu untuk melihat siapa yang menelefon gadis itu.
Kelihatan tertera nama PAPA di skrin telefon Hazwani. Idris agak keberatan untuk menjawab panggilan tersebut tetapi setelah memikirkan keadaan Hazwani yang terlantar di hospital ini maka dia perlu segera memberitahu ayah Hazwani tentang keadaan Hazwani yang sebenar.
Panggilan dijawab. Kedengaran suara Encik Fakhrul mula marah-marah kerana anaknya masih tidak pulang kerana jam sudah menunjukkan ke angka 11.30 malam. Idris dengan penuh hemah mula memberi salam sebelum menceritakan hal yang sebenar kepada ayah Hazwani.
Keesokkan harinya….
Kelihatan keluarga Hazwani tiba di wad A312 untuk melihat keadaan anak perempuan mereka. Hazwani pun sudah sedarkan diri tetapi dia masih belum boleh pulang ke rumah. Dia perlu tinggal di hospital lebih kurang 2 atau 3 hari lagi. Hazwani mula menceritakan hal yang sebenar kepada papanya tentang kejadian yang menimpa dirinya semalam. Encik Fakhrul sangat marah dengan tindakan Hamsyar yang sanggup mengapa-apakan anaknya sehingga Hazwani kemalangan. Dia juga berasa amat menyesal kerana membenarkan Hazwani keluar bersama Hamsyar. Dia baru menyedari bahawa Hamsyar itu bukan lelaki yang baik untuk anaknya. Dia amat menyesal dengan semua ini.
“ Nasib baik ada orang tolong kamu malam tadi.” Beritahu Encik Fakhrul kepada Hazwani.
“ Siapa papa?”
“ Nama dia Idris Hafiz. Kalau papa dapat jumpa dia papa nak balas jasa dia kerana dia telah menyelamatkan kamu walaupun dia yang telah terlanggar kamu.”
Hazwani terdiam seketika sambil memikirkan gerangan yang disebutkan itu. Idris Hafiz. Terima kasih sebab membantu aku malam tadi daripada ditangkap oleh jantan tak guna itu. Aku bersyukur sangat. Kata Hazwani di dalam hati sambil tersenyum nipis.
5 tahun kemudian…
Kelihatan Cikgu Hazwani sedang berjalan menuju ke kelas 2 Cemerlang di aras 2. Dia sudah bergelar seorang guru semenjak awal tahun lepas. Cita-citanya juga telah tercapai dan banyak perubahan dalam dirinya telah berlaku. Salah satunya ialah dia tidak mahu didekati oleh mana-mana lelaki kerana perasaan benci dan dendamnya terhadap Hamsyar dahulu membuatkan dirinya anti terhadap lelaki. Kini usianya sudah menginjak ke 23 tahun. Dia lebih selesa hidup sendiri daripada mempunyai teman lelaki yang hanya akan mengambil kesempatan ke atas dirinya yang lemah itu. Selagi Allah belum temukan jodohnya lagi, dia tidak akan sesekali cari.
“ Bangun!!! Assalamualaikum dan selamat sejahtera Cikgu Hazwani.” Ucap Dani selaku ketua kelas.
“ Waalaikumsalam dan selamat sejahtera semua. Kamu semua boleh duduk.” Arah Cikgu Hazwani dengan senyuman. Hidup dan perhatiannya hanya ditumpukan kepada keluarga dan anak-anak muridnya sahaja. Tidak ada nama lelaki lain selain papanya sahaja dalam hatinya. Hatinya sudah mati untuk bercinta atau rapat dengan lelaki lain. Pada dia lelaki itu semua sahaja. Tidak ikhlas dan hanya mengambil kesempatan sahaja.
“ Sekarang kamu semua buka buku teks matematik. Hari ni kita akan belajar cara mengira soalan matematik dalam bentuk ayat. Kebiasannya kamu didedahkan dengan nombor sahaja tetapi sekarang kita akan belajar keluarkan nombor-nombor yang ada dalam ayat.” Ujar Cikgu Hazwani serba sedikit.
Hampir 45 minit kemudian, masa mengajarnya telah tamat. Kini, tiba giliran cikgu lain pula yang masuk. Kelihatan Cikgu Idris Hafiz sedang menunggu di hadapan kelas 2 Cemerlang. Dia selaku Cikgu Sains Sukan di kelas itu akan mengajar subjek pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Usai sahaja mengucapkan terima kasih , Cikgu Hazwani bergerak keluar daripada kelas. Tiba-tiba Cikgu Idris Hafiz memberi salam dan melemparkan senyumannya kepada Cikgu Hazwani.
“ Assalamualaikum Cikgu Hazwani.” Ucap Cikgu Idris Hafiz dengan nada yang lembut. Cikgu Hazwani menjawab salam tetapi tidak memandang wajah Cikgu Idris Hafiz.
Hampir setiap hari Cikgu Idris Hafiz akan memberi salam kepada Cikgu Hazwani biarpun wanita itu tidak melayaninya kecuali hanya dengan menjawab salam.
“ Idris, aku nak tanya sikit boleh?” soal Cikgu Zahrin ketika mereka sedang menjamu selera di kantin sekolah.
“ Apa dia?”
“ Aku tengok kau ni macam berkenan aje dengan Cikgu Hazwani walaupun dia tak layan kau.” Ujar Cikgu Zahrin membuatkan Cikgu Idris Hafiz terkedu seketika.
“ Kenapa kau cakap macam tu. Aku tak ada rasa apa-apa dekat dia pun.” Balas Cikgu Idris dengan nada yang cuba dikawal.
“ Yeke,aku dapat rasa cara kau mendekati Cikgu Hazwani tu seolah-olah kau berminat dengan dia. Aku cakap macam ni sebab Cikgu Hazwani tu lain sikit. Dia jarang bercakap dengan cikgu lelaki dekat sekolah ni. Aku juga ada dengar cerita yang Cikgu Reza nak mengurat Cikgu Hazwani tetapi tak dapat. Cikgu Hazwani menolak huluran salam perkenalan Cikgu Reza dan mengatakan bahawa dia tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan lelaki lain. Pernah sekali Cikgu Dahari kena marah dengan Cikgu Hazwani sebab dia terlanggar bahu Cikgu Hazwani. Garang betul Cikgu Hazwani tu. Aku pun seram nak dekat dengan dia. Nak kata lawa memanglah lawa tapi sayangnya dia sangat garang dan tak suka lelaki.”
“ Apa pendapat kau tentang dia?” sambung Cikgu Zahrin lagi setelah menceritakan serba sedikit tentang Cikgu Hazwani kepada Cikgu Idris Hafiz.
“ Amboi bukan main lagi kau mengumpat dia ya. Aku report dekat dia baru tahu.” Tegur Cikgu Idris Hafiz sambil tersenyum sinis.
“ Janganlah bro nanti tak pasal-pasal aku yang kena marah. Takut aku dengan Cikgu Hazwani tu.” Rayu Cikgu Zahrin.
“ Hehehe tahu takut.”
Kelihatan Cikgu Hazwani masuk ke dalam ruang makan guru dengan membawa bekal makanannya. Cikgu Zahrin dan Cikgu Idris Hafiz mula berhenti berbual tentang Cikgu Hazwani. Takut kena marah dengan Cikgu Hazwanilah tu.
5 Bulan kemudian…
Kelihatan  Idris Hafiz duduk berbual-bual dengan ibu bapanya di meja makan. Sedang asyik menikmati jamuan dan berbual-bual, tiba-tiba Puan Adibah dan Encik Shahir bertanyakan sesuatu kepada anaknya.
“ Idris kamu tak nak mendirikan rumah tangga ke? Usia kamu tu dah masuk 24 tahun. Takkan tak nak ada orang jaga makan minum dan pakaian kamu. Ibu teringin nak ada menantu. Kamu dah ada calon ke?” soal Puan Adibah kepada anak bujangnya.
 Hampir tercekik Idris dibuatnya setelah disoal sebegitu. Soalan Kbat ni lagi susah nak jawab berbanding soalan SPM.
“ Kenapa ibu tiba-tiba tanya hal ni. Memang dah lama tunggu menantu ya?” soal Idris balik sambil tersenyum sinis.
“ Memang dah lama tunggu pun. Kamu dah ada calon ke?” soal Puan Adibah lagi.
“ Kalau dah ada siapa orangnya. Namanya siapa dan tinggal mana. Sesuai tak untuk dibuat isteri?” Bermacam-macam soalan yang terkeluar daripada mulut Puan Adibah. Memang teruja sangat untuk dapat menantu.
“ Amboi! Awak ni tak sabar-sabar nak dapat menantu.” Tegur Encik Shahir.
“ Mestilah bang. Saya dah lama tunggu tau si Idris ni kahwin.”
“ Memandangkan ibu dah tanya biarlah abang bagi tahu hal yang sebenar.” Kelihatan Idris sedang menjelaskan isi hatinya yang sebenar terhadap rasa sukanya kepada Cikgu Hazwani di hadapan ibu bapanya. Dia mahu mengambil wanita itu sebagai isterinya yang sah dan bisa menemani hidupnya di dunia mahupun di akhirat kelak.
“ Kalau macam tu kamu terus terang aje dengan dia. Insyaallah kalau kamu dah ada niat yang baik segala perancangan kamu Allah permudahkan. Ibu dan ayah akan doakan yang terbaik untuk kamu.” Cadang Puan Adibah dengan senyuman diikuti dengan sokongan Encik Shahir.

Keesokkannya…
Kelihatan Cikgu Idris Hafiz sudah bertekad untuk berterus terang dengan Cikgu Hazwani tentang niatnya untuk memperisterikan Cikgu Hazwani.
“ Assalamualaikum, Cikgu Hazwani saya nak bercakap sikit dengan awak boleh?” tegur Cikgu Idris Hafiz dengan penuh pengharapan ketika Cikgu Hazwani berada di bilik guru.
“ Waalaikumsalam, apa dia? Kalau bukan hal penting saya tak mahu bercakap.” Balas Cikgu Hazwani dengan suara yang mendatar.
“ Amboi! Garangnya bakal isteri aku ni. Tak apa sayang, awak garang ke tak garang ke abang tetap suka.” Kata Cikgu Idris Hafiz di dalam hati.
“ Okay, dengar dulu. Sebenarnya saya nak luahkan dekat awak tentang perasaan sebenar saya. Saya dah lama minat dekat awak semenjak kali pertama kita berjumpa. Saya dah mula rasa suka dan sayang dekat awak. Saya takut untuk kehilangan awak dari hidup saya. Mungkin awak tak percaya apa yang saya cakap tapi inilah perasaan sebenar saya.” Jujur Cikgu Idris Hafiz terhadap perasaannya kepada Cikgu Hazwani.
“ Lelaki dia punya ayat manis ais kutub pun boleh cair. Inikan pula hati perempuan. Memang sahlah dah cair tetapi saya tak. Hati saya dah tertutup untuk mana-mana lelaki. Sorrylah Cikgu, saya tak berkenan dekat Cikgu atau mana-mana cikgu lelaki dekat sekolah ni. So, simpan ajelah perasaan Cikgu tu.” Balas Cikgu Hazwani acuh tak acuh kepada Cikgu Idris Hafiz.
Setelah mendengar balasan daripada Cikgu Hazwani, hati Cikgu Idris Hafiz mula terasa ngilunya kerana dirinya ditolak mentah-mentah. Sabar Idris! Jangan putus asa lagi.
“ Saya ikhlas dengan awak Cikgu Hazwani. Saya nak kahwin dengan awak. Saya nak bercinta selepas nikah dengan awak. Saya dah buat solat istikarah dan jawapannya ialah awak.” Jelas Cikgu Idris Hafiz lagi membuatkan Cikgu Hazwani terdiam seketika. Hampir beberapa minit kemudian, Cikgu Hazwani memberikan keputusan tentang lamaran Cikgu Idris Hafiz.
“ Kalau awak betul-betul ikhlas dengan saya , sebaiknya awak jumpalah ibu bapa saya dan luahkanlah apa yang awak rasa dan apa yang awak nak. Jangan bercakap dengan saya sahaja selagi tak ada bukti yang awak betul-betul nak dekat saya. Semoga berjaya. Saya pergi dulu.” Ujar Cikgu Hazwani lalu beredar keluar dari bilik guru.
kelihatan Cikgu Idris Hafiz tergamam seketika dengan jawapan Cikgu Hazwani sebentar tadi. Adakah dia salah dengar? Cikgu Hazwani menyuruhnya berjumpa dengan ibu bapa Cikgu Hazwani jika dirinya betul-betul mahu bernikah dengan Cikgu Hazwani. Adakah ini jodoh? Cikgu Idris Hafiz sudah tersenyum lebar apabila dirinya mendapat respon yang baik daripada Cikgu Hazwani biarpun wanita itu menolak huluran salam perkenanalannya terlebih dahulu.
“ Lampu hijau sudah dapat daripada empunya badan jadi kita teruskan misi mencuri hati Cikgu Hazwani yang seterusnya!”  Jerit Cikgu Idris Hafiz di dalam hati dengan perasaan yang berbunga-bunga.

