LATEST POST!

CERPEN SAYANGKU CIKGU HAZWANI

Cerpen Sayangku Cikgu Hazwani Hujan turun dengan renyai pada malam itu. Kelihatan Hazwani dan Hamsyar sedang berada di dalam kereta untu...

Wednesday, 4 June 2014

CERPEN MISTERI BUKIT LUNCHU (BAB 2-5)

Bab 2
Suasana senja sudah semakin hampir ke penghujungnya. Maknanya, malam hari pula akan menjelma. Keadaan sekeliling semakin gelap dan sunyi. Hanya kedengaran pelbagai bunyi yang menyeramkan sahaja yang boleh meremangkan bulu roma masing-masing. Azreen, Mybaa, Ammar dan Nazrul sudah berjalan ke hadapan berbanding kawan-kawan mereka yang lain. Haridz mengeluarkan sebatang lampu suluh kerana keadaan sudah semakin gelap. Fadz, Fatwa, Syakira, Raisya serta Aina bergerak perlahan di belakang.
“ Weyh! Aku takutlah sekarang ni. Makin lama makin gelap pulak. Takkan Haridz sorang je yang bawa lampu suluh. Korang pun tak ada ke?” soal Raisya sambil mengeluarkan lampu suluh dari begnya.
“ Kita semua ada bawalah. Sebelum masuk hutan lagi kita orang dah standby awal-awal. Jawab Fadz sebagai wakil mereka semua.
“ Rai aku laparlah. Dari petang tadi tak sempat nak makan.” Beritahu Fatwa diikuti oleh Syakira dan Aina.
“ Sabarlah sikit. Sekejap lagi kita cari base dulu kalau dah jumpa baru boleh rehat dan makan puas-puas.” Haridz menyuluh di sekitar hutan tersebut diikuti oleh Mybaa, Azreen, Ammar dan Nazrul di hadapan.
“ Ya allah! Kau selamatkan perjalanan kami untuk pulang ke base. Memandangkan keadaan semakin gelap, kau tunjukkanlah jalan keluar kepada kami.” Doa Aina di bahagian belakang sekali. Aina membelek-belek rantai pemberian arwah ibunya pada 20 tahun yang lalu sebelum dia bertolak dari sekolah semalam. Rasa rindu mula menerjah di lubuk hatinya.
“ Ibu doakan Aina dan kawan-kawan Aina selamat agar dapat keluar dari hutan ni.” Bisik hati kecil Aina seolah-olah sedang bercakap dengan arwah ibunya.
 Sedang leka membelek-belek rantai pemberian ibunya, tiba-tiba rantai tersebut seolah-olah tersangkut pada baju PKBM nya. Aina cuba menarik tetapi malangnya rantai itu terjatuh pula di atas tanah.
Aina menghentikan langkahnya dan mula mencari rantai tersebut. Aina menyuluh lampu suluhnya di atas tanah sambil meraba-raba dedauan yang berselerakkan itu.
 Aina tidak sedar bahawa rakan-rakannya yang lain sudah jauh meninggalkan dirinya di belakang. Apabila Aina menoleh semula ke hadapan mereka semua sudah tiada.
“ Alamak! Mana dia orang ni? Kira! Raisya! Fatwa!” laung Aina setelah berjaya menjumpai rantai pemberian ibunya. Aina berlari tanpa tujuan sambil menyuluh ke sekitar hutan berharap agar menemui kelibat rakan-rakannya. Keadaan semakin cemas kerana kelibat rakan-rakannya masih
tidak dijumpai.
 “ Ya allah! Tolong aku ya allah.” Ucap Aina sambil meneruskan perjalanan untuk mencari kawan-kawannya.
Syakira yang seolah-olah terperasan kelibat Aina tidak ada di belakangnya terus menoleh ke belakang.
“ Aina! Aina!” panggil Syakira sambil menyuluh ke belakang.
“ Aina! Kau jangan nak main sorok-sorok pulak dalam hutan ni. Fikir lawak? Aina! Keluarlah!” laung Syakira sambil berjalan ke belakang dan menyuluh pada sebatang pokok. Dia seolah-olah terperasan seperti ada
sesusuk tubuh sedang berdiri di celah pokok tersebut.
Syakira yang penglihatannya kurang jelas kerana cermin matanya sudah pecah akibat hentakkan pada batu semasa dia lemas petang tadi, terus
menyuluh pokok tersebut.
“ Aina! Kau ke tu?” soal Syakira sambil bergerak ke arah sebatang pokok.
          Syakira tidak perasan yang di hadapannya itu terdapat sebuah kolam bekas yang berlumpur. Akhirnya Syakira terjatuh ke dalam kolam lumpuh tersebut. 
Syakira cuba bangun dari dalam kolam tersebut tetapi tidak berjaya kerana kakinya seolah-olah ditarik oleh sesuatu. Syakira terperasan seperti ada sesuatu sedang berada di hadapannya. Apabila Syakira menoleh ke hadapan….
“ Mak!!!!!” Jerit Syakira dan akhirnya dia pengsan di situ.
Masing-masing sudah semakin letih dengan perjalanan yang agak jauh untuk sampai ke base. Fatwa dan Raisya duduk sebentar untuk meminum air setelah sampai ke base mereka.
Para lelaki juga turut berhenti seketika untuk melepaskan lelah masing-masing. Kelihatan Sarjan Bob, Koperal Kit dan Koperal Nita sudah tiada di base tersebut.
“ Reen! Mana sarjan semuanya?” soal Mybaa sambil melihat di sekelilingnya.
“ Aku rasa dia orang dah tinggalkan kita atau dia orang tengah cari kita sekarang ni. Fadz! Sekarang pukul berapa?” Balas Azreen sambil memandang wajah Fadz.
“ Sekarang dah pukul 9 malam. Mana koperal semua ni.” Ujar Fadz tidak puas hati.
“ Wa! Mana Kira dengan Aina?” soal Raisya yang baru perasan kelibat rakan perempuan mereka sudah tidak bersama dengan mereka lagi.
“ Erk! Bukan dia orang jalan belakang kau ke?” soal Fatwa sambil melihat di sekeliling mereka. Benar kelibat Syakira dan Aina sudah tiada.
“ Jangan-jangan dia orang main sorok-sorok tak?” teka Raisya sambil membuka zip pintu khemahnya.
“ Erk! Takkan lah nak main sorok-sorok dalam hutan yang gelap ni. Buang tabiatlah maknanya.”
Raisya menoleh Fatwa dengan pandangan cemas.
“ Entah-entah dia orang kena sembunyi dengan hantu tak?”
“ Weyh! Kau biar betul. Jangan bikin suspen.” Sangkal Fatwa sambil merenung keadaan sekelilingnya. Gelap dan menyeramkan turut diikuti dengan alunan bunyi cengkerik dan burung hantu. Tiba-tiba mata Fatwa terpaku pada suatu arah di sebelah kanannya.
“ Rai cuba kau tengok tu Rai.” Beritahu Fatwa perlahan dengan nada ketakutan.
Raisya turut merasakan seperti ada sesuatu sedang memerhatikannya dari tadi turut menoleh ke arah yang dimaksudkan oleh Fatwa tadi.
Haridz yang perasaan perubahan tingkah laku mereka berdua terus menghampiri mereka yang duduk berhampiran dengan tempat mereka.
“ Korang kenapa cemas semacam ni?” soal Haridz yang turut diikuti oleh Fadz dan Ammar.
Fadz memandang sekeliling tetapi tiada apa-apa yang mencurigakan.
Fatwa dan Raisya terdiam seketika seperti terlihat sesuatu di sebelah kanan mereka. Lalu mereka memandang sesama sendiri.
Ammar menoleh ke belakang untuk mencari kelibat Syakira dan Aina.
“ Mana Aina dengan Syakira?” soal Ammar memecah kebisuan mereka.
Fatwa mengelengkan kepalanya sambil matanya masih tetap memandang arah tersebut.
“ Wa! Kau kenapa Wa?” Rai!” soal Fadz yang tidak keruan dengan respon dari dua sahabat wanitanya.
“ Ahhh! Astagfiruallahalazim!!! Ya allah aku tak nak nampak semua benda ni. Aku tak nak.!” Jerit Fatwa tidak semena-mena sambil menutup mukanya dengan tapak tangan.
Wajah Fadz, Haridz dan Ammar agak terkejut dengan jeritan Fatwa yang secara tiba-tiba.
Nazrul, Azreen dan Maybaa yang dari tadi masih duduk berehat di dalam khemah masing-masing terus bergerak keluar ke arah mereka berlima.
“ Wa! Kenapa kau?” soal Nazrul pula
Kelihatan Fatwa masih menangis tersedu sedan kerana terlihat seekor lembaga yang sedang tersenyum ke arahnya dengan mata yang terbeliak. Sungguh mengerikan.
Fadz dengan pantas memeluk bahu Fatwa lalu membacakan ayat kursi. Haridz yang seolah-olah tahu apa yang Fatwa dan Raisya nampak terus membacakan sesuatu untuk meredakan keadaan yang semakin cemas ini.
Raisya hanya tersenyum ke arah Fatwa dengan senyuman yang menyeramkan berserta lirikan matanya yang tajam.
“ Azreen! Kau ada air mineral spare lagi tak?” soal Haridz tiba-tiba selepas selesai membaca sesuatu. Barangkali pendinding.
“ Ada” balas Azreen sambil mengambil sebotol air mineral dari begnya dan menghulurkan kepada Haridz.
Penutup minuman itu dibuka lalu Haridz terus membaca sesuatu dan menuangkan sedikit air mineral itu ke tapak tangannya. Haridz merenjiskan air dari tapak tangannya ke wajah Raisya.
“ Ahhhhhhh!” Raisya menjerit lalu rebah seketika.
Fatwa yang seolah-olah baru tersedar apabila terdengar jeritan kawannya terus memegang bahu Raisya.
 “ Fadz! Pegang dia kuat-kuat jangan bagi dia dekat dengan Raisya dulu. Benda tu masih ada dalam badan Raisya lagi.” arah Haridz sambil meneruskan rawatannya pada tubuh Raisya yang sudah rebah di atas tanah.
Fadz berasa agak cemas dengan apa yang berlaku kepada mereka berdua.
