Bab 11
Semuanya sudah terbongkar
Kelihatan Amir Dahari baru tiba di pejabatnya dengan wajah yang murung. Semua staf di pejabatnya memandang pelik ke arah dirinya.
“ Shafina, kenapa dengan bos kita tu? Muram semacam aje..” soal Ungku Izreen Azminda kepada kawannya Shafina.
Shafina melihat wajah bosnya. Benar! Muram dan masam sahaja.
“ Aku pun tak tahu kenapa. Putus dengan girlfriend dia kot.” Balas Shafina.
“ Kau ni pandai-pandai aje. Eh! Encik Badri… sini sekejap.” Panggil Ungku Izreen kepada Badri Shahmin yang kebetulan baru lalu di hadapan meja mereka.
“ Hah! Ada apa panggil saya?” soal Badri Shahmin setelah berada di hadapan meja Ungku Izreen Azminda dan Shafina.
“ Encik Badri kenapa dengan Encik Amir tu? Masam semacam aje. Selalunya muka dia tak adalah ketat macam hari ni. Dia ada masalah ke?” soal Ungku Izreen kepada Badri Shahmin membuatkan lelaki itu memandang ke arah bilik Amir Dahari.
Kelihatan Amir Dahari bersandar pada kerusi empuknya sambil menutup mata.
“ Ya allah! Kenapa baru sekarang kau tunjuk semua ni. Aku dah mula cintakan dia tetapi kini dia sudah mahu menjadi milik orang lain. Aku tak kuat untuk menghadapi semua ini.” Detik Amir Dahari sendirian.
“ Tak apa. Saya akan cuba selidik hal ini. Kamu berdua sambunglah kerja dulu. Eh! Sekejap, mana kawan awak yang lagi sorang tu? Dia tak kerja ke hari ni?” soal Badri Shahmin yang baru tersedar bahawa kelibat Syauqa tidak ada di pejabat.
“ Dia cuti hari ni sebab sakit perut. Sengugut dia teruk sangat.” Beritahu Ungku Izreen.
“ Oh! Macam tu pula. Hah, baiklah..”
Kelihatan Badri Shahmin sedang bergerak ke bilik Amir Dahari.
Tuk! Tuk! Tuk! Pintu bilik diketuk oleh seseorang. Amir Dahari memberi kebenaran untuk gerangan itu masuk ke dalam.
“ Masuk!”
“ Bro! are you okay?” tegur Badri Shahmi lalu duduk berhadapan dengan Amir Dahari.
“No!” balas Amir sepatah dengan nada yang tegas.
“ So, what the problem? Share with me.” ujar Badri Shahmin dengan nada berhati-hati agar emosi Amir tidak terganggu .
Kelihatan Amir masih diam tanpa memberikan sebarang jawapan.
“ Tak apalah.. take your time. Nanti kalau dah bersedia nak cerita, panggil aku.” Ujar Badri Shahmin perlahan.
“ Okay.” Amir Dahari menyandarkan semula badannya lalu memejamkan mata. Otaknya masih buntu untuk menceritakan hal ini kepada Badri Shahmin. Dia sendiri tidak tahu kenapa.
Usai sahaja Dian mematikan enjin kereta di halaman rumah, dia melangkah masuk ke dalam rumah dengan perasaan yang berkobar-kobar.
“ Assalamualaikum… hello guys!” Ucap Dian kepada mereka yang berada di hadapan televisyen.
“ Waalaikumsalam…” jawab kami serentak.
“ Hah! Happy nampak. Kenapa ni?” soal aku tiba-tiba membuatkan Dian tidak senang untuk berdiri lama-lama. Dian terus melabuhkan punggungnya di atas sofa.
“ Aku ada suatu berita gembira nak share dengan korang.” Beritahu Dian yang masih samar-samar.
“ Apa dia?” soal Nurfa pula. Syauqa turut menumpukan perhatian kepada Dian.
“ Aku dah nak kahwin!” jelas Dian dengan nada yang gembira.
“What! Dengan siapa pula? Adam Syafiq atau Amir Dahari?” balas aku tidak percaya.
Kelihatan Syauqa dan Nurfa memandang aku dengan pandangan yang susah untuk ditafsirkan.
“ Amir Dahari mana pula?” soal Syauqa tiba-tiba.
“ Amir Dahari sebelah rumah kita nilah. Kau tak kan tak tahu yang dia tu admire dekat Dian ni.” Balas aku tidak semena-mena membuatkan Syauqa dan Nurfa tercenggang.
“ Jangan-jangan Amir Dahari bos kau tu Syauqa.” Ujar Nurfa kepada Syauqa membuatkan Syauqa terkejut seketika.
“ Oh! No… serius talk dia ke yang nak kahwin dengan kau Dian? Kalau korang nak tahu Amir Dahari tu bos aku. Dialah Amir Dahari yang aku suka masa zaman sekolah dulu.” Beritahu Syauqa kepada kami semua.
Kali ini aku dan Dian pula yang tercenggang.
“ Kau biar betul yang dia tu bos kau?” soal Aku tidak percaya. Dian juga berpandangan dengan aku bersilih ganti.
“ Ya!”
“ Eh! Korang ni kenapa? Bukan Amir Dahari or Adam Syafiq tapi……”
“ Tapi siapa?” soal Syauqa tidak sabar.
“ Shahzmer… Ya allah tak sangka dia dah balik sini. Mama aku call masa lunch tadi. Dia cakap Shahzmer nak meminang aku. Dia dah graduate.” Cerita Dian dengan penuh gembira dan teruja.
“ Wow! Congrate Dian. Aku happy sebab kau nak kahwin. Ada jodoh juga erk korang ni..” ujar aku sambil tersenyum.
“ Amboi! Mestilah…”
“ Fuh… aku terkejut juga bila Erin cakap kau nak kahwin dengan Amir Dahari. Last-last, kau nak kahwin dengan Shahzmer. Apa-apa pun tahniah..” ucap Syauqa pula. Nurfa turut gembira dengan berita ini.
“ Okay! So siapa jadi pengapit kau?” soal Syauqa tiba-tiba.
“ Eh! Awal noh kau tanya. Entahlah… kenapa?” soal Dian pula.
Kelihatan Syauqa seperti tersenggih sendiri.
“ Kalau boleh aku nak jadi pengapit kau.”
“Lah.. ingatkan kenapa lah tadi. Okay, tak ada masalah.” Setuju Dian.
“ Yahoo!!”
Aku dan Nurfa menggelengkan kepala dengan aksi Syauqa.
“ So, bila majlisnya?” kali ini giliran aku pula yang bertanya.
“ Entahlah… belum tahu lagi. Itu yang aku kena balik Jb. Erin, kau dah cutikan. Hujung minggu ni balik Johor jom?” pelawa Dian membuatkan aku merenung tepat ke wajahnya.
“ Hujung minggu ni? Hurmm okay tak ada masalah…. Tak sabar nak kahwin lah tu…” ujar aku sambil menyindirnya.
“ Hehehe..”
Akhirnya, berkahwin juga kawan aku yang seorang ni. Tak lama lagi nak jadi isteri orang.
“ Korang untunglah ada orang nak, aku belum ada lagi yang nak masuk minang tau.” Ujar Syauqa tiba-tiba membuatkan Dian memandangnya pelik.
“ Lah, bukan aku sorang ke yang nak kahwin kenapa kau cakap ‘korang’ pula?” soal Dian pelik.
“ Haih… itulah siapa suruh balik lambat. For you information… ada orang tu baru aje dilamar.” Kias Syauqa sambil melirik ke arah aku.
“Aduh, apasal lah si Syauqa ni nak kantoikan aku.” Desis aku di dalam hati.
“ Siapa pula?” soal Dian lagi sambil memandang aku dan Nurfa.
“ Kau ke yang nak kahwin tu Nurfa?” tembak Dian kepada Nurfa.
“ Eh! Bukan aku lah. Tapi tu hah… budak sebelah kau tu. Ada orang melamar Dian. Cikgu Asyraf Izmer..” beritahu Nurfa kepada Dian.
Tidak semena-mena Dian memandang aku.