Hujung minggu pun tiba, kelihatan keluarga Cikgu Idris Hafiz tiba di rumah Cikgu Hazwani untuk berjumpa dengan keluarganya. Agenda merisik bakal isteri perlu dilakukan pada hari ini. Sayangnya, ketika Cikgu Idris Hafiz tiba di rumah keluarga Cikgu Hazwani di Bandar Dato Onn, Cikgu Hazwani pula tiada di rumah ibu bapanya. Dia tidak mengetahui agenda Cikgu Idris Hafiz dan keluarganya pada hari ini. Dia tidak mahu ambil tahu kerana pada dia, banyak lagi perkara lain yang perlu difikirkan berbanding hal lelaki.
“ Wajah si gadis semanis ibunya, menetap di Malaysia  di negeri Melaka. Kami datang ni nak tumpang tanya, bunga di taman sudah berpunyakah?” kelihatan Encik Shahir sudah menjual pantunnya.
“ Wah Encik Shahir jual pantun ya. Tak apa biar saya beli.” Balas Encik Fakhrul dengan senyuman sinis.
“ Cik Gadis itu hari ni tidak dapat cuti, sibuk memanjang melaksanakan kerjanya. Bunga di taman masih berada dalam keadaan sunti, berita baiknya dia belum berpunya.” Giliran Encik Fakhrul pula membalas pantunnya.
Kelihatan seisi tetamu yang hadir pada hari itu tersenyum lebar setelah mendengar balasan Encik Fakhrul. Maknanya, Cikgu Hazwani masih solo dan bisa menjadi isteri kepada Cikgu Idris Hafiz. Cikgu Idris Hafiz pula berharap agar peminangannya tidak ditolak dan disambut baik oleh Cikgu Hazwani.
Setelah Cikgu Hazwani mendengar berita yang telah disampaikan oleh papanya itu, dia berfikir sejenak sebelum membuat keputusan.
“ Perlukah aku terima lamaran dia. Pasti ke yang dia betul-betul ikhlas dengan aku?” Cikgu Hazwani bersoal jawab sendiri.
Beberapa minit kemudian, Cikgu Hazwani menelefon Cikgu Idris Hafiz untuk menyatakan keputusannya.
“ Assalamualaikum Cikgu Hazwani…” ucap Cikgu Idris Hafiz setelah bakal isteri yang dicintainya menelefon pada malam itu.
“ Waalaikumsalam… Baiklah Cikgu Idris Hafiz saya tak nak bercakap lama dengan awak. Saya hanya nak cakap yang saya terima peminangan tu. Saya terima bukan kerana diri saya tetapi disebabkan papa saya. Dia tidak mahu saya keseorangan jadi dia membenarkan saya berkahwin dengan awak. Cuma, saya ada satu syarat yang awak perlu ikut.” Ujar Cikgu Hazwani tanpa membuang masa.
“ Urmmm, apa dia?” soal Cikgu Idris Hafiz pula.
“ Jangan sentuh saya selagi saya tak bersedia dan selagi saya tak cintakan awak. Itu sahaja.”
Cikgu Idris Hafiz terkedu seketika setelah mendengar permintaan bakal isterinya. Mahu tidak mahu dia perlu turuti kehendak Cikgu Hazwani kerana dia tidak mahu kehilangan Cikgu Hazwani.
“ Baiklah, saya turuti permintaan awak.” Setuju Cikgu Idris Hafiz dengan senyuman nipis dibibirnya biarpun Cikgu Hazwani tidak dapat melihatnya.
“ Bagus, kalau macam tu terima kasih banyak-banyak sebab menuruti permintaan saya.” Balas Cikgu Hazwani dengan senyuman lebar dibibirnya.
3 Minggu Kemudian…
Kelihatan upacara pernikahan Cikgu Hazwani dan Cikgu Idris Hafiz telah selamat disempurnakan. Ramai tetamu yang hadir untuk menyaksikan majlis pernikahan mereka. Saat Cikgu Idris Hafiz ingin menyarungkan cincin di jari isterinya, kelihatan Cikgu Hazwani sudah memandangnya dengan pandangan yang pelik. Dia berasa tangannya bergetar untuk menerima huluran cincin daripada suaminya. Mahu tidak mahu dia perlu relakan aje suaminya menyarungkan cincin ke jari manisnya.
Sebentuk cincin permata belah rotan sudah tersarung di jari manisnya. Dia memandang seketika jari manisnya itu lalu berkata sendirian di dalam hati.
Cantik juga cincin ni. Tak sangka pulak aku dah kahwin. Kata Cikgu Hazwani di dalam hati. Dia sudah bergelar menjadi isteri kepada  Idris Hafiz. Akhirnya, Aku Kahwin!
“Tahniah! Hazwani kerana dapat menjadi menantu ibu.” Ucap Puan Adibah sambil memeluk menantunya. Cikgu Hazwani hanya mampu tersenyum sahaja kerana dia sendiri tidak menyangka bahawa dia sudah berkahwin kerana sudah hampir 5 tahun dia menyendiri tanpa teman hidup di sisi. Mungkin ini jodoh daripada tuhan? Cikgu Hazwani tersenyum memandang ahli keluarganya dan akhir sekali ke arah suaminya.
“ Akhirnya dia senyum juga dekat aku. Sayangku Cikgu Hazwani.” Kata Cikgu Idris Hafiz di dalam hati sambil membalas senyuman isterinya. Keesokannya, majlis persandingan mereka berdua telah dilaksanakan di Hotel Bluewave di bandar Johor Bahru. Kedua-dua belah pihak mahu merasakan kemeriahannya suasana perkahwinan anak-anak mereka. Jadi, mereka bersetuju untuk melakukannya di hotel.
Kelihatan ramai tetamu yang hadir ke majlis mereka. Rakan-rakan guru, pengetua dan kakitangan sekolah mereka juga turut hadir. Kawan rapat mereka berdua juga turut hadir bagi menyambut hari bahagia mereka berdua.
Tidak lupa juga dengan Cikgu Reza, Cikgu Dahari dan Cikgu Zahrin yang tidak sabar-sabar mahu melihat pasangan pengantin bersanding nanti.
“ Aku betul-betul tak sangka yang Cikgu Idris boleh dapat tackle Cikgu Hazwani yang garang tu. Ilmu apalah yang dia guna sampai Cikgu Hazwani setuju nak kahwin dengan dia erk? Bertuahnya badan…” Ujar Cikgu Zahrin kepada rakan-rakannya sambil melihat reaksi Cikgu Reza yang sememangnya sudah kelat seperti tertelan asam boi. Kelihatan Cikgu Reza hanya diam sahaja tanpa membalas persoalan yang dikemukan oleh Cikgu Zahrin. Sejujurnya hatinya agak terasa juga kerana tidak dapat memiliki hati Cikgu Hazwani. Mungkin bukan rezeki dan bukan jodoh dia. Merananya hati ini.
Lebih kurang 1 jam lagi pengantin akan tiba bagi duduk bersanding di atas pelamin yng indah itu.
Kedengaran lagu Treat you better nyanyian Shawn Mendes membuatkan hati Cikg Reza semakin sakit kerana pada dia, dia boleh bagi layanan yang terbaik untuk Cikgu Hazwani berbanding Cikgu Idris.
I know I can treat you better than he can
And any girl like you deserves a gentleman
Tell me why are we wasting time
On all your wasted crying
When you should be with me instead
I know I can treat you better
Better than he can

I'll stop time for you
The second you say you'd like me too
I just wanna give you the loving that you're missing
Baby, just to wake up with you
Would be everything I need and this could be so different
Tell me what you want to do

'Cause I know I can treat you better than he can
And any girl like you deserves a gentleman
Tell me why are we wasting time
On all your wasted crying
When you should be with me instead
I know I can treat you better
Better than he can

Better than he can

Ketika di dalam bilik persolekan pula, Cikgu Hazwani menatap wajahnya di hadapan cermin. Dia berasa agak takut untuk bersanding pada hari ini. Kali pertama yang dia akan lakukan bersama suami tanpa cintanya. Dia yang lengkap berbaju pengantin berwarna ungu gelap menampakkan lagi aura kecantikannya.
Warna baju pengantin mereka itu merupakan permintaan daripada suaminya. Warna permintaannya dia pula mahu warna kelabu . Hari persandingan bagi pihak belah perempuan pula akan dilakukan pada minggu hadapan. Hari ini majlis persandingan bagi pihak lelaki dahulu.
Beberapa minit kemudian, kelihatan pintu diketuk oleh seseorang. Terjegul muka suaminya yang segak memakai tanjak di atas kepala. Terserlah auranya sebagai seorang lelaki Malaya. Yang beruntungnya Cikgu Hazwani yang dapat memiliki Cikgu Idris.
“ Sayang dah siap?” soal Cikgu Idris dengan nada yang lembut.
“ Dah.”
“ Cantiknya isteri saya ni. Tergoda pula saya.” Ujar Cikgu Idris dengan nada bercanda.
Cikgu Hazwani hanya tersenyum sahaja setelah mendengar pujian suaminya. Perasaan berdebar-debar menghurung di dalam hatinya.
Setelah semuanya selesai Cikgu Idris meminta diri dahulu untuk menunggunya di bawah. Dia akan menyambut Cikgu Hazwani di tangga sewaktu Cikgu Hazwani turun nanti.
“ Kak Min saya takutlah.” Beritahu Cikgu Hazwani sambil mula mengalirkan air matanya. Dia takut mahu berhadapan dengan kenyataan bahawa dia akan berkahwin dengan lelaki yang dia belum cintai.
“ Eh! Cikgu Hazwani, jangan takut. Perasaan macam tu biasanya akan hadir dalam hati kita bila kita nak bersanding. Kak Min pernah rasa benda sama. Jadi, akak nak kamu tenang dan cuba naikkan aura positif ya. Kamu perlu lalui hari perkahwinan kamu ini dengan tenang dan gembira okay.” Pujuk Kak Min selaku mak andam Cikgu Hazwani pada hari ini. Dia memujuk Cikgu Hazwani dengan memberikan kata-kata semangat dan mengelap lembut air mata yang mengalir di pipinya itu.
“ Terima kasih Kak Min! Saya akan cuba laluinya denga baik hari ini.” Balas Cikgu Hazwani dengan senyuman.
Setelah semuanya bersiap sedia, Cikgu Hazwani mula bergerak keluar dari bilik persolekkan menuju anak tangga yang terdapat suaminya untuk menyambutnya nanti.
Berdebar-debar jantungnya untuk turun ke bawah.
“ Pengantin perempuan dah nak turun!” jerit salah seorang kru perkahwinan itu.
“ Aduhai! Dia boleh jerit pula, aku dah lah tengah gementar.” Ngomel Cikgu Hazwani sambil jalan perlahan-lahan menuju anak tangga. Muncul sahaja wajah Cikgu Hazwani di anak tangga pukulan kompang sudah dimulakan. Cikgu Idris sudah bersedia untuk menyambut kehadiran isteri tercintanya. Pintu dewan utama sudah terbuka luas untuk menyambut kehadiran raja sehari itu. Dua buah kerusi sudah tersedia di muka pintu dewan utama untuk pasangan pengantin duduk sebentar bagi melihat acara pertunjukkan silat oleh beberapa ahli silat yang telah diupah.
Ramai jurukamera sudah menangkap gambar mereka berdua.
Hampir 10 minit kemudian, barulah pasangan pengantin itu masuk ke dalam dewan diiringgi dengan lagu Ku ikat Setia nyanyian kumpulan Hyperact yang diputarkan oleh Dj Radio yang diupah.
Setia yang ku ungkap seketika,
di ikatannya selama hayatku untuknya.
Kau hadirkan cahaya cinta itu,
menemani sepi malam jiwaku bersatu.
Hati yang mungkin meragui kasih kita,
kekal sempurna, percayalah.
Cintaku hanya mekar indah di sini,
ku harap kau mengerti inginku bersama.
Harapan jua, ungkapan manisnya berbicara,
cintaku padanya kasi kau terima.