“ Benda apa Ridz?” soal Fadz kebingungan sambil memandang wajah Raisya.  
“ Aku kena keluarkan benda ni dari badan Raisya dulu. Lepas tu baru aku cerita dekat kau.” Balas Haridz.
Azreen yang seolah-olah perasaan dengan tingkah laku Haridz yang cuba mengelak dari sesuatu terus bergerak ke arah mereka.
“ Ammar! Naz! Mana Syakira dengan Aina? Takkan korang tak perasan dia orang dekat belakang kau?” soal Azreen sambil mengambil lampu suluh di dalam begnya.
“ Tadi aku tanya Wa dia cakap tak tahu. Mungkin dia orang hilang lagi. macam mana sekarang ni.” Balas Ammar sambil memerhatikan keadaan Fatwa dan Raisya yang seolah-olah dirasuk sesuatu.
Kelihatan tubuh Raisya mengigil seketika apabila Haridz membacakan ayat kursi lalu direnjiskan air tersebut ke badannya.
Fatwa pula sudah mula mendiamkan diri dan terus memeluk lututnya sambil mengoyang-goyangkan tubuhnya. Air mata terus mengalir di pipi Fatwa.
“ Kalau kita nak cari dia orang pun hari dah malam sangat. Conform payah. Macam ni jelah kita bagi Fatwa dengan Raisya reda dulu, esok pagi baru kita cari dia orang berdua.” Cadang Azreen
Kelihatan Ammar, Nazrul dan Maybaa menganggukkan kepala masing-masing sejurus mendengar cadangan Azreen.
Mereka semua terkejut kerana tubuh Raisya tiba–tiba terbangun dari pembaringan . Kelihatan Raisya sedang memerhatikan mereka semua dengan senyuman yang menyeramkan.
 Mata Fatwa terus terpaku untuk melihat wajah Raisya. Fatwa melihat pada wajah Raisya seolah-olah terdapat dua wajah yang berbeza sering berubah-berubah. Bermula daripada wajah seorang wanita yang kelihatan amat marah dan akhir sekali wajah Raisya yang seolah-olah meminta tolong untuk membebaskan dirinya dari gangguan misteri itu.
“ Siapa kau? Kenapa kau kacau perempuan ni?” soal Haridz kepada roh yang berada dalam tubuh Raisya.
“ Perempuan ni harus tanggung perbuatan abang dia yang menghancurkan hidup aku.” Balas suatu suara di dalam badan Raisya.
 “ Reen! Macam mana sekarang ni?” soal Mybaa yang semakin ketakutan.
Kelihatan Azreen masih tetap memerhatikan Raisya tanpa membalas pertanyaan Mybaa. Muka Raisya kelihatan sangat pucat seperti mayat.
“ Fadz! Aku takut Fadz! Raisya minta tolong dekat aku supaya bebaskan dia dari gangguan roh tu.” Ujar Fatwa perlahan kepada Fadz tentang apa yang dirasainya.
“ Wa! Kau mengucap banyak-banyak. Aku masih terkejut dengan apa yang berlaku sekarang ni. Kita berselawat sama-sama ya.” Arah Fadz sambil mulutnya terkumat kamit menyelawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
 Fatwa juga turut menyelawat untuk meredakan londakkan hatinya.
“ Jangan ganggu dialah. Pergi kau dari sini.” Arah Haridz kuat sambil merenung tajam bebola mata Raisya.
“ Siapa kau nak halang aku. Perempuan ni harus terima pembalasan daripada aku. Aku takkan lepaskan dia.” Jerit suatu suara perempuan dari mulut Raisya juga.
“ Aku akan bakar kau kalau kau masih tak nak keluar dari badan perempuan ni.”
“ Ridz! Tolong aku Ridz. Jangan bakar aku. Aku tersiksa Ridz dalam badan ni.” Kali ini suara Raisya sendiri yang berkata.
“ Azreen! Am! Fad! Mybaa! Nazrul! Korang berlima azan sekarang. Kita kena keluarkan benda ni dari badan Raisya cepat. Kalau tak Raisya akan mati.” Arah Haridz cepat sambil membaca sesuatu untuk membakar makhluk halus yang berada dalam badan Raisya.  
“ Allahuakbar! Allahuakbar!” Mereka berlima memulakan alunan azan manakala Fatwa masih meneruskan selawatnya.
“ Ahhhhh!! Hentikan bacaan tu!!!! Panas! Panas!! Tolong aku Ridz!” bermacam-macam suara kedengaran.
 10 minit kemudian Raisya sudah berjaya diselamatkan dan sedang berehat bersama Fatwa di dalam khemah mereka. Kelihatan wajah Raisya sangat pucat dan tidak bermaya. Fatwa mengeluarkan seisi begnya. Mujur masih ada dua bungkus roti Gardenia yang boleh mengalas perutnya pada malam itu.
Manakala para lelaki semua sudah berkumpul berhadapan dengan unggun api untuk merehatkan mental dan fizikal mereka yang seharian keletihan menempuh pelbagai cabaran dan halangan mereka di Bukit Lunchu ini.
“Ridz! Apa yang terjadi sebenarnya ni?” soal Fadz yang sedang bersandar di sebatang pokok berhampiran dengan base mereka.
“ Sebenarnya …” Jeda Haridz.
“ Ridz! Kau cerita jelah dekat kita orang semua apa yang terjadi. Dari tadi aku perasan yang kau macam sorokkan sesuatu.” Kali ini Azreen pula bersuara.
“ Entah kau ni! Cerita jelah. Kau tahu tak yang si Aina dengan Syakira dah hilang sekarang ni. Lepas ni kau nak sapa pulak hilang. Aku, Nazrul, Mybaa?” soal Ammar pula
Kelihatan mereka semua sedang berkumpul berhadapan dengan Haridz yang hanya membuat muka cool sahaja. Sedangkan rakan-rakannya yang lain sudah tidak sabar-sabar untuk tahu apa yang terjadi bagai cacing yang kepanasan.
“ Sebenarnya ada satu roh yang tak aman dekat dalam hutan ni. Aku tak tahu kenapa dia rasuk si Raisya. Aku perasan yang Fatwa seolah-olah boleh nampak semua benda, tak mustahil benda tu sekali.” Terang Haridz satu persatu.
“ Oh! Macam tu pulak. Tapi roh sapa pulak yang tak tenteram tu?” soal Mybaa pula yang seolah-olah berminat untuk mengetahui hal dengan lebih lanjut.
“ Tapi kenapa benda tu culik Syakira dengan Aina? Kenapa benda tu ganggu kita sedangkan kita tak ganggu dia orang pun. Koperal dengan Sarjan semua dah tak ada. Macam mana kita nak keluar dari hutan ni?” soal Azreen pula.
“ Itu aku tak tahu. Yang penting sekarang ni kita kena berjaga-jaga sebab benda tu mungkin akan ganggu kita lagi. Aku nak kita semua take care each another. Jangan selfish sangat sebab dalam hutan ni cuma kita bersepuluh je.” Pinta Haridz
“ Kalau macam tu besok pagi kita cari dia orang. Mana tahu kita terjumpa dengan sarjan sekali. Aku dah tak tahan nak terperangkap dalam hutan ni lagi.” balas Ammar pula.
Masing-masing sudah menguap kerana terlalu letih. Minta-mintalah malam ni tidak berlaku sebarang gangguan lagi.
Kelihatan Aina sudah letih untuk berjalan jauh lagi . Akhirnya dia berhenti berehat seketika pada sebatang pokok untuk merehatkan badannya. Beberapa minit kemudian matanya sudah mula terkatup.
…………………………………………………………….
Bab 3
Cahaya matahari sudah memancarkan sinarnya ke seluruh alam semesta.
Alhamdulilah Aina masih diberikan peluang untuk bernafas di muka bumi Allah ini. Aina menguap seketika sambil merengangkan otot-ototnya yang lenguh. Zip beg dibuka dan dia mengeluarkan sebotol air mineral yang masih berbaki serta sebungkus roti Gardenia perisa jagung. Mujurlah dia dapat bersarapan pada pagi ini bagi meneruskan perjalanannya untuk mencari kawan-kawannya.
Usai sahaja mencuci muka dan bersarapan, Aina bangun untuk meneruskan perjalanannya.
“ Haishh! Manalah dia orang ni. Entah-entah dah sampai dekat base. Tapi aku still sangkut lagi dekat sini. Nasib badan.” Keluh Aina sambil melihat di sekelilingnya. Manalah tahu terserempak dengan salah seorang kawannya.
Aina terus memanggil-manggil nama rakannya dan amat berharap agar  dia dapat segera ditemukan oleh rakan-rakannya.
“Kira! Wawa! Rai!  Ammar!!! Korang kat mana? Tolonglah aku takut ni.Aku nak balik. Aku nak sangat jumpa dengan korang sekarang ni.” Jerit Aina sambil berjalan ke hadapan mencari kawan-kawannya.
Aina sudah mula mengalirkan air mata kerana teringatkan akan wajah arwah ibunya.  Semakin jauh dia berjalan semakin sukar untuk menemui kelibat kawannya. Kompas pula hilang entah kemana.
“ Ibu tolong Aina ibu. Aina dah tak tahan terperangkap dalam hutan ni.” Ngadu Aina seolah-olah bercakap dengan arwah ibunya. Air mata Aina deras mengalir kerana masih teringatkan arwah ibunya yang sudah 20 tahun meninggalkan dirinya sekeluarga.
Namun apakan daya, Aina terus tabahkan hatinya dan mengesat air matanya lalu meneruskan perjalanan untuk terus mencari jejak langkah rakan-rakannya.Manalah tahu semasa perjalanan nanti Aina terserempak dengan salah seorang rakannya.
 Hari sudah mula menginjak ke tengah hari tetapi dia masih tidak menjumpai kawan-kawannya.   
“Aku boleh mati kalau terus berada dalam hutan ni” pekik Aina untuk melepaskan geramnnya dengan harapan yang separuh putus asa.
Aina terus berjalan lebih jauh lagi untuk mencari jalan keluar dari hutan ini. Setelah lama berjalan, Aina masih tidak bertemu dengan seorang pun rakan-rakannya. Akhirnya dia berasa sangat letih lalu mencari suatu tempat untuk merebahkan dirinya bagi merehatkan tubuh badannya yang semakin lemah akibat bekalan makanan yang dibawanya sudah habis pagi tadi.
