LATEST POST!

CERPEN SAYANGKU CIKGU HAZWANI

Cerpen Sayangku Cikgu Hazwani Hujan turun dengan renyai pada malam itu. Kelihatan Hazwani dan Hamsyar sedang berada di dalam kereta untu...

Wednesday, 17 September 2014

CERPEN JUJUR AKU SETIA (BAB AKHIR)


Bab 6
Usai sahaja majlis perkebumian arwah Syafiq, Puan Anum dan sanak- saudara pulang ke rumah masing-masing. Hanya tinggal Airiel dan juga Encik Hasrul sahaja.
Uncle tahu kamu ni bekas kekasih Hannah kan?” soal Encik Hasrul tiba-tiba.
Airiel memandang sekilas wajah Encik Hasrul. Kelihatan tenang sahaja wajah orang tua itu.
Uncle dah tahu semua cerita antara korang bertiga. Kamu, Syafiq, dan Hannah. Jiha. Kamu kenal Najiha?” soal Encik Hasrul lagi.
Airiel menganggukkan kepalanya.
“ Dia yang ceritakan semuanya kepada uncle. Uncle rasa bersalah sangat sebab uncle yang paksa Hannah bertunang dengan Syafiq. Uncle tak tahu kamu bercinta dengan dia. Uncle takut tak ada sesiapa akan jaga dia setelah uncle meninggal nanti. Jadi akan mengambil keputusan untuk tunangkan dia dengan Syafiq. Uncle minta maaf Airiel.” Ujar Encik Hasrul dengan nada yang mula sebak.
Hati Airiel mula sentap dengan pengakuan Encik Hasrul. Jadi selama ni Hannah dipaksa bukan atas kerelaan dia.
“Ya allah! Hannah maafkan aku sebab tak dengar penjelasan kau dulu.” Detik hati Airiel. Dia rasa menyesal kerana menuduh Hannah sembarangan.
“ Tak apalah uncle. Saya pun silap kerana tinggalkan dia lama-lama. Jadi saya pulang untuk mengambil dia sebagai isteri saya. Saya sanggup jaga dia setulus hati saya. Saya ikhlas cintakan dia.” Ngaku Airiel yang selama ini tertanam sahaja di dalam hatinya.
Uncle tahu, tapi sekarang Hannah masih koma. Kita tunggu dia sedar dahulu baru kita bincangkan hal ini lagi.” tepuk Encik Hasrul di atas bahu Airiel.
Airiel mengangguk tanda setuju dengan cadangan Encik Hasrul.
Uncle, saya ingat nak melawat Hannah di hospital lah. Mana tahu ada perkembangan.” Ujar Airiel sambil berjalan menuju ke keretanya.
“ Baiklah, uncle terpaksa balik ke rumah dahulu. Ada hal yang perlu diselesaikan. Kamu tolong tengok-tengokkan Hannah ya.” Pinta Encik Hasrul.
“ Baiklah Uncle.”
Tuk! Tuk! Tuk!
 “Assalamualaikum Hannah…. Aku datang ni. Macam mana kau hari ni? Aku harap kau cepat sedar ya.” Ucap Airiel sambil meletakkan sebakul buah-buahan untuk Hannah.
Kelihatan Hannah masih dalam keadaan koma dan hanya terlantar sahaja di atas katil.
Airiel mengambil posisi di sebelah Hannah. Tangan Hannah dicapai.
“ Hannah, aku minta maaf sebab tak dengar penjelasan kau hari tu. Aku terlalu ego Hannah. Aku sayangkan kau Hannah. Bila aku dapat tahu kau dah bertunang, aku jadi terlalu marah. Aku bercadang nak tinggalkan Malaysia sebab aku kecewa dengan kau. Tapi aku tak tahu yang kau akan jadi macam ni. Aku takut Hannah. Aku takut akan hilang kau sekali lagi.” beritahu Airiel dengan setulus hatinya.
Hannah masih kaku sahaja di atas katil sambil memakai alat bantuan pernafasan.
“ Hannah, aku berjanji akan sentiasa melawat dan jaga kau. Aku nak kau sihat. Aku sanggup tunggu kau Hannah. Aku sunggup tunggu kau sedar dari koma.” Ujar Airiel lagi.
Begitulah yang terjadi setelah Hannah disahkan koma selama tiga bulan. Hampir setiap hari Airiel akan datang menjenguk Hannah bagi menceriakan hari-harinya. Dia lebih rela menjaga Hannah di hospital dari duduk di pejabatnya. Kadang-kadang Airiel datang membawa sebuah gitar untuk menyanyikan lagu-lagu kegemaran  mereka dahulu. Kadang-kadang Airiel bercerita tentang pengalamannya di luar negara. Walaupun dia tahu Hannah tidak akan membalas tetapi dia percaya Hannah mendengarnya. Dia mahu Hannah sembuh seperti sediakala.
“ Hannah, hari ni aku ada lagu istimewa untuk kau tau. Kau dengar ya.” Ujar Airiel pada hari itu.
“ Selagi nyawa ini dikandung badan… selagi hayat ini masih berdiri.. selama itu akan takkan henti mencintaimu… jadilah isteri kepada diriku… jadilah kekasihku selama-selama…. Ku cinta padamu.. ku ingin mengahwinimu…” nyanyi Airiel sambil memetik gitarnya.
3 bulan kemudian…….
“ Hannah, how are you feel today? Kau nak tahu tak apa aku belikan untuk kau hari ni? Aku pasti kau akan suka.” Ujar Airiel kepada Hannah.
“ Taraaaaa! Aku belikan kau sejambak bunga ros putih untuk kau. Aku tahu kau suka sangat dengan bunga ros putih ni kan. Sebab tu aku belikan untuk kau. Anyway hari tu Jiha datang sini melawat kau. Aku percaya tak lama lagi kau akan sembuh. Aku tak sabar nak tunggu kau sedar Hannah. Aku rindu nak tengok senyuman kau.” Ujar Airiel sambil duduk di sebelah katil Hannah.
Sedang Airiel memerhatikan wajah Hannah, dia dapat merasakan seperti ada tangan yang menyentuh tangannya.
Kelihatan jari tangan Hannah bergerak-gerak.
Airiel terkejut.
“ Ya allah! Hannah kau dah sedar ke? Syukur Alhamdulilah…” ucap Airiel sambil memegang tangan Hannah.
Hannah membuka kelopak matanya perlahan-lahan.
“ Doktor! Nurse! Hannah dah sedar..” laung Airiel.
Kelihatan Doktor Safuan dan dua orang jururawatnya memeriksa nadi dan kondisi badan Hannah.
“ Alhamdulilah, sekarang dia sudah mula sedar dan perlu banyak berehat. Encik Airiel jangan risau.” Ujar Doktor Safuan sambil berlalu meninggalkan wad tersebut setelah menulis catatan pada fail rekod pesakitnya.
“ Hannah… kau dah sedar sekarang?” soal Airiel sambil merenung wajah Hannah. Betapa rindunya dia kepada gadis di hadapannya ini. Hampir tiga bulan Hannah tidak sedarkan diri. Akhirnya, Hannah pulih semula.
Hannah merenung bebola mata Airiel sambil tersenyum.
“ Abang maafkan Hannah sebab tertidur masa hari perkahwinan kita. Tapi kenapa Hannah ada dekat sini? Soal Hannah tiba-tiba sambil memegang tangan Airiel membuatkan muka Airiel berkerut seribu.
“ Hannah, kau okay tak ni?” Doktor!” laung Airiel.
“ Ada apa Encik Airiel?” soal Doktor Safuan .
“ Saya ada sesuatu nak tanya dengan doktor.” Balas Airiel sambil merenung wajah Hannah.
“ Abang, abang nak pergi mana. Temanlah Hannah dekat sini. Jangan biarkan Hannah sorang-sorang.” Beritahu Hannah sambil mengenggam tangan Airiel.
Airiel merenung wajah Doktor Safuan dengan reaksi yang hairan. Doktor Safuan terdiam seketika sambil melihat lagi tindak balas Hannah.