Cikgu Idris memimpin lembut tangan isterinya yang sudah sejuk membuka bagai ais Frozen. Betul-betul gementar ya.
Maka, majlis persandingan mereka pun berlangsung dengan meriahnya tanpa sebarang gangguan.

Pada malam itu, mereka menginap seketika di rumah Puan Adibah dan Encik Shahir untuk beramah mesra dengan mereka. Kehadiran Hazwani disambut baik oleh keluarga mertuanya. Setelah berbual-bual, masing-masing sudah kelihatan penat dan bersedia untuk merehatkan diri. Hazwani membuntuti suaminya naik ke bilik mereka berdua. Dia berfikir sejenak sama ada dia mahu menanggalkan tudungnya atau tidak biarpun mereka sudah sah bergelar menjadi suami isteri.
“ Urmmm… awak tidur mana?” soal Hazwani ingin tahu sambil melihat keadaan di dalam bilik itu. Hanya terdapat sebuah katil bersaiz King, dan set sofa di situ sebagai tempat untuk merehatkan badan.
“ Saya tidur dekat atas sofa, awak tidur dekat atas katil tu. Jangan risau, saya tidak akan apa-apakan awak.” Balas Idris Hafiz sambil tersenyum memandang isterinya.
Tak apalah, dia belum bersedia lagi. Detik Idris Hafiz seketika.
“ Oh, okay.”
Cikgu Hazwani terus melabuhkan punggungnya di atas katil lalu menarik selimut untuk menutup tubuhnya.
Cikgu Idris Hafiz pula bergerak ke arah sofa yang berada di hadapan katil. Dia duduk di situ sambil memerhatikan isterinya yang sudah melelapkan mata dalam keadaan masih bertudung .
“ Hazwani… Hazwani… Aku tahu apa yang menyebabkan kau benci dekat semua lelaki. Kisah lama itu yang membuatkan kau rasa trauma untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki lain. Kau jangan risau sebab aku betul-betul ikhlas dengan kau dan aku akan jaga kau dengan baik sampai bila-bila.” Kata Cikgu Idris Hafiz di dalam hati sambil leka memandang isterinya. Kelihatan Cikgu Hazwani sudah lena diulit mimpi manakala suaminya sudah mula mahu melelapkan mata kerana kepenatan.
Kedengaran suara Cikgu Idris Hafiz sedang mengalunkan bacaan azan subuh di dalam bilik. Dia mengalunkan seruan azan dengan nada suara yang cukup tenang dan merdu sahaja membuatkan Cikgu Hazwani terjaga seketika. Cikgu Hazwani membuka kelopak matanya lalu menoleh ke arah suaminya. Dia melihat jam di dinding sudah menunjukkan ke angka 6 pagi. Cikgu Hazwani dengan pantas bangun daripada katil lalu masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri dan berwuduk. Hampir 10 minit kemudian, Cikgu Hazwani menunaikan solat berjemaah bersama suaminya. Setelah solat mereka selesai diikuti juga dengan doa, Cikgu Idris Hafiz menghulurkan tangannya kepada isterinya.  Cikgu Hazwani agak terpinga-pinga seketika tetapi dia menyalam lembut tangan suaminya. Terasa lembut dan getaran setelah menyentuh tangan suaminya. Cikgu Idris Hafiz mencium lembut dahi isterinya biarpun dia mengetahui bahawa isterinya akan terkejut. Benar! Cikgu Hazwani sangat terkejut dengan tindakan suaminya itu tetapi apa boleh buat benda sudah jadi, dia terima ajelah.
“ Jom turun bawah, kita sarapan sama-sama. Saya buatkan awak sarapan sebab saya nak awak rasa air tangan saya dulu.” Pelawa Idris Hafiz setelah selesai melipat sejadah.
“ Awak nak masak ke?” soal Hazwani dengan nada yang pelik.
“ Yup!”
Cikgu Idris Hafiz dengan pantas bergerak keluar daripada biliknya dan menuruni tangga untuk ke dapur. Cikgu Hazwani mengikuti suaminya turun ke bawah secara perlahan-lahan kerana dirinya masih berasa pelik dengan sikap suaminya itu.
“Sepatutnya aku yang kena sediakan sarapan untuk dia tapi dia pula yang sediakan sarapan untuk aku.” Desis Hazwani di dalam hati.
“ Awak duduk je sayang. Saya yang akan sediakan sarapan untuk awak buat hari ni ya.” Ujar Idris Hafiz sambil menarik kerusi untuk isterinya.
“ Kalau mak awak nampak macam mana? Nanti tak pasal-pasal saya pula yang kena membebel sebab tak sediakan sarapan untuk awak.” Balas  Hazwani dengan nada yang pelik.
“ Tak apa, awak jangan risau sebab mak tak akan tahu ya sayang.” Pujuk Idris Hafiz sambil meneruskan kerjanya.
Gulpp! Dua kali dia panggil aku sayang. Detik Hazwani di dalam hati.
10 minit kemudian, menu sarapan pagi mereka telah terhidang di atas meja iaitu Mee hoon goreng dan telur goreng berserta air teh o limau panas. Benar-benar membuka selera dan membuat perut Cikgu Hazwani berbunyi.
Kruk! Kruk! Kruk!
Cikgu Hazwani terdiam seketika sambil memegang perutnya yang berbunyi minat diisi itu. Mujur suamiya tidak mendengar yang dia sudah berasa lapar. Kalau tidak buat malu aje.
“ Jemput makan sayang. Nak saya suapkan tak?” pelawa  Idris Hafiz kepada isterinya.
“ Eh! Tak apa saya boleh makan sendiri. Terima kasih.” Tolak  Hazwani perlahan kerana malu dengan sikap suaminya yang terlebih penyayang itu. Dia menyeduk mee hoon tersebut lalu meletakkannya ke dalam pinggan suaminya terdahulu dan diikuti pula dengan pinggannya.
Usai sahaja membaca doa makan, mereka mula menjamu selera dengan penuh tertib. Cikgu Hazwani merasa sedikit mee hoon hasil air tangan suaminya. Boleh tahan juga rasanya!
“ Sedap tak sayang?” soal  Idris Hafiz ingin tahu.
“ Sedap.” Balas Hazwani sepatah sambil meneruskan suapannya.
Kelihatan Cikgu Idris Hafiz tersenyum setelah mendengar jawapan baik daripada isterinya. Ini baru permulaan untuk memikat hati isterinya. Banyak lagi misi lain yang belum dilakukan untuk memikat hati isterinya iaitu Cikgu Hazwani.
 “ Sayang, kalau awak nak tambah lagi tambahlah. Saya tahu awak lapar sebab saya dengar perut awak berbunyi tadi.” Tegur Idris Hafiz membuatkan isterinya terkedu seketika. 
“ Lah! Ingatkan tak dengar rupanya dia dengar pula.” Desis  Hazwani sambil menahan malu.
Hari-hari yang mendatang telah menjadikan hidup Cikgu Hazwani lebih bermakna dan bahagia biarpun hatinya baru sahaja hendak menyayanggi suaminya. Rasa sayang yang mula bersarang di dalm hati mula dibiarkan agar rasa cinta buat si suami dapat dipupuk. Dia tidak mahu menjadi isteri yang derhaka seperti dalam drama Suami Tanpa Cinta. Seorang isteri yang tidak dapat mencintai suaminya biarpun suaminya sudah melakukan apa sahaja untuk dirinya.
Rasa bahagia yang mula dirasai tidak selamanya kekal. Cikgu Hazwani diuji oleh tuhan untuk melihat dirinya tabah atau tidak mempertahankan rumah tangganya. Konflik mula berlaku apabila sepupu suaminya yang dari Singapura itu pulang ke Malaysia.
“ Hello, Idris aku dengan mak aku nak datang rumah kau ni. Kau ada dekat rumah ke?” soal Karlisa sewaktu dia dalam perjalanan untuk ke rumah Idris. Sebenarnya ibu Karlisa mahukan Idris mengahwini Karlisa atas sebab keluarga dan harta. Dia mahukan Karlisa hidup senang kerana Idris Hafiz merupakan salah seorang waris harta pusaka bapanya.
Jadi, untuk mengelakkan harta itu jatuh ke tangan orang lain ibu Karlisa telah mengaturkan rancangan untuk mengahwinkan anak daranya bersama Idris Hafiz.
“ Ada aje. Datanglah aku tunggu kau.” Balas Idris Hafiz sewaktu duduk di ruang tamu. Cikgu Hazwani yang baru sahaja hendak turun ke bawah telah menghentikan langkahnya setelah mendengar suara suaminya berbual dengan seseorang melalui telefon.
“ Okay, tunggu aku sampai.”
Kelihatan Cikgu Hazwani meneruskan langkahnya untuk pergi ke dapur  rumah tanpa mengendahkan suaminya yang duduk di ruang tamu. Hatinya mula berasa tidak sedap pada hari itu.
“ Sayang, nanti mak cik dan sepupu saya nak datang sini tau. Awak tolong sediakan air ya.” Pinta  Idris Hafiz perlahan sambil tersenyum memandang isterinya yang memakai baju lengan panjang dan berseluar slek hitam. Cikgu Hazwani memakai tudung bawal crepe berwarna hitam menampakkan lagi aura kejelitaannya.
“Assalamualaikum… Idris kita orang dah sampai ni.” Kedengaran suara orang memberi salam di luar rumah.
Cikgu Idris Hafiz bergerak ke pintu utama untuk menyambut tetamu yang datang. Cikgu Hazwani bergerak ke dapur untuk menyediakan minuman kepada tetamu yang datang.
“ Waalaikumsalam… hah! Jemput masuk semua.” Pelawa  Idris Hafiz kepada Karlisa dan ibunya.
“ Wah! Cantiknya rumah kamu ni Idris. Besar pula tu mesti banyak pakai duit ni.” Tegur Aunty Rozie sambil duduk di sofa mahal anak saudaranya.
Cikgu Hazwani telah mendengar serba sedikit bual bicara tetamu yang hadir itu. Berbual pasal rumahlah, kereta, duit. Semuanya berasaskan material sahaja. Kelihatan Karlisa sudah duduk di sebelah Idris Hafiz yang segak berbaju kemeja hitam itu.
“ Kau ni makin hensem erk. Mesti ramai awek ni.” Tegur Karlisa membuatkan cuping telinga Cikgu Hazwani dapat menangkap pujian terhadap suaminya itu. Dia sudah tidak sabar untuk keluar bagi melihat gerangan yang memuji suaminya itu.
“ Hahaha… mana ada aku biasa aje. Aku mana ada ramai awek. Aku setia dengan seorang perempuan aje iaitu bini aku.” Balas  Idris Hafiz sambil tersenyum memandang mereka berdua. Benar! Dia hanya setia dan sayangkan bininya sahaja iaitu Cikgu Hazwani.
Seperti diseru-seru akhirnya Cikgu Hazwani memunculkan dirinya sambil menatang dulang yang berisi air minuman buat mereka.
“ Eh bila kau kahwin?” soal Karlisa dengan nada terkejut sambil memandang wajah ibunya. Kelihatan wajah Aunty Rozie juga jelas terkejut dengan berita yang disampaikan oleh anak saudaranya itu. Melepaslah peluang dia untuk mengahwinkan anak perempuannya dengan si Idris ini.
Cikgu Hazwani terhenti seketika apabila melihat ada seorang wanita yang agak seksi duduk di sebelah suaminya. Kelihatan seorang wanita yang agak berumur memandangnya.
“ Idris, ini orang gaji kamu ya?” soal Aunty Rozie ingin tahu terhadap wanita yang sedang menatang dulang itu. Dia tidak mahu menyangka terlebih dahulu bahawa wanita itu ialah isteri kepada anak saudaranya ataupun bukan.
Idris menoleh ke belakang untuk melihat ke arah gerangan yang disebutkan itu.
Setelah mendengar pertanyaan tidak masuk akal itu, Cikgu Hazwani terus memerhatikan dirinya sama ada dia benar-benar kelihatan seperti orang gaji atau mak cik itu sengaja mahu mengenakannya di hadapan suaminya.
Terbakar pula hati Cikgu Hazwani pada ketika itu. Dulang yang berisi seteko air teh  dan 3 biji cawan serta sepinggan pisang goreng dipandang. Mengeletar pula tangannya kerana menahan sabar.
Karlisa turut memandang ke arah Cikgu Hazwani yang sedang menatang dulang itu. Tidak mungkin Idris Hafiz mempunyai orang gaji yang secantik ini. Tak mungkin!
“ Eh! Bukanlah Aunty Rozie. Ini isteri saya nama dia Shila Hazwani.” Sangkal Idris Hafiz sambil bergerak ke arah isterinya yang sudah jelas berubah riak wajah muka. Dia juga berasa panas telinga apabila mak ciknya mengatakan bahawa isterinya itu orang gaji. Hello! She’s is my wife okay!
Mereka berdua sangat terkejut setelah mendengar penjelasan daripada mulut Idris. Benarlah bahawa Cikgu Hazwani ini isteri kepada sepupunya. Tidak mampu berkata apa-apa melainkan memerhati sahaja wajah isteri Idris.
“ Oh! Isteri kamu rupanya. Bila kamu kahwin dan kenapa aunty tak tahu?” soal Aunty Rozie tidak puas hati dengan kenyataan itu.
Sebenarnya Puan Adibah telah memberitahu hal yang sebenar terhadap tujuan dan niat tidak baik adik iparnya itu. Oleh sebab itulah dia menyuruh Idris kahwin awal bersama calon pilihan hatinya sendiri. Dia tidak mahu anak bujangnya itu dipergunakan oleh adik iparnya itu. Disebabkan hal itu Idris tidak mahu menjemput Karlisa dan ibunya ke majlis perkahwinan dia dan Cikgu Hazwani. Biar mereka rasa sakit hati!
“ Bukan opah dah beritahu aunty ke?” pancing Idris Hafiz terhadap mak ciknya.
“ Mana ada!”
“ Ibu, dah jangan bergaduh dekat rumah orang. Malu depan si Hazwani ni.” Tegur Karlisa setelah melihat wajah ibunya yang sudah berubah berang. Hatinya turut terasa apabila orang yang dia suka sudah menjadi milik orang lain. Peluangnya untuk hidup bersama Idris sudah semakin nipis dan mungkin tidak ada peluang lagi.
“ Eh! Jemputlah minum air ni .” pelawa Cikgu Hazwani setelah keadaan sudah mula genting.
“ Terima kasih Hazwani.” Ucap Karlisa.
Kelihatan Aunty Rozie memandang Cikgu Hazwani dengan pandangan tidak puas hati. Rasa mahu diterkam aje perempuan ini kerana telah mengagalkan rancangannya untuk memiliki harta Idris.
Cikgu Hazwani duduk di sofa berhadapan dengan mak cik suaminya itu. Dia dapat merasakan wanita tua itu tidak puas hati terhadapnya. Tetapi mengapa dan apa yang telah dia lakukan? Adakah dia telah merampas Idris daripada anaknya? Hati Cikgu Hazwani sudah mula bersoal jawab sendiri. Cikgu Idris Hafiz dengan pantas duduk di sebelah isterinya. Karlisa pula sudah duduk keseorangan setelah Idris berpindah ke tempat isterinya. Perasaan cemburu sudah mula bersarang di dalam hatinya manakala perasaan tidak puas hati sudah bersarang dalam hati Aunty Rozie.