 Sewaktu hendak melelapkan matanya sebentar, Aina terperasan seperti ada sesusuk tubuh yang disaluti lumpuh sedang terbaring di atas kolam lumpuh itu. Aina bingkas bangun dari tempat teduhannya dan agak keberatan untuk datang dengan lebih dekat. Manalah tahu buaya ke, harimau ke. “Ada pulak buaya dalam hutan macam ni?” fikir Aina sejenak
“ Apa benda tu? Macam orang kena salut lumpuh je. Setahu aku udang salut tepung adalah jugak. Ini orang kena salut lumpuh. Function.” Ngomel Aina sambil menghampiri lembaga tersebut.
Kelihatan lembaga yang dimaksudkan itu bergerak-gerak seketika. Apabila lembaga itu menunjukkan wajahnya, alangkah terkejutnya si Aina.
“ Syakira! Apa kau buat dalam ni. Kau mandi lumpuh ke apa? Teringin sangat nak jadi kerbau.” Selamba cekadak Aina je cakap Syakira kerbau.
“ Aduii! Sakit seyh kepala aku. Hey! Suka-suka kau je panggil aku kerbau. Cepat tarik aku keluar dari sini.” Pinta Syakira sambil menghulurkan tangannya.
“ Habis tu kau buat apa dalam lumpuh ni?” soal Aina sambil mengeluarkan sebotol air mineral dari beg Syakira yang terapung di dalam kolam lumpuh itu.
“ Cari kau lah. Kau pergi mana hah? Tak pasal-pasal aku dah kena buat sauna dalam lumpuh ni.” Bebel Syakira sambil mencuci muka, tangan serta tudungnya yang sudah lunyai macam sambal belacan.
Kelihatan Aina tergelak dengan bebelan sahabat karibnya yang tidak ubah seperti udang salut tepung.
“ Rantai aku terjatuh. So aku carilah sampai jumpa. Bila dah jumpa aku tengok korang tak ada. Eh! Mana yang lain?” soal Aina pula
“Dia orang pun pergi entah ke mana. Masa aku terjatuh dalam ni aku tak sempat nak minta tolong. Dia orang dah jauh sangat. Tapikan…” Syakira terjeda seketika.
“ Tapi apa pulak?” gesa Aina tidak sabar untuk mengetahui apa yang terjadi kepada Syakira.
“ Aku nampak suatu lembaga malam tadi. Seram weyh!” jelas Syakira.
“ Lembaga? Kau ni biar betul! Entah-entah yang lembaga tu kau sebenarnya sebab kau pun aku tengok tak ubah macam lembaga yang kau cakap tu.” Canda Aina.
Syakira memasamkan mukanya.
“ Kau ni aku cakap betul ni. Tak nak percaya sudah. Eh! Jomlah blah dari sini. Kita cari dia orang. Aku dah tak tahan dengan lumpuh semua ni.” Bangun Syakira sambil mula bergerak ke destinasi mereka. Aina jalan beriringan dengan Syakira sambil memerhatikan keindahan di dalam hutan itu. Biarpun mereka masih seorang pelajar sekolah lagi tetapi treasure hunt kali ni betul-betul mengajar mereka hidup berdikari dan sikap tolong menolong antara satu sama lain.
“ Kira luka dekat kepala kau dah ok belum?” soal Aina sambil berjalan beriringan dengan sahabat karibnya.
Syakira menoleh seketika sambil menyentuh perlahan dahinya yang masihluka.
“ Aduh! Nampak gayanya belum baik lagi. Eh kau ada pembalut dengan minyak gamat tak?”
“ Mana ada. Itu semua Haridz dengan Azreen yang pegang. Dia orang kan leader team kita.
“ Azreen! Alah mana lah dia sekarang ni erk?” Selalunya kalau aku cedera ke dia always ada. Tapi now! He was gone from my side.” Ngadu manja Syakira.
Aina membuat muka jengkel dengan ucapan Syakira.
“ Dah-dah lah tu. Jangan nak feeling lebih. Itu je yang kau fikir erk.”
“ Alah biarlah. Dia hero aku merangkap future husband aku nanti. Remember! Bakal laki aku.” Beritahu Syakira dengan nada yang kegedikan. Gedik-gedik pun kawan Aina jugak.
“ Perasan sangatlah kau ni. Eh! Kampung apa tu? Sejak bila dalam hutan ni ada kampung?” Soal Aina sambil menunjukkan jari telunjuknya ke  arah sebuah kampung yang berada dihadapan mereka.
 Syakira menoleh seketika ke arah kampung yang ditunjukkan oleh Aina.
“Ahahlah! Ada kampung. Jom kita pergi sana. Maybe kita boleh rehatkan badan kita. Bolehlah aku bersihkan segala luka bagai ni. Melekit kot!” Cadang Syakira sambil melihat wajah Aina meminta persetujuan.
“ Tapi kau tak rasa pelik ke? Mana ada sebarang kampung dalam hutan macam ni. Entah-entah tu kampung bunian?” Ujar Aina sambil membalas pandangan Syakira.
“ Kau ni janganlah fikir macam tu. Kita try gerak sana dulu. Mana tahu dalam hutan ni memang betul-betul ada kampung.”
“ Hurmm yela! Kau geraklah dulu.” Arah Aina yang turut membuntutti Syakira daripada belakang.
Kelihatan Mybaa sudah terjaga dari lenanya. Kawan-kawannya yang lain masih lagi lena diulit mimpi. Maklumlah penat sangat.
“ Wuahhh!” nguap Mybaa sambil mengebil-ngebilkan matanya melihat keadaan sekelilingnya.
Mybaa bangun dari tempat tidurnya dan bergerak keluar dari khemah. Dia berjalan ke arah sungai berhampiran untuk mencuci muka dan melepaskan hajatnya.
 Usai sahaja melepaskan hajat, Mybaa seolah-olah terdengar seperti ada suara perempuan sedang menyanyi di sungai berhampiran.
“ Suara siapa pula yang dok menyanyi pagi-pagi buta ni.” Bebel Mybaa sambil mencari arah datangnya suara perempuan yang sedang menyanyi itu.
Mybaa terkejut seketika tatkala melihat seorang perempuan sedang bermandi-manda di sungai itu secara keseorangan. Hampir terkeluar bebola mata Mybaa apabila melihat perempuan itu mandi secara berkemban.
“ Peh! Pagi-pagi dah nampak benda yang masyuk an. Tapi siapa pulak perempuan tu?” soal Mybaa di dalam hati.
Kelihatan Nazrul juga turut bangun dari tidurnya. Nazrul melihat sekeliling lalu terperasan seperti Mybaa sedang skodeng sesuatu di sebatang sungai itu. Nazrul secara perlahan-lahan mendekati Mybaa dan menepuk bahunya.
“ Woi! Skodeng apa hah kau?” soal Nazrul setelah menepuk bahu Mybaa.
Kelihatan Mybaa terkejut seketika apabila disapa sebegitu oleh Nazrul.
“ Eh! Kau ni potong stim betullah. Tu hah! Kau nampak tak perempuan tu?” soal Mybaa sambil memuncungkan bibirnya ke arah perempuan yang sedang leka bermandi bunga di sungai itu.
Nazrul menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Mybaa.
“ Walaweyh! Cun siak. Putih melepak. Siapa perempuan tu? Nampak macam sebaya dengan kita je.”
“ Manalah aku tahu. Tapi takkan dia sorang je yang berani mandi dekat sungai ni. Kot-kot kena kidnap dengan orang ke. Tak ke naya mak bapak dia.” Ujar Mybaa kepada Nazrul.
“ Betul jugak cakap kau. Eh! Dia dah blahlah. Kita ikut dia jom?” ajak Nazrul
“ Jomlah mana tahu dapat jumpa parents dia. Boleh masuk meminang cepat.” Sempat lagi Mybaa bercanda pagi-pagi buta itu.
Kelihatan Mybaa dan Nazrul mengikuti langkah perempuan itu ke sesuatu kawasan di dalam hutan sehingga mereka terjumpa sebuah perkampungan. Nampak gaya macam perkampungan orang Asli. Tapi tak tahu betul ke tidak.
“ Ratna! Dari mana engkau ni. Berkemban bagai ini?” Soal Abang Jaznan suami kakaknya, Lela.
Ratna menoleh sekilas ke arah abang iparnya yang sedang leka menatap tubuh badannya yang masih berkemban. Kelihatan Lela sedang berjalan ke arah mereka berdua setelah turun dari tangga rumahnya.
Ratna berlalu meninggalkan Abang Jaznan sendirian tanpa menjawab pertanyaan abang iparnya tatkala melihat kakaknya yang sedang menghampiri mereka.
“ Abang! Buat apa engkau sama adik aku?” soal Lela sambil bercekak pinggang memandang suaminya yang mata keranjang apabila melihat perempuan yang suka berkemban.
“Tak ada apa-apalah Lela. Sudahlah aku mahu ke pasar hendak beli barang dapur yang kamu kirim itu.” Balas Jaznan sambil berlalu meninggalkan isterinya.
 Kelihatan Nazrul dan Mybaa masih leka memerhatikan sketsa drama suami isteri di hadapan mereka. Nazrul terbaca sesuatu pada sebuah papan tanda yang tertulis Kampung Magaratra.
“ Baa! Cuba kau tengok signboard tu. Dia tulis Kampung Magaratra. Pelik betul nama kampung ni.” Beritahu Nazrul sambil menunjukkan arah papan tanda itu.
“ Eh! Sebenarnya ni kampung apa hah? Lain macam je. Takkan kampung orang asli kot?” soal Mybaa kebingungan.
“ Tak tahulah dok. Jom kita try masuk.” Ajak Nazrul yang seolah-olah teruja untuk mengetahui tentang kampung tersebut.
Mybaa hanya mengangguk sahaja dan mengikuti langkah Nazrul untuk masuk ke dalam kampung itu.
Kelihatan Fadz sudah membuka kelopak matanya tatkala badannya terasa begitu panas akibat terlalu lama tidur di dalam khemah. Zip khemah dibuka dan cahaya matahari sudah menerjah masuk ke dalam khemahnya. Haridz pula kelihatan terpisat-pisat akibat cahaya matahari yang sedang memancar ke arahnya.