“ Hannah, aku nak bercakap dengan doktor sekejap. Sekejap je tau.” Balas Airiel seolah-olah memujuk Hannah.
Kelihatan Hannah mengeluh seketika dan melepaskan gengaman tangan mereka.
Airiel dan Doktor Safuan beredar dari wad tersebut dan duduk di kerusi yang disediakan.
“ Doktor, saya pelik dengan sikap Hannah sekarang. Dia kata kenapa dia ada dekat hospital dan meminta maaf kerana pengsan masa majlis pernikahan kami. Padahal saya belum berkahwin lagi dengan dia.” Jelas Airiel.
“ Menurut pengalaman saya, setiap pesakit yang baru tersedar dari koma akan mengalami suatu masalah mental iaitu hilang ingatan. Hilang ingatan pula ada dua jenis iaitu hilang ingatan sementara atau kekal. Saya rasa Hannah sudah mengalami masalah itu. Saya tak pasti sama ada ia sementara atau kekal. Kita kena tengok perkembangannya nanti.” Jelas Doktor Safuan.
Hampir dua minggu Hannah berkeadaan seperti itu. Dia hanya ingat Airiel itu suaminya sahaja. Arwah Syafiq langsung Hannah tidak ingat. Apa yang terjadi antara mereka pun dia tidak ingat.
Airiel dan ahli keluarga mereka sedang berusaha untuk memulihkan kembali ingatan Hannah.
“ Abang, bila Hannah dapat keluar dari hospital ni? Hannah nak balik rumah kita. Kenapa abang diam aje. abang tak nak bercakap dengan Hannah lagi ke?” soal Hannah sewaktu Airiel datang melawatnya pada petang itu.
Airiel menoleh seketika ke arah wajah Hannah lalu mengeluh.
“ Hannah, sebenarnya…..” Airiel terjeda seketika setelah mengingati sesuatu.
“ Saya harap kamu semua jangan beritahu dia hal yang sebenar buat masa kini. Keadaan mentalnya masih belum stabil untuk menerima kenyataan. Jika kita beritahu dia hal yang sebenar kemungkinan besar otak dia akan crash dan mengalami masalah kemurungan.” Jelas Doktor Safuan sewaktu mereka berbincang keadaan Hannah.
“ Sebenarnya kau belum sihat lagi. Doktor nak tengok keadaan kau lagi dua tiga hari. Insyallah kau boleh balik lepas ni.” Ujar Airiel sambil berdiri di sisi Hannah.
Hannah memegang tangan Airiel.
Airiel tersentak dengan tindakan Hannah.
“ Hannah tak nak duduk sini lagi. Hannah bosan bang. Hannah nak balik rumah kita.” Balas Hannah dengan nada yang sebak.
“ Ya aku tahu tapi kau kena stay lagi beberapa hari. Jangan risau sebab aku akan bawa kau balik.” Pujuk Airiel lalu tersenyum ke arah Hannah.
Hannah mengukir senyuman manis setelah mendengar ucapan Airiel. Tangan Airiel didangkap ke dadanya. Airiel hanya membiarkan sahaja walaupun hatinya sendiri keliru dengan perilaku Hannah.
“ Ya allah! Kau sembuhkanlah dia secepat mungkin. Aku tak sanggup nak tengok dia macam ini lagi.” doa Airiel di dalam hati sambil merenung wajah Hannah.
Setiap hari Airiel akan datang untuk melawat Hannah sebelum membawanya keluar dari hospital. Airiel betul-betul ingin Hannah sembuh dari penyakitnya.
“ Hannah, makan betul-betul kan dah comot ni.” Tegur Airiel sambil mengelap bubur nasi yang melekat pada bibir Hannah.
“Alah, janganlah marah. Hannah tak sengajakan nak mencomotkan mulut ni.” Balas Hannah seolah-olah merajuk dengan teguran Airiel.
Airiel tersenyum setelah mendengar ucapan Hannah.
“ Alolo…. Okay aku tak marahlah. Tapi makan elok-elok nanti comot dah tak comel dah.” Pujuk Airiel sambil mencuit hidung Hannah.
Airiel mengukir sebuah senyuman yang paling gembira kerana semakin hari, Hannah sudah lebih sihat dan boleh mengingati beberapa perkara yang dulu dia lupa. Hari ini Hannah sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah. Ingatannya juga sudah semakin pulih. Airiel membawa Hannah pulang ke rumah Encik Hasrul terlebih dahulu.
“ Abang, Hannah nak tanya boleh?” soal Hannah sewaktu berada di dalam kereta.
Airiel menoleh ke sebelahnya.
“ Tanya apa?” balas Airiel sambil meneruskan pemanduannya.
“ Kenapa abang macam dingin dengan Hannah. Abang selalu bahasakan kau aku dengan Hannah. Bukankah kita dah kahwin? Abang macam tak suka Hannah aje?” soal Hannah dengan nada yang sayu.
Airiel mengeluh seketika tanpa membalas pertanyaan Hannah.
Hannah mengalihkan penglihatannya keluar tingkap kereta. Tidak semena-mena air matanya gugur.
“ Hannah, maafkan aku. Aku nak sangat kau pulih. Aku tak nak kau merana apabila dapat tahu kebenarannya.” Detik hati Airiel.
Mereka telah sampai di rumah Encik Hasrul. Kelihatan Hannah mengangkat begnya sendiri dan terus masuk ke dalam. Hatinya masih sakit dengan layanan dingin Airiel terhadapnya.
Airiel memerhatikan sahaja perilaku Hannah. Dia tahu Hannah marah. Dia terpaksa lakukan ini semua demi kebaikan Hannah.
“ Assalamualaikum , uncle. Auncle apa khabar?” soal Airiel sambil menyalam tangan Encik Hasrul.
“ Uncle baik aje. Hannah kenapa murung aje? Kamu dah beritahu dia?” soal Encik Hasrul setelah menjemput Airiel masuk ke dalam rumah.
“ Belum tapi dia dah tanya saya macam-macam uncle. Saya rasa bersalah jika tak beritahu hal sebenar. Sekarang macam mana?” jelas Airiel.
“ Uncle rasa kita perlu beri dia masa untuk tenangkan fikiran.” Cadang Encik Hasrul. Airiel hanya menuruti sahaja.
“ Apa yang abang dengan abah bincangkan tu. Apa yang dia orang sembunyikan daripada aku. Aku mesti siasat benda ni.” Tekad Hannah.
Hari demi hari pelbagai peristiwa pelik berlaku. Hannah seperti orang tidak tentu arah mencari bukti perbualan mereka tempoh hari. Ketika Hannah sedang menuruni tangga di rumah Encik Hasrul, dia terdengar perbualan antara Encik Hasrul dan Airiel. Agak serius perbualan mereka.
“ Uncle saya dah tak tahan dengan sikap Hannah sekarang. Dia dah macam orang gila. Sibuk cari bukti apa yang kita sorokkan dari dia. Saya rasa kita patut beritahu hal sebenar. Saya dah tak sanggup.” Luah Airiel.
“ Apa yang Hannah perlu tahu abang. Abah?” soal Hannah yang tiba-tiba muncul. Dia inginkan kebenaran.
Airiel memandang Encik Hasrul.
“ Sebenarnya……..”
Hannah amat terkejut dengan kebenaran yang dinyatakan oleh Airiel. Air matanya gugur juga setelah mendengar kebenaran tersebut.
Selama tiga minggu Hannah mengalami kemurungan yang agak serius. Airiel dan keluarga tidak putus-putus berusaha untuk menceriakan hidup Hannah semula.
“ Hannah, aku minta maaf ya?” pinta Airiel sewaktu dia melawat Hannah buat kali yang ketiga puluh . Mereka duduk berehat di taman mini rumah Hannah.
Hannah menoleh ke arah sebelah. Dia merenung wajah Airiel sepuasnya. Lalu, dia tersenyum.
“ Tak apalah. Bukan salah kau pun. Aku dah okay dah sekarang.” Balas Hannah yang kelihatan agak tenang.
“ Alhamdulilah.” Airiel meraut mukanya tanda bersyukur kerana Hannah sudah kembali ceria seperti sedia kala.