“ Ya allah! Betul ke ni? Kau pun nak kahwin juga. Yahoo! Aku ada geng lah ni. Geng untuk nak kahwin.”
“ Eh! Nanti dulu… Aku tak cakap pun yang aku setuju nak kahwin dengan dia.” Sangkal aku agar Dian tidak salah anggap.
“ Habis tu?”
“ Korang, aku confuse sebenarnya ni. Aku tak tahu siapa yang aku nak antara Amirul atau Asyraf.” Jelas aku sambil memandang mereka semua. Kelihatan wajah masing-masing sedang berkerut seperti sedang memikirkan sesuatu.
Beberapa minit kemudian…
“ Aku ada idea. Apa kata kau try tengok siapa yang betul-betul berusaha untuk dapatkan kau dengan cara apa sekalipun. Kalau antara dia orang yang ada kriteria yang macam tu. Maybe kau boleh ambil dia sebagai calon suami kau.” Cadang Dian sambil memandang wajah aku.
Aku mengerutkan dahi tanda tidak faham.
“ Kau tak faham ke? Okay, macam ni……..”
Aku, Nurfa dan Syauqa berkumpul bersama Dian untuk mendengar cadangannya. Agak serius dan teliti cara bercakapnya.
“ Okay, no problem. Aku akan try plan kau ni. Hujung minggu ni kita balik Johor. Aku nak tengok reaksi Amirul dan gerak langkah dia untuk mendapatkan aku.” Ujar aku sambil tersenyum sinis.
Syauqa dan Nurfa turut mengangguk tanda setuju.
BAB 12
Majlis perkahwinan Zain Hakimi
3 bulan kemudian…
Masuk sahaja tahun baru pelbagai perubahan baru telah berlaku. Dian sudah selamat bergelar sebagai isteri kepada Shahzmer. Syauqa pula sudah mula mesra dengan Badri Shahmin walaupun dahulu dia minat gila dekat Amir Dahari. Amir Dahari pula kekal solo walaupun sudah ramai calon yang ingin menjadi kekasihnya. Hanya tinggal cerita aku dan Nurfa sahaja.
“ Nurfa, kau rasa siapa aje yang datang majlis Zain tu hah?” soal aku kepada Nurfa sewaktu kami menunggu Dian dan Syauqa di ruang tamu rumah Dian.
Nurfa memandang wajah aku.
“ Aku pun tak tahu.”
“ Kau tengok sekarang ni. Kita dah masuk umur 24 tahun. Masih belum berpunya lagi. Dian dan jadi isteri Shahzmer. Syauqa pula dengan Badri. Kita aje masih single.” Ujar aku tiba-tiba membuatkan Nurfa tergelak seketika.
“ Tahu tak apa. Tapi aku nak tanya kau ni…. Kenapa kau tak nak terima Cikgu Asyraf?” soal Nurfa membuatkan aku tersentap seketika.
Tidak semena-mena memori lama kembali menerjah dalam fikiran aku.
Sebulan yang lepas……
Makin hari hati aku makin tertarik dengan cara Cikgu Asyraf yang berusaha untuk mendapatkan cinta aku. Amirul Hamsyar pula tidak kurang hebatnya. Tetapi hati aku seperti terpaut dengan Cikgu Asyraf. Kepercayaan yang aku berikan dekat dia untuk memiliki hati aku sudah dipersia-siakan. Pada suatu hari…..
Hari ini aku bercadang nak belikan sesuatu untuk celebrate birthday Cikgu Asyraf. Aku pergi ke Jusco Damansara untuk membelikan kek hari jadinya.
“ Wow! Semuanya macam sedap aje. Mana satu aku nak pilih ni.” Fikir aku seketika sambil memilih kek yang sesuai untuk Cikgu Asyraf.
Apabila sudah membuat pilihan aku bergerak ke kaunter untuk membayar harga kek tersebut. Usai sahaja membayar aku bergerak keluar dari kedai kek tersebut untuk bertemu dengan Cikgu Asyraf.
Sewaktu aku sedang berjalan untuk pulang ke car park, aku seperti terlihat seorang lelaki yang aku kenal sedang berjalan bersama seorang wanita sambil berpimpin tangan.
“ Asyraf?” detik aku di dalam hati.
Aku memerhatikan gerak langkah mereka yang sedang menuju ke salah sebuah restoran. Aku mengambil tempat yang agak tersorok untuk mengintip pergerakan mereka.
“ You nak makan apa sayang. Hari ni I belanja sebab birthday you.” Ujar perempuan tersebut kepada Cikgu Asyraf. Kelihatan Cikgu Asyraf mesra sungguh dengan layanan manis perempuan itu.
Aku bukanlah perempuan yang mampu melayan dia sebegitu mesra tanpa ikatan yang sah. Tapi aku boleh lakukan untuknya jika kami sudah bergelar suami isteri. Belum sempat kami hendak bertunang dia sudah mencari yang lain. Aku semakin panas hati dengan aksi romantik yang dilakonkan oleh mereka berdua. Makin berbulu mata aku dibuatnya.
Kali ini aku tekad, aku akan lakukan sesuatu kepada Cikgu Asyraf sebagai pengajaran kerana permainkan cinta aku.
Aku mengeluarkan telefon bimbit dan mendail nombor seseorang. Kelihatan Cikgu Asyraf terkejut setelah melihat screen telefonnya.
“ Hello, awak dekat mana tu?” soal aku sambil menceriakan suara.
“ Urmm.. saya jumpa kawan sekejap. Awak nanti kita celebrate sama-sama ya. Saya nak jumpa kawan saya sekejap.” Ujar dia perlahan selepas beredar sebentar dari meja perempuan itu.
“ Okay, saya tak kisah. Nanti saya datang jumpa awak.” Kata-kata terakhir aku sebelum mematikan panggilan telefon.
Kelihatan Cikgu Asyraf pelik dengan bicara aku.
Aku memandang sebuah kotak kek yang berada di atas meja. Hati aku semakin sakit apabila melihat Cikgu Asyraf bermesraan dengan perempuan lain.
Penutup kotak dibuka, aku mengeluarkan kek tersebut.
“ Aku tak sanggup nak buat tapi aku terpaksa.” Detik aku sambil berjalan ke arah mereka.
Kebetulan Amirul Hamsyar sedang berjalan-jalan di koridor restoran tersebut terlihat kelibat Erina. Dia yang baru sampai dari Johor menyinggah sebentar di pasar raya tersebut untuk membeli sesuatu untuk Erina. Tidak sangka pula dia boleh ternampak Erina di situ. Amirul Hamsyar masuk ke dalam restoran tersebut untuk bertemu dengan Erina tetapi alangkah terkejutnya dia apabila melihat Erina sedang berjalan ke arah pasangan yang sedang duduk berdua sambil menatang sebiji kek.
“ Erina!” detik Amirul di dalam hati sambil melihat aksi Erina yang ingin melempar sebiji kek ke arah seorang lelaki.
“ Erina!” tegur Asyraf yang terkejut setelah melihat kehadiran aku.
“ Selamat hari jadi!” Gedebush! Sebiji kek telah melekat di wajah Cikgu Asyraf. Perempuan tersebut turut terkejut dengan aksi aku yang berani melempar kek tersebut ke wajah Cikgu Asyraf.
“ Hey! Kenapa kau baling kek tu dekat muka boyfriend aku! Kau dah gila ke?” marah perempuan tersebut sambil merenung tajam wajahku.
Aku memandang wajah Cikgu Asyraf dan perempuan itu bersilih ganti. Hati aku hancur apabila mendengar pengakuan tersebut. Tidak semena-mena air mataku menitis.
Amirul Hamsyar terus mendekati aku yang sudah hilang kesabaran.
“ Boyfriend kau ya?”
Perempuan itu mengangguk.
“ Jadi inilah kawan yang awak cakapkan tadi tu. Awak permainkan perasaan saya sampai saya sanggup tinggalkan kekasih lama saya sebab saya ingat awak jujur dengan saya. Saya percayakan awak tapi awak tipu saya. Jadi ini balasan awak?” ujar aku dengan nada yang sebak.