“ Ridz! Bangunlah. Dah pagi dah ni.” Kejut Fadz sambil keluar dari khemahnya dan bergerak ke arah khemah buah hatinya.
“ Wa! Oh wa! Bangunlah Fatwa. Dah pagi dah ni.” Pintu khemah Fatwa diketuk.
Pada mulanya tiada respon tetapi Fadz cuba mengejutkan mereka dengan lebih kerap lagi.
“ Fatwa! Bangun Fatwa! Raisya! Bangun. Korang ni anak dara pun tak boleh bangun awal.” Ketuk Fadz lagi.
Fatwa terjaga seketika tatkala terdengar suara Fadz sedang memanggil-manggil di luar khemahnya. Raisya juga seolah-olah sudah terjaga apabila mendengar suara Fadz.
Beberapa minit kemudia, pintu khemah dibuka. Kelihatan Fadz melemparkan senyuman manisnya kepada Fatwa .
Good morning sweetheart! Best tidur?” ucap Fadz kepada Fatwa.
Morning jugak. Awal kau bangun.” Soal Fatwa pula sambil menepuk peha Raisya supaya bangun dari tidurnya.
“ Biasalah aku memang selalu bangun pagi. Dah bangun cepat pergi mandi lepas tu kita cari ikan dekat sungai tu. Dapat makan ikan bakar pun ok jugak” arah Fadz sambil berlalu meninggalkan Fatwa dengan Raisya yang baru sahaja bangun dari tidurnya.
“ Wa! Dah pagi dah ke? Letih gila badan aku semalam.” Ujar Raisya sambil membetulkan posisi tudungnya yang serambai.
“ Dah pagi dah. Eh! jomlah kita pergi mandi dulu. Badan aku dah melekit dah ni. Aku nak tukar baju, tudung semuanya.” Ajak Fatwa sambil mengeluarkan tuala dan pakaiannya.       
Kelihatan Raisya hanya menurut sahaja arahan Fatwa dan bergerak keluar dari khemah untuk membersihkan diri di sungai berhampiran. Mereka tidak risau sangat dengan para lelaki yang ada, kerana mereka semua sudah tahu undang-undang PKBM berkaitan tatasusila ketika mandi. Mereka cukup menghormati kaum wanita begitu juga dengan yang lain.
Ketika kaum wanita sedang membersihkan diri masing-masing, kaum lelaki sudah mula mengemaskan barang-barang keperluan yang ada ke dalam beg masing-masing. Hal ini kerana mereka akan bergerak meninggalkan base pada tengah hari nanti.
Tempoh kem yang dianggarkan hanya tiga hari dua malam tetapi pelbagai cabaran dan halangan yang terpaksa dilalui oleh mereka memakan masa lebih dari tiga hari.
“ Fadz! Pagi ni kita nak makan apa?” soal Haridz yang sedang mengasingkan pakaian kotornya ke dalam baldi.
Fadz yang pada ketika itu sedang membuang sisa-sisa makanan semalam menoleh ke arah Haridz.
“ Kita makan ikan bakar. Nanti kita pergilah tangkap ikan dekat sungai tu lepas tu kita bakar ikan tu sama-sama.” Cadang Fadz
“Ok jugak! Tapi sekarang kita kena pergi mandilah dulu. Badan aku dah tak tahan ni.” Ujar Haridz sambil membawa tuala mandinya ke arah sungai.
Kelihatan Fatwa dan Raisya sudah selesai membersihkan diri dan pakaian mereka. Kini mereka sedang bergerak ke khemah untuk mengemas barang-barang yang patut.
“ Azreen! Ammar! Bangun cepat. Dah pagi dah ni. Cepat bangun mandi, tengah hari nanti kita dah nak chaw dari sini.” Jerit Fadz dari luar khemah Azreen dan Ammar.
“ Ya sekejap” jerit satu suara di dalam khemah itu.
“ Baa! Nazrul! Bangun-bangun!” kejut Fadz pula sambil mengetuk-ngetuk pintu khemah Mybaa dan Nazrul.
Tiada respon yang diberikan oleh mereka berdua. Fadz hanya membiarkan mereka seketika kerana dia ingin membersihkan dirinya dulu.
Ammar mengejut Azreen supaya bangun dan bersiap kerana sebentar lagi mereka akan bertolak keluar dari hutan ini.

Kelihatan Azreen dan Ammar baru keluar dari khemah dan bergerak ke sungai untuk membersihkan diri.
“ Woi! Mandi tak ajak.” Jerit Ammar sambil terjun ke dalam sungai.
“ Peh! Syok seyh dapat mandi. Satu hari aku tak dapat mandi tau.” Beritahu Ammar
“ Tahu tak apa. Aku pun nak mandi puas-puas.” Sokong Fadz pula.
Azreen dan Haridz hanya tersenyum melihat telatah kawan-kawannya.
Usai sahaja mengemas pakaian dan barang keperluan mereka. Raisya meminta diri untuk membuang sampah ke dalam tong sampah yang berhampiran dengan base mereka. Fatwa pula bergerak ke arah sungai untuk memanggil mereka semua supaya naik ke atas kerana hari sudah menginjak ke tengah hari.
“Woii! Korang cepatlah naik dah masuk tengah hari ni. Kata nak cari ikan.” Jerit Fatwa di suatu sudut tanpa melihat wajah mereka. Takut ternampak benda lain pulak.
Azreen, Haridz, Ammar dan Fadz terkejut apabila terdengar jeritan Fatwa.
“ Wa! Mana kau? Kenapa tak nak datang sini. Malu erk?” soal Fadz dengan nada yang bergurau.
“ Tak ada kerja aku nak tengok korang. Buat malu je. Dah cepat cari ikan kita orang dah lapar ni.” Arah Fatwa sambil berlalu meninggalkan mereka di sungai.
“ Yela!” jerit Ammar pula.
“ Makan je tahu macam mana tak gemok.” Balas Haridz selamba.
Kelihatan mereka semua tergelak dengan ucapan Haridz yang mengenakan Fatwa.
 10 minit kemudian, mereka semua sudah siap membersihkan diri dan berpakaian bersih. Baju-baju kotor semua telah dikemaskan. Sewaktu pulang dari bermandi, mereka membawa dua belas ekor ikan selar kuning untuk di bakar. Cukup untuk mereka bersarapan pada pagi ini.
Usai sahaja makan, Fadz baru terperasan Nazrul dan Mybaa masih tidak keluar dari khemah mereka.
“ Ridz! Cuba kau tengok Mybaa dengan Nazrul. Dari tadi tak keluar-keluar. Aku dah kejutkan dia orang dah tadi.” Jelas Fadz yang pada waktu itu sedang duduk di sebelah Fatwa.
“ Tunggu sekejap” balas Haridz sambil bergerak ke arah khemah Mybaa dan Nazrul.
“ Weyh korang! Mybaa dengan Nazrul dah tak ada dekat khemah dia orang. Mana dia orang pergi?” soal Haridz kepada kawan-kawannya.
What! Macam mana boleh tak ada? Kita dah nak balik ni. Dia orang pulak tak ada. Nak cari Syakira dengan Aina lagi. Lecehlah macam ni.” Rungut Fatwa.
“ Entah! Macam mana boleh tak ada. Takkanlah dia orang sesat jugak dalam hutan ni.” Balas Raisya pula.
Ammar dan Azreen berbalas pandangan sambil kembali menatap wajah mereka yang lain.
“ Kalau macam tu kita kemas sekarang dan cari dia orang. Ammar kau dengan aku tolong bawa beg Nazrul dengan Mybaa. Kau dengan Fadz tolong handle Raisya dengan Fatwa. Jangan bagi dia orang hilang pulak. Parah nanti.” Jelas Azreen sambil bangun dari tempat duduknya.
Kelihatan semua yang berada di situ mengangguk setelah mendengar arahan dari Azreen.
Don’t worry babe. Aku akan jaga ‘minah comel’ ni baik-baik. Dia tak akan hilang punya bila ada dengan aku.” Beritahu Fadz sambil tersengih melihat wajah Fatwa.
“ Hurmm yela!Tak habis-habislah kau ni.” balas Azreen.
“ Untunglah kau Fatwa ada orang care. Tengok macam aku. Tak ada sapa pun. Syam pun tak ada dekat sini. Kalau dia ada kan best.” Ngadu Raisya dengan nada kesayuan.
“ Alah tak apa kita orang semua ada untuk kau.” Balas Haridz
“ Betul-betul jangan risau ya.” Sokong Fatwa pula.
Tengss korang. Sayang jugak korang dekat aku erk?” ucap Raisya sambil tersenyum kepada kawan-kawannya.
“ Mestilah sayang siapa yang tak sayang kau kan. Kau lah kawan aku dunia dan akhirat tau.” Jujur Fatwa sambil memeluk bahu Raisya.
“ Kau pun kawan aku jugak. Aku sayang kau sangat-sangat Fatwa.” Raisya membalas pelukkan Fatwa sambil mengalirkan air matanya. Terharu dengan ucapan ikhlas sahabatnya.
Mata Fatwa turut berkaca dengan reaksi wajah Raisya.
“ Walau apa pun yang akan jadi dalam hutan ni nanti, aku nak kau tahu aku sangat sayang dekat kau, Fadz dan semua kawan-kawan kita. Ingat sampai bila-bila.” Ucap Fatwa sebak.
Akhirnya mereka berdua rebah dalam kesayuan itu. Saling melepaskan kesedihan, kegembiraan yang dikongsi bersama selama mereka berada di dalam hutan ini.
Para lelaki yang melihat agenda tersebut turut sebak dan memeluk sesama mereka.
“ Ok dah! Sketsa drama air mata dah habis. Mari kita gerak sekarang.” Arah Azreen mematikan sketsa drama air mata yang dilakonkan oleh Fatwa dan juga Raisya.
“ Alah sibuk je.” Marah Fatwa.
Mereka yang ada di situ turut tergelak dengan telatah Fatwa yang memarahi Azreen. Kelihatan semua orang sudah mengangkat punggung masing-masing untuk bergerak meninggalkan base. Aktiviti mereka pada hari ini adalah untuk mencari Nazrul, Mybaa, Aina dan juga Syakira yang masih hilang.