Airiel meraba poket seluarnya seperti merasa sesuatu.
Airiel menarik nafasnya sebelum meluahkan sesuatu kepada Hannah. Kali ini dia sudah bersedia untuk meluahkan apa yang terpendam.
“Hannah… Aku nak cakap sesuatu dengan kau.” Panggil Airiel dengan nada yang agak gementar.
“Ya?” Toleh Hannah menyebabkan Airiel tertelan air liurnya.
Airiel mengeluarkan sekotak cincin yang sudah lama dikhaskan untuk Hannah.
“ Aku nak melamar kau ni. Sudikah kau kahwin dengan aku? Jadi isteri kesayangan aku?” lamar Airiel sambil mengukir senyuman pada bibirnya.
Hannah merenung wajah Airiel. Agak serius wajahnya pada waktu itu.
“Urmmm.. Hannah?” soal Airiel lagi sambil sabar menanti jawapan daripada mulut Hannah.
“ Ya! Aku setuju.” Balas Hannah sambil tersenyum melihat Airiel. Tidak semena-mena setitis mutiara jernihnya gugur. Alangkah gembiranya hatinya apabila dilamar oleh kekasih yang sudah sekian lama bertahta dihatinya.
“Hannah! Betul ke ni? Kau serius ke?” soal Airiel tidak percaya.
“ Ya! Aku nak kahwin dengan kaulah.” Balas Hannah.
“Yahoo! Hannah nak kahwin dengan aku. Ya allah, syukur.” Gembira Airiel.
“Hannah, kita kahwin sekarang ajelah. Aku dah tak sabar ni.” Ujar Airiel.
“ Amboi, ngada-ngada erk kau ni” balas Hannah sambil tersenyum.
2 tahun kemudian………
Kini, dialah isteri kesayangan aku. Korang nak tahu tak? Isteri aku sekarang dah berbadan dua lagi. Makin bertambahlah generasi keturunan aku.
“Hannah, abang buatkan awak susu ni. Minum tau. Biar baby yang ada dalam perut ni sihat dan montel macam mama dia.” Ujar Airiel sambil menghulurkan segelas susu kepada Hannah.
“Alolo… baiknya suami Hannah ni. Terima kasih abang. Hannah bersyukur sangat sebab dapat suami yang penyayang macam abang.” Balas Hannah selepas menghirup susu yang dihulurkan oleh Airiel.
Airiel meletakkan susu tersebut di atas meja.
“Hannah, abang pun bersyukur sangat sebab dapat isteri yang baik dan sanggup tunggu abang selama kita berpisah dulu. Walaupun macam-macam dugaan yang kita lalui, akhirnya Hannah tetap jadi milik abang seorang. You are mine.” Balas Airiel sambil mengucup lembut dahi isterinya.
“ Aummm… makin chubbylah isteri aku ni. Ini yang buat abang geram ni. Grrr…” ujar Airiel sambil merenung tajam wajah isterinya.
“ Amboi… abang ni nakal ya. Dah jadi papa makin lama makin gatal pulak. Kalah Wina dengan Awish.” Ngomel Hannah sambil mencubit hidung suaminya.
“Auuu.. sakitlah sayang. Eiiii ….” Ngadu Airiel dan tidak semena-mena bibir nakalnya mengucup lembut bibir isterinya membuatkan Hannah tergamam seketika.
“ Abang, pandai ya ambil kesempatan. Nasib baiklah orang pregnant, kalau tak habislah badan abang orang kerjakan nanti.” Marah Hannah sambil meraba-raba perutnya yang memboyot.
Airiel menjelirkan lidahnya.
“ Eleh, alasan aje tu. Sebenarnya takutkan?” soal Airiel.
“ Eh, mana ada. Hannah beranilah cuma Hannah kesiakan abang aje.” Nafi Hannah.
“ Eleh, nah amik nih.” Cium Airiel lagi .
“ Baby, tengok papa awak ni. Nakal tau dia ni. Sakit bibir mama dia gigit.” Ngadu Hannah kepada baby yang berada di dalam perutnya.
Airiel tersenyum dengan kelakuan isterinya. Airiel mengambil tangan Hannah dan dikucupnya dengan sepuas hati.
“ Abang janji, abang akan bahagiakan Hannah dan anak-anak kita sehingga hujung nyawa. Papa janji akan setia dengan mama kamu tau sayang.” Balas Airiel sambil mencium perut isterinya.

-TAMAT-

Friday, 5 September 2014

CERPEN JUJUR AKU SETIA (BAB 1- 5)


CERPEN JUJUR AKU SETIA
BAB 1
Bermulalah kisah aku dengan seorang gadis yang pada mulanya sahabat aku tetapi kini dia sudah menjadi seorang wanita dan ibu yang baik kepada anak-anak aku. Hampir lapan tahun aku terpisah dengan dia dahulu. Pelbagai cabaran dan rintangan yang kami lalui semasa tempoh kami terpisah. Jika dikenang kembali,memang perit tetapi itulah dugaan yang membuatkan aku dan dia bersatu semula.
8 tahun lepas……..
“ Hannah, aku ada benda nak cakap dengan kau ni.” Beritahu Airiel sewaktu mereka berehat sebentar di pondok sekolah.
Hannah menoleh seketika sambil duduk bersimpul di atas pangkin. Airiel menegur tentang tindakan Hannah yang duduk sebegitu.
“ Tak manislah anak dara duduk macam tu tau.” Hannah menjulingkan matanya sambil tersenyum melihat reaksi Airiel. Kelihatan sayu sahaja wajah sahabatnya itu tetapi Hannah cuba menahan gelora di hatinya.
“ Alahai, okaylah. Kau nak cakap apa ni. Macam serius aje?” soal Hannah yang tidak sabar-sabar mendengar bual bicara Airiel. Airiel menarik nafas sebanyak yang mungkin sebelum memulakan sesi bual bicaranya.
“ Aku pernah cakap dengan kaukan dahulu yang ayah aku nak masukkan aku dekat sekolah vokasional?” soal Airiel sebagai permulaan sebelum meneruskannya. Kelihatan Hannah menganggukkan kepalanya.
“ Okay, minggu depan aku dah kena pindah. Next month, aku dah kena pergi daftarkan diri. I know it so complicated for you to trust me. But, it’s the reality. Sambung Airiel dengan nada yang sayu.
“ Urmmm….. Really, it good for you Airiel. Don’t worry, aku okaylah.” Balas Hannah yang cuba menceriakan dirinya walaupun hatinya rasa begitu sakit sekali apabila mendengar berita tersebut.
Airiel merenung bebola mata Hannah. Dia tahu Hannah sedih dan menangis di dalam jiwanya tetapi gadis itu cuba menyembunyikannya.
“ Hannah, please… aku tahu kau sedih sekarang ni. But, it’s so difficult for me too. Aku pernah cakapkan yang aku tak nak berpisah dengan sahabat karib aku yang comel ni. But, I don’t have a choose and I should take this chance for my future”. Jelas Airiel lagi.
Tidak semena-mena setitis mutiara jernih milik Hannah gugur juga pada pipi gebunya. Airiel mengelap air mata tersebut kerana dia juga berasa tersiksa dengan perpisahan ini. Beberapa minit kemudian, Hannah merenung wajah Airiel.
“ Okay, aku terima keputusan kau. Aku nak kau berjaya Airiel. Tak apalah kalau aku terpaksa berpisah dengan kau sekarang ni. Mungkin kalau ada jodoh, kita jumpa lagi. I wait for you.” Beritahu Hannah dengan nada yang cuba diceriakan.
 “ Betul apa yang aku dengar ni Hannah? Kau akan tunggu aku. Kalau macam tu, aku pun berjanji akan cari kau semula selepas aku dah berjaya nanti. Aku janji Hannah.” Ikrar Airiel dengan penuh harapan.
Hannah tersenyum lebar apabila mendengar pengakuan Airiel. Demi sahabat yang dia sayang, dia akan tunggu.