Amirul Hamsyar seperti terkejut dengan pengakuan aku. Dia memegang bahu aku untuk menyalurkan sedikit kekuatan kepadaku. Kelihatan semua pelanggan yang berada di dalam restoran tersebut memandang kami.
Aku menoleh ke sebelah kiri dan terlihat wajah Amirul Hamsyar.
Kelihatan Cikgu Asyraf mengelap wajahnya yang comot itu dengan tisu. Dia seolah-olah tidak berani memandang wajah aku.
“ Baiklah.. saya akan tinggalkan awak dengan dia. Teruskan bahagia dengan dia. Saya pergi dulu. Selamat hari jadi Asyraf!” ucap aku sebelum beredar dari dalam restoran tersebut.
“ Thank bro…” ucap Amirul Hamsyar dengan nada sinis sambil beredar untuk mengejar aku.
Aku berjalan dengan pantas untuk cepat sampai ke tempat kereta aku.
Amirul berlari untuk mendapatkan aku.
“ Erin! Erin! Tunggu sekejap..” laung Amirul Hamsyar sambil memegang lenganku. Dia memusingkan badanku untuk menghadap wajahnya.
“ Saya hantar awak balik.” Ujar dia tiba-tiba.
Jika boleh aku peluk, sudah lama aku peluk tubuh Amirul Hamsyar untuk melepaskan segala tekanan yang sedang aku alami. Tapi tidak boleh. Air mataku mengalir laju. Tanpa membuang masa Amirul Hamsyar menarik lengan aku untuk pergi ke tempat letak keretanya. Dia ingin menenangkan aku.
Usai sahaja masuk ke dalam keretanya, aku merenung keluar tingkap. Masih tidak boleh dilupakan apa yang telah berlaku tadi.
“ Ya allah! Kenapa semua ini berlaku kepada kami berdua. Aku tidak sanggup melihat dia kecewa sebegini.” Desis Amirul Hamsyar di dalam hati.
Aku memejamkan mata seketika bagi menenangkan hati yang sedah tersakiti. Kedengaran lagu Patah Seribu nyanyian Shila Amzah sedang berkumandang. Seperti sudah tahu saja hati aku sedang terluka.
Aku seperti baru tersedar dari lamunan terus menoleh ke arah Nurfa. Air mata yang tiba-tiba mengalir aku mengelap secepat yang mungkin.
“ Aku ada alasan tersendiri.” Balas aku senada.
“ Tapi kenapa kau menangis? Aku tahu pasti menyakitkan hati kau. Macam aku juga sebab dah dipermainkan.” Beritahu Nurfa membuatkan aku memandangnya pelik.
“ Kau dipermainkan oleh siapa?” soal aku lalu Nurfa menceritakan hal sebenar kepada aku.
“ Nasib kita agak sama. Tapi sekarang, aku kena lupakan Asyraf. Aku tak nak mudah percaya dengan lelaki lagi. Aku harus berhati-hati.” Ujar aku tekad dengan kata-kata yang aku utarakan.
Nurfa hanya tersenyum kepadaku.
Kelihatan Dian dan Syauqa baru sahaja turun. Aku dan Nurfa sudah bangun dari tempat duduk dan bersedia untuk bergerak keluar bagi menghadiri majlis perkahwinan Zain Hakimi. Hari ini kami akan pergi dengan sebuah kereta sahaja iaitu kereta Dian.
BAB 13
Kelihatan pasangan pengantin yang sedang duduk di atas mempelai tersenyum lebar memandang tetamu yang hadir. Zain Hakimi memandang isterinya Hanis Astirah yang kelihatan sangat anggun dan jelita pada hari ini. Mereka tersenyum sesama sendiri.
Kelihatan Amirul Hamsyar dan Farid Hafreez turut hadir beserta kawan lama mereka yang lain bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan Zain Hakimi dan juga Hanis Astirah.
Memandangkan kami semua sudah berada di Johor Bahru, aku tidak akan melepaskan peluang untuk menghabiskan masa cuti di sini.
“ Wah! Grand gila wedding ni. Kau rasa kos semua ni berapa hah Syauqa?” soal Nurfa tiba-tiba sewaktu kami sedang mencari parking kereta di dalam kawasan dewan itu.
Tema yang digunakan adalah berwarna putih biru yang dihiasi dengan bunga-bunga yang sama tona warna dengan konsep perkahwinan tersebut.
“ Okay, kita dah sampai. Jom masuk dalam.” Ujar Dian setelah mematikan enjin keretanya. Aku membuka pintu kereta untuk keluar bagi menuju ke dalam dewan.
Syauqa dan Nurfa turut keluar dari kereta sambil membetulkan penampilan mereka.
“ Amirul! Kau rasa bila dia orang sampai?” soal Hafreez tiba-tiba sewaktu mereka berdua sedang duduk di meja tetamu yang telah disediakan oleh pihak catering.
“ Siapa?” Amirul Hamsyar memandang wajah Hafreez dengan pandangan yang pelik.
“ Erina and the geng lah. Siapa lagi yang aku maksudkan selain daripada dia orang.” Jelas Hafreez lalu membuatkan Amirul tergelak seketika.
“ Sekejap lagi kot.” Balas Amirul Hamsyar.
Tiba-tiba datang seorang lelaki yang memakai baju berkemeja hitam menegur mereka.
“ Assalamualaikum..” ucap lelaki tersebut.
“ Waalaikumsalam…” jawab mereka serentak.
“ Eh! Aliff … kau rupanya. Wah! Makin handsomelah. Badan pun nampak berisi.” Ujar Hafreez ikhlas kerana terpegun dengan kehadiran sahabat lama mereka.
Kelihatan Aliff Helmi ketawa seketika setelah mendengar pujian Hafreez.
“ Eh! Mana ada. Aku biasa aje ni. Korang semua apa khabar?” soal Aliff Helmi sambil mengambil tempat duduk di sebelah Amirul Hamsyar dan Adi Fazreen.
“ Kita orang sihat aje. Kau datang dengan siapa ni?” Balas Amirul Hamsyar pula.
“ Aku datang dengan kawan aku. Sekejap lagi kita orang dah nak balik UK.”
Amirul Hamsyar dan Farid Hafreez memandang wajah Aliff Helmi.
“ Eh! Kenapa kau nak balik UK semula. Bukan kau dah habis belajar ke?” soal Hafreez membuatkan Aliff Helmi tergelak seketika.
“ Aku ada benda nak settle dekat sana. Korang sekarang kerja apa? Dah kahwin belum? Zain pun dah kahwin. Korang berdua bila lagi nak tamatkan hidup solo?” soal Aliff Helmi.
Kelihatan Amirul Hamsyar dan Farid Hafreez tergelak seketika setelah mendengar soalan yang diajukan oleh Aliff Helmi.
Maka mereka pun berceritalah tentang diri dan kerjaya masing-masing. Saling bertukar-tukar cerita . Tidak semena-mena mata Amirul Hamsyar terarah ke arah sekumpulan wanita yang sedang bergerak masuk ke dalam dewan.
Aku seolah-olah terperasan ada sepasang mata sedang memandang ke arah kami terus aku menoleh ke arah gerangan tersebut.
“ Erin! Sinilah..” panggil Amirul Hamsyar membuatkan kami berempat tertoleh ke arahnya.
Aliff Helmi yang sedang membelakangkan kami terus menoleh ke belakang. Alangkah terkejutnya dia apabila terlihat Nurfa yang berada di sisi aku.
“ Aduh! Kenapalah dia ada dekat sini..” ngeluh Nurfa Zulaikha.
Aku memandang pelik ke arahnya.
“ Siapa yang ada dekat situ?” soal aku kepadanya.
“ Kalau kau nak tahu, itulah Aliff Helmi.” Jelas dia sejurus membuatkan aku terkejut.
“ What! Lain gila penampilan dia sekarang.”
“ Eh! Apa lagi korang dok tercegat dekat sini. Jom pergi dekat meja yang sebelah meja dia orang tu.” Tegur Syauqa.