……………………………………………………..
Bab 4
“Kira! Kenapa dia orang pandang kita lain macam je ni?” soal Aina yang tidak selesa dijadikan bahan tontonan penduduk kampung di situ. Ada yang memandang mereka dengan pandangan sinis dan juga pandangan kehairanan.
“ Aku pun tak tahulah. Mungkin dia orang pelik kot tengok kita macam ni.” Balas Syakira sambil jalan menyelusuri kampung itu.
“ Pak Ban! Nampaknya ada manusia yang sudah menceroboh kampung kita ini.” Beritahu Alai salah seorang penduduk kampung tersebut.
“ Aku tahu itu. Mari ikut aku bertemu dengan mereka.” Balas Pak Ban yang merupakan ketua Kampung Bunian Magaratra itu.
Kelihatan Pak Ban, Alai dan beberapa pemuda kampung yang lain menghampiri Syakira dan Aina.
“ Kamu berdua buat apa datang ke mari? Bagai mana kamu boleh berada di sini?” soal Pak Ban sambil memandang mereka berdua dari atas ke bawah.
Syakira dan Aina terkejut dengan teguran lelaki tua yang berjanggut itu.
“ Kamu ini orang bandar bukan?” soal Pak Ban lagi.
“ Ya! Kami sebenarnya sesat di dalam hutan ini. Tak tahu nak cari jalan keluar macam mana. Jadi kami terlihat kampung ini.” Jelas Syakira secara perlahan.
“ Pak! Nampaknya anak dara ini sudah melepasi landasan ke alam kita. Bagaimana sekarang?” soal Alai perlahan ke telinga Pak Ban.
“ Kamu tenang aja. Aku akan uruskan mereka ini. Sudah, sekarang kamu panggil itu Mak Yan serta Ratna dan juga Lela datang ke mari.” Arah Pak Ban.
“ Baiklah Pak Ban.” Akur Alai sambil berjalan ke rumah Pak Ban.
“ Oh! Begitukah ceritanya. Beginilah, sebentar lagi saya sekeluarga akan cuba membantu kalian.” Ujar Pak Ban sambil mengajak Syakira dan Aina ke rumahnya. Kelihatan mata Syakira tidak lepas untuk memandang para pemuda di kampung itu. Tampan-tampan semuanya.
“ Terima kasih pak kerana sudi membantu kami berdua.” Ucap Aina yang perasan tingkah laku Syakira yang miang itu. Nampak lelaki hensem sikit mulalah tu.
“ Sama-sama. Mari jemput naik ke rumah Pak Ban .” Jemput Pak Ban sambil melangkah naik ke tangga rumahnya
Sampai sahaja dipintu rumah Pak Ban, Mak Yan, Lela dan juga Ratna memandang mereka kehairanan.
“ Jadi inilah gadis-gadis yang kamu katakan tadi itu Alai?” soal Lela dengan nada sinis.
“ Iya Lela.”
“ Lela, jaga sikit bahasa kau itu. Hormati mereka sebagai tetamu kita.” Tegur Pak Ban.
“ Maaf ya. Nama aku Lela.” Hulur tangannya kepada Syakira dan Aina.
“ Nama aku pula Ratna. Selamat berkenalan.” Ramah Ratna sambil meletakkan dulang minuman di atas meja.
“ Mak cik pula namanya Fatyan. Kamu berdua boleh panggil Mak Yan. Silalah jemput minum dulu.” Jemput Mak Yan kepada para tetamunya.
Syakira dan Aina sedikit terkejut dengan keramahan keluarga ini. “Nampaknya mereka ini boleh membantu aku dengan Kira keluar dari hutan ni. Bagus!” bisik hati Aina.
“ Terima kasih Mak Yan. Nama saya pula Aina dan ini Syakira. Kami sebenarnya sudah lama sesat di dalam hutan ini.” Cerita Aina serba sedikit.
“ Bagaimana kamu semua boleh sesat?” soal Lela ingin tahu.
“ Begini ceritanya…”
Kelihatan mereka yang berada di situ leka mendengar cerita Aina dan Syakira tentang kejadian yang menimpa mereka selama mereka berkhemah di dalam hutan ini.
“ Oh begitukah ceritanya. Jadi di mana kawan-kawan kamu yang lain?” soal Pak Ban pula.
Kelihatan Lela sudah tidak keruan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Aina.
“ Kami tidak tahu mereka ada di mana sekarang. Jadi kami ingin meminta pertolongan Pak Ban sekeluarga untuk membantu kami keluar dari hutan ini dan mencari kawan-kawan saya.” Pinta Syakira pula. Kelihatan Aina juga turut mengharap agar permintaan mereka diterima.
“ Sudah tentu boleh tetapi ada syaratnya…” tidak sempat Pak Ban menghabiskan ucapannya, Alai sudah memanggil namanya.
“ Pak Ban!”
“ Apalagi Alai?” soal Pak Ban kegeraman.
“ Begini Pak Ban, di luar sana ada dua orang pemuda telah menceroboh di kampung kita ini. Nampak gaya macam kawan-kawan mereka.” Jelas Alai
“ Kalau begitu bawa mereka ke mari.” Arah Pak Ban kehairanan bagaimana manusia-manusia ini boleh menjumpai kampung mereka. Sungguh hairan.
Alai memanggil para pemuda yang dimaksudkan itu untuk masuk menemui Pak Ban.
“ Ini dia Pak Ban.” Tunjuk Alai kepada Pak Ban.
 Syakira dan Aina menoleh kebelakang untuk melihat siapa gerangan yang dimaksudkan itu.
“ Nazrul! Mybaa! Apa korang buat dekat sini. Ya allah kita orang cari korang tau. Mana yang lain?” soal Aina yang masih terkejut dengan kedatangan rakan-rakannya.
“ Korang pulak buat apa dekat sini. Kita orang sesat jugak.” Balas Mybaa.  Nazrul hanya mengangguk sahaja.
Pak Ban mengajak para tetamunya duduk semula dan berbincang sesama mereka. Dah nama pun manusia mesti mahu berbincang sesuatu.
“ Ratna! Bawa lagi dua cawan ke mari.” Jerit Mak Yan.
Kelihatan Ratna keluar membawa dua cawan yang diminta oleh ibunya.
Nazrul terpaku seketika tatkala melihat Ratna.
“ Baa! Budak perempuan tu lah yang kita ikut tadi.” Beritahu Nazrul perlahan.
“ Lah ini rumah dia. Bagus sangatlah tu semua kita dah tahu.” Balas Mybaa kegembiraan.
Aina sedikit pelik apabila melihat tingkah laku Nazrul dan Mybaa yang tersengih-sengih memandang Ratna.
“ Woi! Korang ni apahal tersengih-sengih macam kerang busuk ni. Jaga sikit perangai tu. Bapak dia ada dekat sini.” Tegur Aina dengan nada tegas.
“ Alah biarlah. Cun kot!” balas Mybaa sambil menatap wajah Ratna.
 Pak Ban dan Mak Yan tersenyum melihat telatah anak-anak muda ini.
“ Pak Ban sebenarnya macam mana nak keluar dari hutan ni?” soal Aina sambil menatap wajah Pak Ban dan Mak Yan.
“ Agak sukar untuk Pak Ban terangkan kepada kamu semua. Tapi tak apalah. Kamu berehat dulu. Hari pun sudah semakin senja. Pak Ban mahu keluar sebentar. Mak Yan dan anak-anak Pak Ban akan bantu kamu semua. Jangan risau.” ucap Pak Ban sambil berlalu meninggalkan tetamunya.
Mybaa menepuk peha Nazrul perlahan.
“ Naz! Kita ada peluanglah nak usha Ratna tu. Dah lah cun. Putih pulak tu memang aku punyalah.” Ujar Mybaa sambil menjeling manja ke arah Ratna. Agaknya begini ya wajah-wajah orang bunian. Semuanya cantik belaka bak bidadari. Tidak kurang juga para pemudanya.            
“ Baiklah kamu semua boleh berehat di dalam bilik yang disediakan. Ratna tolong tunjukkan bilik kepada mereka semua. Ibu mahu ke dapur dulu.” Arah Mak Yan sambil berlalu ke dapur.
Lela berlalu meninggalkan mereka semua dengan hati yang tidak keruan.
“ Jangan-jangan roh Mawar dah ganggu mereka semua. Tak lama lagi rahsia ini akan terbongkar. Aku harus berhati-hati.” Bisik Lela di dalam hati.
Ratna menunjukkan bilik masing-masing serta pakaian yang telah disediakan. Mereka beramah mesra dengan Ratna yang sangat jelita itu biarpun usianya lebih kurang sebaya mereka aje.
……………………………………………………………
Bab 5
“ Naz! Mybaa! Mana korang ?” laung Haridz diikuti oleh Azreen.
Kelihatan mereka semua sudah keletihan untuk mencari kawan-kawannya. Akhirnya mereka semua berehat seketika di sebatang pokok yang redang.
Raisya dan Fatwa juga sudah keletihan kerana bekalan makanan dan minuman mereka sudah habis.
“ Fadz! Ada air tak? Aku hauslah. Air aku dengan Rai dah habis.” Soal Fatwa kepada Fadz yang berada di sebelahnya.
“ Nasib baik ada lagi. Kau sharelah dengan Raisya.” Hulur Fadz
“ Kau dah minum ke? Kalau kau haus juga kau minum jelah. Kesian pulak dekat kau.” Soal Fatwa sambil menghulurkan semula botol air mineral itu.
“ Eh! Tak apalah kau minum je. Aku dah minumlah. Jangan risau sayang.” Sangkal Fadz.
Padahal dialah yang paling haus tetapi demi kesayangan semua pun dia sanggup buat. Demi Fatwa katanya.
Fatwa menatap wajah Fadz meminta kepastian. Kelihatan Fadz mengenyitkan matanya. Sempat lagi bermanja pasangan sejoli ni.
“ Betul ni. Terima kasih Fadz. Sayang kau.” Ucap Fatwa manja.
Fadz terkejut seketika apabila terdengar Fatwa memanggilnya sayang buat pertama kalinya secara face to face.
“ Wa! Kau panggil aku sayang Wa?” soal Fadz meminta kepastian.
Fatwa menoleh seketika wajah Fadz sambil tersenyum tanpa menjawab soalan yang diajukan oleh Fadz.