Hari ini merupakan hari perpisahan Airiel buat kali terakhir di Sekolah Menengah Sri Gemilang. Cikgu Hafiz selaku guru kelas Tiga Setia mengadakan majlis perpisahan untuk Mohamad Airiel bin Halil yang akan berpindah ke sekolah baharunya. Memandangkan Airiel merupakan salah seorang murid cemerlang di sekolah tersebut, majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Tuan Pengetua Encik Suhaimi Yusof bin Abu bakar.
Majlis perpisahan itu semakin tiba ke penghujungnya, kesedihan semakin terasa di dalam jiwa guru-guru dan rakan-rakan sekelasnya. Airiel memeluk sahabat-sahabatnya yang sudi menjadi teman seperjuangan di sekolah itu. Ayiesh, Erul, Ihzam turut sayu dengan pemergian sahabat karib mereka yang sudah lama dikenali.
“ Riel, aku harap apabila kau dekat sana nanti jangan lupa dekat kita orang tau. Kita orang dekat sini tak akan lupa dekat kau.” Ujar Ayiesh yang diikuti oleh Erul dan juga Ihzam.
“ Ahah, betul tu. Terutama sekali jangan lost contect dengan kita orang .” sambung Erul pula.
Airiel tersenyum mendengar pesanan daripada rakan-rakannya.
“ Insyaallah, aku tak akan lupakan korang semua. Korangkan bestfriends aku. Tak mungkinlah aku akan lupakan korang.” Balas Airiel sambil memeluk bahu rakan-rakannya.
“ Baguslah kalau macam tu tapi satu perkara lagi kau jangan sesekali lupa.” Ingat Ihzam kepada Airiel.
“ Apa dia?” soal Airiel kebingungan.
“ Yang dekat sana tu kau jangan sesekali lupakan dia. Dia dah setia gila dengan kau. Sanggup dengar cakap kau selama korang bersama ni.” Tunjuk Ihzam ke arah Hannah yang masih duduk di tempat duduknya.
Airiel menoleh seketika ke arah Hannah.
“ Hah! Itu memang tidak boleh dilupakan. Dialah gadis yang sudah menjadi kesayangan aku sekarang ni. Never forget it.” Beritahu Airiel sambil menunjuk isyarat untuk ke tempat Hannah.
Ayiesh, Erul dan Ihzam hanya mengangguk dan kembali menjamu selera.
“ Hannah, are you okay now?” soal Airiel yang duduk berhadapan dengan meja Hannah.
Hannah menoleh ke arah Airiel yang kini berhadapan dengannya.
I am okay. Kau bila dah sampai dekat sana jangan lupakan aku tau. Ingat, aku dekat sini tak akan lupakan Airiel.” Ujar Hannah yang cuba menahan sebak dalam hatinya.
Airiel turut terkesan dengan kata-kata Hannah. “Ya allah, sanggupkah aku berpisah dengan gadis di hadapan aku ini. Dia sudah membuat hidup aku lebih ceria dan bahagia kini.” Detik Airiel di dalam hati.
“ Tak Hannah, aku tak akan lupakan kau. Aku janji. Kau pun jaga diri tau bila aku tak ada nanti. Ingat, setia dengan aku seorang. Jika ada jodoh, kau tunggu rombongan meminang aku nanti.” Gurau Airiel yang cuba menceriakan diri Hannah pada ketika itu tetapi Airiel amat mengharapkan benda itu berlaku dalam hidupnya.
Hannah tersenyum dengan celoteh Airiel.
“ Airiel! On the time now. Ayah kamu sudah tunggu di bawah.” Laung Cikgu Hafiz menandakan masa untuk Airiel bersama rakan-rakannya sudah tamat.
Airiel mengangguk tanda faham dengan bicara cikgunya itu.
“ Hannah, aku dah kena pergi. Kau jaga diri tau. Aku sayang kau Hannah. Kau seorang sahaja kesayangan aku. You are my Hannah.” Beritahu Airiel dengan ikhlas tentang perasaan sebenarnya.
“ Airiel!” laung Hannah sambil menghulurkan seutas rantai yang berhuruf AH. Selama ini, tiada seorang pun yang tahu tentang rantai itu. Kini, hanya Airiel sahaja yang tahu maksud sebenar huruf pada rantai itu.
“ Jangan lupakan aku. Aku pun sayangkan kau juga.” Balas Hannah sayu.
Airiel menoleh ke arah Hannah.
“ Terima kasih Hannah. Good bye my Hannah” pamit Airiel sambil melambaikan tanganya ke arah Hannah dan juga rakan-rakannya yang lain.
Jiha, Nia dan juga Suhana mendekati Hannah.
“ Hannah sabar ya. Aku tahu kau sedih tapi jangan risau kita orang still dengan kau. Dah jangan sedih-sedih lagi.” ujar Jiha untuk memujuk Hannah yang berada dalam kesedihan.
BAB 2
5 tahun kemudian…..
“ Tuk! Tuk! Tuk! Hannah, buka pintu ni.” Ketuk Encik Hasrul bapa Hannah.
Hannah yang pada ketika itu baru sahaja tamat menunaikan solat Asar terburu-buru keluar untuk membuka pintu.
“ Ya allah! Abah, kenapa ni?” soal Hannah yang terkejut melihat keadaan abahnya yang berbalut pada bahagian kaki kanannya.
Tidak semena-mena bebola mata Syafiq terpaku melihat wajah gadis yang berada di hadapannya ini.
“ Ahhhhh, abang accident tadi. Nasib baik anak muda ni tolong abah.” Beritahu Encik Hasrul sambil melunjurkan kakinya  di atas sofa.
“ Ya allah, macam mana boleh accident ni abah. Habis, doktor cakap apa?” soal Hannah yang sudah mula tidak keruan dengan keadaan abahnya.
“ Dahlah tu, abah tengah sakit ni. Kamu pergi buatkan kami berdua air minuman. Abah dah haus ni.” Pinta Encik Hasrul kepada anaknya.
“ Haih… yela abah.” Akur Hannah sambil berlalu ke biliknya untuk menukar pakaian. Beberapa minit kemudian, Hannah bergerak ke bahagian dapur untuk membacuh air minuman.
“ Siapalah pulak lelaki dekat depan tu. Yang abah ni pun satu, macam mana boleh accident pun aku tak tahulah.” Bebel Hannah seorang diri sambil membancuh air minuman untuk dibawa ke hadapan.
“ Terima kasihlah Syafiq, sebab dah tolong hantarkan pak cik ke hospital tadi. Terhutang budi pulak pak cik dengan kamu ni.” Ujar Encik Hasrul sambil menjemput minum air yang telah dihidangkan oleh anaknya.
“ Tak apalah pak cik, sudah kebetulan saya lalu dekat kawasan tu. Apa salahnya saya tolong pak cik.” Balas Syafiq sambil tersenyum melihat wajah gadis di hadapannya. Manis sahaja orangnya yang bertudung litup. Amat sopan dan begitu menyejukkan mata.
“ Betul tu, nasib baiklah kamu ada. Hah! Kenalkan ini anak pak cik namanya Nurhannah Imani.” Kenal Encik Hasrul kepada Syafiq.
“ Oh, yeke. Manis orangnya. Isteri pak cik dekat mana?” soal Syafiq yang cuba beramah mesra dengan orang tua Hannah. Dia sudah merasakan suatu perasaan yang lain terhadap Hannah. Kali pertama dia sudah mula jatuh cinta dengan seorang gadis yang bernama Hannah.
Encik Hasrul menoleh ke arah Hannah.
“ Sebenarnya, isteri pak cik sudah lama meninggal semasa Hannah berumur tiga belas tahun. Dia ni anak tunggal pak cik. Ibunya meninggal sebab menghidap penyakit kanser hati. Jadi pak cik duduk berdua sahajalah dengan dia sehingga sekarang.” Beritahu Encik Hasrul.
“ Oh! Maaflah pak cik. Saya tidak tahu sebenarnya. Maafkan saya ya Hannah.” Ujar Syafiq yang memohon maaf kerana telah membuat hati kecil Encik Hasrul dan Hannah terasa dengan pemergian ibu Hannah.
“ Erk… dah kenapa dia ni. Tiba-tiba aje nak minta maaf.” Detik hati Hannah.