Kami berempat bergerak ke arah meja yang masih kosong. Kelihatan Nurfa duduk agak jauh sedikit dari kerusi Aliff Helmi. Meluat benor gayanya.
“ Wah! Cantik seyh Syauqa. Makin lawa nampak. Rugi Azreen tak minta couple dengan kau dulu.” Puji Hafreez membuatkan Syauqa membeliakkan matanya. Azreen turut memandang wajah Hafreez.
“ Eh, mana ada.” Sangkal Syauqa.
“ Korang, jom kita amik makanan. Aku dah lapar.” Ujar Nurfa bagi mengelakkan dirinya diperhatikan oleh Aliff Helmi. Kelihatan Aliff Helmi mengeluh seketika dengan sikap ingin mengelak yang ditunjukkan oleh Nurfa.
“ Okay, aku pun dah lapar.” Balas aku lalu bangun dari tempat duduk. Kelihatan Dian dan Syauqa turut mengikuti kami berdua untuk mengambil makanan.
Sewaktu aku sedang ingin mengambil air minuman di suatu sudut, tiba-tiba Amirul Hamsyar sudah berada di sebelah aku.
“ Biar saya tolong amikkan.” Ujar dia sambil mengambilkan segelas air minuman.
Aku memandang ke arahnya lalu mengucapkan terima kasih.
“ Awak dah makan belum?” tegur aku bagi mengelakkan situasi bisu menemani kami.
“ Belum, saya tunggu awak datang tadi. Ingat nak makan sama-sama.” Balas dia lalu membuatkan aku menoleh ke arahnya.
“ Kenapa tunggu saya. Kalau dah lapar makan aje. Saya tak kisahlah.” Ujar aku dengan nada yang agak tegas.
“ Alah tak apa. Saya nak ambil makanan sekejap.” Balas dia pula sambil mengambil makanan. Aku sudah bergerak ke arah meja makan. Kemudian, barulah dia tiba.
Hampir 10 minit kami menjamu selera, Dian dan Syauqa meminta diri untuk mengambil gambar bersama Hanis Astirah. Aku dan Nurfa tidak mengikut kerana kami sudah kekenyangan dan tidak larat untuk berjalan.
Aliff Helmi yang dari tadi hanya senyap tiba-tiba mengeluh seketika.
“ Nurfa, aku minta maaf. Aku tahu aku salah dan aku betul-betul minta maaf.” Ujar Aliff Helmi tiba-tiba sewaktu dia duduk di sebelah Nurfa berhadapan dengan aku. Nurfa yang cuba bangun dari tempat duduk tiba-tiba dihalang oleh Aliff Helmi.
“ Aku tahu kau marah. Tapi tolonglah maafkan aku. Mungkin hari ni aje aku dapat jumpa dengan kau. Jadi, tolong luangkan sedikit masa untuk aku bercakap dengan kau.” Jelas Aliff Helmi dengan penuh pengharapan agar Nurfa ingin bercakap dengannya.
Amirul Hamsyar yang sejak dari tadi duduk di kerusinya, tiba-tiba datang duduk di sebelah aku. Hampir terkejut aku dibuatnya.
“ Kenapa dia orang tu?” soal dia tiba-tiba.
Aku memandang wajahnya.
“ Manalah orang tahu.” Balas aku sambil memerhatikan aksi mereka berdua.
“ Okay, fine. Apa yang kau nak cakap dengan aku sekarang?” Akhirnya Nurfa akur dengan permintaan Aliff Helmi. Dia kembali duduk semula di atas kerusi. Kalau dia lari pun, dia mahu lari ke mana. Jadi, nak tak nak dia harus berdepan dengan Aliff Helmi.
Kelihatan Aliff Helmi menghembuskan nafas lega. Dia mengucapkan terima kasih kepada Nurfa kerana sudi bercakap dengannya setelah beberapa bulan Nurfa dingin dengannya selepas peristiwa yang rahsianya terbongkar itu berlaku.
“ Okay, aku nak minta maaf sekali lagi. Aku tahu aku salah dan aku tak patut buat kau macam tu. Aku minta maaf ya?” pinta Aliff Helmi perlahan.
Aku dan Amirul Hamsyar menjadi pemerhati sahaja sejak dari tadi. Sewaktu aku sedang membetulkan posisi, tiba-tiba handbag aku terjatuh. Sewaktu aku ingin mengambil handbag tersebut, Amirul Hamsyar turut menunduk ke bawah untuk mengambilkan beg aku. Tidak semena-mena kepala kami berdua terhantuk seketika membuatkan aku mengosok kepala.
“ Adui….” Aduh aku perlahan. Dia turut mengadu kesakitan dan mengucapkan ‘sorry’ kepada aku.
“ Erk.. tak apa. Awak okay tak?” soal aku prihatin.
“Saya okay.” Balas dia sambil tersenyum.
Nurfa dan Aliff Helmi memandang ke arah kami berdua.
“ Korang berdua ni kenapa?” soal Nurfa kepada kami berdua.
Aku dan Amirul Hamsyar berpandangan sesama sendiri lalu tersenyum ke arah Nurfa dan Aliff Helmi.
“ Tak ada apa.” Balas kami serentak.
“Nurfa, kau maafkan aku tak?” soal Aliff semula membuatkan Nurfa mengeluh seketika.
“ Ya. Aku maafkan kau.” Balas Nurfa dengan suara yang sedikit tegas.
“ Alhamdulilah terima kasih. Kau tunggu sini sekejap tau. Aku ada benda nak bagi kau sebelum aku balik UK sekejap lagi.” ujar Aliff Helmi lalu beredar keluar dari dalam dewan untuk mengambil sesuatu di dalam keretanya.
“ Fa, kau okay tak dengan dia sekarang ni?” soal aku kepada Nurfa.
“ Ya! Aku okaylah.” Balas Nurfa sambil mempamerkan senyumannya.
“ Korang gaduh ke?” kali ini Amirul Hamsyar pula yang menegur.
“ No comment.” Balas dia kerana tidak mahu mengingati apa yang telah terjadi antara mereka berdua.
Kedengaran lagu Hujung Dunia nyanyian Hanie Soraya sedang berkumandang di dalam dewan tersebut.
Kelihatan sesisi tetamu yang hadir terhibur dengan lagu tersebut.
“ Hingga ke hujung dunia ini… pasti adanya suka dan duka.. kamu dan aku. Hingga ke hujung dunia ini pasti akan menangis ketawa bersama-sama. Hingga ke hujung dunia….”
Kelihatan Amirul Hamsyar mencuit lengan aku.
“ Apa dia?” tegur aku kepadanya.
Dia tidak menjawab tetapi hanya mengenyitkan matanya kepada aku. Tidak semena-mena aku ketawa seketika dengan aksi lucunya.
“ Minta perhatian semua, bagi memeriahkan majlis ini saya akan mempersilakan pasangan yang sama cantik dan padan untuk menyanyikan sebuah lagu bagi menceriakan pengantin baru kita. Dipersilakan Shahzmer dan Diana Hawani untuk mendendangkan sebuah lagu yang bertajuk Itulah Sayang. Dipersilakan….” Ujar Dj radio yang berada di suatu sudut tersebut. Kelihatan seisi tetamu menepuk tangan bagi menyambut mereka berdua.
“ Nurfa! Dian nak menyanyi dengan Shahzmer ke?” soal aku kepada Nurfa. Kelihatan Nurfa mengangkat-ngangkat bahunya tanda tidak tahu.
“ Tanya sama hati apa asal sayang adakah tandanya nampak dipandang. Kumbang rayu bunga, bulan dan bintangnya, punya tanda-tanda hubungan mesra..” kedengaran suara Shahzmer sedang memulakan nyanyian. Kami semua menepuk tangan bagi memeriahkan majlis itu. Kelihatan Zain Hakimi dan Hanis Astirah terhibur dengan nyanyian yang didendangkan oleh sahabt karib mereka berdua.
“ Tanya sama hati pernahkah merindu. Ingat masa lena apa mimpimu. Masa berjauhan apa nak dikenang bila difahamkan itulah sayang…” Suara Dian pula menyambung nyanyian tersebut.