“ Dah agak dah mesti dia dengar punya.” Bisik hati Fatwa.
“ Rai! Nah Air.” Hulur Fatwa kepada Raisya.
“ Nur Hawatul Fatwa! Betul ke kau panggil aku sayang tadi?” soal Fadz semula.
“ Ya Mohamad Fadz Dzrul. Saya sayang awak. Puas?” balas Fatwa.
“ Biar betul maknanya kau betul-betul sayang aku lah ni atau sebab pasal air tu baru kau nak sayangkan aku Wa?” duga Fadz
“ Ya Fadz! Walau apa pun yang terjadi aku tetap sayangkan kau. Kau sanggup tolong aku ketika aku susah dulu. Aku terhutang budi dengan kau. Kalaulah masa aku nak terjatuh hari tu korang tak tarik aku maybe aku dah tak ada dekat sini lagi. Mesti aku dah jatuh dalam gaung hari tu.” Ujar Fatwa sambil mengingati peristiwa pahit yang dilaluinya semasa perkhemahan PKBM.
“ Dahlah tu benda dah lepas jangan ingat lagi. Yang penting kau selamat.”
“ Tapi aku betul-betul terhutang budi dengan kau Fadz. Kalau bukan sebab kau selamatkan aku, mungkin aku tak ada dekat sini lagi.” ujar Fatwa yang mula sebak tatkala teringat peristiwa yang dia hampir terjatuh ke dalam gaung itu.
“ Sudahlah Wa. Yang penting kau selamat dan bersama dengan aku. Jangan menangis lagi ok? Nanti tak comel.”
Pujuk Fadz sambil mengesat air mata Fatwa yang sudah mengalir di pipinya. Gadis di depan matanya inilah yang dia amat sayang pada waktu ini. Walaupun selalu bergaduh ketika di sekolah tetapi mereka saling menyayanggi antara satu sama lain untuk mencari keredhaan Allah dalam menjalinkan hubungan persahabatan mereka.
Fatwa tersenyum memandang Fadz sambil mengelap wajahnya yang basah bermandikan air mata.
“ Fadz! Fatwa cuba korang tengok dekat sebelah sana tu. Macam ada kampung je.” Tunjuk Raisya yang kebetulan baru tiba di tempat mereka.
“ Mana Rai?” soal Fadz sambil melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Raisya.
“ Wa sini sekejap. Betullah ada kampung. Tengok tu.” Tunjuk Fadz pula sambil menarik tangan Fatwa.
“ Azreen! Ridz! Ammar! Mari sini. Dekat hujung sana ada kampunglah.” Panggil Fadz kepada mereka semua.
Azreen, Ammar dan Haridz bergerak ke arah Fadz.
“ Mana Fadz?” soal Haridz.
“ Tu hah!” tunjuk Fadz kepada mereka semua.
“ Alhamdulilah akhirnya dapat juga jumpa kampung. Lepas ni kita boleh tumpang berteduh dan minta tolong orang kampung untuk bantu kita keluar dari hutan ni.” Ucap Raisya sambil mengambil begnya.
 Kelihatan mereka semua gembira apabila menjumpai sebuah perkampungan yang mungkin dapat membantu mereka tetapi tidak pada Fatwa.
Fatwa seolah-olah terpaku seketika apabila melihat kampung tersebut. Misteri roh yang menganggu mereka dulu kembali semula di layar matanya.
“ Wa! Fatwa! Kau ok tak?” soal Fadz sambil memetik jarinya di hadapan mata Fatwa.
Fatwa yang seolah-olah tersedar dari halusinasinya terus menatap wajah Fadz.
“ Eh! Apa korang cakap tadi?” soal Fatwa semula.
“ Kau kenapa Wa? Ok tak” soal Raisya pula meminta kepastian.
“ Aku cakap dekat sana ada kampung. Jomlah kita pergi sana.” Ulang Fadz semula kepada buah hatinya yang seolah-olah kebingungan. Tadi ok je masa berbual dengan aku. Nampak kampung tu je terus bisu semacam. Pelik!
“ Kampung. Hah! Ok jom.” Balas Fatwa sambil bergerak ke hadapan bersama Raisya.
“ Apasal dengan buah hati kau tu Fadz? Pelik semacam je.” Soal Haridz yang seolah-olah tahu sesuatu apa yang Fatwa nampak. Nampaknya hijab mata Fatwa sudah terbuka dengan izin Allah . Episod baru dalam hidup mereka akan bermula.
Mereka semua bergerak ke arah kampung yang ditunjukkan oleh Raisya tadi. Semasa dalam perjalanan untuk sampai ke sana, Raisya merasakan badannya seram sejuk sahaja. Fatwa turut terkesan dengan perilaku Raisya yang tidak keruan itu.
“ Rai! Kau ok?” soal Fatwa perlahan
“ Aku ok cuma badan aku rasa seram sejuk pulak.” Balas Raisya sambil memeluk tubuhnya.
“ Seram sejuk? Kau biar betul?” Fatwa turut memandang di sekeliling kawasan perkampungan tersebut. Sunyi dan sepi sahaja seperti sudah lama ditinggalkan oleh para penduduknya.
“ Weyh! Kenapa kampung ni sunyi je? Macam tak ada orang duduk pun.” Soal Ammar sambil melangkah masuk ke dalam kawasan perkampungan tersebut.
“ Tulah pasal. Signboard kampung dekat depan tu pun dan pudar semacam tulisan dia. Pelik.” Balas Fadz pula.
“ Aku rasa ni kampung lamalah.” Ujar Azreen.
Kelihatan mereka semua berasa agak hairan dengan keadaan kampung tersebut. Kemudahan air dan elekrik semua cukup dan masih boleh digunakan tetapi tiada seorang pun penduduk yang masih menatap di situ.
Apabila kaki Raisya sudah melangkah masuk ke dalam kawasan perkampungan tersebut. Secara automatik tubuhnya mengigil dan berubah seperti orang terkena rasuk.
“ Ahhhhhhhhh!!!” Jerit Raisya tiba-tiba.
Fadz, Azreen, Haridz , Ammar dan juga Fatwa terkejut tatkala terdengar jeritan Raisya.
“ Rai kau kenapa ni?” soal Haridz sambil mendekati Raisya.
Raisya tidak menjawab pertanyaan Haridz tetapi dia mencekik batang leher Haridz pula menyebabkan Haridz terasa sesak nafas.
“ Weyh! Ammar, Fadz! Tolong tarik Raisya sekarang.” Arah Azreen sambil menarik tubuh Haridz.
Keadaan semakin cemas apabila Raisya mencekik batang leher Fadz pula.
Kelihatan Haridz terbatuk-batuk tatkala tangan Raisya terlepas dari genggamannya.
Fatwa dapat melihat di dalam badan Raisya itu terdapat suatu roh wanita yang tidak aman. Kelihatan roh tersebut sangat marah terhadap kaum lelaki.
Fadz terkapai-kapai sambil cuba melepaskan genggaman Raisya. Seperti ada suatu tenaga yang luar biasa di dalam badan Raisya.
Kelihatan Azreen membaca sesuatu kemudian meniupkan ke wajah Raisya. Raisya mula jatuh pengsan di atas tanah dan tidak sedarkan diri.
“ Wa! Baik kau cakap dengan aku. Apa yang jadi semuanya. Apa yang ada dalam badan Raisya? Aku tahu hijab mata kau dah terbuka.” soal Haridz sambil meraba-raba batang lehernya.
Fatwa masih mendiamkan diri sambil memandang sekujur tubuh Raisya yang tidak sedarkan diri. Tiba-tiba sahaja wajah Fatwa berubah kerana Raisya sedang memandang tajam akan wajahnya dengan mata yang merah.
“ Wa! Baik kau cakap! Apasal kau diam? Apa yang kau nampak?” bentak Ammar pula.
Kelihatan Fadz sedang meraba-raba batang lehernya yang sakit kerana dicengkam dengan begitu kuat oleh Raisya. Azreen cuba mendekati Raisya yang masih tidak sedarkan diri.
   “ Wa! Baik kau cerita dekat kita orang semua apa yang kau nampak.” Pinta Fadz perlahan.
“ Sebenarnya….” Tidak sempat Fatwa memulakan penceritaannya mereka semua dikejutkan dengan ngilaian Raisya.
“ Korang semua memang nak tahu apa yang jadi dekat kampung ni ya? Kawan-kawan korang dah jadi tawanan oleh ketua kampung ni. Korang dah tak boleh buat apa-apalah. Hahaha….” Ujar Raisya sambil mengilai.
“ Kalau macam tu ceritalah dekat kita orang. Kita orang dah tak sanggup untuk diganggu dengan kau lagi.” balas Haridz.
“ Betul korang nak tahu? Baiklah aku akan ceritakan. Kampung ni adalah kampung bunian. Aku tak tahu macam mana korang boleh sesatkan dekat dalam hutan ni. Tapi kawan korang tu dah terlanggar tempat kematian aku.” Tunjuk Raisya ke arah Fatwa. Kelihatan para lelaki memandang tepat ke wajah Fatwa
“ Aku langgar tempat kau? Aku tak pasti bila aku langgarlah kau jangan nak tuduh aku sembarangan.” Bentak Fatwa dengan beraninya berhadapan dengan roh yang berada di dalam badan Raisya.
Mereka semua agak terkejut dengan tindakan Fatwa yang berani berhadapan dengan roh tersebut.
“ Fadz! Aku tak percaya Fatwa seberani ni. Dulu aku ingatkan dia ni takut sangat. Now dia berani lawan roh tu. Respect habis.” Ujar Haridz kekaguman.
“ Tu lah pasal Ridz. Aku pun tak percaya Fatwa aku macam gini.” Balas Fadz sambil leka menatap aksi Fatwa yang berbalas soalan dengan roh tersebut.
“ Weyh! Popcorn tak ada. Wayang petang ni tengah best ni.” Canda Ammar.
“ Tulah pasal aku pun tengah layan ni.” Ujar Azreen tumpang sekaki.
“ Semenjak kau terlanggar tempat kematian aku tu, aku akan selalu ikut korang sebab aku nak korang tolong aku.” Balas roh tersebut.