Ketika di dalam kereta kelihatan sesi luahan hati telah dimulakan antara dua beranak itu. Masing-masing berasa agak bengang dengan berita yang baru mereka terima bahawa Idris Hafiz sudah berkahwin. Sangat menyakitkan hati!
“ Ibu tak sangka betul dia orang sanggup buat kita macam ni. Dahlah tak jemput kita lepas tu boleh buat bodoh aje.” Marah Aunty Rozie sambil mencebikkan bibirnya. Karlisa yang pada waktu itu sedang memandu turut merasakan aura negatif ibunya. Hatinya turut terasa dan sakit apabila menerima berita itu. Pada awalnya ketika dia sampai di Malaysia dia sudah menaruh harapan agar perhubungan dia dengan Idris Hafiz dipermudahkan sehingga mereka berkahwin tetapi malangnya apa yang dia mahukan tidak dimakbulkan oleh tuhan. Idris Hafiz sudah berkahwin!
“ Karlisa! Ibu rasa kita tak boleh berdiam diri kita kena teruskan dengan rancangan kita.” Ujar Aunty Rozie tiba-tiba.
“ Nak teruskan apa lagi ibu. Dia tu dah kahwin. Faham tak yang dia tu dah kahwin. Karlisa dah tak ada peluang nak dapatkan dia.” Balas Karlisa dengan nada yang sedikit geram bercampur sedih.
“ Hey! Kau ni kenapa cepat putus asa sangat. Dia orang tu baru je berkahwin. Entah-entah bini dia tu tak cintakan dia. Selama ni si Idris tu mana ada awek tapi secara tiba-tiba je kita dapat tahu Idris tu dah berkahwin. Kau tak rasa pelik ke?”
“ Ke dia orang dah tahu plan kita ibu?” duga Karlisa perlahan dengan muka yang sedikit cuak.
“ Ibu rasa tak kot…” balas Aunty Rozie dengan nada mendatar.
Pada malam itu, Idris Hafiz menaiki tangga untuk menuju ke bilik bagi melihat keadaan isterinya yang hanya mendiamkan diri dari tadi. Apa yang dilakukan oleh wanita itu pun dia tidak tahu. Setelah langkahnya semakin hampir menuju bilik mereka, Idris Hafiz seperti terlihat seseorang sedang menulis sesuatu sambil mulutnya mengomel. Idris mengintai sedikit di celahan pintu yang tidak tertutup rapat itu.
“ Hari ni aku rasa tak boleh blah langsung. Ada ke mak cik tadi cakap aku ni orang gaji si Idris. Hello! Aku ni low class sangat ke sampai anggap aku macam tu. Aku sikit punya lawa dia boleh anggap aku orang gaji. Tak guna betul. Lagi satu hal, siapa perempuan seksi tu nak duduk rapat-rapat dengan Idris. Tak tahu ke yang si Idris tu suami aku. Ish! Sakit pula hati kita ni.” Ngomel Hazwani sendirian dengan nada marahnya.
Idris Hafiz tergamam seketika setelah mendengar ngomelan isterinya tentang kejadian petang tadi.
“ Dah ada rasa jeles ya sayang.” Detik Idris di dalam hati sambil tersenyum. Syukurlah apabila isterinya sudah mula ada rasa cemburu terhadap dirinya. Maknanya, perasaan suka dan sayang sudah ada untuk dirinya sebagai seorang suami. Rasa gembira sangat-sangat membuatkan Idris Hafiz mahu sahaja menerjah masuk ke dalam bilik dan memeluk isterinya sebagai tanda terima kasih. Tetapi dia tidak gelojoh sebegitu. Dia mahu memberikan Hazwani ruang dan masa agar rasa cinta untuk dirinya sebagai seorang suami dapat dipupuk.
Tuk! Tuk! Tuk! Pintu bilik diketuk membuatkan Cikgu Hazwani terkejut seketika. Dengan pantas dia menyimpan buku diarinya di bawah bantal agar tidak dapat dibaca oleh suaminya.
“Sayang, buat apa tu?” tegur Idris dengan nada yang sangat lembut. Dia mengambil tempat di hujung katil sambil memerhatikan isterinya yang sedang memakai tudung berwarna ungu. Warna kegemarannya pula tu! Rasa cun pulak bininya malam ni.
“ Tak ada buat apa. Saya nak tidur sebab dah ngantuk sangat.” Jawab  Hazwani dengan nada yang cuba dikawal.
“ Are you okay sayang? Lepas sepupu dan mak cik saya balik tadi awak diam aje. Saya ada buat salah ke?” soal Idris Hafiz cuba mengetahui isi hati isterinya yang sebenar walaupun dia telah curi-curi dengan sewaktu dia mengintai bininya tadi.
“ Urmm tak ada apa-apalah. Saya okay aje tak kisah pun pasal dia orang tadi. Buang masa saya sahaja.” Balas Hazwani sinis biarpun hatinya agak rasa sakit sikit tadi tentang mulut celupar mak cik tua tadi!
“ Oh kalau pasal saya awak kisah tak?”
Hazwani menjeling seketika terhadap wajah suaminya. Sengaja nak umpan aku ke?
“ Entahlah. Macam tak kisah aje.” Balas Hazwani acuh tak acuh.
Hati Idris sudah terasa ngilunya tentang jawapan yang keluar daripada mulut Hazwani. Sampainya hati dia tidak mahu ambil kisah tentang diri suaminya. Idris Hafiz berasa agak terasa sedikit dengan kata-kata Hazwani.
“ Tak apalah kalau tak kisah pasal saya. Saya tidur dulu.” Balas Idris Hafiz dengan suara yang sayu sambil beralih ke sofa untuk tidur. Dia tidak mahu melayani isterinya lagi kerana kata-kata isterinya telah menyebabkan hati lelakinya terguris seketika.
“ Aik! Marah ke aku cakap macam tu. Tadi beria-ria tanya macam-macam. Bila dah jawab dia pulak yang marah. Aku salah cakap ke?” Hazwani bersoal jawab sendiri sambil menutup lampu bilik. Dia baring di atas katil sambil cuba melelapkan matanya. Ternyata tidak boleh kerana jiwanya tidak tenang. Mungkin sebab dia telah menyakiti hati suaminya tanpa sedar.
Maafkan saya Idris. Bisik hati kecil Hazwani lalu cuba melelapkan matanya.
Keesokkannya…
Usai sahaja Hazwani dan suaminya menunaikan solat subuh,Idris Hafiz terus keluar dari bilik untuk menuju ke dapur. Hazwani mula berasa pelik dengan sikap dingin suaminya. Selalu selepas solat Idris Hafiz akan menunggunya bersiap-siap bagi sarapan bersama tetapi hari ini lain pula jadinya. Dia masih terasa ke dengan kata-kata aku semalam.
detik hati Hazwani seketika sambil memerhatikan sahaja langkah suaminya meninggalkan bilik.
Hazwani bergerak ke meja solek untuk mencapai telefonnya yang sedang menunjukkan bahawa ada orang sedang menghantar kiriman mesej kepadanya.