“ Abah, Hannah masuk ke dalam bilik dululah. Banyak kerja lagi nak kena buat.” Pinta Hannah sambil berlalu meninggalkan ruang tamu.
Hari demi hari berlalu dengan begitu pantas. Perasaan rindu Hannah terhadap Airiel semakin ketara dari hari ke hari. Baru beberapa bulan yang lepas mereka sempat berhubung melalui whatapps tetapi kini Airiel sudah jarang berhubung dengannya. Hannah merasakan jiwanya semakin dekat dengan hati Airiel walaupun raga mereka terpisah jauh.
“ Abah! Apa semua ni. Kenapa Hannah kena bertunang dengan dia? Hannah tak kenal pun siapa Abang Syafiq tu. Hannah masih mudalah bah.” Ujar Hannah yang benar-benar terkejut dengan hasrat abahnya yang ingin Syafiq bertunang dengan Hannah.
Encik Hasrul mengeluh seketika.
“ Hannah, abah tahu kamu masih muda tetapi kamu bertunang ajelah dengan dia dulu. Dia dah berkenan sangat dengan kamu. Kalau ya pun kamu tak kenal, cubalah beramah mesra dengan dia. Abah dah banyak terhutang budi dengan dia.” Jelas Encik Hasrul perlahan tentang hasrat murninya. Dia ingin melihat Hannah berteman dengan pasangan hidupnya. Sudah sekian lama Hannah kesunyian, tak akan selama-lamanya dia ingin hidup bersama abahnya.
“ Abah, kenapa dengan abah ni. Hannah tak nak lah abah. Jangan paksa Hannah abah.” Mohon Hannah yang sudah mula sebak dengan tindakan abahnya.
“ Kamu fikirlah baik-baik cadangan abah ni Hannah. Abah buat semua ni untuk masa depan kamu.” Ujar Encik Hasrul sebelum berlalu masuk ke dalam biliknya.
“Ya allah, dugaan apakah ini. Kenapa aku diduga sebegini. Aku hanya mahukan dia seorang sahaja yang bersama dengan aku. Kenapa abah mahu aku bertunang dengan orang lain? Kenapa semua ini berlaku.” Detik Hannah di dalam hati sambil menangis di dalam biliknya.
“ Airiel, kenapa tak balas ? Dah lama kau tak contect aku. Kau pergi mana?” bebel Hannah sambil menaip sesuatu pada telefon bimbitnya.
Kosong. Masih tiada balasan daripada Airiel. Hannah mengeluh panjang lalu merebahkan tubuhnya di atas katil. Air matanya mengalir semula.
3 minggu kemudian…….
“ Hannah, kau okay ke Hannah?” soal Jiha teman rapat Hannah semasa di sekolah menengah dahulu. Hannah menoleh ke arah Jiha dan memeluk tubuh rakannya. Hannah yang nampak cantik berbaju kurung moden putih sedang melepaskan tekanannya pada bahu Jiha.
“ Hannah, kenapa ni? Hari ni kan kau nak bertunang. Kau sepatutnya gembira. Jangan malukan abah kau. Aku tahu kau cintakan Airiel tetapi sampai sekarang dia tak contect kau.” Ujar Jiha sambil memegang bahu Hannah.
“ Aku terpaksa lakukan semua ni demi abah aku babe. Aku hanya nak Airiel bukan Syafiq.” Luah Hannah yang begitu sebak.
Jiha mengelapkan air mata sahabatnya yang gugur pada pipi gebunya. Kesian dia melihat keadaan Hannah.
“ Ya, aku tahu tu Hannah tapi inilah satu-satunya permintaan abah kau. Dia tak nak kau tunggu Airiel. Entah-entah Airiel dah lupakan kau. Abah kau mesti tak nak tengok anak dia kecewa kerana sibuk menunggu kekasih hati yang sudah sekian lama menghilang.” Balas Jiha lagi.
Tuk! Tuk! Tuk! Pintu bilik diketuk perlahan. Kelihatan Puan Anum, ibu Syafiq telah masuk bersama beberapa orang wanita yang lain. Hannah memandang wajah Jiha. Memohon kekuatan daripada sahabatnya.
“ You can do it. Trust me.” ujar Jiha sambil mengelap wajah Hannah yang sedikit comot kerana menangis. Maka, berlangsunglah majlis pertunangan antara Hannah dan Syafiq. Hannah melihat sebentuk cincin permata putih pada jari manisnya. Perasaannya kini sudah hancur dan berbaur.
“ Aku sudah jadi tunang kepada lelaki yang aku tidak cinta. Kuatkan diri ini ya allah.” Doa Hannah di dalam hati sambil mencium lembut tangan Puan Anum.
BAB 3
“ Hannah! Awak okay tak ni?” soal Syafiq kepada tunangnya yang dari tadi hanya diam membisu di dalam kereta. Hannah hanya mengeluh tanpa membalas pertanyaan Syafiq. Dia hanya melihat ke luar tingkap kereta.
Syafiq mengeluh seketika dengan layanan dingin Hannah. Walaupun dia tahu Hannah tidak gembira dengan pertunangan mereka tetapi dia tidak mahu kehilangan Hannah. Hannahlah cinta pertamanya.
“ Abang tahu Hannah masih marahkan abang tentang pertunangan ni. Abang betul-betul cintakan Hannah. Abang tak nak kehilangan Hannah.” Jujur Syafiq tulus sambil menoleh seketika pada seat penumpang di sebelah. Hannah masih mendiamkan diri.
“ Dah tahu saya tak suka kenapa paksa saya.” Balas Hannah mendatar.
“ Sebab abang dah mula sayangkan Hannah.” Syafiq membelok ke kanan untuk menuju ke sebuah restoran berdekatan.
Tiada balasan daripada mulut Hannah. Dia teringatkan memori lamanya ketika bersama Airiel dahulu. Masih segar dalam ingatan tidak semena-mena air mata Hannah mula mengalir .
“ Tak apalah Hannah. Abang akan berikan seberapa banyak masa untuk Hannah menerima abang dalam hidup Hannah nanti. Abang akan cuba pikat hati Hannah untuk mula sayangkan abang.” Ujar Syafiq sambil memberhentikan keretanya di sebuah restoran.
Hannah memejamkan matanya seketika lalu mengelap air matanya yang sudah laju mengalir. Dia dan Syafiq keluar dari kereta untuk menjamu selera di restoran tersebut.
Hampir tiga bulan Syafiq sudah mula memikat hati Hannah untuk menerimanya. Padanya, hati perempuan ni bagai kerak nasi. Mula-mula memang keras tetapi jika dipujuk dengan cara yang betul, akan lembut juga. Syafiq tidak pernah berputus asa.
Setiap hari ada sahaja pesanan ringkas daripada Syafiq yang menyatakan dia sayang Hannah. Makin lama hati kecil Hannah mula berbisik dengan tindakan Syafiq yang ingin memikat hatinya.
“ Adakah aku dah mula sukakan Syafiq?” detik hati kecil Hannah.
Hannah sudah memulakan tugasnya sebagai seorang setiausaha di syarikat keluarga Syafiq. Selama ini dia tidak tahu bahawa Syafiq ini merupakan anak orang kaya dan memiliki syarikat sendiri tetapi bukan itu yang Hannah inginkan. Dia hanya terpaksa bertunang dengan Syafiq atas kehendak abahnya.
Listen! Saya ingin memperkenalkan kepada kamu semua iaitu setiausaha baru saya. Nurhannah Imani merangkap tunang saya juga.” Kenal Syafiq kepada kakitangan syarikatnya.
Kelihatan kakitangan syarikat tersebut mengalu-ngalukan kedatangan Hannah kecuali seorang sahaja yang sudah memandang Hannah dengan pandangan yang sinis.
“ Oh! Kaulah tunang Syafiq ya. Baru aku tahu siapa dia ni. Tak apa, permainan baru sahaja bermula Hannah.” Detik hati Julia sambil berlalu meningglkan ruang pejabat tersebut.
Tuk! Tuk! Tuk! Ketukan pada pintu bilik Syafiq.
“ Masuk” sahut Syafiq di dalam.