“ Tolong apa hah? Kita orang dah tak tahan dengan semua ni. Apakah punca kematian kau?” soal Fadz turut masuk campur. Takkan dia nak biarkan Fatwa bersoal jawab secara bersendirian dengan roh ini. Tidak sama sekali.   
“ Senang sahaja aku nak korang tolong semadikan jasad aku. Aku mati dibunuh oleh salah seorang anak bunian dalam kampung ni. Punca kematian aku akibat sifat cemburu anak ketua kampung terhadap suaminya.
   Setahun yang lepas……
 Lela ialah anak ketua kampung. Dia dah berkahwin dengan suaminya. Aku pada mulanya sesat jugak macam korang. Macam mana aku boleh sesat dalam hutan ni? Ini semua angkara Abang Raisya. Dia yang rogol aku masa aku habis praktikal dekat kolej masa tu. Lepas dia dah rogol aku, dia tinggalkan aku dekat dalam hutan ni sampai aku terjumpa salah seorang pemuda bunian.” Ujar roh tersebut.
“ Kau ni Kak Mawar kekasihnya abang Raisya?” soal Fatwa terkejut.
   “ Ya! Aku Mawar. Abang Raisya memang tak guna. Sanggup rogol aku dan tinggalkan aku dekat sini.” Bentak roh tersebut.
      “ Jadi kenapa Lela bunuh kau?”  soal Haridz ingin tahu.
“Dia syak suaminya main kayu tiga dengan aku. Pada mulanya aku agak takut dengan dia orang. Tapi dah lama-lama aku rasa macam biasa. Bunian yang jumpa aku tu namanya Alai. Lela memang kejam dia sanggup bunuh aku pasal cemburu butanya.” Cerita Mawar lagi.
Kelihatan kereta Proton Preve Amir sudah berada di hadapan pintu kolej Mawar.
 Mawar membuka pintu kereta dan masuk ke dalamnya. Kelihatan Amir berperwatakan agak lain pada malam ini.
“ Abang? Are you okay?” soal Mawar kepada Amir yang berada di sebelahnya.
“ Abang okay. Jom kita pergi makan sekejap.” Ujar Amir sambil menekan pedal minyak dan bergerak dari perkarangan kolej Mawar.
Usai sahaja menjamu selera di salah sebuah restoran berdekatan. Mereka berdua sudah masuk ke dalam perut kereta. Semasa dalam perjalanan untuk menghantar Mawar pulang, Amir memberhentikan keretanya di suatu tempat yang agak sunyi.
“ Abang! Apa abang nak buat ni?” soal Mawar cemas.
“ Jangan takut. Abang tak buat apa-apa. Abang nak Mawar layan abang malam ni je. Bolehlah sayang.” Pinta Amir sambil menyentuh wajah serta tubuh Mawar.
“ Eh! Abang jangan buat Mawar macam gini.” Bentak Mawar sambil keluar dari kereta Amir. Kelihatan Amir lebih pantas menyambar tubuh Mawar dan memasukkannya ke dalam kereta semula. Usai sahaja melepaskan nafsunya. Amir menarik Mawar keluar dari kereta dan meninggalkan Mawar sendirian di hutan tersebut.
“ Akhirnya dapat jugak aku rasa diri kau. Thank sayang for this night. I love it. Hahahah” Ujar Amir sambil tergelak sinis.
“ Tak guna kau Amir! Kau akan terima balasannya. Kau tunggu!” ugut Mawar sambil membetulkan kembali pakaiannya yang sudah koyak akibat perilaku buruk Amir.
“ Hahaha aku tunggu sayang. Aku tahu kau takkan berani punya. Cubalah kau bagitahu mak bapak kau. Aku tunggu.” Ujar Amir sambil melemparkan beg tangan Mawar.
Kelihatan Amir meninggalkan Mawar sendirian di dalam hutan tersebut tanpa mempedulikan diri Mawar lagi. Dia sudah dapat apa yang dia mahu. Habis madu sepah dibuang.
Mawar menangis tersedu-sedu kerana dirinya sudah tidak suci lagi angkara nafsu Amir yang tidak dapat dikawal. Jika dia ikut Amir pulang, sudah tentu Amir takkan hantarnya ke rumah. Mungkin Mawar akan dijual pula. Amir memang tak guna.
Mawar terasa dirinya begitu letih. Akhirnya Mawar merebahkan diri dan menutup kelopak matanya.
Mawar terasa seperti ada silauan di kelopak matanya. Kelopak mata dibuka dan Mawar memandang keadaan sekeliling.
“ Dah pagi dah syukur alhamdulilah. Better aku perlu cari jalan keluar dari hutan ni.” Ucap Mawar perlahan sambil bangun untuk bergerak meninggalkan hutan tersebut.
Semasa dia hendak bangun, Mawar merasakan seperti ada sesuatu sedang memegang tangannya. Mawar menoleh ke arah seorang pemuda yang sangat tampan di hadapannya.
“ Kamu tak apa-apa?” soal Alai ramah.
Mawar seperti baru tersedar dari lamunannya apabila terdengar soalan dari pemuda tersebut.
“ Saya tak apa-apa.” Balas Mawar gugup lalu melepaskan gengaman tangan Alai.
“ Mari ikut saya ke rumah. Jangan risau ibu serta adik-adik saya tinggal bersama saya.” Pelawa Alai dengan nada yang sopan.
Pada mulanya Mawar agak keberatan akibat kejadian malam tadi yang menghantuinya. Mawar takut lelaki di hadapannya ini mempunyai niat yang tidak baik seperti Amir.
“ Terima kasih sahaja. Saya cuma ingin tahu jalan keluar dari hutan ini sahaja. Adakah encik tahu?” Tolak Mawar sopan.
“ Jangan risau. Saya tidak ada niat lain terhadap kamu. Mari kita berehat di rumah saya dahulu. Usai sahaja menjamu selera saya akan tunjukkan kamu jalan keluar.” Beritahu Alai yang cuba menyakinkan Mawar.
Akhirnya Mawar menurut sahaja pelawaan Alai kerana dirinya begitu terdesak sekarang ini.
Alai mengajak Mawar datang ke kampungnya. Niat Alai hanya satu iaitu dia ingin membantu Mawar yang berkeadaan terdesak itu.
Sampai sahaja di kampung, Lela dan suaminya Jaznan terperasan seperti Alai berjalan bersama seorang gadis.
“ Abang siapalah yang Alai bawa pulang itu?” soal Lela kepada suaminya.
“ Tak tahulah aku.” Balas Jaznan sambil leka menatap tubuh Mawar .
Kelihatan Alai dan Mawar sudah sampai di hadapan pintu rumah Pak Ban.
“ Nama kamu siapa ya?” soal Alai sambil memberi salam di pintu rumah Pak Ban.
“ Nama aku Mawar.” Jawab Mawar.
“ Nama aku pula Alai. Ini rumah ketua kampung. Namanya Pak Ban. Mari kita naik ke atas.” Pelawa Alai tatkala mendengar Pak Ban menyahut salamnya.
Pak Ban menyambut baik tetamunya dengan mempelawa mereka duduk di kerusi. Kelihatan Mak Yan keluar bersalaman dengan Mawar diikuti juga oleh Ratna.
“Tunggu sebentar ya. Mak Yan buatkan kamu semua minuman dahulu.” Pinta Mak Yan sambil berlalu meninggalkan Pak Ban dan tetamunya diikuti juga oleh Ratna di belakang.
“Assalamualaikum pak!” Lela dan suaminya memberi salam lalu masuk ke dalam rumah.
Salam mereka dijawab. Lela dan Jaznan agak terkejut dengan kehadiran Mawar itu tadi. Jaznan sudah menyimpan niat lain di dalam hati tatkala terpandang wajah Mawar yang ayu itu.
“ Kamu udah pulang ya. Kenalkan ini Mawar.” Kenal Pak Ban kepada Lela dan Jaznan.
“ Oh ya! Nama aku Lela ini suamiku Jaznan.” Ramah Lela sambil bersalam dengan Mawar. Mawar agak segan dengan layanan mesra mereka sekeluarga.
“ Mawar” balas Mawar sepatah.
Kelihatan mereka semua bersuai kenal dengan Mawar dan mendengar segala masalah yang dihadapi Mawar.
Pada malam tersebut, Jaznan mengetuk pintu bilik Mawar seolah-olah ingin menanyakan sesuatu.
“ Mawar oh Mawar!” ketuk Jaznan di luar pintu bilik Mawar.
Pintu bilik dikuak. Kelihatan Mawar melemparkan senyuman ke arah Jaznan.
“ Ada apa ya bang?” soal Mawar tanpa menyedari niat tidak baik Jaznan terhadap dirinya.
“ Mawar boleh ikut aku sebentar?” ajak Jaznan.
“ Mahu ke mana Abang Jaznan?” soal Mawar kehairanan.
Kelihatan Jaznan menarik tangan Mawar dan mengajaknya ke suatu tempat yang sunyi.
Lela yang pada waktu itu sedang mencari suaminya terpandang Mawar dan Jaznan saling berpegang tangan.
“ Abang! Mawar! Apa yang kalian buat ini?” soal Lela dengan penuh berang sambil menarik rambut Mawar.
“ Ini Mawar dia cuba goda aku Lela.” Balas Jaznan.
“ Apa! tak guna kau Mawar. Dengan suami aku sendiri kau mahu. Memang tak guna perempuan ni.” Marah Lela sambil melempang-lempang muka Mawar.
“ Aku tak goda dialah.” Jawab Mawar sambil cuba melepaskan dirinya dari dikerjakan oleh Lela yang seperti dirasuk hantu.
“ Bohong! Kau yang goda aku. Kau bawa aku datang tempat gelap ni. Betul Lela dia yang goda aku.” Jaznan mempertahankan dirinya sambil berlalu meninggalkan mereka berdua. “Lantaklah apa yang mereka nak buat janji aku dah terlepas” bisik hati Jaznan.
“ Tak guna kau.” Tolak Lela menyebabkan Mawar hampir terjatuh ke sebuah gaung itu.
“ Mati kau dekat bawah sana.” Ujar Lela sambil menendang tubuh Mawar.
 Akhirnya Mawar terjatuh ke dalam gaung tersebut dan mati di tempat kejadian.