Saya dah ada dalam kereta. Saya tunggu awak bersiap untuk pergi kerja. Jangan lambat. – My Hubby

Hazwani menjadi semakin pelik kerana suaminya tidak pernah mesej sebegini. Kalau mahu pergi kerja pun suaminya akan datang ke bilik untuk memanggilnya ataupun memanggilnya daripada bawah. Tetapi hari ini semuanya telah berubah hanya disebabkan peristiwa semalam.
Hazwani berasa agak sedih dan terasa dengan perubahan suaminya itu.
Dia menulis sesuatu di dalam diarinya lalu menyimpannya di dalam beg galasnya. Dia bergerak menuju ke kereta untuk pergi ke tempat kerja bersama suaminya.
 Perjalanan mereka hanya ditemani dengan lagu-lagu radio sahaja. Tidak seperti hari-hari biasa kerana Idris Hafiz ada sahaja perkara yang mahu dibualkan yang boleh membuatkan hari Hazwani ceria. Hari ini sangat berbeza dan membuatkan Hazwani seperti orang asing. Oh! Aku tidak suka keadaan sebegini.
Sewaktu sedang memandu tiba-tiba Idris Hafiz menekan brek kecemasan kerana memberikan laluan kepada pelajar sekolah untuk melintas.
Tanpa sedar beg galas Hazwani yang sememangnya terbuka telah terjatuh ke bawah menyebabkan semua buku terkeluar dari beg galas itu. Hazwani cepat-cepat mengemas dan memasukkan kembali buku-buku yang terkeluar dari beg galas tersebut tetapi dia terlupa untuk mengambil buku diarinya yang sudah terselit di bawah tempat duduknya. Barangkali dia tidak perasan tentang buku itu.
Sampai sahaja di sekolah Hazwani terus melangkah keluar dari kereta setelah bersalam dengan suaminya. Idris hanya memerhatikan sahaja langkah isterinya keluar dari kereta. Dia mahu menguji Hazwani supaya belajar menerima dan menghormati perasaannya sebagai seorang suami . Sewaktu Idris mahu mengambil beg kerjanya di bahagian belakang. Dia seperti ternampak sesuatu objek sedang berada di bawah kerusi isterinya. Dia mengambil objek tersebut lalu membaca catatan yang terdapat pada kulit buku itu.
Kisah Hidupku Si Cikgu Hazwani
Idris Hafiz sudah tersenyum memandang buku itu. Sudah pasti buku ini adalah diari kesayangan bininya. Pasti banyak kisah tentang isterinya yang dia belum tahu dan tentang rumah tangga mereka. Rasa tak sabar nak baca pula.
Idris Hafiz menyimpan buku diari itu ke dalam beg supaya selamat dan tidak dicuri oleh orang lain. Masa balik sahaja dia akan pulang kepada isterinya.
“ Aduh! Mana pulak buku diari aku ni?” ngomel Cikgu Hazwani sendirian sambil mencari-cari buku diarinya di dalam beg galas. Dia mula berasa cuak kerana buku itu sudah tidak ada dalam beg galas. Habislah segala rahsia dan luahan hati yang telah ditulis dalam diari itu terbongkar gara-gara kecuaiannya sendiri. Dia cuba mengingati semula di mana kedudukan terakhir buku diari itu.
“ Mesti tertinggal dalam kereta Idris tadi. Haih! Janganlah dia jumpa buku tu.” Detik Cikgu Hazwani di dalam hati sambil membuat muka masamnya. Jam di dinding dipandang seketika. Jarum jam sudah menunjukkan ke angka 12 tengah hari. Lebih kurang 1 jam setengah aje masa kerjanya akan berakhir.
Kelihatan Cikgu Idris Hafiz sudah menunggu kehadiran isterinya di dalam kereta. Dari jauh dia sudah dapat melihat wajah cemberut isterinya. Pasti pasal buku diarinya yang hilang itu.
Usai sahaja Cikgu Hazwani masuk ke dalam kereta, dia telah meraba-raba di sekitar bawah tempat duduknya. Kosong! Cikgu Hazwani sudah mula berasa berang kerana buku diarinya masih tidak jumpa.
“ Apa awak cari?” tegur Idris Hafiz mendatar.
“ Buku saya. Awak ada nampak atau terambil tak?” soal Hazwani pula sambil cuba mencari lagi buku diarinya itu.
“ Tak nampak pun. Buku diari awak pun saya tak tahu yang mana satu.”
“ Ish! Yela tu awak tak nampak. Awak jangan bohonglah Idris. Kalau terambil lebih baik pulang balik kerana buku tu sangat penting bagi saya.” Beritahu Hazwani dengan nada yang sedikit geram.
“ Saya penting tak bagi awak?” soal Idris tiba-tiba sambil meneruskan pemanduannya.
“ Jangan tanya soalan merepek boleh tak. Saya tengah cakap pasal diari saya. Tolong jangan kusutkan fikiran saya boleh tak?!” Marah Hazwani secara tiba-tiba membuatkan suaminya mendengus geram.
Idris meneruskan pemanduannya untuk sampai ke rumah dengan lebih cepat kerana dia dapat merasakan peperangan antara mereka akan berlaku. 5 minit kemudian, mereka tiba di rumah dalam keadaan hati yang sedang membara.
Idris keluar dari kereta dengan mencapai beg galasnya untuk masuk ke dalam rumah.
Hazwani yang masih tidak berpuas hati terus masuk ke dalam rumah bagi menyoal suaminya semula.
“ Idris! Saya tanya lagi sekali mana buku diari saya! Janganlah nak amik hak saya!” soal Hazwani dengan nada yang penuh kemarahan.
“ Saya tak amiklah buku diari awak tak payahlah nak tuduh-tuduh orang.” Balas Idris dengan nada yang marah.
“ Habis tu siapa lagi yang amik kalau bukan kau! Bagilah balik buku aku!”
“ Hazwani! Kau sedar tak aku ni siapa? Aku ni suami kau tau. Aku cakap aku tak amik, aku tak amiklah. Kau nak sangat buku kau kan. Nah! Kau amik buku kau ni balik. Kau yang tercicir kau salahkan aku pulak. Kau ni isteri yang dah melampau!” tengking Idris dengan penuh rasa marah lalu mengeluarkan buku diari isterinya dan mencampakkannya ke lantai.
Kelihatan Hazwani sudah terkedu dan tergamam setelah ditengking oleh suaminya. Kolam air matanya sudah penuh membuatkan dirinya sudah mahu menangis. Dia tidak sangka akan dimarahi sebegitu. Ternyata bukan salah suaminya tetapi salahnya sendiri. Dia yang tidak mencari buku itu dengan betul sewaktu beg galasnya terjatuh ke bawah tempat duduknya. Dia berasa sangat berdosa dan menyesal kerana menengking dan memarahi suaminya.
“ Kau pentingkan sangat buku ni daripada suami kau sendirikan? Sekarang kau tinggallah dengan buku kau ni. Aku tak penting bagi kau lagi!” Idris melontarkan kata-kata kemarahannya kepada Hazwani lalu mencapai kunci kereta dan keluar daripada rumah. Dia mahu mencari ketenangan setelah bergaduh dengan isterinya.
Idris menghidupkan enjin kereta lalu menekan pedal minyak dan memecut laju keretanya meninggalkan pekaranggan rumahnya.
Hazwani terduduk sambil menangis kerana hatinya cukup marah dan kecewa dengan diri sendiri kerana telah bercakap kasar dengan suaminya sehingga mereka bergaduh besar.
 Ya allah! Apa yang telah terjadi sekarang ini. Aku rasa sangat menyesal kerana tidak menjaga perasaan suami aku sendiri. Aku sudah menjadi isteri derhaka. Ampunkan aku ya allah! Ampunkan saya Idris!
kata Hazwani di dalam hati sambil menangis teresak-esak. Air matanya gugur lalu jatuh di atas buku diarinya.

Puan Adibah melihat ke luar jendela setelah mendengar bunyi enjin kereta anaknya tiba di hadapan rumah. Dia bergerak ke pintu utama untuk menyambut kepulangan anaknya.
“ Assalamualaikum ibu! Maafkan abang  sebab ganggu ibu hari ni. Abang ada masalah dengan Hazwani dan kami baru lepas gaduh besar tadi. Abang nak stay sini dalam 2 atau 3 hari . Abang nak tenangkan diri.” Beritahu Idris serba ringkas tentang masalah yang berlaku dalam rumah tangganya.

Jelas kelihatan riak wajah Puan Adibah berubah terus setelah mendengar ucapan anaknya.
“ Waalaikumsalam. Idris! Apa dah jadi ni. Cuba cerita dengan ibu kenapa korang berdua bergaduh? Hazwani sekarang dekat mana?” soal Puan Adibah dengan nada yang cemas.
“ Dia dekat rumah sorang-sorang.” Balas Idris dengan nada yang sayu sambil memeluk tubuh ibunya.
“ Idris kenapa boleh jadi macam ni. Cerita dengan ibu apa yang berlaku sebenarnya ni?” Soal Puan Adibah ingin tahu sambil cuba menenangkan anak lelakinya.
“ Nanti abang cerita. Abang masuk dulu ibu.” Pamit Idris lalu masuk ke dalam rumah.
Puan Adibah mengurut lembut dadanya kerana perasaan risau yang sangat mendalam telah menganggu hatinya pada masa itu.
Ya allah! Apa yang terjadi dalam rumah tangga anak aku ini. Detik Puan Adibah di dalam hati sambil bergerak masuk ke dalam rumah.