Maka, makin meriahlah majlis perkahwinan tersebut.
Aliff Helmi yang kebetulan baru sahaja sampai di meja tersebut turut terkejut dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh Shahzmer dan Dian.
Tamat sahaja mereka menyanyi, Aku, Dian, Nurfa dan juga Syauqa meminta diri untuk pulang.
Kami sempat memgambil gambar bersama pengantin baru itu. Sewaktu aku hendak melangkah keluar dari dalam dewan, tiba-tiba Amirul Hamsyar memanggil aku. Dian, Nurfa dan Syauqa terus melangkah masuk untuk ke dalam kereta. Mereka memberi peluang untuk kami berdua berborak sekejap.
“ Ya! Ada apa?” soal aku setelah dia berada di hadapan aku.
“ Nah, kad kahwin saya.” Hulur dia kepada aku. Tidak semena-mena mata aku terbeliak memandang kad tersebut.
“ Kad kahwin awak? Awak dah nak kahwin ke?” soal aku tidak percaya sambil merenung tepat bebola matanya.
Kelihatan dia tersenyum memandang aku. Of courselah senyum. Orang dah nak kahwinkan.
Apa yang aku rasa sekarang? Marah, geram, sedih, kecewa atau suka? Semuanya bercampur baur. Untuk mengelakkan aku menangis di hadapannya, aku membuka sampul kad itu perlahan-lahan.
“ Dian, apa yang Amirul bagi dekat Erin tu? Kau tengok tu… muka Erin terus berubah seratus peratus.” Beritahu Syauqa sambil menunjukkan ke arah aku kepada Dian dan Nurfa yang berada di dalam kereta.
Tidak semena-mena tangan aku seperti mengigil untuk membuka kad tersebut. Usai sahaja aku memerhatikan nama pengantin tersebut, aku terus memandangnya.
“ Dania Amirah binti Mohd Hadli?” sebut aku lalu membuatkannya dia tergelak seketika.
“ Ini bukan kakak awak ke? Kata awak yang nak kahwin. Mana ada nama awak atas kad ni?” soal aku kepadanya dengan nada yang agak geram.
“ Saya gurau ajelah. Takkan saya nak buat awak macam tu seperti mana ex-boyfriend awak buat dekat awak dulu. Tak mungkin. Saya pernah janjikan yang saya akan kahwin dengan awak?” Jelas Amirul Hamsyar lalu merenung wajah aku.
“ What! Aku sudah terkenalah ni. Kurang asam jawa betul dia ni. Ingat rancangan bang bang bom ke apa. Ya allah! Baru aje nak sentap, tapi rupa-rupanya dia gurau aje. Tak guna betul!” berontak aku di dalam hati. Tidak semena-mena tangan aku sudah memukul bahunya.
“ Weyh! Apasal Erin pukul Amirul tu?” soal Nurfa pula . Dian dan Syauqa mengfokuskan pandangan mereka ke arah kami berdua. Menyibuk juga kawa-kawan aku ni.
“ Macam serius aje dia orang ni..” sambung Syauqa pula.
“ Biadap! Boleh main-main pula. Eii! Jahat tau awak ni.” Marah aku kepada Amirul Hamsyar.
“ Sorry.. saya minta maaf ya. Saya janji tak buat lagi. Awak nampak tak tangan kanan saya ni. Saya janji tak buat lagi. Sebelah kiri pula, saya minta maaf tau.” Kelihatan Amirul Hamsyar mengangkat kedua-dua belah tangannya bagi membuktikan janjinya kepada aku.
Aku sudah tergelak seketika lalu aku menoleh ke kiri dan ke kanan. Fuh! Selamat tak ada orang.
“ Okay, baiklah. Saya nak balik. Bye.. Assalamualaikum..” ucap aku lalu beredar untuk masuk ke dalam kereta.
“ Erina! Sorry tau. Waalaikumsalam..” balas Amirul sambil melambaikan tangannya.
Aku terus membuka pintu kereta lalu masuk ke dalam. Tidak semena-mena mata mereka bertiga memandang tepat ke arah aku.
BAB 14
“ Kenapa korang pandang aku macam tu?” tegur aku kepada mereka semua.
Kelihatan mereka bertiga mengerlipkan mata masing-masing seperti baru tersedar.
“ Korang gaduh ke tadi? Apa yang dia bagi dekat kau?” soal Dian sebagai wakil.
Aku ketawa seketika setelah mendengar persoalan daripada Dian.
“ Nah… Dia cakap dia nak kahwin. Itu yang aku pukul dia tadi. Tapi….” Jeda aku seketika sambil melihat reaksi mereka.
“ Tapi apa?” soal Dian ingin tahu dengan lebih lanjut.
Aku menjuihkan bibir ke arah sampul surat tersebut.
Dian membuka sampul surat dan mengeluarkan sekeping kad undangan.
Beberapa minit kemudian…
“ Lah, kakak dia nak kahwin ke. Asal tiba-tiba dia cakap yang dia nak kahwin?” Dian menunjukkan reaksi muka peliknya. Nurfa dan Syauqa turut membaca kad undangan tersebut.
“ Dia sengaja nak test aku tadi.” balas aku.
“ Anyway… sedaplah kau dengan Shahzmer nyanyi tadi. So sweet..” sambung aku lagi lalu Dian tergelak seketika.
“ Hahaha.. mana ada. Aku sebenarnya tak nak tapi si Shahzmer dah ajak. Aku pun joinlah sekali.” Jelas Dian.
“ Oh…”
Sewaktu Dian menekan pedal minyak keretanya, tiba-tiba Syauqa bersuara.
“ Nurfa, apa ni?” soal Syauqa sambil memegang sebuah kotak kecil yang di atas penutupnya terdapat sekeping kad yang comel.
Nurfa seperti baru tersedar yang hadiah pemberian Aliff Helmi masih bersamanya.
“ Urmm…. Aliff bagi aku tadi.” balas Nurfa .
Syauqa meminta izin untuk membuka kotak tersebut. Setelah sahaja kotak dibuka, kelihatan seutas gelang tangan silver berjenama Tiffany @ co. “ Wow! Gelang silver. Pakailah gelang ni Nurfa.” Ujar Syauqa sambil menunjukkan gelang itu kepada aku dan Dian.
“ Ahah! Pakai ajelah.” Sahut aku pula.
“ Ahh! Nantilah.” Balas Nurfa.
“ Kenapa Aliff bagi kau? Korang dah couple erk?” tembak Syauqa membuatkan aku dan Dian tergelak seketika.
“ Hah! Nurfa dah couple dengan Alif… Wow!” sambung Dian pula.
Kelihatan Nurfa mencubit peha Syauqa.
“ Mana ada aku couple dengan dia. Aku tak sudilah… Dia bagi sebab hari ni dia nak terbang ke UK semula. Stay sana katanya…” jelas Nurfa membuatkan Syauqa tercengang.
“ Lah.. dia nak balik UK ke. Alah! Sekejap gila dia stay Malaysia ni..”
Nurfa mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Sampai sahaja di rumah ibu Dian, aku meminta izin untuk menggunakan tandas sekejap. Usai sahaja melepaskan hajat, aku meminta izin untuk meminjam kereta Dian sebentar.
“Dian, aku nak pinjam kereta kau sekejap. Aku nak pergi kedai dengan Nurfa.” Pinta aku kepada Dian.
Dian menganggukkan kepalanya tanda setuju.
Usai sahaja menghidupkan enjin kereta, Nurfa sudah bergerak masuk ke dalam kereta untuk mengikuti aku.
“ Kita nak beli apa dekat kedai?” soal Nurfa sejurus selepas berada di sebelah aku.
“ Adalah…”
Sewaktu aku sedang melangkah masuk ke dalam kedai runcit, aku seperti terperasan seperti seseorang sedang memerhatikan aku dari dalam kereta.
“ Macam kenal aje perempuan tu…” sebut Syafiq Azhael tiba-tiba membuatkan adiknya Syafiqal Azmeen memandangnya pelik.
“ Siapa bang?” soal Syafiqal.
“ Yang baru masuk kedai tu…” tunjuk Syafiq.