Kelihatan Julia masuk dengan lengok gayanya yang menggoda dan manja itu. Syafiq tidak begitu ghairah sangat dengan aksi Julia yang tampil seksi dan menggoda.
I dengar you dah bertunang dengan budak tu. Dah ada penganti nampak?” soal Julia sambil duduk di atas kerusi empuk.
Syafiq menoleh ke arah Julia.
“ Ya, memang I dan bertunang. I hope you tak payahlah nak dekat-dekat dengan I lagi. I hanya sayang dia seorang sahaja. Lagipun, you ni cantik, seksi dan menawan. So , I rasa you better cari jelah orang lain.” Balas Syafiq sambil merenung tepat sepasang mata milik Julia.
You jangan menyesal dengan kata-kata you. I akan pastikan tiada sesiapa dapat merampas milik I . You kena ingat tu Syafiq.” Beritahu Julia sambil berlalu meninggalkan bilik pejabat Syafiq.
BAB 4
2 minggu kemudian….
“ Hannah, aku nak pergi lunch ni. Kau nak ikut tak?” soal Hanie rakan sekerja Hannah.
“ Eh, kejap-kejap. Aku nak kemas semua ni.” Balas Hannah sambil lincah mengemas barang-barang yang berterabur di atas meja. Telefon bimbit dicapai dan punat telefon ditekan.
“ Okay, dah jom kita gerak.” Ajak Hannah smabil berlalu meninggalkan ruang pejabat.
“ Hannah, kau pergi cari tempat duduk dulu. Aku nak ke toilet sekejap tau.” Ujar Hanie sambil berlalu ke dalam toilet di salah sebuah restoran berdekatan.
“ Okaylah. Jangan lambat tau.”
Sewaktu Hannah ingin mencari sesuatu di dalam beg tangannya, tidak semena-mena bahunya terlanggar dengan seseorang di koridor restoran.
“ Auchhhh!!!! Urmmm maafkan saya cik.” Pinta Hannah sambil menggosok-ngosok bahunya yang sakit apabila berlanggar.
Kelihatan, di hadapannya seorang lelaki yang tinggi lampai dan berkaca mata memandangnya.
Cermin matanya dibuka.
“ Ya allah, Hannah?” soal lelaki tersebut dengan reaksi yang terkejut.
Hannah menoleh ke arah lelaki tersebut. Pada mulanya dia agak bingung tetapi lama kelamaan dia mula menunjukkan reaksi seolah-olah dia kenal dengan jejaka di hadapannya.
“ Airiel?” ujar Hannah sepatah.
“ Ya allah, Hannah aku tak sangka kita bertemu semula. Kau apa khabar sekarang?” soal Airiel yang amat merindui gadis yang selama ini dicari.
Perlakuan mereka berdua telah dilihat oleh Julia yang kebetulan mahu menjamu selera di restoran tersebut. Julia memerhatikan aksi mereka berdua dan menangkap gambar mereka sebagai bukti kecurangan Hannah terhadap Syafiq.
“ Aku yang patut tanya kau. Mana kau pergi selama ni. Sekian lama kau tinggalkan aku. Kenapa tak telefon aku lagi Airiel?” Hannah meluahkan rasa tidak puas hatinya. Sebenarnya dia rindu sangat dengan lelaki yang telah mencuit hatinya sejak dari zaman sekolah ini. Sangat rindu.
Airiel mengeluh seketika dan mengajak Hannah untuk duduk berbincang di dalam restoran tersebut. Hannah mengeluarkan telefon bimbitnya dan menyatakan sesuatu kepada Hanie.
“ Okay, jom.” Ajak Airiel setelah mendengar perbualan Hannah.
“ Hah! Siaplah kau Hannah. Aku tak biarkan kau bahagia bersama Syafiq. Dasar perempuan curang.” Detik Julia di dalam hati sambil berlalu meninggalkan koridor. Misi seterusnya akan berjalan.
“ Hannah, aku rindu kau sangat. Serius aku rindu dekat kau Hannah. Aku dah berjaya Hannah. Aku dah ada kerjaya sekarang. Aku nak kau tahu sesuatu Hannah.” Beritahu Airiel sambil merenung wajah kekasih hatinya.
“ Apa dia?” soal Hannah yang cuba bereaksi selamba tetapi dalam hatinya hanya Allah sahaja yang tahu.
“ Hati aku tak pernah berubah Hannah. Aku masih setia dengan janji aku. Jujur aku setia Hannah. Aku harapkan kau pun begitu Hannah.” Ujar Airiel ikhlas.
Terus berubah reaksi muka Hannah setelah mendengar penjelasan Airiel. Dia memandang jari manisnya yang tersarung sebentuk cincin dan tidak semena-mena setitis air mata Hannah gugur.
Airiel tersentak dengan perilaku Hannah yang tiba-tiba menangis.
“ Hannah, kenapa dengan kau ni. Kenapa kau menangis Hannah?” soal Airiel sambil mengelap titisan air mata pada pipi Hannah.
Hannah mengelak tindakan Airiel itu tetapi malangnya Airiel sudah menyentuh wajahnya dulu. Terasa kehangatan sentuhan lelaki itu. Hannah berkata sesuatu di dalam hati.
“ Ya allah, sanggupkan aku hadapi dugaan ini. Kenapa dia datang semula dalam hidup aku sedangkan hati aku sudah mula sayang kepada Syafiq.”
Hannah meminta izin untuk beredar atas alasan ada kerja yang perlu dilakukan. Airiel yang masih dalam kebingungan terpaksa melepaskan pemergian Hannah. Dalam sudut hati kecilnya, tidak disangka-sangka Allah memperkenankan doanya untuk bertemu semula dengan Hannah. Alhamdulilah.
Hannah tidak terus pulang ke pejabat tetapi dia pergi ke sesuatu tempat untuk menenangkan hatinya.
“ Hanie, Hannah dekat mana? Balik dari lunch tadi tak nampak dia pun?” soal Syafiq sewaktu lalu di hadapan meja Hannah.
Hanie berasa keliru dengan soalan yang diajukan oleh bosnya.
“ Dia cakap dengan saya dia ada hal sikit nak buat dekat pejabat. So, kita orang tak jadi lunch sama tadi. Takkan bos tak nampak dia?” soal Hanie semula.
Syafiq mengeluh setelah mendengar penjelasan Hanie. Dia masuk semula ke dalam biliknya. Ketika dia masuk, telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada sesuatu.
Screenlock dibuka. Alangkah terkejutnya dia setelah melihat kiriman yang dihantarkan oleh Julia. Mahu tercabut jantungnya.
“ Julia, masuk dalam bilik I sekarang.” Arah Syafiq setelah menekan punat intercom di pejabatnya.
Beberapa minit kemudian, Julia masuk ke dalam bilik pejabat Syafiq.
So, you dah tengoklah apa yang I send dekat you tadi. Itu bukan gambar tunang kesayangan you ke?” pancing Julia yang cuba memanaskan hati Syafiq.
Syafiq mengeluh panjang dengan percakapan Julia.
“ Bila gambar ni you dapat?” soal Syafiq dengan nada yang tegas.
 “ Tadi masa lunch. Mesra sungguh I tengok dia orang berdua tadi siap lunch sama-sama lagi. Kesian I tengok you ni, sanggup biarkan tunang sendiri keluar dengan lelaki lain. How funny dear.” Ujar Julia lagi.
 Syafiq hanya mendiamkan diri sahaja setelah mendengar ujaran Julia yang hanya menyakitkan hatinya.
“ Sayang, you still nak dengan tunang you tu ke. Dia dah curang dengan you. I still love you. I tak curang pun dengan you tau.” Beritahu Julia sambil mendekati tubuh Syafiq.
“ Sudahlah Ju. I nak you keluar sekarang. Jangan ganggu I. Please….” Pinta Syafiq.
I nak temankan you lah Fiq.” Rengek Julia yang cuba menggoda  Syafiq.
Enough Julia. I nak yang keluar sekarang.” Tolak Syafiq terhadap tubuh Julia menyebabkan gadis itu terjelepok di atas lantai bilik itu.
Julia memandang ke arah Syafiq.