Pada malam itu Hazwani mengurungkan dirinya di dalam bilik. Dia masih bersedih terhadap apa yang telah berlaku pada hari ini. Dia tidak lalu makan dan tidak mahu tidur kerana perasaan sedih dan bersalah terhadap suaminya yang sangat mendalam membuatkan dirinya tidak tenang pada malam itu.
“Kau pentingkan sangat buku ni daripada suami kau sendirikan? Sekarang kau tinggallah dengan buku kau ni. Aku tak penting bagi kau lagi!”
Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata suaminya pada petang tadi. Dia berasa sangat sedih dah bersalah terhadap suaminya. Maafkan saya Idris!
mohon Hazwani di dalam hati sambil memandang gambar suaminya di dalam telefon bimbit.
Keesokkannya…
“ Assalamualaikum Hazwani!” ucap Alia kawan rapat Hazwani ketika mereka berada di sebuah Restoran Secret Recipe di City Square.
“ Waalaikumsalam Alia. Akhirnya kau datang juga. Aku perlukan bantuan kau.” Balas Hazwani sambil menangis teresak-esak. Dia terpaksa mengambil cuti kecemasan pada hari ini kerana dia mahu bertemu dengan sahabatnya.
“ Hazwani, kenapa ni? Cuba cerita dengan aku apa yang berlaku. Kenapa kau menangis?” pujuk Alia sambil cuba menenangkan Hazwani.
Hampir setengah jam mereka bercerita tentang masalah Hazwani. Kini giliran Alia pula memberikan pendapatnya.
“ Aku rasa kau patut pergi cari suami kau dan minta maaf dekat dia. Kau cakap kau perlukan dia, kau dah mula sayang dan cintakan dia. Kau pujuk dia balik. Jangan derhaka terhadap suami kau.” Nasihat Alia kepada Hazwani.
“ Sebelum tu aku nak tanya kau, kau sayang dia tak? Kau cintakan dia tak?” sambung Alia lagi sambil memerhati reaksi Hazwani.
Lama Hazwani mendiamkan diri sambil memikirkan semula kata-kata temannya itu.
Aku dah mula sayang dia. Aku dah mula cintakan dia. Aku nak suami aku balik!
“ Aku sayang dan cintakan dia Alia. Aku nak Idris balik! Aku nak suami aku balik!” balas Hazwani dengan nada tegasnya.
“ Kalau macam tu kau cuba call dia. Minta maaf dan pujuk dia supaya balik rumah.” Cadang Alia lagi.
“ Aku dah cuba call, mesej tapi semuanya dia tak balas. Aku rindukan dia Alia! Aku nak dia balik!” balas Hazwani dengan nada yang sayu.
“ Kau dah cuba cari dekat rumah mak mertua kau ke belum?”
“ Belum.”
“ Kalau macam tu kau pergilah cari sekarang.Lagi cepat korang settle lagi bagus. Tak baik gaduh lama-lama. Kau tak nak derhakakn. Kau tak nak masuk nerakakan?” arah Alia dengan segera.
Hazwani menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu dengan kata-kata Alia.
“ Kalau macam tu baik kau pergi rumah mak mertua kau dan cari suami kau. Kau kena pergi cepat sebelum terlambat.” Gesa Alia lagi membuatkan semangat Hazwani berkobar-kobar untuk memujuk suaminya semula.
“ Baiklah aku pergi sekarang. Thank Alia sebab tolong nasihatkan aku dan bagi pendapat kau. Terima kasih sangat-sangat babe. Aku gerak dulu ya.” Pamit Hazwani setelah mengucapkan terima kasih.
Hazwani terus bergerak menuju ke car park untuk pergi ke rumah mak mertuanya di Bandar Seri Alam. Biarpun jauh dia akan cuba pergi untuk menemui suaminya semula. Dia ingin memohon maaf daripada suaminya atas kesilapannya dahulu.
“ Sayang! Saya datang nak jumpa awak!” detik Hazwani di dalam hati sambil tersenyum biarpun sisa air matanya masih ada lagi.
Ketika di rumah ibunya, Idris Hafiz merasakan hatinya berdebar-debar. Macam sesuatu perkara yang akan berlaku. Adakah perkara buruk akan berlaku ke atas dirinya atau mungkin diri isterinya Hazwani? Perasaannya menjadi tidak enak dan semakin berdebar-debar.
Hampir setengah jam Hazwani memandu kereta Myvinya ke Bandar Seri Alam, akhirnya dia tiba di hadapan rumah mak mertuanya di Jalan Tasek . Kelihatan kereta M6 milik suaminya turut berada di situ membuatkan dirinya berasa gembira dan tidak sabar untuk berjumpa dengan suaminya.
“ Assalamualaikum! Ibu, ayah! Hazwani datang ni. Sayang! Saya datang ni!” ucap Hazwani di pintu pagar rumah Puan Adibah.
“ Waalaikumsalam Hazwani kamu datang rupanya. Ibu risaukan kamu nak.” Balas Puan Adibah sambil memeluk menantunya.
“ Ibu, Hazwani nak jumpa Idris. Dia adakan? Hazwani nak minta maaf dekat dia.”
“ Dia ada sayang. Dia dekat dalam kamu pergilah pujuk dia.”

 Kelihatan Idris Hafiz baru sahaja turun dari bilik untuk melihat gerangan yang datang. Tidak semena-mena matanya telah menangkap sesusuk tubuh wanita yang memakai tudung berwarna ungu sedang memandangnya dengan penuh senyuman.
“ Sayang! Maafkan saya sayang sebab selama ni saya tak jaga perasaan awak. Saya tak hormat awak sebagai seorang suami. Saya minta maaf sayang. Saya janji saya tak buat lagi dan saya nak jadi isteri yang solehah untuk awak. Maafkan saya Idris.” Mohon Hazwani dengan tangisan sambil memeluk suaminya.
Pada mulanya Idris berasa agak kekok dan terkejut dengan tindakan isterinya yang sanggup datang untuk memujuk dirinya dan yang paling tidak sangka, isterinya sedang memeluk tubuhnya dengan penuh rasa kelainan. Mungkin dengan rasa rindu bercampur sayang dan kemudian menjadi cinta? Mungkin!
Idris membalas pelukan isterinya dan mengusap lembut kepala isterinya. Dia menghadiahkan sebuah ciuman ikhlas di dahi isterinya sebagai tanda kasih dan sayangnya terhadap Hazwani. Sayangku Cikgu Hazwani!
“ Hazwani, saya maafkan awak sayang. Saya dah maafkan segala kesilapan awak. Sekarang saya nak tanya awak ni.” Balas Idris dengan senyuman manisnya.
“ Apa dia sayang?”
“ Awak sayang saya tak?”
“ Mestilah sayang!”
“ Awak cintakan saya tak?”
“ Ya! Saya cintakan awak. Saya cintakan suami saya ni.”
“ Awak nak setia hidup dengan saya sampai bila-bila tak?”
“ Ya! Saya nak setia bersama awak sampai bila-bila.”
“ Betul Hazwani?”
“ Ya betul! Saya sayangkan awak, cintakan awak sepenuh hati dan akan setia dengan awak sampai bila-bila.” Balas Hazwani dengan rasa yakin lalu mengeratkan lagi pelukan suaminya. Rindu dan kasihnya terhadap Idris semakin membuak-buak.
“ Saya pun sayangkan awak dan cintakan awak Hazwani. Sayang sampai bila-bila!” balas Idris sambil mencium lembut pipi isterinya.
Puan Adibah dan Encik Shahril tersenyum lega kerana nak menantunya telah berbaik semula. Rasa kesyukuran diberikan kepada ilahi kerana memberi peluang kepada pasangan suami isteri ini untuk kembali hidup bersama semula. Semoga kekal bahagia sampai bila-bila. Insyaallah.. aminn.
                                                 TAMAT

Friday, 15 April 2016

CERPEN IMAGINASI

SMK Bandar Seri Alam
Jam di dinding sekolah sudah bergerak ke angka 7.30 pagi. Aina Najihah selaku juruacara pada pagi itu sedang mengarahkan para pelajar beratur ke dalam barisan mengikut staggerd kelas masing-masing. Para pengawas yang bertugas juga membantu para pelajar beratur ke dalam barisan kelas dengan kemas dan teratur. Guru-guru pula sedang mengambil kedatangan para pelajarnya. Suasana pada pagi itu agak tenang dan masih terkawal. Kelihatan di atas pentas, Pengetua, Puan Shamiah Binti Ismail , barisan Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Pendidikan Khas  dan barisan guru cemerlang serta barisan guru yang berkhidmat di sekolah itu.
Erina, Dian, Syauqa dan Hani sedang bertugas di belakang barisan pelajar perempuan. Mereka selaku pengawas sekolah yang berdedikasi sedang menjalankan tugas dengan penuh bertanggungjawab dan amanah. Buku catatan MMBMMBI sudah berada di tangan masing-masing dan bersedia untuk menulis isi penting yang akan disampaikan oleh guru bertugas serta Pengetua sekolah itu.
Kelihatan pada bahagian hadapan barisan lelaki pula, sekelompak pengawas lelaki yang terdiri daripada Muaz, Fuad, Yusoff, Izzat sedang menjalankan tugas mereka. Ketua pengawas pula iaitu Aliff sedang berdiri dengan penuh gah berhampiran mereka. Dia yang segak memakai Blazer menampakkan lagi ciri-ciri sebagai Ketua Pengawas. Juruacara iaitu Aina Najihah merupakan Naib Timbalan Pengawas. Dia juga memakai Blazer untuk menunjukkan auranya sebagai Exco Pengawas.
Usai sahaja Pengetua berucap, kini tibalah masanya untuk sorakan cemerlang SMK Bandar Seri Alam yang sering kali diagungkan oleh seluruh warga sekolah itu kerana sekolah mereka sahaja yang melaungkan sorakan Ultimet bagi pembakar semangat dalam jiwa seluruh warga sekolah.
Farhan Dzakirin pengawas kenit yang mempunyai suara yang nyaring melaungkan sorakan cemerlang dengan penuh bersemangat diikuti juga dengan para guru dan pelajar-pelajar.
Kelihatan Cikgu Zaki menunjukkan isyarat bagus kepada para pelajar kerana menunjukkan semangat yang luar biasa pada hari ini. Tamat sahaja Majlis Perhimpunan Rasmi sekolah semua pelajar bergerak masuk ke dalam kelas masing-masing diiringi dengan guru masa pertama ke kelas mereka.
“ Dian, lepas ni kita masa apa?” soal Erina sewaktu dia, Dian, Syauqa dan Hani sedang bergerak untuk masuk ke kelas masing-masing.
Addmath! Cikgu Salwa mesti bagi banyak kerja. Kerja yang lepas pun aku tak siap lagi sebab tak tahu nak jawab macam mana. Belum master lagi Bab Hukum Linear.”
Syauqa menyentuh bahu Dian dengan reaksi wajah terkejut.
“ Kau pun belum siap? Aku pun sama sebab tak faham.” Sambung Syauqa.
“ Tulah, aku pun ada tak lengkap sebab tak faham jugak. Tak apalah, nanti kita jumpa cikgu untuk ajar kita semula bab tu.” Cadang Erina sambil meneruskan langkahnya untuk ke kelas 5 Sains.
“ Okay korang aku masuk kelas dulu tau. Rehat nanti kita jumpa balik. Bye!” pamit Hani setelah mereka hampir tiba di hadapan kelas 5 Teknikal. Di hujung pintu belakang kelas 5 Teknikal, kelihatan Irfan Danish sedang menunggu kehadiran Hani.
“ Lambatnya awak ni nak masuk ke kelas. Lama saya tunggu tau.” Tegur Irfan dengan nada yang lembut.
“ Sorry…..” Hani memohon maaf sambil tersenyum.
“ Maaf anda diterima.” Balas Irfan sambil mengukirkan senyuman buat si dia.
 5 SAINS
Kelihatan Cikgu Salwa sudah berada di dalam kelas untuk memulakan sesi pengajarannya.
Sebelum memulakan sesi Pdp seisi kelas 5 Sains membaca doa sebelum belajar supaya ilmu yang bakal mereka pelajari diberkati dan mudah difahami. Insyaallah…
“ Baiklah kelas, macam mana dengan homework yang saya bagi bab Hukum Linear. Kamu semua boleh buat tak?” soal Cikgu Salwa prihatin terhadap masalah anak-anak muridnya.
“ Tak fahamlah cikgu sebab tu tak dapat siapkan semua.” Beritahu Suraya dengan suaranya yang kuat.
“ Kurang faham!” sahut Fuad.
“ Apalah korang ni soalan senang pun takkan tak dapat jawab?” soal Amir dengan mimik mukanya yang agak menjengkelkan.
“ Kau budak pandai bolehlah!” Marah Suraya sambil mencebikkan bibirnya.
“ Entah! Budak pandai memanglah pandai jawab. Tak macam kita orang, tak berapa nak pandai.” Sampuk Batrisyia pula.
“ Eleh! Aku mana ada pandai. Haidah dengan Dinesh lagi pandai.” Balas Amir tidak mahu kalah.
Haidah dan Dinesh yang merupakan pelajar cemerlang di dalam kelas itu menoleh ke arah Amir setelah nama mereka disebut.
“ Hey, Amir, saya mana ada pandai. Biasa ajelah.” Balas Dinesh merendah diri.
“ Aku pun!” sambung Haidah.
kelihatan Cikgu Salwa menunjukkan reaksi wajah dengan senyuman sinisnya. Macam ni rupanya gelagat warga 5 Sains.
“ Kelas, minta perhatian semua! Sudah-sudah, jangan bergaduh lagi. Cikgu akan mengajar semula bab tu dan bincang soalan mana yang kamu tak dapat jawab okay?” Kali ini Cikgu Salwa bersuara bagi menghentikan suasana yang mula bising di dalam kelas itu.
“ Baiklah Cikgu!” sahut seisi kelas.
Mereka mengeluarkan soalan dan buku Addmath di atas meja masing-masing. Mereka menumpukan perhatian kepada pengajaran Cikgu Salwa yang berada di hadapan. Tangannya lincah menulis formula serta jalan kerja bagi soalan yang sedang dibincangkan bersama anak-anak muridnya.
Hampir 2 jam mereka menelaah subjek Addmath yang merupakan salah satu subjek sukar seperti Biologi, Fizik dan juga Kimia. Kini, mereka menghembuskan nafas lega kerana masa Addmath sudah tamat. Otak mereka sudah boleh berehat seketika sebelum meneruskan pembelajaran bagi subjek seterusnya.
“ Terima kasih kelas!” ucap Cikgu Salwa sambil memerhati wajah calon-calon cemerlang bagi SPM tahun ini.
“ Terima Kasih Cikgu Salwa!” balas seisi pelajar 5 Sains.