Aku dan Nurfa baru sahaja keluar dari kedai tersebut lalu menuju ke kereta. Aku memandang ke arah kereta sebelah yang pemandunya asyik memandang aku. Aku melangkah masuk ke dalam kereta tanpa memandang mereka semula.
“ Oh! Itu Erinalah.. Takkan kau tak kenal dia lagi.” beritahu Syafiqal membuatkan abangnya terkejut seketika.
“ Hah! Biar betul.. dia dah kahwin ke?” soal Syafiq semula.
“ Entah… itu aku tak tahu. Kau suka dia lagi erk?” soal Syafiqal tidak semena-mena wajah Syafiq Azhael tergelak seketika.
“ Urmmm tak adalah…” sangkal Syafiq. Padahal di dalam hatinya hanya Allah sahaja yang tahu.
“ Eleh… kalau suka pergilah usha dia. Mana tahu dia masih single. Cepat ibu dapat menantu..” ujar Syafiqal Azmeen selamba membuatkan abangnya tergelak seketika.
Sampai sahaja di rumah Dian, aku melabuhkan punggung di atas sofa. “ Dian! Syauqa dah balik ke?” soal aku sewaktu sedang bermain telefon. Kelihatan ada satu mesej baru daripada Amirul Hamsyar tetapi aku malas hendak membacanya.
“Ahah! Dia nak balik tengok mak dia. Rindu katanya…” balas Dian. Nurfa kelihatan letih lalu memejamkan matanya seketika.
“ Kesian Nurfa penat. Jomlah, aku hantar korang balik rumah mak bapak korang.” Pelawa Dian lalu mencapai kunci keretanya.
Aku menepuk peha Nurfa untuk mengajaknya pulang ke rumah.
Cuti kami masih berbaki lagi seminggu sahaja. Minggu depan kami sudah harus pulang ke Shah Alam untuk meneruskan kembali tugas kami. Sementara cuti masih ada, tak salah kalau nak enjoy.
Aku membuka beg tangan lalu mengeluarkan sampul surat. Aku membaca seketika apa yang tertera di atas kad kahwin itu.
“ So, hujung minggu ni lah majlisnya. Okaylah tu, lepas pergi majlis kakak dia, aku terus gerak balik Shah Alam.” Atur aku sambil menyimpan semula kad tersebut.
BAB 15
Hujung minggu pun tiba, aku mengambil Nurfa di rumah keluarganya lalu baru bergerak ke rumah Dian. Barang keperluan semua sudah siap berada di bonet kereta.
“ Barang kau dah bawak semua?” soal aku kepada Nurfa. Kelihatan dia mengangguk.
Sampai sahaja di rumah Dian, Kelihatan Dian dan Syauqa baru sahaja hendak masuk ke dalam kereta.
“ Hah! Tu dia orang baru sampai.” Ujar Syauqa kepada Dian.
Kini, kami sudah mula bergerak ke Kota Masai untuk menghadiri majlis perkahwinan kakak Amirul Hamsyar sebelum kami berangkat pulang ke Shah Alam.
10 minit kemudian…..
Kelihatan meriah juga majlis perkahwinan ini. Ramai tetamu jemputan yang hadir ke majlis tersebut bagi memeriahkan lagi suasana.
“ Babe… Itu Cikgu Hadli ke?” soal Nurfa kepada aku sambil menunjukkan ke arah seorang lelaki yang berbaju Melayu yang leka menyambut tetamu yang datang.
“ Hah! Yeke.. aduh malunya aku.” Ujar aku seketika.
“ Relek… jangan nervous. Amirul mana, dia tak jemput kau ke dekat pintu utama?” Sambung Nurfa lagi.
“ Entah.. aku pun tak tahu. Kita masuk ajelah.” Balas aku sambil bergerak ke arah pintu masuk utama.
Dian dan Syauqa turut mengikuti langkah aku dari belakang.
“ Assalamualaikum…. Hai Cikgu!” Sapa aku sambil memberi salam kepada Cikgu Hadli bapa Amirul Hamsyar. Beliau juga merupakan bekas guru yang pernah mengajar kami sewaktu di tingkatan 2.
“ Waalaikumsalam… Siapa ya? Kawan-kawan Dania ke?” soal Cikgu Hadli sambil memandang kami berempat.
“ Bukanlah cikgu. Kita orang ni kawan Amirul. Cikgu tak kenal saya lagi ke? Saya Syauqa, ini Dian.. yang hujung tu Nurfa. Kalau yang lagi sorang tu cikgu rasa siapa dia?” jelas Syauqa sebagai wakil kami semua. Kelihatan Cikgu Hadli ketawa seketika. Dia memandang wajah aku.
“ Urmmm cikgu tak pastilah siapa ni. Tapi sebelum tu Erina mana? Amirul cakap dia dah jemput kamu semua. Takkan ini Erina?” soal Cikgu Hadli lagi.
“ Betullah ini Erina. Bekas bakal menantu cikgu masa zaman sekolah dulu. Takkan cikgu tak ingat..” sambung Dian pula. Lalu, dengan lincahnya aku mencubit pinggang Dian membuatkan dia terjerit kecil. Nurfa dan Syauqa sudah tergelak dengan aksi aku yang sudah begang dikerjakan oleh mereka.
“ Lah, makin lawa rupanya kamu ni. Patutlah cikgu macam tak kenal tadi.” ujar Cikgu Hadli selamba sambil tergelak kecil.
“ Ehem-ehem… bapa mertua puji seyh..” Kelihatan giliran Nurfa pula mengenakan aku. Haih… sabar ajelah wahai hati.
Aku tersenyum memandang Cikgu Hadli bagi menghilangkan perasaan begang.
“ Kalau jadi menantu cikgu pun apa salahnya. Dah! Jemput masuk semua. Jangan lupa makan banyak-banyak sebelum balik Shah Alam nanti.” Jemput Cikgu Hadli membuatkan kami berempat bergerak masuk ke dalam kanopi untuk mencari tempat kosong.
Kelihatan seseorang sedang bergerak ke arah kami.
“ Assalamulaikum… hah! Sampai pun korang. Ingatkan tak datang tadi.” ujar Amirul Hamsyar.
“ Waalaikumsalam… mestilah kita orang datang. Erina dah paksa. Dia kata sebelum balik Shah Alam dia nak singgah sini dulu jumpa kau..” balas Syauqa selamba. Tadi kau dah kenakan aku depan bapa dia, sekarang depan anak dia pula. Melampau ni…
“ Tak apalah, janji dia datang. Sebelum korang makan jom aku kenalkan dekat mak aku.” Ujar Amirul sambil mengajak kami berempat untuk berkenalan dengan ibunya.
“ Umi! Ini kawan-kawan Amirul. Yang hujung tu Syauqa, ini Dian, yang kecik ni Nurfa dan yang cantik ni Erina.” Kenal Amirul kepada uminya.
“ Oh! Yeke.. selamat datang semua. Lawa-lawa juga kawan-kawan kamu ni.” Balas umi Amirul sambil bersalaman dengan kami semua. Sampai sahaja giliran aku, dia terus memeluk aku.
“ Ini Erina ke? Wah! Pandai kamu pilih Amirul. Dah besar dah dia ni. Dulu, umi jumpa dia masa kamu tingkatan 3. Sekarang dah makin cantik.” Beritahu umi Amirul membuatkan mata aku terbeliak seketika.
“ Aduh! Apa ni..” desis aku di dalam hati.
“ Eceyh….” Ujar Dian di telinga aku.
“ Hahaha mestilah… kalau umi nak borak panjang bagi dia orang makan dulu.” Ujar Amirul Hamsyar.
Kelihatan umi Amirul tergelak seketika sambil mempelawa kami untuk menjamu selera.
“ Dian, Shahzmer mana? Dia tak ikut kau balik Shah Alam ke?” soal aku selepas kami mengambil makanan.
Dian meletakkan makanannya di atas meja lalu melabuhkan punggungnya.
“ Dia ada hal sikit. Lagipun dia buzy cari rumah untuk kami berdua.” Balas Dian sambil mencuci tangan.