“ Sampai hati you tolak I Syafiq. Selama kita bersama dulu you tak pernah kasar dengan I. Now, you dah berani buat I macam ni. You memang kejam Syafiq.” Protes Julia sambil berlalu keluar dari bilik itu. Pintu bilik dihempas.
Syafiq mengelus kasar rambutnya atas tindakan kasarnya terhadap Julia. Sebenarnya dia tidak berniat untuk berkasar dengan Julia tetapi hatinya cukup panas dengan gambar-gambar dan berita yang disampaikan oleh Julia.
Syafiq melirik ke arah jam tangannya. Jam sudah menginjak ke angka lima petang tetapi kelibat tunangnya masih belum kelihatan. Syafiq sudah merasa tidak sedap hati. Dia bergegas keluar dari biliknya selepas mencapai telefon dan kunci keretanya. Dia harus mencari Hannah.
……………………………………………………………..
Kelihatan Hannah melepaskan apa yang terbuku di dalam hatinya.
“ Ya Allah, kenapa dia kembali semula dalam hidup aku setelah
sekian lama kami terpisah.” Detik hati Hannah.
Hannah memandang sebentuk cincin permata yang tersarung pada jari manisnya. Dia menangis sepuas-puasnya kerana terlalu rindu dan rasa bersalah terhadap Airiel. Dia sudah mengkhianati cintanya terhadap Airiel. Dia bukan sengaja tetapi terpaksa. Kerana terpaksa dia relakan.
Airiel tiba di sebuah taman tersebut untuk berjumpa dengan Hannah. Kelihatan Hannah seorang diri tanpa menyedari kehadirannya.
“ Kalau ya pun dah bertunang, kenapa tak beritahu aku. Kau betul-betul dah lupakan aku ke?” soal Airiel setelah melabuhkan punggungnya di sebelah Hannah.
Hannah membuka matanya dan terkejut dengan kehadiran Airiel.
“ Urmmmm Airiel….” Ujar Hannah dengan nada yang sebak.
“ Aku dah tahu semuanya Hannah. Tak sangka kau mungkir janji. Dulu kau cakap kau tunggu aku. Aku habiskan pengajian aku dan dapatkan kerja untuk memenuhi impian kau nak tengok aku berjaya. Lepas aku berjaya, perempuan yang aku sayang dah bertunang dengan orang lain. Ya Allah, sangat menakjubkan.” Luah Airiel dengan senyuman sinisnya.
“ Airiel, aku tak bermaksud mungkir janji. Aku terpaksa Airiel.” Balas Hannah dengan nada yang sebak.
“ Hurmm tak apalah Hannah, kau pun dah jadi tunang orang. Aku tak nak hancurkan hati tunang kau. Kau baliklah dekat pangkuan dia. Aku terpaksa relakan walaupun aku tak sanggup. Kau amik baliklah rantai ni. Jaga diri baik-baik.” Pamit Airiel setelah memulangkan semula rantai milik Hannah yang pernah diberikannya dahulu.
Dia melangkah meninggalkan Hannah sendirian di kerusi tersebut dan tidak semena-mena setitis air matanya gugur juga.
Dari jauh Syafiq sudah terperasan kelibat tunangnya dengan seorang lelaki. Dia sudah melihat semuanya. Syafiq tahu itu ialah Airiel bekas kekasih Hannah. Dia rasa bersalah kerana telah merampas hati Hannah untuk mencintainya sedangkan Hannah mencintai Airiel.
Hannah melihat rantai yang dipulangkan oleh Airiel. Makin hancur hatinya setelah mendengar luahan hati Airiel itu tadi. Hannah menangis sepuas-puasnya.
Syafiq mematikan enjin keretanya dan keluar untuk membawa Hannah pulang.
“ Hannah….” Panggil Syafiq perlahan sambil duduk di sebelah Hannah.
Hannah menoleh seketika dan memeluk tubuh lelaki itu.
“ Abang….” Sebut Hannah.
“ Sudahlah Hannah. Jangan menangis lagi. Jom kita balik hari pun dah nak masuk senja.” Ajak Syafiq sambil memegang dagu Hannah.
“ Abang tahu Hannah cintakan Airiel. Abang dah nampak semuanya. Kita balik dulu dan bincang hal ini ya. Dah jangan menangis sayang.” Pujuk Syafiq lagi.
Hannah mengelap air matanya dan mengikuti langkah Syafiq untuk pulang.
Julia yang kebetulan sengaja melepak di situ semakin panas hati dengan aksi pasangan sejoli itu.
“ Kenapa kau orang still bersama sedangkan Hannah dah curang dengan kau Syafiq. Shit!” marah Julia sambil menekan pedal minyaknya untuk meninggalkan kawasan taman rekreasi itu. Makin lama dia duduk di situ makin sakitlah hatinya. “Aku takkan biarkan kau bahagia dengan dia Hannah.” Detik hati Julia.
Bab 5
Airiel sudah bersiap sedia untuk terbang ke New Zealand. Dia sudah mengambil keputusan untuk pulang ke New Zealand untuk tinggal bersama opahnya. Di Malaysia sudah tidak bermakna lagi untuknya. Gadis yang dia cinta dan sayang sudah pergi meninggalkannya. Airiel membuka laci mejanya dan mengeluarkan sekeping kertas.
“ Buat Nurhannah Imani…….
Maafkan aku kerana terpaksa pergi dalam hidup kau. Kau dah bertunang. Aku tak patut ganggu tunang orang. First time aku dengar kau dah bertunang aku rasa sangat terkejut dan tidak percaya. Setelah aku melihat gambar-gambar pertunangan kau dengan Syafiq baru aku percaya. Kenapa kau mungkir janji? Apa salah aku sampai kau tak boleh tunggu aku. Kau tak sayang aku ke? Aku sedih Hannah. Hancur berkecai hati aku. Tak apalah, mungkin aku terpaksa meningglkan Malaysia supaya hati aku tenang. Aku rela lepaskan kau demi kebahagian kesayangan aku. Demi cinta dalam hati ku, aku rela lepaskan kau. Ingat jangan nakal-nakal tau. Aku doakan korang selamat mendirikan rumah tangga dengan baik dan bahagia. Selamat tinggal my Hannah.
                                                                        Yang ikhlas
                                                                                        AirielUsai sahaja menulis coretan pada kertas tersebut, Airiel memasukkannya ke dalam sekeping sampul surat. Bagasi begnya sudah tersedia di hujung muka pintu bilik. Telefon bimbitnya berbunyi nyaring menandakan ada panggilan masuk.
……………………………………………………………………..
“ Abang tahu Hannah cintakan dia lagi. Hannah betul-betul sayang dia kan?” soal Syafiq sewaktu dia mengajak Hannah breakfast bersama dia di dalam sebuah cafĂ© terdekat.
Tiada balasan dari Hannah.
“ Hannah, abang tahu apa Hannah rasa. Abang dah buat keputusan untuk putuskan pertunangan ni. Abang nak Hannah kembali pada Airiel. Lelaki yang Hannah cinta dari dulu lagi. Abang rela demi orang yang abang sayang.” Ujar Syafiq ikhlas.
“ Abang, betul ke apa yang abang cakap ni? Habis abang pulak macam mana?” soal Hannah tidak percaya.
Syafiq tersenyum setelah mendengar soalan yang diajukan oleh Hannah.
“ Abang akan teruskan kerja abang dekat sini. Mungkin sampai tua abang tak kahwin.” Canda Syafiq cuba bergurau dengan Hannah buat kali terakhir. Mungkin selepas ini dia tidak dapat bertemu dengan gadis ini lagi. Manalah tahukan.
Hannah memasamkan mukanya. Boleh pulak main-main dia ni.
“ Abang, betul-betullah.” Marah Hannah.
“ Alahai comelnya muka dia bila marah abang. Takut abang dibuatnya.” Balas Syafiq sambil mencuit lembut hidung Hannah.
“ Abang mungkin teruskan syarikat papa dekat Jepun. Kalau semua ini sudah selesai, abang akan pulang ke Jepun.” Beritahu Syafiq lagi.