Pelajar Baru
Beberapa minit kemudian, masuk pula Cikgu Aidah selaku guru kelas dan guru subjek Bahasa Melayu mereka. Di sebelah Cikgu Aidah pula terdapat seorang pelajar perempuan yang mukanya ala-ala orang korea.  Wajahnya yang putih melepak membuatkan pelajar 5 Sains bersuara.
“ Fuhyoo! Ada awek macam korealah!” ujar Yussof.
“ Putih melepak siak!” sahut Muaz dengan senyuman sinis.
“ Boleh usyalah macam gini…” sambung Amir pula.
Manakala reaksi pelajar perempuan pula berlainan dengan reaksi pelajar lelaki.
“ Budak barulah weyh!” ujar Suraya dengan nada yang sinis.
“ Lawa pulak tu. Jeles aku!” sahut Batrisyia.
“ Klon Park Chorong Zahin sudah sampai…” sambung Erina sambil melirik ke arah Zahin. Tersenyum malu dia dibuatnya.
“ Wuuuu! Habislah Syauqa punya buah hati kena rembat.” Ujar Dian sebagai penambah perisi.
“ Ngeh! Tak adanya. Aku suka dekat Shaheizy Sam aku je!” Sangkal Syauqa.
“ Wuuuu! Tak nak kalah.” Sahut Huda pula diikuti gelak tawa seisi kelas tersebut.
Seisi kelas 5 Sains kedengaran agak riuh sedikit setelah munculnya pelajar baru yang tidak tahu asal-usulnya.
“ Sudah-sudah. Jangan bising sangat kelas. Apalah kamu ni ada pelajar baru pun nak kecoh sangat. Haih…. Bawa bertenang kelas!” tegur Cikgu Aidah tentang sikap para pelajarnya.
Excited sangat sebab nak dapat kawan baru. Muka cun pula tu!” balas Muaz dengan sengihannya.
“ Amboi!” sergah Cikgu Aidah.
“ Okay kelas ini rakan baru kelas kita. Dia baru pindah dari luar negara dan bersekolah dekat sini sebab ayah dia kerja dekat sini. Kamu semua jangan risau sebab dia fasih berbahasa Melayu. Awak boleh kenalkan diri.” Beritahu Cikgu Aidah sambil mengarahkan pelajar baru itu untuk memperkenalkan dirinya.
“ Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua…” pelajar baru itu mula memberi salam sebelum meneruskan sesi perkenalannya.
“ Nama saya Aireen Najwa Binti Melvin. Saya dulu tinggal dekat korea dan kini berpindah ke Malaysia sebab ayah saya kerja dekat sini. Rumah saya pula berdekatan dengan sekolah ini. Saya masih fasih berbahasa Melayu sebab saya pernah duduk di Malaysia sewaktu dahulu sebelum berpindah ke Korea. Kamu semua boleh panggil saya Aireen. Selamat berkenalan!”
“ Walaweyh! Duduk korealah. Best tak duduk sana?” soal Yussof ingin tahu.
Best jugak.” Balas Aireen dengan senyuman.
“ Kenal Park Chorong tak?” soal Hakim pula dengan niat untuk mengusik Zahin.
“ Ahli kumpulan Apink tu?” soal Aireen ingin kepastian.
Hakim mengangguk manakala Zahin pula sudah menumbuk bahunya.
“ Kenal. Dah pernah jumpa dah pun.”
Kelihatan seisi kelas bersuara tanda kagum. Cikgu Aidah menggelengkan kepalanya setelah melihat telatah anak-anak muridnya.
So, Zahin kau boleh rapat dengan dia untuk tanya lebih lanjut pasal Park Chorong.” Cadang Hakim sambil menepuk lembut bahu rakannya.
Kelihatan Syauqa sudah menunjukkan reaksi wajah kurang senang dengan cadangan Hakim. Melampau pula!
“ Sudah kelas. Aireen awak boleh duduk sebelah Erina kerana masih ada kosong. Sesuaikan diri dengan pelajar dalam kelas ini okay?” arah Cikgu Aidah sambil mendapatkan kepastian.
“ Baiklah Cikgu Aidah. Terima kasih.” Ucap Aireen lalu duduk di sebelah meja Erina yang masih kosong. Untungnya, Aireen sekumpulan dengan Zahin. Jadi, ada peluang Zahin untuk mengenalinya dengan lebih dekat bagi bertanyakan tentang diri Park Chorong iaitu artis kegemarannya.
Hubungan Yang Baru Terjalin
“ Aireen, awak memang minat korea ke?” soal Zahin sewaktu gadis itu sedang menulis sesuatu atas buku catatan.
“ Minat juga. Kenapa, awak pun minat jugak?” soal Aireen pula.
“ Memang minat pun. Dia minat gila dekat Park Chorong.” Sampuk Hakim membuatkan Zahin memandang sinis ke arahnya.
“ Memang fanatik ke? Mesti awak teringin nak jumpa dia kan?”
Zahin tersenyum nipis setelah mendengar soalan Aireen. Mana mungkin dia tak mahu jumpa dengan artis kegemarannya. Apa kan daya, terasa macam tiada peluang sahaja untuk berjumpa.
“ Tak ada peluang nak jumpa.” Balas Zahin dengan nada yang sayu.
“ Tak apalah, satu hari nanti saya pasti awak akan dapat jumpa jugak dia. Doa jelah banyak-banyak kepada Allah.” Balas Aireen sebagai penyalur semangat.
“ Terima kasih Aireen atas nasihat awak.” Ucap Zahin dengan senyuman. Alangkah indahnya kalau dia dapat mengenali gadis ini dengan lebih rapat. Pasti hubungan persahabatan yang baru terjalin ini menjadi lebih erat dan bermakna.
Usai sahaja subjek BahasaMelayu tamat, kelihatan Faizal mendekati Aireen.
“ Hai Aireen! Hari ini awak rehat dengan siapa?” tegur Faizal membuatkan kumpulan Force yang dianggotai oleh Erina, Batrisyia, Zahin dan juga Hakim tergamam memandang ke arah Faizal.
“ Sejak bila Faizal menjadi peramah pula ni. Dengan budak baru pulak tu.” Tegur Batrisyia dengan nada yang pelik.
“ Hehehe, aku saja aje nak berkenalan dengan dia sebab muka dia macam sepupu yang rapat dengan aku dulu.” Alasan Faizal.
“ Ceyh, cakap ajelah nak try dia.” Sambung Erina membuatkan Faizal tersenggih. Zahin sudah memandang pelik ke arah sahabatnya itu.
“ Macam nak potong line aku aje si Faizal ni.” Desis Zahin di dalam hati.
“ Saya rehat dengan sepupu saya nama dia Asyhari. Budak kelas akaun.” Beritahu Aireen membuatkan mereka semua tercengang.
“ Sepupu ke pakwe awak?” soal Erina ingin kepastian.
“ Sepupu sayalah.” Balas Aireen dengan penuh yakin.
“ Nasib baik sepupu kalau pakwe, melepas aku.” Ujar Faizal direct membuatkan Zahin sudah memandang sinis ke arahnya.
“ Amboi kau Faizal, lebih-lebih pulak. Dah pergi balik tempat kau sana. Sibuk aje dekat sini.” Halau Zahin dengan nada sedikit geram. Kacau daun betul.
“ Eleh kau Zahin. Biarlah aku nak stay sini, Aku nak berkenalan dengan si Aireen ni.” Balas Faizal tidak mahu kalah.
“ Kacau daun tau kau ni. Aku baru nak masuk jarum kau dah kacau line.” Jelas Zahin dengan nada tidak puas hati.
Selfishnya kau ni. Macamlah si Aireen tu nak dekat kau.”
Mereka berdua saling bertekak membuatkan Erina, Batrisyia , Hakim dan Aireen menutup telinga. Pelajar-pelajar yang lain sedang sibuk melakukan kerja masing-masing. Mereka tidak perasan perang mulut yang sedang berlaku antara Zahin dan juga Faizal. Kesemuanya berpunca tentang Aireen Najwa. Masing-masing mahu mendekati Aireen Najwa sehinggakan hubungan persahabatan mereka pun boleh goyah.
 Pilihan Hati Aireen
Semakin hari Zahin dan Faizal asyik berbalah antara satu sama lain membuatkan seisi kelas mula risau tentang diri mereka berdua. Maklumlah, kedua-duanya dahulu tidak begitu menonjol dalam kelas dari segi pergaulan tetapi sejak munculnya pelajar baru, mereka berdua semakin menonjol dari ke hari. Cikgu Aidah semakin pelik dengan sikap anak-anak muridnya itu.
“ Aireen,saya nak cakap yang saya dah mula sukakan awak.” Jujur Faizal ketika dia terlihat Aireen duduk keseorangan di meja bulat depan bilik Gapura Kasih.
Aireen yang pada ketika itu sedang menenguk air tersembur tanpa sengaja ke arah Faizal.
“ Ya allah! Sorry, saya tak sengaja tersembur tadi.” Pinta Aireen dengan nada yang cuak.
Faizal menoleh ke arah seluarnya yang basah terkena semburan air dari mulut Aireen itu. Dia menelan air liur tanda tidak menyangka bahawa gadis ini akan memberi reaksi sebegitu.
“ Urmmm, tak apalah sikit aje ni.”
Sorry tau! Apa awak cakap tadi?” soal Aireen memohon kepastian.
“ Saya cakap yang saya dah mula sukakan awak.” Jujur Faizal membuatkan Aireen tertelan air liur seketika. 
Dari sudut lain Erina dan Idris sedang bertugas di anjung perdana berdekatan dengan Gapura Kasih. Tanpa sedar, Erina baru terperasan kelibat Faizal yang sedang duduk berborak dengan Aireen.
“ Apa awak tengok tu? Soal Idris kepada buah hatinya.
“ Tu hah! Si Faizal sekarang dah mula nak usya budak baru kelas saya tu. Sejak bila hormon dia naik pun saya tak tahulah. Dulu dia tak macam ni.” Beritahu Erina dengan nada yang ragu-ragu tentang sikap Faizal.
“ Biasalah tu, kawan baru awak tu lawa , putih dan cantik mesti ramai budak lelaki minat dekat dia.” Puji Idris tanpa sedar membuatkan Erina memandang sinis ke arahnya.
“ Amboi, puji melambung nampak. Awak dah minat dia ke?” sergah Erina dengan nada yang geram. Idris menelan air liur kerana telah membuat Erina terasa sedikit.