“ Oh.. so bila kau pindah? Nanti kau dah duduk dengan Shahzmer. Tinggallah aku, Nurfa dan Syauqa. Sadisnya…”
Aku membuat muka sayu di hadapannya.
“ Eleh! Macam aku tak balik jumpa korang. Kita still duduk bersama kan sebelum aku pindah ni. So, kita spent time puas-puas okay?” pujuk Dian lalu membuatkan aku tersenyum sendiri.
“ Hah! Korang dah makan pun erk.. Ya allah! Panas pulak hari ni.” Ngadu Nurfa tiba-tiba yang baru sahaja sampai di meja kami bersama Syauqa.
Hampir 10 minit kami menjamu selera kini kami berempat sudah bersedia untuk meminta diri.
“ Amirul! Saya dah nak balik ni.” Beritahu aku sewaktu Amirul berada di hadapan aku.
“ Hah! Dah nak balik ke? Okay, tunggu sekejap.” Balas Amirul lalu masuk ke dalam rumah.
“ Umi! Baba! Erina dah nak balik ni…” beritahu Amirul Hamsyar kepada kedua-dua orang tuanya.
“ Jadi… kamu dah bersedia?” soal Encik Hadli.
Kelihatan Uminya turut memandang wajah Amirul Hamsyar.
“ Amirul takut dia tak terima…” balas Amirul Hamsyar dengan nada sayu.
“ Kamu belum cuba kamu belum tahu. Cepatlah! Umi nak tengok ni….” Pujuk uminya lalu tersenyum.
Kelihatan Amirul Hamsyar menarik nafas seketika lalu menghembuskannya.
“ Okay, kau kena berani dan gentlemen. Relek….” Desisnya di dalam hati. Lalu, Amirul Hamsyar meraba seketika di dalam poket seluarnya. Dia menghembus nafas lega.
“ Erin! Apa dia buat dekat dalam tu.. Lamanya.” Soal Nurfa kepada aku.
Aku sendiri tidak tahu apa yang dia buat.
Beberapa minit kemudian, kelihatan Cikgu Hadli dan isterinya keluar seketika. Amirul Hamsyar turut membuntuti mereka dari belakang.
Aku melihat di sekeliling ku. Tetamu yang hadir masih ramai.
Kelihatan Amirul Hamsyar mendekati aku. Dj radio yang diupah pula sedang memutarkan lagu Hujung Waktu nyanyian Azhael.
Kini, aku semakin berdebar-debar dah tidak keruan.
“ Aku….. cinta padamu.. Walau tiada lagi hijau bumi masih terabadi…”
“ Erina Ezleyn binti Razlan… usia persahabatan kita dah hampir 10 tahun. Kita pernah berpisah dahulu, kini kita dipertemukan semula. Hari ini, di hadapan semua orang termasuk umi dan baba saya, saya nak melamar awak untuk jadi isteri saya. Isteri saya buat selama-lamanya…. Will you marry me?” ujar Amirul Hamsyar sambil melutut di hadapanku. Lalu, dia menunjukkan sekotak cincin .
Mata aku hampir terbeliak dengan lamaran ini.
“ Wow! Sweetnya dia orang….” Ujar Nurfa kepada Syauqa.
Kelihatan sesisi tetamu yang hadir menepuk tangan dengan lamaran yang dilakukan oleh Amirul Hamsyar. Kakaknya turut tersenyum bersama suami tercinta di atas mempelai.
“ Erina… jawablah.” Bisik Dian seketika di telingaku.
“ Urmmmm..” aku melihat sekeliling. Lalu, aku menunduk seketika kepadanya.
“ Betul ke apa yang awak cakap ni?” soal aku kepadanya.
Apa yang aku rasa sekarang? Gembira, terharu, nervous. Semuanyalah.
“ Yups! Saya ikhlas dengan awak. Saya nak kahwin dengan awak. Dulu, saya pernah janji dengan awakkan yang saya akan kahwin dengan awak? Awak ingat tak gelang ni?” Jelas pacaran keikhlasan terpancar di dalam bebola matanya. Amirul Hamsyar menunjukkan semula gelang yang pernah aku beri sewaktu kami akan berpisah dahulu. Ya allah! Ternyata dia masih simpan untuk aku. Aku dapat merasakan pada hari ini, aku yang punya.
“ Ya allah! Apa harus aku jawab ni.” Doa aku di dalam hati.
Aku menarik nafas seketika lalu memandang wajah kawan-kawan aku satu persatu.
Kelihatan mereka mengangguk tanda aku perlu setuju dengan lamaran tersebut. Aku memandang seutas gelang Pandora yang tertera nama gabungan kami berdua. Kemudian, aku memandang wajahnya.
“ Baiklah… saya terima lamaran awak tu.” Balas aku dengan nada yang bergetar lalu tersenyum memandangnya.
“ Alhamdulilah…. Terima kasih awak.” Ucap Amirul Hamsyar sambil menyarungkan cincin tersebut ke jari manis aku. Aku memandang jari manisku yang tersarung sebentuk cincin yang cantik.
Aku tersenyum seketika kerana aku akan berkahwin.
Kelihatan sekali lagi para tetamu menepuk tangan dengan gamatnya.
Encik Hadli dan isterinya turut tersenyum.
“ Congarate babe…” ucap mereka bertiga sambil memeluk aku.
“ Alhamdulilah.. jika betullah ini jodoh aku. Aku terima anugerahmu ya allah!..” zahir aku di dalam hati.
Bab 16
Hampir seminggu selepas peristiwa aku dilamar oleh Amirul Hamsyar, kini mereka sekeluarga telah bertandang ke rumah aku untuk berbincang hal perkahwinan kami.
Papa aku seperti gembira sahaja apabila mendapat undangan daripada keluarga Amirul Hamsyar yang ingin menyunting aku bagi pihak anaknya.
“ Hello, assalamualaikum kakak. Kau apa khabar?” soal aku setelah memberi salam kepada kakak aku sewaktu berada dalam talian.
“ Waalaikumsalam… aku sihat aje ni. Kau apa khabar pula?” balas kakak aku.
“ Aku okay aje. Actually, aku nak share sesuatu ni. Urmm… Ada orang masuk meminang aku.” Beritahu aku dengan nada yang gembira.
Kelihatan, aku sudah tersenyum sendiri setelah mendengar balasan daripada kakak aku.
“ Siapakah orang itu?”
“ Amirul Hamsyar..” balas aku pula.
“ Alhamdulilah, kahwin juga adik aku yang gemok ni. Syukur sangat… Anyway, papa setuju tak?” soal dia pula.
Kini, kami berdua sudah mula berborak panjang. Yang paling mengembirakan aku ialah aku mendapat anak buah lagi. Makin bertambahlah keturunan keluarga Encik Razlan ini.
Tarikh perkahwinan sudah ditetapkan. Jadi, tinggal beberapa hari sahaja yang tinggal sebelum aku diijab kabulkan sebagai isterinya yang sah.
…………………………………………………………
“Bangun!!! Assalamualaikumwarahmatuallahiwabarakatu Cikgu Erina.” Ucap ketua kelas 4 Perdana.
“ Waalaikumsalam dan selamat sejahtera semua. Baiklah, semua boleh duduk.” Balas aku sambil memadam papan putih.
Usai sahaja aku memadam papan putih, aku menulis tarikh dan hari pada bahagian kanan dan kiri papan putih tersebut.
“ Baiklah, pada hari ni cikgu akan ajar kamu semua tentang sebuah cerpen. Buka buku antologi kamu. Ada sesiapa yang tak bawa buku sila angkat tangan?” soal aku kepada mereka sambil memandang seisi kelas. Kelihatan seorang pelajar perempuan sahaja yang mengangkat tangan.
“ Ya, kenapa kamu tak bawa buku antologi ini Shima?” soal aku sambil merenung wajahnya.
“ Cikgu, sebenarnya saya yang tak bawa. Saya yang pinjam buku Shima.” Ujar Azam sambil meletakkan buku teks tersebut di atas meja Shima.