“ Ya allah! Kak Mawar! Betul ke apa yang berlaku semua ni?” soal Fatwa tidak percaya dengan apa yang berlaku kepada Mawar dahulu.
“ Ya! Sebab tu kau hampir terjatuh ke dalam gaung hari tu. Aku fikir korang semua sama sahaja nak hancurkan hidup aku.” Bentak Mawar.
“ Tapi sekarang tolonglah lepaskan Raisya dia tak salah. Abang Raisya pun sudah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Maafkanlah dia kak.” Pinta Fatwa perlahan.
“ Memang patut dia mati. Dialah punca kematian aku. Sekarang aku akan hancurkan Lela pula.” Beritahu Mawar dengan mata yang merah.
“ Macam mana kau nak hancurkan dia sedangkan kita orang semua tak nampak dia orang?” soal Azreen yang dari tadi hanya berdiam diri.
“ Aku tahu apa aku nak buat. Korang nak kawan korang semula kan? Korang tunggu dan lihat apa yang akan jadi.” Ujar roh Mawar yang berada di dalam badan Raisya sambil bangun dari duduknya dan bergerak ke hadapan.
Kelihatan Raisya membaca sesuatu dan meniup ke arah kampung tersebut.
Fadz, Fatwa, Azreen, Haridz dan juga Ammar amat terkejut kerana Aina, Syakira, Nazrul dan juga Mybaa diikat pada sebatang pokok yang besar oleh Lela.
“ Aina! Syakira!” jerit Fatwa sambil cuba mendekati mereka.
“ Jangan kau pergi dekat dia orang. Aku nak hapuskan Lela dan seluruh penduduk kampung ni. Semasa kematian aku tiada seorang pun yang cuba selamatkan aku.” Halang roh Mawar.
“ Naz! Mybaa!” jerit Haridz pula.
“Sakitlah! Apa yang akak nak buat ni Kak Lela?” soal Aina kesakitan akibat diikat dengan ketat pada sebatang pokok.
“ Diam! Aku nak bakar korang semua. Aku tak nak sorang pun tahu tentang kematian Mawar.” Balas Lela dengan nada yang sinis.
“ Apa salah kita orang? Kita orang tak tahu apa-apa pun!” balas Mybaa pula.
“ Aku tak kira korang semua perlu mati hari ni.” Ujar Lela sambil menyimbah minyak ke badan mereka semua.
“ Kak Mawar! Tolong selamatkan kawan-kawan kita orang. Lela nak bakar dia orang.” Ujar Azreen.
“ Aku tahu. Sekarang korang semua pergi tunggu dekat belakang pokok sana. Aku akan hancurkan Lela.” Ujar roh Mawar sambil keluar dari badan Raisya.
Kelihatan Raisya sudah jatuh terjelepok kerana terlalu letih akibat ditumpang oleh roh Mawar.
“ Rai! Kau ok tak?” soal Fatwa sambil memangku badan Raisya yang lemah itu.
Raisya menggelengkan kepalanya. Fadz, Haridz, Azreen dan Ammar tunggu di suatu sudut untuk menanti kehadiran kawan-kawannya yang lain.
“ Lela!” seru Mawar.
Kelihatan Lela terjeda seketika apabila terdengar namanya diseru oleh Mawar.
“ Tak mungkin! Kau dah mati!” bentak Lela sambil meneruskan kerja-kerja untuk membakar Aina, Syakira, Nazrul dan Mybaa.
“ Aku memang dah mati. Tapi aku nak kau ikut aku mati juga. Hahahha…” gelak Mawar sambil muncul di hadapan Lela.
Lela tergamam seketika dan berundur ke belakang setapak demi setapak kerana Mawar cuba mendekatinya.
“ Aku tak nak mati dengan kau! Pergi kau dari sini.” Jerit Lela.
“ Fadz! Jom kita buka ikatan tali tu. Cepat!” arah Azreen diikuti juga oleh Haridz dan Ammar.
 Kelihatan mereka semua membuka tali ikatan tersebut untuk melepaskan Aina, Syakira, Mybaa dan juga Nazrul.
“ Korang! Macam mana korang boleh sampai dekat sini?” soal Aina yang terkejut dengan kehadiran kawan-kawannya yang lain.
Shut up!! Nanti kita orang cerita dekat korang semua. Dah cepat kita kena blah dari sini.” Arah Fadz sambil berlari ke arah Fatwa dan Raisya yang berada di hadapan pintu pagar utama kampung tersebut.
“ Kenapa kau tak nak mati dengan aku. Bukankah kau yang bunuh aku? Jadi kau harus mati dengan aku jugak.” Marah Mawar sambil menolak Lela ke dalam sebuah gaung yang pernah dia mati dahulu.
“ Tidak!!!!” jerit Lela lalu terjunam ke dalam gaung.
Mereka yang berada di situ turut terkejut dengan jeritan Lela. Mawar memandang wajah mereka semua sambil tersenyum.
“ Terima kasih sebab membantu aku melunaskan segala dendam yang aku simpan selama ini.” Ucap Mawar kepada mereka semua.
“ Kak Mawar!” sebut Raisya perlahan.
“ Raisya! Akak minta maaf sebab akak dah tumpang badan Raisya. Akak tahu Rai tak salah. Tapi perbuatan Abang Raisya yang mendesak akak tumpang di dalam badan Raisya. Maafkan akak.” Ujar Mawar sambil mengalirkan air mata kesedihannya. Dendam yang telah lama disematkan di dalam hati kini sudah dilaksanakan. Mawar meminta diri untuk kembali ke alamnya dengan tenang tanpa menganggu mereka dan kampung ini lagi. Semuanya sudah selesai.
“ Kak Mawar!” jerit Raisya dengan penuh kesayuan.
“ Sabar Rai! Ini semua sudah takdir. Kita orang semua dah tahu apa yang jadi. Now syukur alhamdulilah kita semua dah selamat.” Ucap Fatwa dengan penuh kesyukuran.
“ Betul tu. Bermacam-macam cabaran yang kita lalui selama ini. Mungkin inilah pengajaran bagi kita supaya jangan terlalu ikutkan sifat cemburu buta tu. Kalau tak inilah padahnya.” Ujar Haridz pula.
“ Aik macam perli aku je?” soal Fadz dengan wajah cemberutnya.
“ Mana ada perli sesiapa. Jangan terasa sangat bro.” pujuk Haridz menjelaskan maksud sebenarnya.
“ Yela”
“ Fadz! Jangan terasa sangat ya apa yang Haridz cakap tu. Dia bergurau tu.” Ujar Ammar pula.
“ Yela! Haishh korang ni.” Balas Fadz sambil cuba tersenyum melihat telatah kawan-kawannya.
“ Ya allah! Melekit gila badan aku ni. Bilalah boleh balik rumah.” Ujar Aina pula sambil mengelap mukanya yang terkena minyak tanah tadi.
“ Tulah pasal! Azreen ada kain lebih tak?” soal Syakira dengan nada manja.
Kelihatan Fatwa, Raisya dan Aina berpandangan sesama sendiri setelah mendengar permintaan Syakira.
“ Rindulah tu sebab dah lama berpisah.” Ujar Aina selamba.
“ Biarlah. Hehehe” balas Syakira sambil memandang wajah Azreen.
“ Nah!” hulur Azreen.
“ Terima kasih.” Ucap Syakira dengan senyuman manisnya.
“ Weyh! Korang cuba tengok tu? Macam koperal dengan sarjan je?” tunjuk Ammar pada sekumpulan polis.
“ Mana?” soal Azreen pula.
“ Tu hah! Nampak tak? Dia orang datang cari kita lah.”
“ Alhamdulilah! Koperal Kit! Kami semua dekat sini!” jerit Aina.
 Kelihatan Koperal Kit, Sarjan Bob dan Koperal Nita serta beberapa orang pegawai polis melihat ke arah mereka.
“ Alhamdulilah! Nampak gaya kamu semua selamat. Syukur alhamdulilah.” Ucap Sarjan Bob.
“ Sudah kalau macam tu mari kita semua pulang ke bas. Ibu bapa kamu semua sedang tunggu di sana.” Ujar Koperal Kit pula.
“ Yeah! Dapat balik jugak akhirnya.” Ujar Aina kegembiraan.
“ Amboi! Tak sabar-sabar nampak?” soal Ammar pula.
Of course lah!”
“ Wa! Jom kita gerak sama-sama buat kali terakhir. Mungkin lepas ni tak ada rezeki lagi nak jumpa kau.” Ujar Fadz pula.
“ Ya! Betul tu. Oklah jom!” balas Fatwa sambil jalan beriringan dengan Fadz.
“ Tak habis-habis pasangan sejoli ni tau. Sampai aku pun kena tinggal.” Ujar Raisya seolah-olah merajuk.
“ Alolo! Bagilah aku chance nak bersama dengan dia kali ni. Lepas ni mana boleh jumpa lagi.” pinta Fadz.
“ Eeleh yela!” balas Raisya.
Thank Rai!” ucap Fadz sambil tersenyum memandang Fatwa yang sudah kebegangan.
“ Naz! Nampaknya kita tak dapat jumpa lagilah Ratna yang cun tu” beritahu Mybaa.
“ Tulah haishhh!” balas Nazrul pula.
“ Wa! Lepas ni bolehlah aku jumpa Syam. Rindunya dekat dia.” Ujar Raisya kepada Fatwa.
Fadz dan Fatwa memandang wajah Raisya secara serentak.
“ Tahu dah.” Balas Fatwa sambil memeluk bahu Raisya.
“ Fadz! Kau tengok dia peluk aku tau. Kau ado?” Uji Raisya yang cuba pancing reaksi muka Fadz.
Kelihatan Fadz membuat muka cemburunya.
“ Alolo dia merajuk pulak. Ngada-ngadanya.” Ujar Fatwa sambil mencubit hidung Fadz.
“ Main kasar pulak dia ni.” Balas Fadz sambil mencubit pipi Fatwa.
“ Hadui! Sakitlah Fadz.” Ngadu Fatwa sambil memegang pipinya.
Akhirnya misteri yang menghantui mereka semua selama ini dapat diselesaikan. Pelbagai pengajaran dan pengalaman baru yang ditempuhi oleh mereka semua. Ingatlah setiap yang hidup pasti akan menemui mati tidak kira dalam apa jua keadaan. Waallahuaallam….