Sorry sayang, saya tak bermaksud nak buat awak terasa atau cemburu. Saya hanya bagi pendapat aje. Hati saya tetap minat dekat awak.” Pujuk Idris dengan nada memujuk.
“ Eleh! Yela tu, entah-entah awak pun dah terminat dekat dia.” Balas Erina dengan nada cemburu.
“ Alololo, comel aje dia merajuk. Saya setialah, saya hanya nak dekat awak aje.” Jelas Idris lagi dengan harapan bahawa Erina percaya terhadap kata-katanya.
Erina mula hendak tersenyum tetapi cepat-cepat dia kawal kerana sengaja mahu mengusik Idris.
“ Faizal! Apa kau buat tu hah!?” jerkah Zahin dengan nada yang geram.
“ Apa masalah kau? Aku tengah berbual dengan Aireenlah.” Balas Faizal dengan nada sedikit tinggi. Pengacau betul si Zahin ni.
“ Berbual konon, aku dah cakap jangan nak rapat sangat dengan dia. Nanti Asyhari marah.” Jelas Zahin dengan nada yang dikendurkan.
“ Asyhari marah atau kau yang jeles sebab aku nak rapat dengan dia?” Tembak Faizal membuatkan Zahin memandang tepat ke arah bebola matanya.
“ Kalau ya kenapa? Dulu kau tak macam ni sekarang apesal kau nak try dia? Kalau kau dah tahu aku suka dekat dia tak payahlah kacau!” marah Zahin membuatkan tangannya sudah dikepalkan. Bersedia untuk menumbuk muka Faizal.
“ Ya allah apa korang berdua ni. Saya tak sukalah macam ni. Gaduh pasal perempuan buat apa? Untuk pengetahuan awak berdua saya tak ada minat dekat sesiapa pun termasuk awak berdua. Tolonglah jangan gaduh macam ni.” Tegur Aireen dengan nada sedikit tinggi membuatkan kedua-duanya terdiam seketika. Di dalam hati masing-masing sudah menyumpah antara satu sama lain.
“ Korang berduakan sahabat tetapi kenapa perlu bergaduh pasal perempuan? Hanya sebab cinta monyet semata-mata. Be a mature bro! SPM lagi penting!” nasihat Aireen sebelum berlalu meninggalkan mereka berdua yang tercengang seketika. Kan dah kena ceramah!
“ Yang lagi sorang tu siapa pula?” ternyata Erina dan Idris masih memerhatikan drama sebabak itu hingga ke penghujungnya.
“ Yang lagi sorang tu Zahin. Dia pun minat dekat Aireen jugak.”
“ Oh! No wonderlah kalau dia ramai peminat.” Balas Idris sambil memerhatikan drama sebabak itu lagi.
Perpisahan Kali Pertama
Kelihatan suasana kelas 5 Sains agak suram dan tidak riuh seperti sedia kala kerana pada hari ini Aireen Najwa akan berpindah semula ke Korea kerana sesi khidmat ayahnya di Malaysia sudah tamat. Hampir 3 bulan Aireen bersekolah di situ kini dia akan pulang ke tempat asalnya.
“ Saya mohon maaf atas segala kesilapan yang pernah saya lakukan sepanjang saya berada di sini. Mungkin kehadiran saya membuatkan hubungan persahabatan sesetengah daripada awak semua agak goyah. Saya minta maaf kepada pihak yang terlibat dalam masalah ini. Saya tidak mahu menjadi penyebab putusnya hubungan persahabatan antara kalian. Selama 3 bulan saya berada di sini, macam-macam saya lalui. Saya akan jadikan pengalaman ini sebagai satu coretan dalam diari hidup saya. Di sini, ada sedikit buah tangan untuk kamu semua termasuk Cikgu Aidah sekali. Diharapkan agar kalian sudi menerimanya. Saya ingin menyampaikan sesuatu pesanan kepada awak semua. Tidak kira apa jua keadaan, perubahan masa atau tempat, jangan putuskan hubungan persahabatan antara kalian. Hubungan persahabatan yang sudah lama terjalin itu lebih bermakna daripada cinta monyet yang baru dilalui. ” Ucap Aireen sebelum bersedia untuk melangkah meninggalkan sekolah itu. Dia bersalaman dan berpelukan dengan rakan-rakannya serta Cikgu Aidah buat kali terakhir. Pelajar lelaki turut merasa sayu atas pemergian Aireen. Zahin dan Faizal juga kelihatan agak sayu dan tidak bermaya.
“ Selamat tinggal kawan-kawan.” Pamit Aireen lalu melangkah keluar dari kelas 5 Sains.
“ Jaga diri Aireen!” ujar Suraya sambil melambaikan tangannya.
“ Jangan lupakan kita orang tau!” Pesan Muaz dan Fuad.
Reunion 5 Sains
Kelihatan masing-masing sudah menginjak ke alam dewasa. Hampir 6 tahun mereka meninggalkan zaman sekolah kini mereka sudah bekerjaya dalam bidang masing-masing. Ada yang sudah bertunang, sudah berkahwin, sudah menjadi doktor, sudah menjadi jurutera dan macam-macam lagi.
“ Hakim siapa aje yang belum datang?” soal Azharin  ingin tahu. Ketika itu dia dan rakan-rakannya yang lain sedang duduk di meja makan Hotel Renaissance. Mereka bersetuju untuk menyertai reunion  ini di Hotel Renaissance tempat di mana ayah Hakim bekerja. Atur cara majlis reunion ini dianjurkan atas idea Hakim sendiri lalu dipersetujui oleh rakan-rakannya yang lain. Sudah ramai yang tiba di majlis itu cuma yang tinggal hanyalah Aireen Najwa.
“ Sayang, kawan-kawan awak tunggu siapa lagi? Kenapa tak mula?” soal Idris iaitu suami Erina.
“ Tunggu Aireen Najwa budak baru yang dulu tu.” Jelas Erina kepada suaminya.
“ Oh! Budak tu.. saya ingatkan tunggu siapalah tadi.”
“ Erina cuba kau pandang belakang.” Beritahu Dian sambil menunjukkan ke arah seorang gadis yang sedang jalan beriringan dengan seorang wanita yang berkulit putih.
“ Siapa tu? Putih gila.” Soal Erina dengan nada yang teruja.
“ Entahlah… aku macam kenal yang kulit putih tu.” Sambung Syauqa sambil memerhatikan wanita yang dimaksudkan itu.
“ Park Choronglah!” jerit Syauqa tanpa sedar membuatkan rakan-rakannya yang lain memandang ke arah wanita yang dimaksudkan itu. Semakin lama, mereka berdua semakin menghampiri kelompok manusia itu. Aireen Najwa mengucap dengan penuh rasa syukur kerana dapat bertemu dengan rakan lamanya dahulu. Banyak perubahan yang telah berlaku. Masing-masing sudah semakin kacak dan jelita cuma hatinya memberontak untuk bertemu dengan seseorang.
“ Assalamualaikum! Hai korang ingat saya lagi tak?”  ucap Aireen kepada rakan-rakannya.
“ Waalaikumsalam… Aireen Najwakan?” soal Hakim memohon kepastian. Kelihatan Aireen mengangguk sambil tersenyum.
“ Apa khabar?” soal Aireen ingin tahu sambil matanya melirik ke arah seseorang yang dirinduinya. Dia masih macam dulu, masih berkaca mata,masih dengan raut wajahnya yang tenang.
“ Kami semua sihat. Awak macam mana pula?”
“ Saya sihat aje. Kenalkan ini Park Chorong ahli kumpulan Apink.” Kenal Aireen dengan sengihan dibibirnya.
“ Hah! Park Chorong?” Soal Zahin tidak percaya lalu mendekati wanita itu.
“ Saya pernah cakapkan dulu, satu hari awak akan dapat jumpa juga dengan artis kegemaran awak.” Ujar Aireen sambil bertentangn dengan Zahin.
“ Terima kasih Aireen sebab sudi tunaikan impian saya walaupun kita hanya kenal dalam tempoh yang singkat. Saya bersyukur sangat dengan apa yang saya dapat sekarang cuma saya rasa saya perlukan awak dalam hidup saya.” Ujar Zahin dengan nada yang disederhanakan. Bukan Aireen sahaja yang berasa rindu malah Zahin juga merasai benda yang sama apabila mereka berjauhan. Perkenalan yang singkat membuatkan hati masing-masing sudah tertarik. Cuma, penghujungnya bagaimana?
“ Apa maksud awak?” soal Aireen ingin kepastian.
“ Sebelum saya jelaskan, kenapa awak buat semua benda ni untuk saya?”
“ Sebab saya suka dekat awak dulu.” Balas Aireen tentang isi hatinya.
“ Sekarang suka saya lagi tak?” soal Zahin dengan kenyitan mata.
“ Errrrrr…” terkaku Aireen seketika.
Kelihatan rakan-rakan mereka sudah mula menumpukan perhatian terhadap drama sebabak yang sedang berlangsung itu. Ada yang teruja menantikan pengakhiran drama ini.
“ Saya masih suka awak macam dulu. Macam zaman sekolah dulu, macam cinta monyet dahulu.” Jujur Aireen sambil tersipu malu.
“ Walaweyh! Sweetnya korang……” ujar Amir yang pada ketika itu sedang duduk bersebelahan dengan tunangnya.
“ Itulah! Jeles saya tengok.” Sambung Dinesh pula.
“ Syauqa, sejak bila Zahin jadi sweet ni?”soal Erina cuba memancing reaksi sahabatnya.
“ Itu aku tak tahulah serius aku jeles!” balas Syauqa dengan nada yang geram lalu tersenyum sinis dengan drama itu tadi. Benarlah kata orang, tak semestinya cinta monyet itu tak bisa jadi cinta sejati walaupun hati masih setia menunggu biarpun beribu batu. Begitu juga dengan hubungan persahabatan, tidak semestinya bersahabat sudah sekian lama, hubungan itu tidak akan goyah melainkan ada pihak yang mengeratkan ikatannya sampai bila-bila.
TAMAT                                       
Dalam ingatan, rakan-rakan 5 Sains dan rakan di SMKBSA ini. Guru-guru yang disayanggi lagi dihormati. Seluruh warga SMKBSA dan keluarga tersayang. Nama anda dalam ingatan.
Penulis: Erna Nurhazwani Binti Razali – ENH
5 Sains