Kelihatan Shima memandang wajah Azam. Nazira dan Aina turut memandang wajahnya. Azam hanya mengenyitkan matanya kepada Shima.
Aku sudah memandnag pelik ke arah mereka berdua. Tanpa melengahkan masa, aku hanya memberi nasihat kepada Azam agar tidak mengulangi kesilapan itu lagi. Aku meneruskan pengajaranku pada hari ini.
Usai sahaja mengajar, aku menulis sesuatu di dalam buku laporan kelas. Tiba-tiba, Atikah memberitahu aku sesuatu.
“ Cikgu, sebenarnya apa yang Azam cakap tadi tu tak betul. Dia selalu lindungi Shima jika Shima terlupa bawa buku. Sebenarnya, Azam dah lama suka akan Shima. Dia sanggup buat apa sahaja untuk lindungi Shima dari selalu kena marah.”
Aku tersentak seketika setelah mendengar pengakuan Atikah terhadap kisah Azam dan Shima.
Aku memandang wajah Azam dan Shima. Kemudian , aku menggelengkan kepala sambil tersenyum.
“ Masih ada lagi cinta monyet sebegini…”
BAB 17
Hari yang aku tunggu sudah pun tiba-tiba. Aku melihat wajahku di hadapan cermin. Sepasang baju pengantin berwarna putih sudah tersarung molek di tubuhku. Wajahku sudah disolek oleh mak andam. Jauh berbeza dari wajah asliku. Aku merasakan sangat berdebar dan takut. Sebentar lagi, aku akan sah diijab kabulkan untuk menjadi isteri dan peneman yang setia untuk si dia yang bergelar suami.
“ Hai, pengantin… Amacam kau hari ini. Okay tak?” soal Dian sewaktu melangkah masuk ke dalam bilikku.
“ Aku okay… Kau datang dengan siapa? Mana yang lain…” soal aku sambil duduk menghadapnya.
“ Aku datang dengan suami akulah. Syauqa dengan Nurfa ada dekat bawah. Babe… kenapa aku nampak kau macam lain aje hari ni. Kau ada masalah ke?” soal Dian tiba-tiba membuatkan aku merenung bebola matanya.
“ Kak Yam, boleh saya berbicara sesuatu dengan kawan saya sekejap tak. Nanti saya panggil Kak Yam masuk balik.” Pinta aku sambil merenung wajah mak andam.
“ Oh, boleh. Kak Yam tunggu dekat luar.”
Setelah pintu bilik ditutup, aku menundukkan wajahku ke bawah.
“ Hey, kenapa ni?” soal Dian sambil mengangkat wajahku.
“ Aku takut…. Aku takut kita tak dapat bersama lagi. Aku sayangkan hubungan persahabatan ini. Aku sayangkan kau, Nurfa, Syauqa dan kawan-kawan kita. Aku tak sangka yang aku akan berkahwin dengan dia. Dulu, kita orang kawan, lepas beberapa tahun berpisah dia datang balik dalam hidup aku. Dia mahukan aku untuk menjadi peneman hidup dia. Aku takut hilang korang setelah aku berkahwin nanti.” Jelas aku panjang lebar. Itulah yang aku rasa pada ketika ini.
“ Babe… jangan cakap macam tu. Kita orang selalu ada untuk kau. Yang penting sekarang, kau kena gembira sebab hari ini kau akan jadi isteri dia. Isteri dia buat selama-lamanya. Kau kena jadi isteri yang terbaik untuk dia. Aku dah kawan-kawan kita yang lain akan selalu doakan kebahagian kau. Kau lah kawan dunia dan akhirat aku.” Balas Dian dengan tulus.
“ Terima kasih babe…” setitis air mataku gugur juga. Dian mengambil tisu lalu mengelapkan air mataku.
“ Jangan menangis nanti comot pula make up kau ni.”
Aku tersenyum memandang Dian.
Dian mengatakan kepadaku bahawa aku perlu terima kenyataan bahawa aku akan berkahwin dengan orang yang aku cinta. Mungkin inilah jodoh aku. Aku terima.
“ Aku terima nikahnya Erina Ezleyn binti Razlan dengan mas kahwinnya Rm 200 tunai.” Ucap Amirul Hamsyar dengan sekali nafas.
“ Sah!” ucap imam tersebut.
“ Alhamdulilah…… Congarate babe…” Ujar kawan-kawan aku. Usai sahaja mengaminkan doa, Amirul Hamsyar datang menghampiri aku yang masih duduk bersimpuh di atas tilam pengantin.
“ Apa lagi… sarungkanlah cincin perkahwinan tersebut ke jari manis isteri kamu.” Ujar pak imam itu.
Amirul Hamsyar mengambil sebutir cincin permata yang bercorak ringkas lalu menyarungkan ke jari manisku. Aku menyalam lembut tangannya lalu dia mengucup lembut dahiku. Terasa ketulusan dan kehangatan nafasnya. Tiba-tiba dia membisikkan sesuatu ke telinga kiriku.
“ Saya cintakan awak buat selama-lamanya…”
Aku memandang wajahnya lalu tersenyum dan mengatakan..
“ Saya cintakan awak juga buat selama-lamanya…”
Kami berdua beradu mata sambil tersenyum. Para fotografi sudah mula menangkap gambar kami berdua untuk memuatkan ke dalam buku memori. Kini, aku sudah bergelar sebagai isteri orang. Isteri kepada Encik Amirul Hamsyar bin Mohd Hadli. EPILOG
Usai sahaja aku menyarungkan baju mengandung ke tubuhku, kedengaran seperti seseorang sedang mengetuk pintu.
“ Dah siap ke?” soal Amirul Hamsyar dengan suaranya yang manja itu.
“ Dah..” aku berjalan ke arah pintu dan membuka pintu.
“ Auummmm comelnya bini abiy hari ni. Nampak montel sangat bila pakai baju mengandung. Aishhh! Geram..” ujar Amirul Hamsyar sambil mengetapkan bibirnya.
“ Hehehe… mana ada. Kita nak pergi mana ni abiy?” soal aku pula sambil merenung wajahnya.
“ Kita pergi check up lah sayang. Abiy nak sayang pergi jumpa doktor untuk check up perkembangan baby hari ni.” Balas Amirul Hamsyar sambil memimpin tanganku untuk turun ke bawah.
“ Lah! Ingatkan pergi mana. Rupanya pergi check up. Baru nak berangan yang abiy nak ajak orang pergi honeymoon dekat luar negara.” Protes aku seketika sambil memuncungkan bibirku.
“ Alahai… berangan jauh nampak bini abiy ni. Nak pergi honeymoon ya. Tak apa lepas pergi check up kita tempah tiket lepas tu kita pergi honeymoon dekat London okay?” pujuk si dia sambil memeluk pinggang aku.
Mata aku sudah berpinar-pinar tanda gembira kerana hajatku kian tercapai.
“ Is it true abiy?” soal aku sambil memandang wajahnya.
“ Of course dear…”
“ Yahooo! Auuuu…” baru sahaja hendak menjerit kegembiraan tiba-tiba aku merasakan perutku begitu sakit sekali.
“ Sayang kenapa ni? Kan abiy dah cakap jangan menjerit terkejut baby dekat dalam perut tu…” pesan Amirul Hamsyar sambil memegang perut aku.
“ Hehehe.. sorry abiy. Dah, jom kita pergi check up. Tak sabar nak honeymoon ni…” balas aku sambil berjalan bersamanya.
“ Amboi… tak sabar bebenor bini aku ni.” Ujar Amirul Hamsyar sambil tersenyum.
Kini, aku dan si dia melayari bahtera perkahwinan dengan penuh sabar dan gembira. Cinta yang betul-betul ikhlas dan sejati adalah cinta yang datang dengan keredhaan tuhan. Sesungguhnya, dengan perkahwinan sahajalah cinta monyet yang dulu diangan-angankan boleh menjadi kenyataan. Wasallam…
- TAMAT-
Dedikasi untuk semua yang mengenali aku. Buat sahabat yang masih setia bersama aku terima kasih aku ucapkan. Buat si dia.. this is for you.. For you all .
-Erna hazwanie-