Hannah mula mendiamkan dirinya setelah mendengar ucapan Syafiq.
“ Hannah…. Abang okaylah. Hannah jangan risau. Nanti abang sendiri akan beritahu abah tentang pertunangan kita. Abang nak Hannah pergi jumpa Airiel sekarang. Dia nak terbang ke New Zealand tapi abang suruh dia untuk jumpa Hannah sekejap. Hannah pergilah. Abang izinkan.”
“ Betul ni abang?” soal Hannah minta kepastian.
“ Ya sayang. Dah jom abang hantarkan.” Ajak Syafiq sambil berlalu ke arah keretanya.
Julia mengikuti kereta Syafiq dari belakang setelah mendengar berita tersebut dari sahabatnya Selly.
Hampir 15 minit kemudian…..
Kereta Honda civic milik Syafiq tiba di pekarangan airport KLCC. Syafiq memberi kebenaran untuk Hannah masuk ke dalam bertemu dengan Airiel.
“ Abang, betul ni?” soal Hannah meminta kepastian.
“ Ya, Hannah pergilah.” Izin Syafiq dengan senyuman manisnya.
Syafiq membetulkan bingkai cermin matanya sebelum kembali menatap wajah Hannah.
“ Okay, thank abang. Abang tunggu Hannah tau.” Ujar Hannah sebelum keluar dari kereta.
Syafiq turut keluar dari kereta untuk memastikan Hannah selamat sampai masuk ke dalam airport.
Julia sudah mula untuk menekan pedal keretanya. Dia nekad untuk melanggar Hannah. Dia sanggup lakukan demi Syafiq yang dia cinta. “ Kalau aku tak dapat Syafiq kau pun takkan dapat dia.” Ujar Julia lalu menekan pedal keretanya.
Syafiq seolah-olah baru perasan ada sebuah kereta dari arah bertentangan ingin melanggar Hannah. Syafiq terus meluru ke arah Hannah untuk menyelamatkan dirinya dari dilanggar. Malangnya kereta Julia lebih laju melanggar mereka berdua. Akhirnya, Hannah dan Syafiq terpelanting ke belakang setelah dilanggar oleh kereta Julia. Airiel yang pada ketika itu ingin masuk ke dalam airport terjeda seketika setelah mendengar detuman yang kuat di luar airport.
Kelihatan orang ramai meluru ke arah mereka berdua untuk melihat keadaan mereka. Julia mula panik dan bergerak laju meninggalkan pekarangan airport. Dengan tergesa-gesa, tidak semena-mena kereta Julia bertembung dengan sebuah lori sewaktu dia ingin keluar dari salah sebuah simpang. Berlakulah sebuah kemalangan dasyat pada hari itu. Julia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Syafiq membuka kelopak matanya perlahan-lahan setelah tersedar dari pengsannya. Kepalanya terasa begitu sakit akibat hentakan yang kuat ketika dia dilanggar oleh kereta Julia.
“ Hannah……” panggil Syafiq perlahan.
Hannah masih kaku di atas jalan raya.
Kelihatan Airiel tiba di kawasan kemalangan tersebut dengan reaksi yang terkejut.
“ Syafiq! Hannah! Ya Allah! Tolong panggil ambulans. Panggil sekarang jugak!” jerit Airiel.
Kelihatan salah seorang orang awam tersebut menelefon pihak ambulans.
Syafiq memandang seketika ke arah gerangan yang memanggil namanya.
“ Airiel….” Sebut Syafiq perlahan sambil tersenyum melihatnya.
Airiel memangku kepala Syafiq yang berlumuran darah.
“ Syafiq, tahan sikit. Sekejap lagi ambulans datang.” Ujar Airiel. Orang awam sudah mengangkat tubuh Hannah yang juga berlumuran darah ke tepi jalan. Hanya tinggal Syafiq dan Airiel sahaja di tengah jalan tersebut. Kelihatan Syafiq seperti ingin memberitahu sesuatu.
“ Aku nak kau jaga Hannah. Aku…. Aku dah tak lama lagi. Hannah cintakan aku bukan aku. Aku dah lepaskan dia. Aku nak kau bahagiakan dia demi aku.” Ujar Syafiq sepatah demi sepatah. Kelihatan darah sudah mula tersembur keluar dari mulutnya.
Airiel memandang wajah Syafiq.
“ Aku janji! Aku janji akan jaga dan bahagiakan dia.” Janji Airiel.
Kelihatan Syafiq tersenyum setelah mendengar perjanjian Airiel.
“ Terima kasih Airiel….” Ucap Syafiq buat kali terakhir sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.
“ Syafiq!!!!” jerit Airiel sambil memeluk tubuh lelaki tersebut. Biarpun mereka baru sahaja kenal tetapi Syafiq sudah cukup baik untuknya.
Kelihatan ambulans sudah tiba di pekarangan kawasan kemalangan. Tubuh Hannah sudah diangkut masuk ke dalam ambulans dan kemudian baru tubuh Syafiq. Airiel memandang sayu dua tubuh yang masih kaku di dalam ambulans. Dia bergerak masuk ke dalam airport untuk mengambil bagasi begnya.
Airiel terus masuk ke dalam kereta dan bergerak untuk pulang ke rumahnya.
Telefon bimbit dikeluarkan dan dia mendail nombor Encik Hasrul.
“ Assalamualaikum… Uncle ini saya Airiel. Saya nak beritahu Hannah dan Syafiq kena langgar. Dia orang semua sudah dihantar ke hospital. Baiklah saya bergerak ke sana sekarang.” Beritahu Airiel lalu memecutkan keretanya untuk ke hospital.
…………………………………………………………
“ Airiel, mana Hannah dengan Syafiq?” soal Encik Hasrul setelah tiba bersama Puan Anum dan Encik Khamis.
Jelas terpancar riak kerisauan pada wajah kedua-kedua orang tua Hannah dan Syafiq.
“ Dia orang masih dirawat di dalam uncle.. aunty..” balas Airiel yang turut risau dengan keadaan mereka berdua.
Beberapa minit kemudian…..
Kelihatan sebuah stroller sudah ditolak keluar dari bilik pembedahan.
“ Maafkan saya, siapa ahli keluarga Mohamad Syafiq Azmi?” soal Doktor Safuan.
“ Kami berdua ibu bapanya. Kenapa ya doktor?” soal Puan Anum dan Encik Khamis.
“ Anak puan dan tuan sudah menghembuskan nafas terakhirnya pada lima belas minit yang lepas. Dia mengalami kecederaan yang parah pada bahagian kepalanya akibat terhentak setelah terpelanting dari dilanggar oleh kereta.” Jelas Doktor Safuan.
“ Astagfiruallahalazim.. abang!!! Anak kita bang…” ucap Puan Anum sambil menangis teresak-esak.
“ Bagaimana pula anak saya doktor? Hannah macam mana doktor?” soal Encik Hasrul pula.
“ Hannah masih dirawat di dalam pembedahan. Kemungkinan dia akan koma untuk beberapa bulan. Dia mengalami pendarahan yang teruk dan juga masalah darah beku pada bahagian kanan otaknya.” Jelas Doktor Safuan lagi.
“ Ya allah! Hannah…..” jerit Puan Anum pula. Kelihatan Encik Hasrul dan Encik Khamis hanya beristigfar di dalam hati sambil melabuhkan punggung mereka di atas kerusi.
“ Ya allah, Hannah…..” ujar Airiel pula. Mungkin ini dugaan paling besar yang harus diterimanya. Baru sahaja semalam dia bertemu semula dengan Hannah dan kini dia terpaksa berpisah dengan Hannah semula. “Ya allah! Aku tidak sanggup.” Detik hati Airiel.
“ Habis bila kami boleh melawat dia doktor?” soal Airiel pula.
“ Buat masa ini biarkan kami merawat dia dahulu. Setelah keadaan kembali stabil, saya akan memaklumkan kepada kamu semua. Kalau tidak ada apa-apa saya minta diri dulu. Mayat Syafiq kamu semua boleh melihat di bilik mayat. Ada petugas di sana.” Beritahu Doktor Safuan lalu beredar meninggalkan mereka semua.

Bersambung...........